TEKS UCAPAN Y.BHG PROF. DATO’ DR MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA DI MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN BAHARU 2015 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera , salam 1Malaysia, salam Integrasi Naqli dan Aqli. [SALUTASI] Bertandang Kalian Hamba Raikan Amanat Dibentang Menyusun Haluan USIM di Martabat Warganya Dibanggakan Sepakat Semua Menggapai Wawasan 1. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua kita dapat bersama-sama menghadiri Majlis Amanat Naib Canselor Tahun Baharu 2015 pada pagi ini. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2015 kepada seluruh warga USIM meliputi Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), 1 Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU), Ketua-Ketua Jabatan, Profesor Emeritus, Profesor, pensyarah, kakitangan pentadbiran, kakitangan sokongan dan para pelajar. Saya ingin mengambil kesempatan di awal ucapan saya ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga USIM yang telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan sepanjang tahun lalu. Dengan ketibaan tahun 2015 ini, maka bermulalah lembaran baharu dalam kehidupan kita, termasuk tugas-tugas yang perlu kita laksanakan dan sasaran-sasaran yang mesti kita capai. Untuk makluman bersama, ini merupakan Majlis Amanat pertama bagi saya selaku Naib Canselor setelah dilantik menjadi Naib Canselor USIM yang ke-empat berkuatkuasa pada 15 Ogos 2014. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ahli LPU, ahli JKPU dan seluruh warga USIM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menerajui USIM. Adalah menjadi harapan saya agar warga USIM dapat bersama-sama saya untuk mengembleng tenaga bagi membangunkan USIM sebagai Pusat Rujukan Integrasi Naqli dan Aqli di peringkat Serantau pada tahun 2016 atau USIM ’16 dan di peringkat global pada tahun 2025 atau USIM ‘25 2 Hadirin dan Hadirat yang saya hormati sekalian, 2. Pada penghujung tahun 2014, beberapa buah negeri di negara kita telah dilanda bencana banjir yang luar biasa. Bencana ini bukan sahaja telah memusnahkan harta benda, malah menyebabkan kehilangan nyawa selain menjejaskan sesi persekolahan. Saya berasa amat dukacita dengan kehilangan nyawa yang menjadi korban banjir. Seramai 153 orang pelajar USIM juga telah menjadi mangsa banjir apabila terkandas dan tidak dapat mengambil peperiksaan akhir semester. Universiti mengambil perhatian serius dan cakna dengan keadaan pelajar yang menjadi mangsa banjir ini. Sehubungan itu, pihak universiti telah bersetuju untuk membenarkan pelajar yang menjadi mangsa banjir ini untuk menduduki peperiksaan gentian pada awal semester hadapan. 5. Saya sendiri bersama pasukan USIM telah berpeluang untuk ‘turun padang’ dan menyertai misi bantuan pasca banjir anjuran Smart Team USIM di Kg Lebir, Gua Musang, Kelantan di mana saya dapati sebanyak 20 buah rumah dan sebuah masjid telah musnah. Oleh itu, USIM mengambil inisiatif untuk membantu kawasan yang terjejas dengan menyalurkan sumbangan melebihi RM 100,000.00 serta wang tunai dan barang sumbangan. Pihak USIM juga telah menghantar sejumlah 512 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar 3 dan staf bagi misi bantuan pasca banjir di mana USIM telah memfokuskan beberapa kawasan seperti di Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Mas di Kelantan; Daerah Temerloh dan Jerantut di Pahang serta Kampung Gajah di Perak. 6. Pada kesempatan ini saya bagi pihak pengurusan tertinggi USIM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dalam kerja pembersihan bagi kawasan yang terjejas akibat banjir. Ini termasuk para pelajar dan kakitangan USIM yang telah meluangkan masa dan tenaga bagi menghulurkan bantuan bagi misi bantuan banjir tersebut. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah bermurah hati menyumbangkan dana dan barang-barang keperluan. Saya berasa amat terharu dan berbangga dengan usaha murni yang dilakukan oleh warga USIM kerana ini menunjukkan warga USIM prihatin dan cakna dengan musibah dan bencana yang berlaku di sekeliling kita dengan menghulurkan bantuan yang sewajarnya. Perkara ini adalah sejajar dengan hasrat USIM untuk menjadi nombor satu (1) di hati dan minda rakyat atau ‘Number One (1) In The Hearts And The Minds Of The People’ di samping menjadikan USIM sebagai universiti yang relevan kepada masyarakat. 4 SEJARAH PENUBUHAN USIM DAN SAMBUTAN 15 TAHUN USIM Pada tahun ini, USIM akan menyambut Ulangtahun ke-15. Bersempena dengan majlis sambutan ini, marilah kita bersama- sama mengimbau sejarah penubuhan USIM yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Untuk makluman semua, cadangan penubuhan KUIM telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh Kelantan pada 14 Jun 1996. Beliau telah memberikan komen berikut dalam pengumuman beliau: "Jika negara Islam lain tidak mampu, Malaysia akan mengambil alih daripada mereka untuk mewujudkan pusat kecemerlangan Islam bagi memperlihatkan agama Islam bukanlah mundur atau kolot, sebaliknya progresif". Marilah juga kita merenung kata-kata Tun Mahathir semasa Upacara Pecah Tanah Kampus Tetap KUIM seperti dihebahkan di Utusan Malaysia pada 23 Ogos 2002 iaitu : 5 “Ingatlah kita perlu meneroka bidang Sains dan Teknologi seperti mana ditunjukkan beberapa orang pakar Islam terdahulu hingga menjadikan empayar Islam kuat pada masa itu“ dan seterusnya beliau menyatakan; “di harap tidak ada orang yang akan mengkhianati tujuan penubuhan KUIM” Hasrat penubuhan KUIM adalah selaras dengan manifestasi Kerajaan untuk melahirkan pemimpin Islam yang berwibawa dan dapat memelihara kepentingan negara dan umat Islam sepenuhnya. Selain itu ia berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai model utama negara-negara Islam di dunia dan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan kurikulum tempatan untuk memastikan keutuhan Islam dalam negara demi merealisasikan pembinaan tamadun baru Islam. Selain itu juga, ia juga bertujuan untuk mengembalikan ketokohan ilmu Islam yang semakin pudar. KUIM mula beroperasi pada tahun 2000 dengan pengambilan sulung seramai 255 pelajar pada 18 Jun 2000. USIM merupakan, Universiti Islam yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-12 di negara ini. USIM berhasrat muncul 6 sebagai saluran utama kumpulan pelajar di sekolah-sekolah menengah agama dan pelajar aliran agama untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat pendidikan tinggi. Program pengajiannya diolah bagi memenuhi keperluan pasaran, industri dan mampu membentuk pembangunan modal insan yang memiliki kemahiran insaniah yang tinggi. Pada tahun 2007, KUIM telah bertukar nama kepada UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. Kini, USIM mempunyai seramai 9,783 pelajar Sarjana Muda, 1,131 pelajar siswazah dan 826 orang pelajar dari Pusat Tamhidi dan terkini seramai 50 orang pelajar di Sekolah Permata Insan, USIM. Bilangan Alumni USIM kini berjumlah 9,765 orang dan telah berkhidmat di pelbagai agensi Kerajaan, Swasta mahu pun sebagai seorang usahawan. Hadirin dan Hadrat sekalian, Masa terus berlalu pantas dan tanpa kita sedari USIM telah pun mencecah usia 15 tahun. Pelbagai cabaran dan ujian telah ditempuhi oleh insan-insan yang bersusah payah dalam membangunkan USIM seperti hari ini. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada kakitangan awal KUIM sama ada yang telah menamatkan perkhidmatan atau yang masih setia berkhidmat selama 15 tahun membangunkan Universiti ini. 7 Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Pengerusi LPU dan warga awal universiti yang bertungkus lumus di dalam penubuhan KUIM ketika itu. Mohon berikan tepukan yang paling gemuruh kepada semua mereka beserta individu yang turut serta di dalam kumpulan penubuhan KUIM. Semoga segala usaha murni yang telah dilaksanakan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah SWT. Justeru, USIM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Sambutan Ulangtahun Ke-15 USIM yang akan dilancarkan pada hari ini. Hadirin dan Hadirat sekalian, IMBASAN PENCAPAIAN USIM 2014 Ikhtiar dan Usaha Membawa Jaya Pencapaian Dituai Mengharum Nama Warga USIM Hebat Semuanya Tersohor Universiti Seantero Dunia YBhg. Tan Sri, izinkan saya meneruskan ucapan dengan mengimbas pencapaian dan pengiktirafan yang dicapai oleh USIM sepanjang tahun 2014. Pada hemat saya, wajar kita kongsikan kejayaan-kejayaan yang dilakarkan ini, bukan untuk 8 bermegah, tetapi sebagai satu tanda penghargaan dan motivasi untuk kita semua terus cemerlang. 1. PEMBERIAN STATUS AUTONOMI Hadirin sekalian, menutup tahun 2014, USIM menerima khabar gembira apabila diberi status autonomi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dimana majlis penyerahan status autonomi telah diadakan pada Majlis Amanat Tahun Baharu YAB Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 16 Januari 2015 di Putrajaya yang meliputi empat komponen iaitu: (i) Governan; (ii) Kewangan dan Penjanaan Pendapatan; (iii) Pengurusan Sumber Manusia; dan (iv) Pengurusan Akademik dan Kemasukan Pelajar. Dengan status autonomi ini, peranan dan kuasa Universiti dalam membuat keputusan menjadi lebih luas. Lembaga Pengarah Universiti (LPU) bersama-sama sumber-sumber kuasa Universiti seperti Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dan Senat diberi mandat untuk membuat keputusan secara kolektif bagi menetapkan halatuju Universiti. Status ini memberi ruang kepada USIM untuk bergerak ke hadapan 9 dengan lebih terbuka dan seterusnya memacu niche yang telah digagaskan secara progresif. Status autonomi yang diwatikahkan ini perlu dihayati oleh semua lapisan warga USIM; kakitangan dan pelajar. Ianya bukan agenda LPU atau JKPU, tetapi ianya adalah agenda Universiti. Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti (PPKPK) akan mengambil langkah proaktif untuk memberi pencerahan berkenaan status autonomi ini kepada semua warga USIM untuk memastikan semua lapisan warga USIM cakna mengenai bidang kuasa autonomi dan mampu membuat perancangan sewajarnya. 2. PENCAPAIAN INSTITUSI YBhg. Tan Sri dan hadirin sekalian, USIM untuk kali kedua, telah memperolehi penarafan Tier 5 dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2013 (SETARA‘13) oleh MQA yang diumumkan pada 17 November 2014. Memperolehi Tier 5 (pencapaian tertinggi adalah Tier 6) meletakkan USIM pada kedudukan “CEMERLANG“ di antara 53 Universiti dan Kolej Universiti yang dinilai. Tiada mana-mana Universiti/Kolej Universiti yang memperolehi Tier 6, namun, iltizam USIM adalah ke arah itu. 10
Description: