ebook img

TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA BAHASA MANDARIN TENTANG W ANITA DALAM ... PDF

35 Pages·2015·1.09 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA BAHASA MANDARIN TENTANG W ANITA DALAM ...

TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA BAHASA MANDARIN TENTANG W ANITA DALAM BERITA BERNAMA: SATU KAlIAN KEP ADA NA N LEKSlKAL, PENGARUH KONVENSI PEMBERITAAN DAN MESEJ (MAKNA) oleh LEEBEEYEOW Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Sastera lanuari 2011 PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia utarna saya, Prof. Madya Hasuria Che Omar yang telah banyak memberi panduan yang amat membina dan bimbingan dalam penghasilan tesis ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Dr. Goh Sang Seong penyelia bersama yang juga memberikan idea bernas tentang tesis ini, khususnya dari segi analisis yang berkaitan dengan bahasa Mandarin. Penghargaan ini juga adalah untuk Dr. Rokiah Aw ang, Dr. Haslina Haroon and Dr. Aniswal Abd. Ghani yang sudi membenarkan saya untuk turnt menghadiri kuliah mereka dengan pelajar ijazah pertarna. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan saya di Pusat Pengajian Ilmu Kernanusiaan (PPIK) yang sudi berkongsi pengalarnan dan tunjuk ajar. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Profesor Chan Chee Khoon yang memberi peluang kepada saya untuk membantu dalam penyelidikan di Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANIT A) yang seterusnya membolehkan saya mendaiami pengetahuan tentang penyelidikan dan isu gender dalam suasana kerja sambil belajar. Selain itu, tidak juga dilupakan penghargaan untuk Profesor Datin Rashidah Shuib, Pengarah KANIT A yang senantiasa menggalakkan saya untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. Terima kasih juga kepada semua staf akademik dan rakan seperjuangan saya di KANIT A yang pernah membantu dan menyedarkan saya tentang kepentingan isu-isu gender dan pergerakan wanita Malaysia. Penghargaan ini juga adalah untuk kepada Dr. Diana Wong, Dr. Meryl William, Dr. Cecilia dan staf akademik yang terlibat dalam bengkel penulisan KANIT A yang telah memberikan banyak tunjuk ajar dan berkongsi idea hebat untuk menghasilkan penulisan 11 yang baik dalam tesis mahupun jurnal. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Gan Pek Har yang sudi meluangkan rnasa beliau untuk membantu saya memeriksa dan memperbetulkan terjemahan dalam tesis ini. Penghargaan ini juga untuk semua sahabat baik saya dan Encik Donovan Lai Kien Hou yang sering memberi dorongan dan sokongan yang tak terhingga kepada saya untuk meneruskan pengajian saya sehingga saya menjayakan kajian ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang sentiasa menyokong dan menggalakkan dalam penghasilan tesis ini. 111 SENARAlKANDUNGAN Penghargaan 11 Senarai Rajah VI Senarai Singkatan dan Simbol vii Abstrak viii Abstract x 1.0 PENGENALAN 1 1.1 Latar Belakang Kaj ian dan Pernyataan Masalah 1 1.1.1 Sejarah Perkembangan Penterjemahan di Malaysia 10 1.1.2 Latar Belakang Penterjemahan Teks Berita di Malaysia 13 1.1.3 BERNAMA 14 1.104 Kajian-kajian Lepas 17 1.1.5 Kajian Gender dan Penterjemahan 20 1.1.6 Pemyataan Masalah 20 1.2 ObjektifKajian 23 1.3 Persoalan Kajian 23 104 Bidang Kajian 23 1.5 Kerangka Teori Secara Umum 24 1.6 Kaedah Kajian 26 1.6.1 Sumber Data 28 1.6.2 Prosedur Analisis 29 a. Analisis Item Leksikal Yang Mempunyai Elemen Gender 29 b. Analisis Skima Berita 30 c. Analisis Arah Pemberitaan 31 d. Tinjauan Persepsi Pembaca 31 1.6.3 Pemilihan Sampel Data 32 1. 7 Skop dan Batasan Kajian 33 1.8 Sumbangan Kajian 33 1.9 Organisasi Bab dalam Tesis 34 2.0 TINJAUAN BACAAN DAN KERANGKA TEOR! 36 2.1 Pengenalan 36 2.2 Tinjauan Bacaan 36 2.2.1 Penghasilan Berita 37 2.2.2 Organisasi Media dan Kandungan Berita 40 2.2.2.1 Faktor Struktur dan Organisasi Media terhadap Kandungan Berita 40 2.2.2.2 Pengawalan dan Pemilikan 43 2.2.3 Perkembangan Berita dalam Talian Malaysia 44 2.204 Nilai Berita 45 2.2.5 Berita tentang Wanita 45 2.2.6 Bahasa Media Berita 47 2.2.7 Seksis (Gender) dalam Bahasa Inggeris 50 2.2.7.1 Gender dalam Bahasa Inggeris 52 2.2.7.2 Kata Ganti Nama dengan Rujukan Personal 53 2.2.8 Seksis (Gender) dalam Bahasa Mandarin 54 2.2.9 Penterjernahan dan Berita 61 2.3 Kerangka Teori 66 2.3.1 Pendekatan Terjemahan Komunikatif oleh Newmark (1981, 1988) 66 2.3.2 Pendekatan Terjemahan Fungsian oleh Nord (1997) 69 IV 2.3.2 Pendekatan Penulisan Berita oleh Mencher (1981) dan Hasuria (2001) 71 2.3.4 PendekatanBahasaMediaolehFowler(l991) 74 2.3.5 Pendekatan Media oleh McQuail (2005) 75 2.3.6 Teori Kumpulan Miut oleh Kramarae (2004) 77 2.3.7 Pendekatan tentang Bahasa dan Gender oleh Rider (2000) 79 a. Kata Ganti Nama Maskulin Generik 79 b. Perkataan terkandung 'man' 80 c. Kata Penerang Gender 80 2.3.8 Pendekatan Terjemahan Berasaskan Makna oleh Larson (1984) 81 2.4 Kesimpulan 83 3.0 PENTERJEMAHAN ITEM LEKSIKAL YANG MEMPUNY AI ELEMEN GENDER 87 3.1 Pengenalan 87 3.1.1 Item Leksikal Yang Mempunyai Elemen Gender 87 3.1.1.1 Kata Ganti Nama 88 a. Penggunaan Kata Ganti Nama Tidak Sepadan 89 b. Penggunaan Kata Ganti Nama Sepadan 94 3.1.1.2 Kata Penerang Gender 98 3.1.1.3 PerkataanPejoratif 104 3.1.104 Tinjauan Persepsi Pembaca 110 3.1.1.5 Perbandingan Analisis Penterjemahan Item Leksikal Yang Mempunyai Elemen Gender dengan Dapatan Tinjauan Persepsi Pembaca 114 3.2 Kesimpulan 116 4.0 SKIMA BERITA 120 4.1 Pengenalan 120 4.1.1 Ciri-ciri 5W 1H 121 4.1.2 Strategi Peletakan Maklumat Mengikut Peringkat 132 4.2 Kesimpulan 154 5.0 ARAH PEMBERITAAN 158 5.1 Pengenaian 158 5.2 Arah Pemberitaan 159 5.2.1 Isu Pemimpin 160 5.2.2 Isu Luar Biasa 170 5.2.3 Keterlibatan Pemimpin Lelaki dalam Isu Berkaitan Wanita 178 5.3 Kesimpulan 183 6.0 KESIMPULAN 185 6.1 Pengenalan 185 6.2 Penterjemahan Elemen Gender Daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Mandarin dan Impakuya terhadap Hasil Teljemahan 187 6.3 Konvensi Pemberitaan BERNMfA yang Mempengaruhi Terjemahan Gaya Laporan Berita yang Mengandungi Elemen Gender 191 6.4 Laporan Berita yang Berat Sebelah tentang Isu-isu Wanita dalam Penterjemahan yang Dikaji dan Kesannya 193 6.5 Sintesis Analisis 195 6.6 Penilaian Kerangka Teori yang Digunakan 196 6.6 Cadangan Kajian Masa Depan 198 BIBLIOGRAFI 199 LAMPlRAN v SENARAI RAJAH Halaman Rajah 1.1 Pemetaan kerangka teori .............................................................................. .26 Rajah 2.1 Pemetaan hubungkait disiplin-disiplin dengan kajian penterjemahan (diubah suai daripada Hatim & Munday, 2004:8) ...................................... .37 Rajah 2.2 Aliran sebuah laporan berita di bilik berita kecil: Medialink, perkhidmatan berita industri primer di Wellington New Zealand (diubah suai daripada Bell, 1991:35) ........................................................... .39 Rajah 2.3 Organisasi media massa: analisis tahap (diubah suai daripada McQuail, 2005:280) .................................................. .41 Rajah 2.4 Ringkasan corak kompleks kelas gender (diubah suai daripada Greenbaum dan Quirk, 1990:100) ............................ .54 Rajah 2.5 Perubahan perkataan -!J:. nti (wanita) daripada ideografik sehingga perkataan mudah (diubah suai daripada Tan, 2005) ..................................... 56 VI SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL Singkatan OANA Organization ofA sian News Agencies ASEAN Association ofS outh East Asian Nations AFP Agence France Presse us. AP Associated Press IPS Italy's Inter Press Service us. UPI United Press International NST The New Straits Times CDA Critical Discourse AnalysislAnalisis Wacana Kritis BI Bahasa Inggeris BMn Bahasa Mandarin TSI Teks Selari I TS2 Teks Selari 2 ISA Internal Security Act/Aleta Keselamatan Dalam Negeri MSC Multimedia Super Corridor!Koridor Raya Multimedia 5WIH What, Why, When, Where, Who, How MCA Malaysian Chinese Association Umno/UMNO United Malays National OrganisationJPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Simbol Ix! satu perkataan dalam glos daripada terjemahan BMn perkataan yang digarisi garisan bergerigi adalah pinyin x perkataan yang dihitarnkan merupakan perkataan yang perlu diberi perhatian dalam teks dan data o digugurkan atau tidak diterjemahkan pemindahan teks Vll TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA BAHASA MANDARIN TENTANG WANITA DALAM BERITA BERNAMA: SATU KAJIAN KEPA DANAN LEKSIKAL, PENGARUH KONVENSI PEMBERITAAN DAN MESEJ (MAKNA) ABSTRAK Tesis iill mengkaji mesej terjemahan berita dalam talian yang mengandungi item leksikal yang mempunyai elemen gender, persembahan penulisan berita dan penstrukturan mesej berita yang mempengaruhi arah pemberitaan. Pendekatan analisis yang digunakan terdiri daripada pendekatan media, pendekatan bahasa media, pendekatan penulisan berita, pendekatan gender dan pendekatan penterjemahan. Analisis memusatkan kepada penggunaan item leksikal yang mempunyai elemen gender dalam teks selari dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Sampe! kajian ini terdiri daripada 30 berita dalam talian oleh BERNAMA.com pada 2008 yang berkaitan dengan isu wanita. Analisis deskriptif dilakukan bagi ketiga-tiga kategori analisis, iaitu item leksikal yang mempunyai elemen gender, skirna berita dan arah pemberitaan. Ketiga-tiga kategori analisis ini dikaji dari segi kesan mesej yang dihasilkan daripada pendekatan terjemahan yang digunakan dan peletakan rnaklurnat berita. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelaporan yang berat sebelah terhadap berita yang mengandungi item leksikal berkaitan dengan wanita. Keadaan yang sarna juga berlaku dalam terjernahan yang dihasilkan. Padanan item leksikal yang mempunyai elemen gender yang tidak sepadan dan strategi penterjemahan yang digunakan dalam teks ,selari dua (TS2) . I memberi impak terhadap mesej berita, dan kebanyakannya impak negatif dan mengalarni kehilangan makna, TS 1. Namun, kebanyakan item leksikal yang mempunyai elemen gender diterjernahkan mengikut makna perkataan asal, namun begitu, makna asal perkataan itu VllI sendiri sebenarnya telah membawa makna yang berat sebelah. Tinjauan pendapat pembaca yang dilakukan untuk mengesan berat sebelah penggunaan item leksikal yang mempunyai elemen gender menunjukkan pembaca sedar akan penggunaan item leksikal yang lllempunyai elemen gender, terutarnnya kata ganti nama diri orang ketiga dalam TS2. Tinjauan pendapat pembaca turut menunjukkan kekeliruan wujud dengan percampuran penggunaan flli ill (he) dan Ml ill (she) untuk merujuk wanita, walaupun kebanyakan pembaca berpendapat {-fu ill adalah neutral dengan penggunaannya yang boleh digunakan untuk merujuk makna maskulin dan feminin. Analisis dan tinjauan pendapat pembaca telah menunjukkan keadaan berat sebelah penggunaan item leksikal yang mempunyai elemen gender ini merupakan amalan yang dikekalkan sejak dahulu lagi dan penerimaan penggunaan sebegini walaupun telah berubah tetapi masih dalam keadaan yang kurang peka. Praktis skima berita yang berasaskan prinsip 5WIH dan peletakan maklumat yang berdasarkan struktur pirarnid songsang turut memperlihat pelaporan berat sebelah dengan penggunaan elemen gender pada tahap yang kurang peka terhadap kepadanan maklumat dan makna. Walau bagaimanapun, strategi penterjemahan yang digunakan dalam TS2 adalah bersesuaian untuk menepati fungsi berita dan fungsi teks terjemahan untuk pembaca sasaran. Selain itu, makna teks berita daripada teks sumber dan teks terjemahan telah diteliti untuk mengesan arah pemberitaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa corak penulisan teks sumber (TS 1) dan teks terjemahan (TS2) adalah sepadan dengan makna asal cuba dikekalkan walaupun masih terdapat kehilangan makna yang tidak dapat dielakkan dalam TS2. Oleh yang dernikian, makna berita asal terjejas dan keadaan ini secara tidak langsung turut menjejaskan arah pemberitaan. Namun, dapatan kajian telah menunjukkan kebanyakan data mengekalkan arah pemberitaan asal daripada TS 1 dalam TS2. IX THE TRANSLATION FROM ENGLISH INTO MANDARIN ON WOMEN IN BERNAMA ONLINE NEWS: A STUDY ON LEXICALS EQUIVALENCES, INFLUENCES ON NEWS CONVENTION AND MESSAGE (MEANING) ABSTRACT The thesis studies the messages of the online news translation which contains gender element lexical items, news presentation, news messages structures which affect the news direction. A number of research approaches are used in this study, ranging from media theory, media language, news writing, gender and translation. The focus of the analysis is on the lexical items which contain gender-element in English and Mandarin parallel texts. The study involves 30 online news on women issues extracted from BERNAMA.com in 2008. The descriptive analysis was carried out for three categories of analyses, i.e. gender-element lexical items, news scheme and news direction. The analyses are done to determine the impact on the messages produced from the translation methods and the similarity of news positioning in both languages. The findings show that the biasness occurred in the news reporting and its translation, particularly on the lexical items with gender elements. The inequivalences of gender element lexical items in both languages also have negative impacts on the news messages. Most of the gender-element lexical items seem to have been translated literally and a survey on readers' perception to identify the biasness usage of gender-element lexical items shows that readers are aware of the occurrence of gender-element lexical items in the text, particularly third person pronoun used in the target'text. The survey also s~ows the readers agreed with the confusion occurred due to the mixed usage of ftH ill (he) and ~ li!. (she) which refers to women. However, the majority of the readers viewed 1m li!. as a gender neutral-word which could refer to either masculine or feminine. Even though biasness in the x

Description:
2.2.8 Seksis (Gender) dalam Bahasa Mandarin. 54. 2.2.9 Penterjernahan dan Berita. 61. 2.3 Kerangka Teori. 66. 2.3.1 Pendekatan Terjemahan
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.