KEFAHAMAN TERHADAP HADIS DAIF YANG MASYHUR DI KALANGAN MAHASISWA JABATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Mohd Norzi bin Nasir1 Badrul Hisham bin Mahadzir2 Siti Mursyidah binti Mohd Zin 3 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected], [email protected] Abstrak Umumnya masyarakat mendapat maklumat tentang hadis-hadis masyhur di Malaysia daripada pelbagai aspek. Namun sayangnya sumber-sumber hadis tersebut adalah dalam katogeri hadis yang lemah. Kajian ini melihat kefahaman mahasiswa Jabatan al-Quran dan al- Sunnah, FPPI KUIS terhadap hadis daif yang masyhur. Seramai 150 orang mahasiswa dipilih sebagai responden untuk menjawab soal-selidik. Data yang diperolehi daripada borang soal- selidik dianalisis menggunakan perisian program Statitical Packages For Social Science (SPSS) versi 21.0 dan dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi untuk menganalisa hipotesis kajian. Analisa data melibatkan min dan ujian-t. Kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi item kefahaman hadis daif yang masyhur ialah 0.94. Dapatan kajian mendapati kefahaman hadis daif yang masyhur dalam kalangan responden berada pada tahap tertinggi bagi setiap aspek yang dikaji. Namun terdapat sebahagian kecil responden yang tidak mengenalpasti hadis daif yang masyhur. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kefahaman terhadap hadis daif yang masyhur sangat penting agar hadis-hadis yang disampaikan kepada masyarakat adalah bersumberkan hadis-hadis yang maqbul iaitu sahih dan hasan. Kata kunci: Kefahaman, Mahasiswa, al-Quran dan al-Sunnah, Daif, Masyhur. Pengenalan. Kepentingan pengajian hadis tidak dapat dipertikaikan lagi. Hal ini berikutan kedudukan hadis sebagai sumber kedua syariat. Amat penting untuk dipelajari dan ditekuni oleh setiap individu Muslim. Hal ini kerana bagi memahami dan menghayati ajaran Islam dengan betul dan sempurna, seseorang Muslim itu hendaklah terlebih dahulu memahami al-Quran dan hadis. Al-Quran tidak dapat difahami sepenuhnya melainkan dengan merujuk kepada huraian dan penjelasan daripada hadis Rasulullah SAW. Penyebaran hadis daif ke dalam masyarakat Islam semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Kebanyakan hadis-hadis ini disebarkan melalui media elektronik seperti televisyen, radio, internet dan media cetak seperti majalah, buku-buku agama dan sebagainya. Kebanyakan para pendakwah tidak mengambil berat langsung tentang hadis yang dikeluarkan. Bagi mereka sudah cukup apabila mereka berhujah dengan mengeluarkan hadis- hadis tanpa perlu mengetahui taraf hadis tersebut. Mereka tidak tahu langsung tentang persoalan kedabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis dan apa sahaja yang 1 Pensyarah, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS. 2 Pelajar, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS. 3 Pensyarah, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS. dikatakan sebagai hadis diterima dan diamalkan dalam kehidupan harian dan disebarkan tanpa meneliti terlebih dahulu kepada takhrij dan tahqiq para ulama hadis terhadap kedudukannya. Hal ini memberi kesan yang sangat merbahaya kepada orang awam dan juga para pelajar yang tidak tahu asas-asas mengenai hadis dan mereka hanya menerima apa sahaja yang disampaikan oleh media. Bagi mereka, semua yang disampaikan berkaitan dengan agama Islam semuanya baik belaka dan mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka. (Jamaliah Binti Jamil, 2011) Apa yang menjadi permasalahan kajian ialah bagaimana amalan-amalan agama dari hadis daif dan mauduk begitu berleluasa di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Persoalan ini perlu dititik beratkan agar kita tahu dari mana punca kesilapan itu berlaku dan apakah faktor yang menyebabkan penyebaran hadis daif dan maudu begitu berleluasa di Malaysia. Selain daripada itu, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa banyak amalan solat orang Islam di Malaysia tidak mengikut sunnah sebenar, akan tetapi tidak ada rujukan khusus yang mengumpulkan amalan solat masyarakat Islam di Malaysia yang bercanggah dengan sunnah. (Khairul Bariyah Binti Rauf, 2008) Namun hadis daif bukanlah tidak boleh diamalkan secara mutlak. Tetapi, hadis daif boleh diamalkan sekiranya hadis yang ringan kelemahannya. Maka, setiap hadis yang ingin digunakan sekalipun tujuan untuk beramal perlulah dirujuk kepada sumber asal dan disemak darjatnya kerana sekiranya tidak dirujuk kepada sumber asal dan menyemak darjatnya, maka tidak akan diketahui samaada kelemahannya ringan ataupun berat. HADIS DA’IF DAN PEMBAHAGIANNYA Definisi Hadis Da’if Al-Da’if menurut Bahasa ialah kata lawan bagi al-Quwa (kuat). Hadis da’if beerti hadis yang lemah atau hadis yang tidak kuat. Hadis daif menurut istilah pula ialah hadis yang tidak berkumpul di dalamnya sifat-sifat hasan oleh sebab tidak mencukupi syarat-syaratnya. Menurut Ibn Salah pula mentakrifkan hadis daif ialah setiap hadis yang tidak menepati syarat-syarat hadis sahih dan juga syarat-syarat hadis hasan. Ia adalah hadis yang gugur satu atau lebih syarat-syarat maqbul. Syarat hadis maqbul (yang dapat diterima) banyak, sementara hadis daif adalah hadis yang kehilangan satu syarat daripadanya atau lebih. Hadis daif terbahagi kepada macam-macam bahagian seperti syaz, mudtarib, maqlub, mu’allal, munqati’,mu’dal dan lain-lain (Muhammad Abu Laith al-Khair Abadi, 2011) (Manna Khalil al-Qattan, 2006) (H. M. Noor Sulaiman, 2009) (Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2003). Pembahagian Hadis Da’if Secara khususnya, sebab-sebab hadis da’if dapat dibahagikan kepada dua bahagian besar iaitu: 1. Hadis da’if kerana tidak bersambung sanad. 2. Hadis da’if kerana terdapat perawi yang dipertikaikan daripada sudut dabt dalam rangkaian sanad. (Arifin Omar & Zaini Nasohah, 2005). Hukum Meriwayatkan Hadis Da’if Hukum meriwayatkan hadis da’if adalah harus dengan dua syarat, iaitu hadis yang tidak ada kaitan dengan aqidah dan tidak ada hubungan dengan hukum-hakam khususnya yang berhubung dengan halal dan haram. Ini bermakna hadis daif hanya boleh diriwayatkan dalam bab fadha’il al-A’mal, al-Qisas, nasihat dan seumpamanya. Semasa meriwayatkan hadis da’if juga, tidak dibenarkan menggunakan perkataan yang pasti seperti ‘Rasulullah SAW bersabda’. Sebaliknya, hendaklah menggunakan perkataan yang tidak pasti seperti diriwayatkan, dikatakan dan seumpanya (Mohd Muhiden Abd Rahman, 2010) (Muhammad Abu Laith al-Khair Abadi, 2011) (Mahmud Tahhan, 2000). Hukum Beramal Dengan Hadis Da’if Asal hukum daripada hadis da’if adalah mardud (ditolak) dan tidak boleh beramal dengannya, berbeza dengan hadis sahih dan hadis hasan. Namun para ulama membahas kemungkinan beramal dengan hadis da’if, alasan dan pendapat mereka berbeza-beza mengenainya, antaranya : a. Muhaqqiq daripada ulama hadis menyatakan bahawa hadis da’if tidak boleh beramal dengannya secara mutlak, sama ada dalam urusan akidah atau dalam urusan fiqh atau dalam urusan taghrib dan tarhib dan fadhail al-A’mal. Sepertimana yang dinukilkan oleh Yahya Bin Mu’in, al-Bukhari dan Muslim, sebagaimana juga menurut pendapat Ibn al-‘Arabi ulama fikah al-Syafi’iyah dan Ibn Hazm (Manna Khalil al-Qattan, 2006). b. Dikatakan bahawa ramai dari kalangan ulama fiqh boleh beramal dengan hadis da’if apabila tidak ada hadis lain dalam bab tersebut yang menerangkannya, pendapat ini dinukilkan daripada Abu Hanifah, al-Syafi’i, Malik dan Ahmad. Akan tetapi ma’ruf bahawa hadis da’if bagi Ahmad adalah berlawanan dengan hadis sahih dalam istilah al- Mutaqaddimin. c. Sebahagian ulama lebih mengutamakan pendapat yang mengatakan boleh beramal dengan hadis da’if, maka mereka membolehkan mengamalkannya dalam urusan taghrib dan tarhib dan fadhail al-‘Amal, serta melarangnya dalam urusan aqidah dan hukum haram dan halal (Muhammad Abu Laith al-Khair Abadi, 2011) (Manna Khalil al-Qattan, 2006) . Pendapat Ulama Beramal Dengan Hadis Da’if pada masa kini Adapun hadis da’if ialah hadis yang tidak sampai tahap hadis yang boleh diterima. Ada beberapa pendapat para ulama bersangkutan hukum beramal dengan hadis da’if: Pendapat pertama mengatakan haram beramal secara mutlak. Ini pendapat Imam Al- Bukhari, Imam Muslim, juga guru Imam Al-Bukhari – Ali Ibn Al-Madini. Pendapat ini juga didokong oleh Abu Bakar Ibn Al-Arabi dan Imam Al-Syaukani. Imam Muslim di dalam muqaddimahnya membuat satu bab khusus Haram Meriwayatkan Sesuatu Yang Kamu Tidak Pasti Datang Daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Kemudian beliau membawakan sebuah hadis, “Memadai seseorang itu dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar.” (Riwayat Muslim) Ada yang mendakwa tiada perkataan Imam Bukhari yang mengatakan tidak boleh beramal dengan hadis da’if. Sememangnya Imam Bukhari tidak pernah menyebut secara jelas. Tetapi seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Jamaluddin Al-Qasimi, begitu juga Al-Imam Ash- Shan’ani dan yang lain bahawasanya Imam Bukhari sangat tegas dalam mengambil sesuatu hadis. Ketegasan beliau sehingga beliau berhati-hati untuk beramal dengan hadis hasan. Apatah lagi hadis yang berstatus dhaif, seperti yang dinyatakan oleh Imam Ash-Shan’ani di dalam kitabnya Taudhihu Al-Afkar. Ini fahaman ulama hadis tentang kenyataan Al-Imam Al- Bukhari dalam kitab beliau. Pendapat kedua mengatakan boleh beramal dengan hadis da’if secara mutlak.Ini dikatakan sebagai pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafi’i, juga Imam Ahmad bin Hanbal. Kita harus faham bahawa ulama-ulama fuqaha sentiasa diminta fatwa. Mereka akan mendahulukan hadis dhaif berbanding logik akal fikiran. Tetapi sekiranya terdapat hadis sahih, mereka akan menggunakan hadis sahih dan menolak hadis da’if. Oleh itu disandarkan kepada mereka kenyataan bahawa mereka membolehkan beramal dengan hadis da’if. Pendapat ketiga adalah boleh beramal dengan hadis da’if berkaitan kelebihan amal (fadhail amal) tetapi dengan syarat. Ini pendapat yang masyhur dari Al-Imam An-Nawawi dan diulas oleh Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar Al-Atsqalani. Orang yang menggunakan pandangan ini hanya mengikut sebahagian syarat dan meninggalkan sebahagian yang lain. Mereka tidak mengikut kesemua syarat yang digariskan. Ini kerana syarat-syaratnya amat ketat: I. Hendaklah da’if itu bukan da’if yang bersangatan. II. Hendaklah hadis da’if itu bukan berkaitan dengan hukum hakam, tetapi hanya berkaitan dengan kelebihan-kelebihan beramal. Jadi sekiranya hadis da’if itu membentuk satu hukum, ia tertolak. III. Tidak boleh meyakini bahawa hadis itu datang dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. IV. Tidak boleh menyeru manusia beramal dengannya. Haram hukumnya menyebarkan hadis da’if dan kemudian menyeru manusia beramal dengannya. V. Hendaklah hadis da’if itu terhasil dari hukum yang asal yang telah sedia ada. Contohnya, hukum mentaati ibu bapa adalah wajib berdasarkan dalil dari Al- Quran dan hadis sahih. Maka kelebihan mentaati ibu bapa termasuk dalam kelebihan beramal, at-targhib wat tarhib. Ia mestilah terhasil dari hukum asal yang sabit dari Al-Quran atau hadis sahih. Sekiranya kelebihan beramal itu membentuk suatu hukum baru maka ia tidak boleh diterima. Untuk membentuk hukum solat dengan kelebihan tertentu tidak dibolehkan, sebab itulah Imam Al- Nawawi sendiri menolak solat Raghaib sempena awal bulan Rejab kerana tiada hadis Nabi SAW tentang solat Raghaib. Inilah lima syarat yang diperuntukkan oleh Imam Al-Nawawi sebelum membolehkan beramal dengan hadis da’if. Sedangkan adakah orang yang beramal dengan hadis dhaif mengikuti semua syarat-syarat ini? Mereka menyeru orang beramal dengannya, bahkan orang awam tidak mampu membezakan hadis yang kurang da’if atau bersangatan daifnya. Jadi jika tidak mampu memenuhi syaratnya maka jangan beramal, tinggalkanlah yang dhaif kerana di sana terdapat banyak hadis-hadis sahih yang belum diamalkan. Beramallah dengan hadis- hadis sahih. (Dr. Fathul Bari Mat Jahya, 2014). Boleh Beramal Dengan Hadis Da’if Hadis-hadis da’if boleh diamalkan berdasarkan syarat-syarat di bawah : 1. Hendaklah tingkatan da’ifnya tidak terlalu rendah atau amat buruk. 2. Hadis tersebut ada dibawah kepada asal perbuatan yang boleh dikerjakan. 3. Orang yang beramal dengannya tidak boleh berkeyakinan thabit atasnya, akan tetapi hendaklah berkeyakinan untuk berhati-hati (Manna Khalil al-Qattan, 2006). Sumber-Sumber Yang Mengandungi Banyak Hadis-Hadis Da’if 1. Kitab-Kitab Yang Hanya Mengandungi Hadis Da’if Sahaja i. Nawadir al-Usul fi Ahadis al-Rasul karanaga Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Ali bin al-Hassan. ii. Hilyat al-Auliya’ karangan Abu Nu’aim Ahmad bin ‘Abdullah bin Ahmad bin Ishaq al-Asfahani. iii. Musnad al-Shihab fi al-Mawa’iz wa al-Adab karangan Syihab al-Din Abu ‘Abdillah Muhmamad bin Salamah al-Qudaie. iv. Musnad Firdaus al-Akhbar bi Ma’thur al-Khitab karangan al-Hafiz Abu Syuja’ Syairuyah bin Shahardar al-Dailami al-Hamdani. Karangan yang telah dinyatakan di atas ialah kitab-kitab yang mengandungi pelbagai hadis- hadis daif. Di kalangan ulama terkemudian, terdapat sebahagian daripada mereka menulis kitab yang hanya menghimpunkan secara khusus hadis-hadis daif (Syed 'Abdul Majid Ghouri, 2011). Antaranya : i. Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah karanag al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani. ii. Mausu’ah al-Ahadith wa al-Athar al-Da’ifah wa al-Maudu’ah karanagan al-Syeikh ‘Ali Hasan bin ‘Ali al-Halabi. 2. Kitab-Kitab Yang Menghimpunkan Secara Khusus Sebahagian Daripada Bahagian- Bahagian Besar Hadis Daif Kitab-kitab yang hanya mengandungi salah satu daripada jenis-jenis hadis daif seperti mursal, ma’allal, mudraj, mu’dal, mudtarib dan lain-lain. Di sini dikemukakan kitab-kitab yang dikarang secara khusus untuk menghimpunkan hadith-hadith mursal dan mu’allal, antaranya: i. Al-Marasil karangan Imam Abu Dawud Sulaiman bin al-Ash’ath al-Sijistani. ii. Al-Marasil karangan Imam Ibn Abi Hatim. iii. Al-‘Ilal karangan Ibn Abi Hatim al-Razi. iv. Al-‘Ilal al-Kubra karangan Imam Abu Hasan ‘Ali bin ‘Amr al-Daraqutni. 3. Kitab-Kitab Tarajim (Biodata) Perawi-Perawi Da’if. i. Kitab al-Du’afa’ al-Kabir karangan Muhammad bin ‘Amru al-‘Uqaili Abu Ja’far ii. Ma’rifah al-Majruhin min al-Muhaddithin wa al-Du’afa’ al-Matrukin karangan al- Imam Muhammad bin Abi Hatim al-Busti iii. Al-Kamil fi al-Du’afa karangan Abu Ahmad ‘Abdullah bin ‘Adi al-Jurjani. iv. Tarikh Baghdad karangan al-Khatib Ahmad bin ‘Ali bin Thabit al-Baghdadi (Syed 'Abdul Majid Ghouri, 2011). v. Tarikh Dimasyq karangan al-Hafiz Ibn ‘Asakir Abu al-Qasim ‘Ali bin al-Hasan al- Dimasyqi. Mizan al-I’tidal karangan al-Hafiz Abu ‘Abdillah Syams al-Din al-Dhahabi. vi. Lisan al-Mizan karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (Syed 'Abdul Majid Ghouri, 2011). Hadis Masyur Dan Pembahagiannya. Definisi Hadis Masyhur Masyhur dari segi bahasa ialah tersebar atau terkenal manakala dari sudut istilah pula, hadis masyhur ialah hadis yang telah dinukilkan oleh tiga orang perawi atau lebih tetapi tidak sampai kepada tahap hadis mutawatir. Hadis ini juga dinamakan mustafid. Pembahagian Hadis Masyhur Hadis Masyhur dapat didefinisikan dengan beberapa definisi yang terkenal di antaranya, dalam kalangan ahli-ahli hadis kebelakangan ini adalah definisi al-Hafiz Ibn Hajar, iaitu hadis yang memiliki jalur-jalur terbatas lehih dari dua jalur periwayatan. Hadis masyhur juga kadang-kadang dinamakan dengan al-Mustafid menurut pendapat sekelompok ulama fiqh, usul, dan sebahagian ahli hadis. Akan tetapi di antara mereka ada juga yang membezakan keduanva dengan mengatakan bahawa al-Mustafid adalah hadis yang sanadnya sama, baik letak di awal, di tengah dan di akhir. Sementara masyhur lebih umum daripada itu dengan merangkumi hadis yang awalnya dinukil dari satu orang. Di antara mereka ada juga yang menjadikan al-Mustafid sama seperti Mutawatir. Maka, dengan demikian al-Mustafid keluar dari perbahasan-perbahasan sanad. Lain dengan halnya dengan hadis masyhur dimana yang dianalisa darinya adalah jumlah perawi-perawinya. Kemasyhuran sebuah hadis sifatnya relatif. Apa yang masyhur dalam kalangan ahli hadis kadang-kadang tidak masyhur dalam kalangan selain mereka dalam kalangan ulama fiqh atau kaum awam. Kadang-kadang sebahagian hadis itu masyhur dalam kalangan yang bukan ahli hadis, tetapi tidak masyhur dalam kalangan mereka. Sebagaimana ia bukan menjadi syarat jika hadis-hadis tersebut masyhur di dalam kitab-kitab hadis yang Mu’tamad. Demikian pula hadith-hadith di dalam kitab-kitab hadis yang Mutamad tidak bererti masyhurnya dalam kalangan khusus (orang-orang tertentu) dan awam (orang-orang umum). Hadis masyhur juga ada di antaranya yang menerima dan ada di antaranya yang menolak, bergantung kepada sifat-sifat penerimaan dan penolakan padanya dari segi sifat-sifat para perawinya dan gaya penyampaian mereka (Ibn Nashiruddin, al-Dimasyqi, 2008). Hukum Meriwayatkan Hadis Masyhur Sebagaimana telah dinyatakan sebelum ini hadis masyhur kadangkala boleh dihukumkan sebagai hadis sahih, hadis hasan atau hadis da’if. Keadaan sesuatu hadis itu masyhur tidak semestinya menjadikan ia sebagai hadis sahih. Kesahihan hadis bergantung pada sanad yang muttasil, keadaan perawi- perawi yang thiqah dan syarat-syarat lain (Syed 'Abdul Majid Ghouri, 2011). Sumber- Sumber Hadis Masyhur 1. Al-Maqasid al- Hasanah fi Bayani Kathirin min al-Ahadith al-Musytahirah ‘ala al- Althinah karangan al- Hafiz Syams al- Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al- Sakhawi. 2. Kashf al- Khafa’ wa Muzil al-Albas ‘amma Ushtuhira Min al-Ahadith ‘Ala Althinah Al- Nas karangan al- Syeikh Isma’il bin Muhammad al- Ajluni. 3. Tamyiz al- Tayyib Min al- Khabith fi Ma Yaduru Ala Althinah al-Nas Min al-Hadith karangan Abu al- Diya' ‘Abdul Rahman bin Daiba' al- Syaibani (Syed 'Abdul Majid Ghouri, 2011). Kefahaman Terhadap Hadis Daif Yang Masyhur Di Kalangan Mahasiswa Jabatan Al- Quran Dan Al-Sunnah Berdasarkan penemuan kajian, dapatan yang diperolehi dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian A- Demografi responden, Bahagian B- Pengetahuan Am Tentang Ilmu Hadis, Bahagian C- Pengetahuan Mengenai Perkembangan dan Metodologi Hadis Bahagian D – Pengetahuan Responden Mengenai Status Hadis. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 150 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di KUIS. Demografi Responden Demografi responden pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini terdiri daripada jantina, agama asal, umur, semester terkini. Demografi responden adalah penting untuk mengetahui beberapa maklumat penting berhubung dengan kajian. Jantina Dari segi jantina, hasil kajian menunjukkan sebahagian besar responden pelajar kursus Quran Sunnah di KUIS yang terdiri daripada lelaki iaitu sebanyak 44.0%. Manakala jumlah responden pelajar perempuan di KUIS adalah sebanyak 56.0%. Ini menunjukkan responden pelajar perempuan di KUIS merupakan majoriti dalam hasil kajian iaitu berjumlah 84 orang daripada 150 orang responden pelajar di IPDAS. Taburan jantina responden boleh di rujuk di jadual 1 Jadual 4.1 Taburan jantina responden pelajar di KUIS Kategori jantina responden Kekerapan (F) Peratus (%) Lelaki 66 44.0 Perempuan 84 56.0 Jumlah 150 100.0 Sumber: Soal Selidik, 2017 Umur Maklumat mengenai umur responden pelajar dipaparkan dalam Jadual 2 Umur responden dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu 17-20 tahun, 21-25 tahun, 26-30 tahun. Hasil kajian menunjukkan daripada jumlah 150 responden, paling banyak ditunjukkan oleh responden yang berada dalam kumpulan umur 21 hingga 25 tahun sebanyak 60.0% (90 orang) diikuti dengan kumpulan 17 hingga 20 tahun tahun ke atas iaitu sebanyak 35.3% (53 orang). Manakala responden yang paling kecil bilangannya ialah kumpulan 26 hingga 30 tahun iaitu sebanyak 4.7% (7 orang). Kajian menunjukkan pelajar dalam kumpulan 21 hingga 25 tahun paling ramai belajar di kawasan kajian. Manakala yang paling sedikit ialah dalam kumpulan 26 hingga 30 tahun. Jadual 4.2 Taburan Umur Responden Pelajar di KUIS Kategori umur responden Kekerapan (F) Peratus (%) 17-20 tahun 53 35.3 21-25 tahun 90 60.0 26-30 tahun 7 4.7 Jumlah 150 100.0 Sumber: Soal Selidik, 2017 Semester Responden Maklumat mengenai bangsa responden pelajar dipaparkan dalam Jadual 3 hasil kajian menunjukkan daripada jumlah 150 responden, jumlah responden yang paling tinggi adalah dari semester 8 seramai 13.3 % (20 orang) dan responden yang paling sedikit jumlahnya ialah dari semester 1 iaitu seramai 10.7% (16 orang). Manakala responden dari semester 2 hingga 7 mempunyai jumlah responden yang sama iaitu sebanyak 12.7% (19 orang). Jadual 4.3 Taburan semester responden di KUIS Kategori bangsa responden Kekerapan (F) Peratus (%) Semester 1 16 10.7 Semester 2 19 12.7 Semester 3 19 12.7 Semester 4 19 12.7 Semester 5 19 12.7 Semester 6 19 12.7 Semester 7 19 12.7 Semester 8 20 13.3 Jumlah 150 100.0 Sumber: Soal Selidik, 2017 Pengetahuan Am Tentang Ilmu Hadis Jadual 4.4 di bawah menunjukkan hasil kajian daripada jawapan responden terhadap soalan– soalan yang berkaitan dengan Pengetahuan Am Tentang Ilmu Hadis Pelajar Quran Sunnah KUIS. Terdapat dua item yang mempunyai jumlah responden yang sama menyatakan setuju dengan item tersebut iaitu “pernah belajar ilmu hadis” dan juga item “ memahami apa yang dimaksudkan dengan hadis daif” iaitu seramai 149 orang (99.3%). Manakala bagi item “hadis daif boleh dijadikan sumber rujukan dalam menentukan hukum hakam dan aqidah” majoriti responden menyatakan tidak setuju iaitu seramai 110 orang (73.3%) dan hanya 40 orang (26.7%) sahaja yang menyatakan setuju dengan item tersebut. Seterusnya bagi item “hadis daif yang masyur tidak sama sekali boleh diamallkan dan dijadikan rujukan” mempunyai bilangan respoden yang hanya 74 orang (49.3) menyatakan setuju serta 76 orang (50.7%) mengutarakan tidak setuju dengan item tersebut.Secara keseluruhannya, justifikasi yang dapat ditonjolkan dalam pengetahuan am tentag ilmu hadis bagi pelajar quran sunnah KUIS ialah majoriti pelajar pernah belajar ilmu hadis dan memahami maksud hadis daif menunjukkan bahawa ilmu hadis daif yang masyhur telah disebarkan dalam kalangan pelajar melalui subjek yang terdapat dalam kursus mereka akan tetapi masih terdapat lagi pelajar yang tidak memahami sepenuhnya berkaitan dengan hadis daif yang masyhur perkara ini mungkin disebabkan oleh perbezaan tahap kefahaman pelajar. Perkara ini dapat dibuktikan dalam jadual 4.4 di bawah. Jadual 4.4 Pengetahuan Am Tentang Ilmu Hadis Bagi Pelajar Quran Sunnah KUIS NO PERKARA YA % TIDAK % 1 Anda pernah belajar ilmu hadis 149 99.3 1 0.7 142 94.7 8 5.3 Anda mengetahui ilmu mustalah 2 hadis 149 99.3 1 0.7 3 Anda memahami apa yang dimaksudkan dengan hadis daif 40 26.7 110 73.3 Hadith daif boleh dijadikan 4 sumber rujukan dalam menentukan hukum hakam dan aqidah Hadis daif benar-benar 47 31.3 103 68.7 bersumberkan daripada Rasulullah 5 SAW mengikut pengkajian para ulama hadis 6 Punca penyebaran hadis : 109 72.7 41 27.3 i) Sikap para pendakwah yang menyebarkan hadis- hadis tanpa ususl periksa ii) Kurang publisiti (tulisan ,rancangan televisyen, radio dan seminar) yang mengetengahkan isu ini. 7 52 34.7 98 65.3 Hadis masyhur semuanya sahih Hadis daif yang masyhur tidak 74 49.3 76 50.7 8 sama sekali boleh diamalkan dan dijadikan rujukan 144 96.0 6 4.0 Anda mengetahui definisi ilmu 9 hadis 85 56.7 65 43.3 10 Anda benar-benar memahami hadis masyhur Sumber: Soal selidik 2017 Pengetahuan Mengenai Perkembangan Dan Metodologi Hadis Bagi penentuan parameter tahap pengukuran min terhadap cabaran tersebut dijelaskan seperti dalam jadual 4.5. Jadual 4.5 Interpretasi skor min bagi dapatan deskriptif statistik Skor min Interpretasi 1.00-2.00 Rendah 2.01-3.00 Sederhana 3.01-4.00 Tinggi 4.01-5.00 Sangat tinggi Sumber: Azhar Ahmad, 2006 Hasil kajian seperti yang terdapat dalam Jadual 4.6 menunjukkan bahawa setiap item dalam Pengetahuan Mengenai Perkembangan Dan Metodologi Hadis menunjukkan berada pada tahap yang tinggi dan sangat tinggi.. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah “Pengetahuan mengenai ilmu mustalah hadis amat penting bagi mengenal pasti ciri-ciri hadis daif” (min = 4.50 dan sp = 0.78) berada pada tahap tinggi. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 93 orang (62.0%) pelajar menyatakan sangat setuju, seramai 46 orang (30.7%) pelajar menyatakan setuju, seramai 8 orang (5.3%) pelajar menyatakan tidak pasti, manakala seramai 3 orang (2.0%) sangat tidak setuju . Seterusnya bagi item yang mempunyai min yang paling rendah ialah “Hadis-hadis yang terdapat dalam buku-buku bacaan, majalah dan suratkhabar yang dinyatakan sumbernya telah mencukupi untuk membuktikan kesahihan hadis tersebut” (min = 3.17 dan sp = 1.23) berada pada tahap sederhana. Dari segi kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa seramai 50 orang (33.3%) pelajar menyatakan setuju, seramai 38 orang (25.3%) responden tidak pasti, diikuti dengan 23 orang responden (15.3%) tidak setuju, 20 orang responden (13.3%) menyatakan sangat tidak setuju manakala seramai 19 orang responden (12.0%) menyatakan sangat setuju. Secara keseluruhannya, jelas menunjukkan bahawa kebanyakkan responden mempunyai pengetahuan yang baik mengenai perkembangan dan metodologi hadis. Oleh kerana, majoriti item mempunyai tahap yang tinggi dan sangat tinggi. Perkara ini dapat dibuktikan dalam jadual 4.6 di bawah. Jadual 4.6 Taburan Pengetahuan Mengenai Perkembangan Dan Metodologi Hadis NO PERKARA STS TS TP S SS Min SP Interpretasi F (%) F (%) F(%) F (%) F (%) 1 Pengetahuan 3(2.0 0(0.0%) 8(23.0 30(5. 93(62 4.50 0.78 Sangat tinggi mengenai ilmu %) %) 3%) .0%) mustalah hadis amat penting bagi mengenal pasti ciri-ciri hadis daif. 2 Penyebaran 0(0.0 1(0.7%) 8(5.3 63(42 78(52 4.45 0.63 Sangat tinggi hadis-hadis daif %) %) .0%) .0%) dalam kalangan pelajar disebabkan
Description: