ebook img

Yang Mulia Dato' Paduka Awang Haji Hazir bin Haji Abdullah, PDF

15 Pages·2011·0.08 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Yang Mulia Dato' Paduka Awang Haji Hazir bin Haji Abdullah,

TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA MAJLIS SAMBUTAN RASMI SEMPENA PROGRAM PERTUKARAN LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 3 DISEMBER 2011 (SABTU) 9:00 PAGI BILIK BINTANG 1 & 2 HOTEL JW MARRIOT, KL Bismillahir rahmanir rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Mulia Awang Haji Mohd „Abdoh bin Dato‟ Seri Setia Haji Abdul Salam, Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam Y. Bhg. Tan Sri Abu Bakar bin Hj. Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tuan-Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Brunei di Malaysia dan Malaysia di Brunei 1 Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato‟ Sri- Dato‟ Sri, Datuk-Dato‟, Datin-Datin Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam dan Malaysia Tuan-tuan dan Puan-puan, Para hadirin yang dihormati sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat Nya kita dapat berhimpun sekali lagi di dalam Majlis Sambutan Rasmi sempena Program Pertukaran Lawatan Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Brunei 2 Darussalam dan Malaysia kali ke-13. Saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan perkhidmatan awam dari Negara Brunei Darussalam dan Malaysia kerana dapat hadir pada pagi hari Sabtu ini. 2. Pastinya ini membuktikan komitmen serta kesungguhan kedua-dua belah pihak untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan yang akrab ke arah kecemerlangan perkhidmatan awam kedua-dua buah negara kita. Adalah diharapkan program 3 pertukaran lawatan ini akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk bertukar idea serta berkongsi pengalaman dan kerjasama bagi memantapkan lagi jentera pengurusan perkhidmatan awam Malaysia dan juga Brunei Darussalam. Saudara-saudari sekalian, 3. Hubungan antara negara- negara yang berjiran adalah umpama “cubit peha kanan, peha kiri juga terasa”. Sebagai contoh, gempa bumi yang melanda 4 Indonesia, gegarannya turut terasa di Putrajaya, Malaysia. Apabila banjir besar berlaku di Bangkok, Thailand sedikit sebanyak negeri- negeri di utara Semenanjung Malaysia turut terkena tempiasnya. Krisis hutang yang melanda sebuah negara di Eropah, kini hampir seluruh negara Kesatuan Eropah terpalit sama dan yang terbaru, mata wang Euro pula terancam dan boleh, jika tidak ditangani, melumpuhkan ekonomi Eropah. 4. Ini memberi peringatan kepada kita supaya sentiasa menjaga 5 hubungan yang harmoni dengan negara-negara jiran. Kita juga harus peka dengan cabaran- cabaran masa kini supaya kita dapat mengatasinya secara bersama demi kebaikan serta kemakmuran kedua buah negara dan kesejahteraan rantau ASEAN. Untuk itu, Malaysia sentiasa memberi keutamaan dan penekanan kepada usaha-usaha untuk merapatkan hubungan dua hala dengan Negara Brunei Darussalam, dalam pelbagai aspek termasuk keselamatan, ekonomi dan kesalinghubungan. 6 5. Pemangkin kepada kerjasama erat dua buah negara ini adalah Rundingan Tahunan antara Pemimpin kedua-dua negara, iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Semasa Rundingan Tahunan ke-15 yang berlangsung pada 12 September 2011 di Bandar Seri Begawan, kedua-dua Pemimpin telah merangka hala tuju perkongsian strategik antara Malaysia dan Brunei Darussalam. Saya yakin Kementerian- 7 Kementerian dan Agensi-Agensi di kedua-dua negara kini sedang giat melaksanakan tindakan-tindakan susulan. 6. Sesungguhnya, siri program- pertukaran lawatan yang diadakan setakat ini telah menghasilkan pelbagai kemajuan positif dalam mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei Darussalam. Antaranya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, tenaga dan hidrokarbon, pertahanan, pendidikan, pelancongan dan kebudayaan, 8 kewangan dan hab halal. Selain itu, terdapat pelbagai bidang yang berkepentingan bersama dan strategik yang masih giat diusahakan seperti kerjasama maritim, pertanian dan perikanan. 7. Malaysia juga amat mengalu- alukan peningkatan penglibatan syarikat-syarikat dari Brunei Darussalam untuk mengambil bahagian dan melabur bagi merancakkan lagi ekonomi Malaysia. Kerjasama seperti yang dihasratkan melalui Exchange of Letters, khususnya antara Brunei – Sarawak 9

Description:
3 Dis 2011 TEKS UCAPAN. YBHG TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN. KETUA SETIAUSAHA NEGARA. MAJLIS SAMBUTAN RASMI. SEMPENA.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.