Title Masuri S.N. dari jendela Arif Budiman dan pembinaan rumah manusia sejagat Author Hadijah Rahmat Source Seminar Masuri S. N (2008), Singapura, 26 – 27 Julai 2008 This document may be used for private study or research purpose only. This document or any part of it may not be duplicated and/or distributed without permission of the copyright owner. The Singapore Copyright Act applies to the use of this document. Masuri S.N. dari Jendela Arif Budiman dan Pembinaan Rumah Manusia Sejagat Hadijah Rahmat Universiti Tekno/ogi Nanyang, Singapura Bagaimana mahu kudengarkan Suaraku sentiasa meminta rumahnya Sedang sekitarku masih tidak mahu Menerima puisiku Sebuah pemaknaan Dalam debu waktu (Mas uri S.N ., 1993) PENGENALAN Karya dan sumbangan Masuri S.N. sering dilihat dari sudut sastera dan sosial. Kertas ini membincangkan nilai karya Masuri dari jendela pendidikan, khususnya dalam konteks kurikulum bahasa Melayu yang baru di Singapura. Karya-karya Masuri pernah dijadikan teks sastera di sekolah Melayu pada tahun 1960-an dan 1970-an. Tetapi sejak penutupan sekolah aliran Melayu pada tahun 1980-an, karya beliau kurang diberi perhatian dan tidak mendapat tempat sewajarnya dalam kurikum dan pengajaran di sekolah. Karya-karya Masuri, khususnya sajak, perlu dinilai kembali, dipilih dan digolongkan mengikut tahap kesesuaiannya untuk mengisi visi dan keperluan kurikulum bahasa Melayu di Singapura dan diajar di sekolah dengan menggunakan pendekatan dan teori pendidikan yang terkini. Ini memerlukan perancangan program pendidikan bahasa, sastera dan budaya yang dinamik, teratur dan menyeluruh. Untuk memulakan usaha pembinaan program pendidikan karya Masuri yang disarankan, contoh-contoh rancangan pengajaran berdasarkan sajak-sajak pilihan beliau disediakan untuk membantu guru menggunakan pendekatan dan kaedah mengajar yang berkesan bagi mengisi matlamat kurikulum bahasa Melayu, visi Arif Budiman. KARYA MASURI DALAM PENDIDIKAN MELAYU Karya-karya Masuri telah menjadi bahan pengajaran di sekolah Melayu di Singapura sejak selepas Merdeka, 1965. Buku-buku beliau yang telah dipilih sebagai buku teks sekolah ialah buku Lukisan Rasa (Menengah 1, 1967, 1968), Awan Putih (Menengah 2, 1967). Beberapa buah sajak beliau termuat dalam teks kumpulan penulis (Titian Zaman, oleh Usman Awang dan Ismail Ahmad, sebagai teks sastera peringkat GCE '0', 1980-1981; dan Tiga Warna Bertemu oleh Suratman Markasan, teks sastera peringkat GCE 'A', Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua). Penulis dan karya Masuri S.N. juga dipelajari sebagai salah seorang tokoh sastera Melayu moden, oleh pelajar sekolah aliran Melayu yang mengambil kertas sejarah sastera Melayu moden pada tahap Pre-U/Maktab Rendah. Apakah kesan penggunaan karya-karya Masuri dalam pendidikan anak-anak di sekolah Melayu ini? 56 Seminar Masuri S.N., 26-27 Julai 2008, Perpustakaan Negara, Singapura Soalan ini memerlukan kajian khas yang lengkap. Sejauh ini belum ada kajian yang dilakukan untuk melihat kesan pendedahan atau pengajaran karya Masuri terhadap pembangunan diri pelajar. Oleh itu, saya ingin berkongsi pengalaman diri saya yang telah melalui proses pendidikan sastera di sekolah Melayu, menggunakan karya Masuri S.N. sebagai contoh. MASURI YANG KUKENAL: DARI AWAN PUTIH KE IRAMA PUISI ALAF SINGAPURA Semasa menuntut di Sekolah Menengah Maju, saya telah mempelajari· dua buah buku Masuri - Lukisan Rasa, antologi cerpen yang dijadikan teks sekolah menengah 1 pada tahun 1971, dan Awan Puteh, teks puisi untuk menengah dua pada tahun 1972. Buku Lukisan Rasa tidak memberikan kesan yang jelas pada diri saya. Malah saya tidak ingat langsung pernah menggunakannya. Sebaliknya, buku Awan Puteh, yang mengandungi puisi-puisi awal Masuri yang ditulis dari tahun 1944-1951, memberi kesan yang amat besar pada diri saya. Awan Puteh menjadi jendela kepada saya untuk mengenal puisi Melayu bam dan telah menanam bibit cinta terhadap puisi dan sastera Melayu. Ada sebuah sajak dalam antologi ini yang telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri remaja saya. Sajak ini saya baca berulang kali, hafal dan sering saya petik dalam karangan awal saya. Kata-katanya cukup indah dan bertenaga. Semacam mangkin atau obor api yang membangkitkan semangat dalam diri saya untuk bangun, bangkit dan berjuang untuk bangsa dan negara yang dicintai. Setelah lebih kurang 30 tahun berlalu, dan sesudah membaca serta terdedah dengan sajak-sajak karya para penulis Nusantara lain, generasi awal dan kini, sajak ini terus perkasa, kekal bersemadi dan bermakna dalam ingatan dan jiwa saya. Sajak tersebut berjudul "Seribu Harapan' (1951): Demi cahaya memancar dari segi harapan Membawa hati berani, rasa akan menyiapkan Segala cita sekarang, nanti mengukir menang Bergerak satu barisan gagah, di mana penuh sokongan. Ah, besar membawa nama, dada rela melapang Menunggu setiap yang mau lalu, yang mau menerjang Anak ombak, tenaga dari seluruh persatuan Yang sejak mula bergerak penuh seribu harapan. Siapa rela, siapa nanti pergi mara berbakti Sedang kawah panas, dengan air membuas ganas Siapa berani, siapa nanti sanggup bermain api Yang menyambar, membakar, menjilat apa yang melintas Lihat semua sikap tidak gentar dibuai godaan Dengan membawa obor seribu sinar harapan (Awan Puteh, 1969: 87) Semangat juang Masuri amat jelas dalam pu1s1 'Seribu Harapan' ini. Kalau Chairil Anwar ingin 'hidup seribu tahun lagi', Masuri pula mengungkap 'Seribu Harapan' dan sikap berani anak muda menangkis keganasan dan dugaan hidup kerana ingin membawa obor harapan dan berbakti teguh pada masyarakatnya. Puisi tersebut telah menjadi obor membakar api semangat perjuangan dan harapan saya terhadap sastera Melayu. Sebenarnya, pengaruh Masuri kepada saya bukan saja dari segi puisi. Malah, Almarhum merupakan tokoh penulis yang pertama saya wawancara dan jadikan bahan penulisan esei Masuri S.N. dari Jendela Arif Budiman dan Pembinaan Rumah Manusia Sejagat 57 sastera yang pertama, semasa mengikuti Bengkel Penulisan Esei anjuran Asas 50 pada tahun 1970-an. Kemudian saya mengenali beliau lebih dalam semasa aktif sebagai anggota jawatankuasa Asas 50 pada tahun-tahun 1970-an dan juga seterusnya sehingga akhir usia beliau, khususnya apabila kami sama-sama menjadi editor dan jawatankuasa menyelenggarakan projek nasional Majlis Seni Kebangsaan (NAC), seperti antologi empat bahasa IRAMA dan Pesta Penulis Singapura. Saya tambah kagum dengan dedikasi dan stamina seni beliau yang luar biasa. HARAPAN DAN PERANAN SEORANG PENYAIR Masuri mula menulis ketika beliau berusia kira-kira 15 tahun. Pengalaman kreatif Masuri telah dijelaskan oleh beliau sendiri dalam tulisannya berjudul "Pengalaman Kreatif dan Kemanusiaan" dalam "Pengucapan Puisi Dunia K.L." pada tahun 1988.1 Rasa Kemanusiaan dan Cinta Tanahair Dalam tulisan tersebut, Masuri telah menjelaskan faktor yang mendorong beliau mula menulis semasa masih remaja, berusia antara 15-17 tahun: Saya menyaksikan manusia-manusia mati bergelimpangan di jalan-jalan raya; manusia manusia mati tertimbus dalam shelter dan di mana-mana saja, akibat kena bom yang digugurkan dari udara. Manusia-manusia yang putus tangan, putus kepala dan otaknya berhamburan dalam sekelip mat a sahaja .... say a melihat dengan mat a kepala say a sendiri beratus-ratus malah beribu para pengemis dengan borok besar di kaki tangannya menadah tangan, memohon sedikit wang dan makanan ... Dalam umur kurang lebih an tara 15, 16 dan 17 tahun itu, saya tiba-tiba ditonyohkan dengan realiti hidup yang cukup dasyat dan mengejutkan. Dalam diri saya seolah-olah turut menjadi sebahagian daripada mereka yang bernasib malang itu. Saya merasakan kepedihan dan kesengsaraan yang mereka tanggungkan dan rasakan itu. (1998: 175-177) Kesengsaraan yang dialami masyarakat akibat perang Jepun menimbulkan rasa simpati yang mendalam dalam jiwa Masuri. Ini telah dilahirkan dalam sajak sebagai salah satu cara yang termampu untuk mengubah nasib malang mereka: Entah bagaimana timbul dalam ingatan saya, ingin berbuat sesuatu dan menjadi sesuatu untuk mengubah nasib mereka, yang juga menjadi nasib hidupku .... boleh dikatakan hampir semua sajak-sajak saya yang terbit dalam pendudukan ]epun (antara 5 Sept 1944 hingga 13 ]un 1945) ditujukan kerana cinta kepada tanah air (semangat patrotik), menjadi kepada agama, bangsa dan nusa. (1998: 179-180) Makna Kehidupan dan Kemanusiaan Corak penulisan Masuri mengalami perubahan selepas Singapura merdeka dan membentuk negara Republik pada tahun 1965. Dari tema kebangsaan dan kenegaraan, beliau beralih kepada makna kehidupan dan kemanusiaan: 1 Termuat dalam buku beliau Sebibir Suara- Kumpulan Esei dan Ceramah 1989-1994, terbitan Persatuan Wartawan Melayu Singapura, 1998, 175-201. 58 Seminar Masuri S.N., 26-27 Julai 2008, Perpustakaan Negara, Singapura Negara pada mulanya menekankan soal 'survival' dan kemudian menekankan soal pembangunan ekonomi, perumahan penduduk-penduduk sepenuhnya. Maka buat sementara waktu, secara kurang disedari, agak terabailah soal kemanusiaan, kerohanian; soal seni dan budaya, budi dan bahasa. Maka demikianlah tema saja-sajak saya bertolak kepada perkara perkara yang mengutamakan soal kedalaman pengertian makna kehidupan dan kemanusiaan; serta cuba mendedahkan kepalsuan hidup, ketidakjujuran, kepura-puraan sekadar untuk mendapat kedudukan istimewa dan kemewahan hidup dalam masyarakat. (1998: 188) Penulis sebagai Pemberi Makna Masuri secara tetap menjelaskan peranan dan tugas penulis melalui sajak-sajaknya dari tahap awal hingga akhir perkembangan penulisan beliau. Tanggapan beliau mengenai tugas penulis ini boleh dijelaskan melalui tulisan berikut: Peranan penulis-penulis kreatif ialah mereka harus cukup peka untuk turut menghayati dan sekali gus cuba memberi makna secara kritikal dan sensitif terhadap kebaikan dan kekhilafan; terhadap kelebihan dan kekurangannya yang sedang berlaku di dalam masyarakat dan lingkungannya (kehidupannya) baik dari segi politik, sosio-ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan lain-lainnya untuk mendapatkan kehidupan yang lebih cerah dan baik buat umat manusia yang akan datang. (1998: 200, tebal penulis) Di tengah kebalauan Orang melupakan diri Kita sempat merumahkan Erti hidup ini Bukan semata-mata Menjadi haiwan terkejar-kejar Dan berlawan Tanpafaham Erti hidup ini. ("Baik Juga", Mimpi Panjang Seorang Penyair, 1995:127) MENILAI SEMULA KARYA MASURI DARI JENDELA SEMASA Karya-karya Masuri telah menyumbang dalam sistem pendidikan sekolah Melayu dan melalui kes peribadi tadi terbukti berkesan dalam pembangunan diri para pelajar sekolah Melayu ini. Sayangnya, pendedahan terhadap karya beliau tidak diteruskan akibat penutupan sekolah Melayu ini. Namun, ini tidak bererti, karya-karya tersebut tidak boleh diperkenalkan dan diajar di sekolah. Bahkan, sempena pelaksanaan kurikulum bahasa Melayu Singapura yang baru, karya-karya beliau perlulah dinilai semula dan disajikan sebagai bahan pengajaran yang berpotensi besar untuk membantu para pendidik mencapai visi yang diterapkan dalam sukatan bahasa Melayu yang baru.2 2 Jawatankuasa Semakan Kurikulum dan Pedagogi yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan S'pura (MOE) membuat penilaian yang menyeluruh selama hampir setahun, pada 4 November 2005, telah mengemukakan saranan mereka. Salah satu saranan utama ialah sebuah visi khusus untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, iaitu Visi Arif Budiman. Saranan-saranan dasar jawatankuasa Semakan ini telah pun diterima oleh pemerintah pada 8 November 2005 dan kini saranan tersebut dalam tahap pelaksanaannya, yang dijangkakan berjalan bertahap-tahap selama 5 tahun. Masuri S.N. dari Jendela Arif Budiman dan Pembinaan Rumah Manusia Sejagat 59 Rombakan dalam kurikulum bahasa Melayu ini bertujuan untuk mengukuhkan fungsi dan peranan bahasa ibunda sebagai pembina budaya dan jatidiri bangsa Melayu. Ini adalah fungsi pokok polisi pendidikan bahasa ibunda di Singapura. Saranan-saranan yang dikemukakan mahu meningkatkan tahap pencapaian bahasa dan budaya Melayu supaya bahasa dan budaya Melayu dapat terus dimajukan, dibina secara tetap sehingga menjadi bahasa dan budaya yang kaya dan dinamis. Matlamat pendidikan bahasa bukan hanya untuk mengekalkannya, tetapi terus membina dan memperkasa bahasa dan budaya. Ini hanya dapat dicapai hila kita berjaya menghasilkan para arif budiman bahasa dan budaya yang dapat menyumbang dalam bidang ini dan juga masyarakat umum yang memelihara dan menghargai bahasa. Rombakan kurikulum baru diharapkan mampu meningkatkan mutu bahasa dan budaya Melayu ke tahap perkasa dalam konteks masyarakat majmuk Singapura, pembangunan negara dan dunia global yang berubah. Cabaran bersama kini ialah untuk melaksanakan kurikulum baru yang lebih dinamik dan mencabar dan mewujudkan prasarana dan suasana pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang membina untuk meraih visi Arif Budiman. VISI ARIF BUDIMAN Apakah yang dimaksudkan dengan Visi Arif Budiman ini? Konsep ARIF BUDIMAN merupakan suatu konsep pembangunan diri yang menyeluruh (holistic), merangkumi struktur dalaman dan struktur luaran diri seseorang: STRUKTUR LUARAN [kearifan (wisdom) bahasa dan kelakuan] - dari segi bahasa boleh dimanifestasikan dari segi 'budi bahasa', sement ara dari segi kelakuannya, ialah 'budi pekerti'. STRUKTUR DALAMAN [Kearifan indera dalaman] - ini dimanifestasikan dari segi minda (akal budi), dari segi emosi (hati-budi), dan sistem penilaian (budi bicara) seseorang. INSAN ARIF BUDIMAN - yang dimaksudkan haruslah mempunyai ilmu pengetahuan (dari segi bahasa dan budaya) dan kebijaksanaan/kearifan dari segi luaran dan dalaman, yang merangkumi sikap, kemahiran, ilmu, kecerdasan dan kelakonan/keterampilan diri dll. Mengapakah dan bagaimanakah karya Masuri boleh digunakan untuk mencapai visi Arif Budiman ini? Ada beberapa sebab yang menyokong pemilihan karya beliau ini: a. Masuri sebagai contoh insan arif budiman b. Karya-karya Masuri memupuk nilai dan ciri arif budiman MASURI: IKON INSAN ARIF BUDIMAN Masuri adalah contoh Arif Budiman yang tepat dan unggul kepada para pelajar. Beliau adalah tokoh kesusasteraan Melayu yang telah membawa pembaharuan kepada alam puisi Melayu. Kearifan beliau dalam bidang puisi telah lama dikenalpasti dan ini adalah sumbangan atau budi yang akan sentiasa terukir abadi dalam buku sejarah perkembangan sastera Melayu di Singapura dan seluruh nusantara. Sumbangan budiman sastera ini telah pun diiktiraf masyarakat Singapura dan Asia Tenggara melalui barisan anugerah dan pingat penghargaan yang diberikan semasa hayatnya. 60 Seminar Masuri S.N., 26-27 Julai 2008, Perpustakaan Negara, Singapura Sebagai penulis, Masuri juga telah menunjukkan kegigihan dan ketahanan yang mengkagumkan. Beliau adalah contoh unggul untuk para remaja, kerana telah mula menulis pada usia belasan tahun, tetapi suaranya menjadi suara anak zaman (spirit of the age) yang cukup lantang dan bermakna. Yang lebih utama ialah daya ketahanan dan dedikasinya yang cukup kental dan terus menulis, berkarya sepanjang hayat, selagi hayat di kandung badan, biarpun sudah menikmati barisan pengiktirafan dari masyarakat dan negara. Bukan saja keperibadian dan ketokohan Masuri dalam bidang penulisan yang istimewa sehingga wajar menjadi ikon elita budaya yang unggul untuk para pelajar, tulisan-tulisan Masuri juga mengungkapkan nilai-nilai mulia dan ciri-ciri yang ingin dipupuk dalam diri para pelajar. NILAI DAN CIRI ARIF BUDIMAN DALAM KARYA MASURI 1. Kearifan (Pembangunan kognitif atau minda) Sajak-sajak Masuri banyak menekankan penggunaan daya akal/kognitif yang tinggi untuk mentafsir kehidupan. Kita sering diingatkan agar "Melihat di sebalik yang kelihatan", malah peranan penyair atau insan yang diinginkan ialah sebagai "pencari makna/perenung kehidupan". Bukan niat hidup pula mesti mendoa dan meratap Kita diberi bekal- perjuangi segala akal Kita bakal kembali tapi selesainya lebih bererti Daripada terus hidup kesimpulanya hanya mati ("Tentang Erti", Selagi Hayat Di Kandung Badan, 1970: 12) Kau tidak bisa menghayati ertinya terang Dengan terus tidak peduli Kemanusiaanmu yang lengang ("Kepada Penyair", Singgah, 1987: 8) Unsur kognitif atau minda ini bukan saja menjadi diksi puisinya semata-mata, malah kebanyakan puisinya, khususnya puisi-puisi yang dihasilkan semasa lebih dewasa, lebih bersifat renungan atau dialog dalaman diri yang menuntut penelitian dan ketajaman minda untuk memahami dan menghayatinya. Suara intelektual dan falsafah penyair amat menonjol dan menguasai penulisan beliau. Jika Kau terjangkau Apa yang di depan Kelopak matamu-itulah kenyataan Maka apa pun yang tinggal Hanya matamu Tanpa terisi Cahaya dan warna Dari kehidupan yang lebih dalam Meliputi alam ("Jika", Mimpi Panjang Seorang Penyair, 1995 : 136) Masuri S. N. dari Jendela Arif Budiman dan Pembinaan Rumah Man usia Sejagat 61 2. Pembangunan Diri Manusia yang Seimbang Banyak puisi Masuri yang mengungkap kehidupan warga kota yang semakin bergerak pantas, tertekan, keras dan memburu kebendaan sehingga menipis kemanusiaannya. Tulisan beliau mendorong pembaca memikirkan makna di sebalik pencarian hidup supaya kita tidak menjadi manusia yang kosong a tau "lengang" dari segi kerohanian dan kemanusiaan. Bertanyakah kita kepada hakikat hidup dibuai Cukupkah menimang hari depan penuh mimpi Sebuah rumah perkarangan indah Sebutir kereta mengilat untuk pusing kota Selesailah pengertian hidup fana Bertanyakah kita di sini terpencil Tiada mengenali kelililing yang kecil Kitakah manusia paling kecil Kehilangan diri kehilangan suara memanggil ("Bertanyakah Kita", Selagi Hayat Di Kandung Badan, 1970:29) Kerana kata-kata Telah tertekan Dalam perut kemakmuran Kerana keyakinan Telah terbenam Dalam dalam Lumpur kemewahan ("Memandangi", Mimpi Panjang Seorang Penyair, 1995:88) Mereka merobek seluruh dadanya Hanya menemui jantungnya; Mereka menyelongkar seluruh jantungnya Hanya menemui kemanusiaannya; Mereka membelah suaranya Hanya menemui kepiluannya; Mereka membedah kepiluannya Hanya menemui penjaranya; Mereka menembusi penjaranya Hanya menemui mereka terbelenggu. ("Membaca Makna", Singgah, 1987:80) 3. Hidup Bererti, Berbudi Puisi-puisi Masuri mengandungi mesej pentingnya membantu dan berbudi kepada masyarakat, khususnya golongan yang miskin, susah; berkhidmat, berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Ini sesuai untuk mengukuhkan konsep budiman yang ingin dipupuk dalam diri pelajar. Pada kaumku orang budiman Dermakan sedikit kemurahan hatimu Pada pengemis terbiar rawan Agar hidupnya tertentu tuju ("Rayuan Kelana", Awan Puteh, p.S) 62 Seminar Masuri S.N., 26-27 Julai 2008, Perpustakaan Negara, Singapura Pandanglah kami Yang tinggal dalam gubuk buruk hampir roboh Terselit di celah-celah gedung tinggi Tersisih tersepi-sepi Tidak kerana hokum mesti Kami adalah pekerja-pekerja tadi. Pandang Pandanglah kami Dengan jiwa hidup Timbangan budi ("Pandanglah Kami", Utusan Zaman, 1951) 4. Sikap dan Pandangan Hidup Positif Masuri menyalurkan sikap dan pandangan hidup yang positif. Segala masalah dan cabaran hidup digambarkan dengan perspektif dan semangat yang membina. Malah, Masuri secara tegas menolak sikap pesimis terhadap kehidupan, khususnya suara dan pengucapan penulis yang mudah mengalah dengan cabaran dan hanya melahirkan rintihan sehingga menjadikan sastera sebagai 'rumah keluhan'3. Kita tidak bakal balik Menjadi perindu yang terus sendu Sambil merintih keluhan pedih Kita tidak bakal meneruskan Gelisah pecah menjadi penghambat Paling-paling jauh Kalau dilurutkan Kita bakal mengutuk-ngutuk Kalau diturutkan, Kemana kita Dan anak cucu segala Kita bakal didakwa Pewaris putus asa Yang memuliakan semangat papa. ("Kita Tidak Bakal Balik", Mimpi Panjang Seorang Penyair, 1995:143) Malah, beliau menegaskan betapa pentingnya insan memiliki kekuatan jiwa dan kekayaan hati: Satu kekayaan hati Bisa menempuh keberanian untuk berujar Melihat langit dan suasana bertukar Mewarisi tradisi yang panjang berakar Terasa kerana di tengah semua kegelisahan Manusia membangun dari remuknya sebuah impian 3 Lihat Masuri S.N., "Puisi Di Tengah Gugatan Penghidupan Sernasa" kertas beliau dalarn Pesta Puisi Nusantara 1, anjuran Asas 50, Singapura, 6-8 Ogos 1983. Masuri S.N. dari Jendela Arif Budiman dan Pembinaan Rumah Manusia Sejagat 63 Mencari dan menyaring dari segala kekarutan Apabila kekayaan hati Menggerakkan tenaga meredas rimba kedaifan Maka apakah masih ada pertanyaan Untuk apa sekarang kita berkorban. ("Kekayaan Hati -Kepada Generasi baru", Singgah, 1987:69) Demikianlah di antara beberapa ciri dan nilai yang terdapat dalam karya-karya Masuri yang boleh dimanfaatkan dalam pendidikan bahasa Melayu di sekolah. Tentu sekali nilai nilai tersebut adalah sebahagian daripada isi kandungan yang tersurat dan tersirat dapat dalam puisi Masuri S.N. Para pendidik perlu membuat interpretasi dan penilaian masing masing secara subjektif dan terbuka dan tidak terikat dengan penilaian yang diberikan dalam kertas ini sahaja. PENYERAPAN KARYA MASURI DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYU Sungguhpun karya-karya Masuri pada umumnya didapati baik dan boleh diserapkan dalam pendidikan bahasa Melayu di sekolah, para guru perlulah membuat pilihan dan perancangan yang bijak sebelum menggunakam1ya di bilik darjah. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian: 1. Karya-karya Masuri mempunyai tahap kesukaran (level of difficulty) yang berbeza selaras dengan tahap perkembangan penulisan beliau. Puisi-puisi awal beliau lebih bersifat langsung dan mudah difahami, berbanding puisi-puisi terkemudiannya yang bersifat lebih abstrak dan berfalsafah. Oleh itu pemilihan yang teliti perlu dilakukan supaya ia sesuai dengan tahap kematangan pelajar dan matlamat pendidikan yang ingin dicapai. Guru boleh menggolongkan karya Masuri berdasarkan tiga peringkat pendidikan utam~ - peringkat primari, menengah dan pra-uinversiti/maktab rendah. Setiap peringkat akan memberi tumpuan dan objektif pembelajaran yang berbeza. ARIF BUDIMAN Insan Berpengetahuan Yang Menyumbang Kepada Masyarakat [Masuri sebagai ikon Arif Budiman dan memanfaatkan nilai dan ciri Arif Budiman dalam karya Masuri dengan menggunakan teori dan pendekatan pendidikan dan pengajaran h sastera baru] Pra-Universiti Membina bahasa dan budaya Melayu secara kreatif dalam kesediaan menghadapi cabaran dan peluang dalam dunia yang berubah [Membina bahasa, sastera dan budaya Melayu secara kreatif, dengan membuat penilaian kritis dan mencipta (sintesis) idea dan seni baru berdasarkan karya Masuri]. Menengah Mendalami dan menghargai bahasa dan budaya Melayu dalam pelanjutan pembangunan Negara [Mendalami dan menghargai karya Masuri dan sastera Melayu dalam pelanjutan lsi pembangunan sastera Melayu dan Singapura]
Description: