ebook img

TEORI MAQ”ÿID AL-SYAR''AH: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN AL-SY”ŸIB' DAN ... PDF

188 Pages·2011·1.39 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview TEORI MAQ”ÿID AL-SYAR''AH: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN AL-SY”ŸIB' DAN ...

TEORI MAQÓØID AL-SYARÔ‘AH: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN AL-SYÓÙIBÔ DAN ‘IZZ AL-DÔN IBN ‘ABD AL-SALÓM HASBULLAH BIN MAT DAUD JABATAN FIQH DAN USUL AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2011 TEORI MAQÓØID AL-SYARÔ‘AH: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN AL-SYÓÙIBI DAN ‘IZZ AL-DIN IBN ‘ABD AL-SALAM HASBULLAH BIN MAT DAUD DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA BAHAGIAN II (SECARA BERKURSUS DAN DISERTASI) JABATAN FIQH DAN USUL AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2011 ”Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani” UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: HASBULLAH BIN MAT DAUD (No. K.P/Pasport: 750414025551) No. Pendaftaran/Matrik: IGA 030024 Nama Ijazah: SARJANA SYARIAH Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”): TEORI MAQÓØID AL-SYARÔ‘AH: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN AL-SYÓÙIBÔ DAN ‘IZZ AL-DÔN IBN ‘ABD AL-SALÓM Bidang Penyelidikan: MaqÉÎid al-Syari‘ah Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa- apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mengetahui apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM. Tandatangan Calon Tarikh Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan, Tandatangan Saksi Tarikh Nama: Jawatan: ABSTRAK Teori MaqÉÎid al-Syari‘ah: Kajian Perbandingan Antara Pemikiran al-SyÉÏibi dan ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm Kajian ini merupakan kajian perbandingan antara ImÉm al-SyÉÏibi dan ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm dalam bidang maqÉÎid al-syari’ah. MaqÉÎid al-syari‘ah merupakan satu cabang ilmu Islam yang mendapat perhatian para penyelidik hukum Islam dan merupakan satu disiplin ilmu yang tersendiri dalam perundangan Islam. Kefahaman terhadap maqÉÎid al-syari‘ah adalah suatu yang penting bagi memahami objektif sebenar nas syarak dengan lebih mendalam dan tepat. Kajian ini diketengahkan bertujuan mengetahui dan mengenal pasti asas-asas yang mempengaruhi pemikiran ImÉm al-SyÉÏibi dan ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm yang merupakan ulama tersohor dan terkemuka dalam bidang maqÉÎid al-syari‘ah. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui pemikiran ImÉm al-SyÉÏibi dan ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm secara terperinci tentang teori maqÉÎid al-syari‘ah dan menganalisis secara perbandingan tentang pemikiran kedua tokoh tersebut. Kajian ini menggunakan kajian perpustakaan bagi mendapat maklumat yang berkaitan dengan kajian terutamanya dari pelbagai sumber klasik dan kontemporari. Data kajian seterusnya dianalisis secara perbandingan serta turut menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati pemikiran ImÉm al-SyÉÏibi dan ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm telah dipengaruhi oleh suasana persekitaran dan peristiwa semasa. Selain itu, bentuk pemikiran antara kedua tokoh ini adalah berbeza kerana perbandingan pemikiran antara ImÉm al-SyÉÏibi dan ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm menunjukkan ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm lebih banyak menggunakan konsep maÎlaÍah dan mafsadah berbanding ImÉm al-SyÉÏibi. ABSTRACT The Theory of MaqÉÎid al-Syari‘ah: A Comparative Study Between The Thought of al-SyÉÏibi and ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm This research is comparative study between ImÉm al-SyÉÏibi and ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al- SalÉm in the field of maqāÎid al-syari‘ah MaqāÎid al-syari‘ah is a part of Islamic knowledge that have been focus of Islamic researchers and as an independent discipline in the field of Islamic Jurisprudence. The understanding of maqāÎid al-syari‘ah is significant in order to grasp a thorough understanding of the objectives of nas syarak. The purpose of this study is to identify the factors that influence ImÉm al-SyÉÏibi and ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm thought as a prominent scholars in this area. Besides, this research also attempts to understand in greater details the doctrine of ImÉm al-SyÉÏibi and ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm as well as analyze by employing the comparative method. Library methodology has been used in this research and it is based on various classical and contemporary resources. The data was analyzed by comparative, inductive and deductive methods. The research found that the doctrine of ImÉm al-SyÉÏibi and ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm were influence by environment and current events happening during their life time. Moreover, this is a vast different between the doctrines of ImÉm al-SyÉÏibi and ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm because it has been proven that ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-SalÉm applied the concept of maÎlaÍah (beneficence) and mafsadah (corruption) more extensively than ImÉm al-SyÉÏibi. PENGHARGAAN ﻢﻴﺣﺮﻟا ﻦﲪﺮﻟا ﷲا ﻢﺴﺑ ﻪ ﻟأ ﻰﻠﻋو ﻰﻔﻄﺼﳌا ﻪﻟﻮﺳر ﲔﻠﺳﺮﳌاو ءﺎﻴﺒﻧﻻا فﺮﺷأ ﻰﻠﻋ مﻼﺴﻟاو ةﻼﺼﻟاو ﲔﳌﺎﻌﻟا بر ﷲ ﺪﻤﳊا ﺪﻌﺑ ﺎﻣأ ,ﻦﻳﺪﻟا مﻮﻳ ﱃا نﺎﺴﺣﺎﺑ ﻢﻬﻌﺒﺗ ﻦﻣو ﲔﻌﲨأ ﻪﺒﺤﺻو Pertama sekali, penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan khusus kepada mantan penyelia saya iaitu Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail yang telah bersara, selaku penyelia pertama kepada penulis atas segala sumbangan, bimbingan dan nasihat beliau dalam usaha merangka dan menyiapkan tesis ini. JazÉkumallahukhairan kathÊrÉ. Hasil tunjuk ajar, buah fikiran, dan bimbingan beliau, penulis mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dengan mudah dan akhirnya berjaya menamatkan penulisan ini dengan baik. Penulis juga berterima kasih kepada Prof. Madya Datin Dr. Noor Naemah Abd Rahman yang juga membimbing, tunjuk ajar, dorongan dan penyeliaan dengan penuh dedikasi sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Ucapan terima kasih ini juga tidak lupa ditujukan kepada semua pensyarah di bahagian Pengajian Syariah khususnya di Jabatan Fiqh & Usul yang begitu gigih mencurahkan ilmu dan membimbing penulis menjadi insan yang lebih sempurna. Mudah-mudahan Allah SWT melimpahkan ganjaran pahala di akhirat kelak. Tidak ketinggalan juga ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan khusus untuk ibu dan ayah tercinta: Sofiah binti Syeikh ØÉliÍ JamÉl Syeikh ‘Umar JamÉl dan Haji Mat Daud bin Idris yang banyak berkorban dan sentiasa memberi dorongan, tunjuk ajar dan tidak pernah jemu mendoakan penulis. Begitu juga kepada abang, Allahyarham Amin Nordin, Kak Azizah serta adik-adik: Zulfikri dan Awatif yang turut memberi perangsang, dorongan dan semangat yang padu. Teristimewa buat isteri tersayang, Aerisuli binti Awang yang turut memberi pandangan dan buah fikiran. Semoga mendapat keberkatan dan pahala atas segala kerjasama dan pengorbanan yang diberikan. Juga buat anak-anak tercinta Muhammad Afnan, Nur Sofiyyah dan Alia Nur Syafiqah Amin Nordin. Begitu juga kakitangan UM yang lain terutama Bahagian Pendaftaran dan Bahagian Siswazah. Kakitangan-kakitangan Perpustakaan Utama dan Perpustakaan Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Penulis juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih semua sahabat perjuangan yang telah berkongsi dorongan, semangat dan bantuan dalam menjayakan penulisan tesis ini. Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada mereka yang turut terlibat secara tidak langsung dalam menjayakan disertasi ini. Mudah-mudahan segala bantuan yang dihulurkan mendapat perhatian dan ganjaran daripada Allah SWT sebagai amalan yang ikhlas. KATA PENGANTAR ﻪ ﻟاو ﱘﺮﻜﻟا ﻪﻟﻮﺳر ﻰﻠﻋ ﻢﻠﺴﻧو ﻰﻠﺼﻧو ﻩﺪﻤﳓ، ﷲا لﻮﺳر ﻲﻠﻋ مﻼﺴﻟاو ةﻼﺼﻟاو ﷲا ﺪﻤﳊا ، ن ﺎﻗﺮﻔﻟا لﺰﻧأ ﻪﻟ ﻚﻳﺮﺷ ﻻ ﻩﺪﺣو ﷲا ﻻا ﻪﻟاﻻ نأ ﺪﻬﺷأ .ﱘﻮﻘﻟا ﻦﻳﺬﻠﻟ ةﺎﻤﳊا ﻪﻋﺎﺒﺗأو ﻪﺒﺤﺻو ، ، ﻞ ﺻأ ﻪﻟﻮﺳرو ﻩﺪﺒﻋ ﺪﻤﳏ نأ ﺪﻬﺷأ و .ﺔﲪرو ىﺪﻫو ﺎﺟﺎﻬﻨﻣ و ﺔﻋﺮﺷ ﺎﻨﻟ نﻮﻜﻴﻟ ﻩﺪﺒﻋ ﻰﻠﻋ ، ﻪ ﻟأ ﻰﻠﻋو ﻪﺒﺤﺻو ﻪﺒﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﺔﻳاﺪﻫ جاﺮﺳ مﺎﻧﻸﻟ ﻪﺘﻨﺳ ﻦﻣ ﻞﻌﺟو مﺎﻜﺣﻷا ﻞﺼﻓو ﺔﻌﻳﺮﺸﻟا ، ﺪﻌﺑ ﺎﻣأ ﻦﻳﺪﻟا مﻮﻳ ﱃا ﻪﻳﺪ ىﺪﺘﻫا ﻦﻣو Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami memuji Allah SWT serta memohon selawat dan salam ke atas RasulNya yang mulia serta para sahabat baginda yang mempertahankan agama yang mulia. Tajuk maqÉÎid al-syari‘ah ini sebenarnya dipilih kerana penulis merasakan ia cukup penting untuk didedahkan dan diperbincangkan dengan ruang lingkup yang lebih luas. Ini memandangkan topik ini berkait rapat dengan ilmu uÎËl al-fiqh yang merupakan ilmu yang menjadi asas dalam pemahaman metodologi hukum Islam. Penguasaan yang mendalam tentang ilmu uÎËl al-fiqh termasuk ilmu maqÉÎid al-syari‘ah membantu para penyelidik hukum Islam kontemporari mengeluarkan hukum dengan lebih teratur dan tepat mengikut suasana dan tempat. Walau bagaimanapun penulis tidak menafikan bahawa sudah terdapat banyak kajian berhubung ilmu maqÉÎid al-syari‘ah. Namun pada hemat penulis ia perlu diperbanyakkan lagi perbahasannya dengan melihat ruang dan skop dari pelbagai sudut. Walaupun banyak kajian berkaitan maqÉÎid al-syari‘ah tetapi ia menjurus kepada kajian bersifat umum dan kajian yang berbentuk individu. Memandangkan belum ada lagi kajian terhadap teori maqÉÎid al-syari‘ah secara perbandingan yang melibatkan dua tokoh ilmuwan, maka penulis merasakan perlu mengkaji teori maqÉÎid al-syari‘ah secara perbandingan dan penulis memilih tajuk teori maqÉÎid al-syari‘ah: kajian perbandingan antara pemikiran ImÉm al-SyÉÏibi dan ImÉm ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al- SalÉm sebagai tumpuan kajian. Kajian ini semestinya tidak lari daripada kekurangan dan kelemahan. Walaupun begitu, penulis cuba mengupas kajian ini sebaik mungkin agar tujuan dan objektif kajian ini tercapai. Harapan penulis agar kajian yang dijalankan ini mampu mendedahkan secara lebih jelas tentang persoalan yang berkaitan dengan teori maqÉÎid al-syari‘ah daripada perspektif kedua-dua orang tokoh ini. Selain itu bidang maqÉÎid al-syari‘ah dilihat mampu meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman umat Islam tentang kepentingan maqÉÎid (maksud dan tujuan) al-syari‘ah agar menjadi lebih jelas untuk difahami dan dihayati. Sekian, Salam hormat dari penulis: Al-Faqir ila Rabbih Hasbullah bin Mat Daud No 29F Kg Sungai Jagung, Mukim Padang Pusing 06700 Pendang Kedah Darul Aman OGOS 2011 [email protected] Ramadhan 1432h

Description:
cabang ilmu Islam yang mendapat perhatian para penyelidik hukum Islam dan merupakan This research is comparative study between Im…m al-Sy…œibi and 'Izz al-Din ibn 'Abd al-. Sal…m in the .. CATATAN. Perkataan-perkataan Arab yang telah dimelayukan melalui Kamus Dewan tidak akan.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.