ebook img

Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan ... PDF

29 Pages·2017·0.53 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan ...

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5 (Jun 2017): 80-108 Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tel.: 603-79676014/6103 Emel: [email protected] Abstrak Al-Tazkiyah bermaksud pembersihan atau penyuburan. Dalam konteks ahli tasawuf, al-tazkiyah merujuk kepada bersih daripada segala sifat keji dalam diri. Manakala, al-nafs adalah jiwa. Dari sudut terminologi, “tazkiyah al-nafs” merupakan suatu proses penyucian jiwa daripada segala bentuk penyakit hati yang memerlukan usaha gigih dan bersungguh-sungguh bagi menyingkirkan sifat tercela. Ia juga boleh dikatakan sebagai suatu peralihan daripada jiwa yang tercemar dengan dosa kepada jiwa yang suci. Proses tazkiyah al-nafs perlu melalui beberapa fasa secara konsisten dalam mencapai ma’rifatullah. Fasa-fasa tersebut adalah al-takhalli, al-tahalli dan al-tajalli. Kajian ini menggunakan metode pengumpulan dan menganalisis data bertujuan untuk mengetahui metode tazkiyah al-nafs menurut ahli tasawuf dan keberkesanan proses tazkiyah al-Nafs terhadap individu dan masyarakat selain mengatasi krisis jiwa yang kian melonjak dalam kehidupan ummah masa kini. Hasil kajian mendapati bahawa tazkiyah al-Nafs merupakan suatu proses yang sangat berkesan dalam mencapai ma’rifatullah yang mana keberkesanannya dapat dilihat dalam melahirkan insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, akal dan rohnya. Hal ini adalah kerana kejayaan dan kecemerlangan insan berkait rapat dengan soal pembangunan yang seimbang merangkumi aspek kerohanian dan kejiwaan. Kata kunci: Tazkiyah, al-Nafs, Tazkiyah al-Nafs, ma’rifatullah, al- takhalli, al-tahalli dan al-tajalli. TAZKIYAH AL-NAFS ACCORDING TO THE FOLLOWERS OF TASAWUF 80 Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5 (Jun 2017): 80-108 Al-Tazkiyah means purification or nourishment. In the context of the followers of tasawuf, al-tazkiyah refers to being clean from all sorts of abusive nature in the self. Whereas, al-nafs is the soul. From the terminology angle, “tazkiyah al-nafs” resembles a process of soul purification from all forms of the heart diseases that requires intensive effort and persistence to get rid of its despicable natures. It can also be referred to as a transition from a soul contaminated with sin towards a purified soul. The process of tazkiyah al-nafs has to go through a few phases consistently to achieve ma’rifatullah. These phases are al- takhalli, al-tahalli and al-tajalli. This research uses the method of gathering and analysis of data aimed to get to know the method of tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and the efficacy of the tazkiyah al-Nafs process on individuals and the community apart from overcoming the crisis of the soul that is ever increasing in the lives of the ummah today. The research findings show that tazkiyah al-Nafs is a process that is very effective in achieving ma’rifatullah whereby its efficacy can be seen through the production of a man balanced in its physical, emotional, mental and spiritual aspects. This is because the success and excellence of a man is closely related to the question of a balanced development that includes its spiritual and soul aspects. Keywords: Tazkiyah, al-Nafs, Tazkiyah al-Nafs, ma’rifatullah, al- takhalli, al-tahalli and al-tajalli. Pendahuluan “Tazkiyah al-Nafs” merupakan satu kaedah penyucian jiwa dan pendidikan akhlak manusia. Manakala dari aspek terminologi pula “Tazkiyah al-Nafs” bermaksud satu proses dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk membersih dan menyucikan jiwa daripada sifat-sifat yang tercela. Ia merupakan satu proses peralihan daripada jiwa yang tercemar dengan kotoran dosa-dosa kepada jiwa yang suci dan bersih. Proses Tazkiyah al-Nafs perlu melalui beberapa fasa dalam mencapai ma’rifatullah. Fasa-fasa yang perlu di lalui ialah takhalli, tahalli dan tajalli. Dalam menjalani fasa-fasa tersebut, seseorang itu perlu mewujudkan kombinasi merangkumi tiga unsur utama iaitu bi’ah, murabbi dan manhaj agar tidak terdedah kepada ajaran-ajaran yang terpesong dan menyesatkan daripada landasan Islam yang sebenar. Tazkiyah al-Nafs juga merupakan satu metode atau proses sangat penting dalam pembangunan insan untuk melahirkan manusia yang seimbang aspek jasmani, akal, emosi dan rohnya. Kejayaan hidup seseorang bukan sahaja diukur 81 Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5 (Jun 2017): 80-108 melalui kecerdasan akal fikiran dan kekuatan fizikal sahaja tetapi ia mestilah diimbangi dengan kebaikan tingkah laku. Kejayaan dan kecemerlangan manusia amat berkait rapat dengan soal pembangunan yang seimbang merangkumi aspek kerohanian dan kejiwaan. Hal ini boleh dilihat melalui pembuktian-pembuktian yang menunjukkan sesetengah golongan bijak pandai masih terlibat dengan aktiviti yang merosakkan hidup mereka sendiri serta merosakkan hidup orang lain. Tuntasnya,1 penelitian yang mendalam perlu dilakukan terlebih dahulu untuk memahami konsep Tazkiyah al-Nafs ini. Definisi Tazkiyah al-Nafs Bagi memahami dan menghayati pengertian tazkiyah al-nafs dalam konteks kajian ini, penulis akan memulakannya dengan menjelaskan definisi tazkiyah al-nafs terlebih dahulu. Hal ini adalah sangat penting bagi menilai dan memahami konsep tersebut khususnya bagi setiap individu dalam mencapai matlamat tazkiyah al-nafs dalam kehidupan. Pengertian al-Tazkiyah Dari Sudut Bahasa dan Istilah Penyucian (al-Tazkiyah) dalam bahasa Arab berasal daripada perkataan zaka )ءاكز -وكزي -اكز( yang bererti suci dan terdapat juga perkataan )اكّ ز( zakka yang bererti penyucian dan pembersihan.2 Al-Tazkiyah )ةّيكزتلا( berkait rapat dengan pengertian suci, subur, bertambah dan berkat. Sebagai contoh, perkataan Zakat disebut sedemikian kerana ianya kembali kepada berkat atau menyucikan jiwa, membersihkannya daripada sifat kikir ( حّ ش) atau kedua-duanya.3 Zakat adalah kata nama yang mempunyai dua pengertian; ia memberi erti sesuatu atau benda yang dikeluarkan )ج ر خ م لا( iaitu yang dizakatkan dan ia juga bererti 1 Bermaksud keseluruhannya ; Laman sesawang Gerbang Maya Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, dicapai 20 Mei 2017, http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Tuntasnya 2 Ilyas Ismail et. al, “Tazkiyah Al-Nafs”, dalam Ensiklopedi Tasawuf (disusun oleh tim penulis UIN Syarif Hidayatullah), (Bandung : Angkasa, 2008), 3: 1318. 3 Al-Husayn bin Muhamad ar-Raghib al-Asfahani, Mufradat Fi Gharib al Quran, (Beirut, Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy, 2002), 213. 82 Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5 (Jun 2017): 80-108 perbuatan )لعفلا( penyucian itu sendiri. Firman Allah s.w.t di dalam al-Quran al-Karim: ن و لعِ ا ف ةِ اك زَّ لِل م ه ن يذِ َّلاو Al-Mukminun 23: 4 Maksudnya: dan mereka yg berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Zakat dimaksudkan dengan dua pengertian iaitu menyucikan harta dan menyucikan jiwa. Lawan kepada perkataan tersebut adalah pengotoran jiwa (ةّيسدتلا). Allah telah menerangkan di dalam al-Quran al-Karim: ا هاسَّ د نم ب اخ د قو ،ا هاكَّ ز نم ح لف أ د ق Surah Ash-Shams 91: 9-10 Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya rugilah orang yang menjadikan dirinya susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). Berdasarkan penelitian yang telah dilakukan, terdapat enam ayat al-Quran yang telah mengungkapkan kalimah perkataan tazkiyah dalam konteks makna yang hampir serupa dan saling berkaitan. Antara yang dapat disimpulkan daripada ayat-ayat tersebut, ianya membawa pengertian sifat Allah SWT yang berhak menyucikan dan mengurniakan taufiq dan hidayah kepada manusia di dunia,4 tugas Rasulullah SAW sebagai seorang yang mendidik dan menyucikan umatnya serta membawa kepada jalan yang benar,5 hamba yang berjaya menyucikan jiwanya6 serta 4 Al-Quran al-Karim, Surah an-Nisa’ 4:49 ) ًايلِ تَف نَومَُلْظُي لََوَ ُءاشََي نمَ يكِّزَُ ي ُ هَّللا لَِب ۚ مهُسَفُنَأ نَوكُّزَُ ي نَيذَِّلا لََِإ رََ ت ْلَََأ( 5 Al-Quran al-Karim, Surah al-Baqarah 2:151 dan Surah Ali Imran 3:164 83 Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5 (Jun 2017): 80-108 menyucikan pemakanannya,7 dan terakhir, makna yang membawa kepada konsep penyucian manusia yang selalu memuji dirinya sendiri.8 Menepati maksud tazkiyah sebagai penyucian, pembersihan dan penyuburan diri serta penyingkiran segala bentuk perkembangan yang tidak dikehendaki juga segala perkara yang tidak baik.9 Bermaksud, telah diperkembangkan kepada satu simpulan pengertian yang lebih spesifik sebagai satu terma spiritual. Tazkiyah mengandungi makna usaha gigih secara bersungguh-sungguh untuk membersih dan menyucikan diri seseorang manusia daripada sifat-sifat buruk dan keji (madhmumah) yang menjadi penghalang kepada penyuburan akhlak mulia (mahmudah) seseorang insan.10 Seterusnya penyucian diri itu diikuti dengan usaha pengisian dan perhiasan diri dengan akhlak mahmudah supaya proses tersebut menjadi lebih sempurna. اوُنوكَُت ْلََ امَّ مكُمُِّلعَُ يوَ َةمَكِْلْْاوَ بَ اَتكِْلا مُكُمُِّلعَُ يوَ مْكُيلكِّزَُ يوَ اَنِتاَيآ مْكُيلَْلعَ وُل تَْ ي مْكُنمِّ لَاوسُرَ مْكُيلِف اَنلْسَرَْأ امَكَ( ) نَومَُلعَْ ت 6 Al-Quran al-Karim, Surah as-Shams 91:9 )اهَاكَّزَ نمَ حََل ْفَأ دَْق( 7 Al-Quran al-Karim, Surah al-Kahfi 18:19 اَبِِ مَُلعَْأ مْكُُّبرَ اوُلاَق ۚ م وَْ ي ضَ عَْ ب وَْأ اماوَْ ي اَن ْثِبَل اوُلاَق ۚ مُْتْثِبَل مْكَ مْهُ نْمِّ لِئاَق لَاَق ۚ مْهُ َن يلَْ ب اوُلَءاسََتَيلِل مْهُاَن ْث عََ ب كَ ِلذََٰكَوَ( مْكُِب نَّرَِعشُْي لََوَ فْ َّطَل َتَيلْلوَ ُهنْمِّ ق ز ْرِِب مكُِتْأَيللْ َف امااعََط ىَٰكَزَْأ اهَُّ يَأ رُْظنَيللْ َف ةَِنيدِمَْلا لََِإ هِذِهََٰ مْكُِقرِوَِب مكُدَحََأ اوُثعَ ْباَف مُْتْثِبَل )اداحََأ 8 Al-Quran al-Karim, Surah an-Nisa’ 4:49 dan Surah an-Najm 53:32 ثِْْلِْْا رَِئاَبكَ نَوُبِنَتيََْ نَيذَِّلا( dan ) ًايلِتَف نَومَُلْظُي لََوَ ُ ءاشََي نمَ يكِّزَُ ي ُ هَّللا لَِب ۚ مهُسَفُنَأ نَوكُّزَُ ي نَيذَِّلا لََِإ رََ ت ْلَََأ( نِوُطُب فِ ةَّنجَِأ مُْتنَأ ذِْإوَ ضِ رَْلْْا نَمِّ مكَُأشَنَأ ذِْإ مْكُِب مَُلعَْأ وَهُ ۚ ةِرَفِغْمَْلا عُسِاوَ كََّبرَ نَِّإ ۚ مَمََّللا لََِّإ شَ حِاوَفَْلاوَ ) ىَٰقََّ تا نَِبِِ مَُلعَْأ وَهُ ۚ مْكُسَفُنَأ اوكُّزَُ ت ًََف ۚ مْكُِتاهَمَُّأ 9 Che Zarrina Sa’ari, “Peranan Penyucian Jiwa (Tazkiyah al-Anfus) Terhadap Pembangunan Insan Dalam Masyarakat Bertamadun”, laman sesawang Web Rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, dicapai pada 24 April 2017, 70, http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/162- koleksi-kertas-kerja/640-peranan-penyucian-jiwa-tazkiyah-al-anfus- terhadap-pembangunan-insan-dalam-masyarakat-bertamadun. 10 Ibid. 84 Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5 (Jun 2017): 80-108 Justeru, dapat difahami di sini bahawa tazkiyah melibatkan proses usaha dan kesungguhan seseorang insan dalam menyelesaikan konflik dan pertarungan antara sifat baik dan buruk yang wujud dalam jiwanya.11 Pengertian al-Nafs Dari Sudut Bahasa dan Istilah Al-Nafs adalah jiwa, iaitu jiwa yang bersifat latif (lembut), rohani (abstrak) dan rabbani. Jiwa seperti inilah yang menjadi unsur atau pokok utama dalam diri setiap manusia.12 Dalam mendefinisikan maksud al-Nafs ini, Imam al-Ghazali telah merumuskan dua pengertian, iaitu pertamanya perkataan al-Nafs yang merangkumi makna kekuatan amarah dan hawa nafsu dalam diri manusia yang mana ia menjadi punca timbulnya segala sifat kecelaan dalam diri manusia.13 Pengertian ini sering digunakan oleh ahli-ahli tasawuf kerana maksud al-Nafs menurut mereka adalah dasar cakupan sifat-sifat tercela dari manusia. Oleh yang demikian, mereka berpendapat sudah semestinya hawa nafsu ini perlu dibanteras dan dilawan. Makna kedua, al-Nafs membawa maksud perasaan halus (lathifah). Ia adalah hakikat yang terdapat di dalam jiwa manusia itu sendiri. Secara umumnya, jiwa (nafs) boleh difahami sebagai suatu jirim halus yang membekalkan kekuatan kepada kehidupan, pancaindera dan pergerakan berdasarkan keinginan (pada diri manusia itu). Ia merupakan suatu hasrat yang mencetuskan nilai- nilai kekuatan pada diri seseorang insan bagi mencapai naluri kemahuannya.14 Dari kekuatan yang bergerak inilah yang akan mencetuskan dalam diri manusia sama ada perkara yang ingin dilakukannya itu mempunyai unsur nilai kebaikan atau keburukan. Justeru, dalam konteks kajian ini dapatlah difahami bahawa makna al-Nafs secara istilahnya ialah sesuatu unsur yang terdapat di dalam diri manusia. Ia tidak dapat diketahui kewujudannya samada dapat menerima arahan kebaikan atau 11 Ibid. 12 Ilyas Ismail et. al, “Tazkiyah Al-Nafs”, dalam Ensiklopedi Tasawuf (disusun oleh tim. penulis UIN Syarif Hidayatullah), (Bandung : Angkasa, 2008) 3: 1318. 13 Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, Jil. 3, ( Beirut: Dar al-Misriyyah al- Lubnaniyyah), 5. 14 Che Zarrina Sa’ari, Peranan Penyucian Jiwa (Tazkiyah al-Anfus),71. 85 Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5 (Jun 2017): 80-108 keburukan, memiliki pelbagai sifat atau pun perwatakan manusia serta memiliki pengaruh yang nyata kepada perilaku manusia. Pengertian Tazkiyah al-Nafs Setelah memahami makna ungkapan tazkiyah dan al-Nafs dari sudut bahasa dan istilah, secara epistimologinya, ungkapan tazkiyah al-Nafs bermaksud satu proses yang memerlukan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk membersih dan menyucikan jiwa daripada sifat-sifat yang tercela. Ianya merupakan proses yang melibatkan peralihan daripada jiwa yang kotor, ternoda dan tercemar dengan dosa-dosa menjadi jiwa yang suci dan bersih.15 Contohnya seperti hati yang tidak mematuhi syariat yang telah diperintahkan Allah kepada hati yang taat dan mengikut segala syariat yang telah ditetapkan-Nya, daripada hati yang kafir kepada hati yang mukmin, daripada seorang yang takbur menjadi seorang yang merendah diri dan sebagainya. Dalam erti kata lain, tazkiyah al-Nafs melibatkan tiga perkara utama16 dalam mencapai ma’rifatullah iaitu takhalli, tahalli dan tajalli. Takhalli ialah membersihkan hati atau pun diri daripada sifat-sifat tercela seperti hasad, sombong, u’jub, kedekut dan sebagainya. Manakala, tahalli pula ialah bererti menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji seperti ikhlas, takut kepada Allah, zuhud, syukur dan lain-lain lagi. Akhir sekali, peringkat tajalli ini jarang dicapai oleh orang awam. Tajalli dapat dicapai setelah seseorang itu berjaya melalui peringkat takhalli dan tahalli. Individu yang mencapai peringkat tajalli akan merasa dhawq (sentiasa dekat) hatinya dengan Allah. Hatinya seolah-olah celik atau nampak akan kebesaran Allah tanpa perlu berfikir lagi. Oleh yang demikian, pendekatan takiyah al-Nafs perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian sebagai satu usaha yang serius dalam merawat hati secara bersepadu dan menyeluruh dengan disusuli beberapa kaedah pendekatan praktikal dan amalan kerohanian. Justeru, melalui pendekatan proses tazkiyah al-Nafs ini juga, masalah-masalah dari pelbagai aspek seperti tingkah laku, 15 Syarifah Basirah Syed Muhsin, “Kaedah Psikoterapi Berasaskan Konsep Maqamat: Kajian Terhadap Kitab Qut Al-Qulub Abu Talib Al- Makki”, (Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, 2012),83. 16 Imam Fu’adi, Menuju Kehidupan Sufi, Cet. Pertama, (Jakarta: PT. Bina Ilmu, 2004), 115-138. 86 Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5 (Jun 2017): 80-108 emosi dan spiritual dapat diselesaikan jika ia dilakukan dengan kaedah dan cara yang betul. Pendapat Tokoh-tokoh Sufi Mengenai Konsep Tazkiyah al- Nafs Konsep tazkiyah al-Nafs merupakan satu konsep yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh sufi. Terdapat pelbagai cara atau metode “tazkiyah al-Nafs” yang telah diperkenalkan oleh tokoh- tokoh sufi terkemuka seperti al-Ghazali, al-Muhasibi, al-Junayd dan beberapa tokoh sufi yang lain. Pemilihan tiga tokoh tersebut adalah kerana ketiga-tiganya merupakan tokoh yang masyhur dan banyak membincangkan perkara-perkara berkaitan tasawuf. Metode atau cara pelaksanaan tazkiyah al-Nafs tersebut merujuk kepada setiap amalan yang telah dipraktikkan dalam kehidupan mereka sehinggalah ia melahirkan kesan positif ke atas nafs atau jiwa manusia, sehingga proses penyembuhan jiwa daripada perkara-perkara tercela dapat dilakukan serta dapat direalisasikan pula dengan menerapkan nilai-nilai akhlak yang mahmudah dalam kehidupan setiap individu. Sebagaimana firman Allah SWT dalam kitab suci al-Quran al-Karim: م ه ل سِ نلِْ او نِّ جِ ل ا ن مِّ ارً يِثك م َّن هج ِل ا نأ ر ذ د ق لو ا هِب ن ور صِ ب ي لَّّ ن يع أ م ه لو ا هِب ن و ه قف ي لَّّ ب و ل ق م ه ل ب مِاع ن لْ اك ك ِئ لَٰو أ ا هِب ن وع م س ي لَّّ ن اذ آ م ه لو ن و لِفاغ ل ا م ه ك ِئ لَٰو أ ل ض أ Al-A’raf 7: 179 Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda- tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai 87 Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5 (Jun 2017): 80-108 binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Metode yang diperkenalkan oleh Al-Ghazali Menurut al-Ghazali,17 tazkiyah al-Nafs dapat direalisasikan apabila seseorang itu dapat meleraikan serta melumpuhkan penyakit- penyakit jiwa serta membersihkan dirinya dari sifat-sifat buruk atau pun sifat-sifat yang tercela sehingga hatinya dapat dibebaskan daripada segala sesuatu yang tidak baik.18 Dalam membincangkan mengenai konsep tazkiyah al- Nafs, Imam al-Ghazali telah menggariskan tiga belas cara yang perlu dilakukan ketika melalui proses tersebut di dalam kitabnya “Ihya’ ‘Ulum al-Din”. Rentetan dari sinilah perjalanan kesufian itu bermula; iaitu daripada kerohanian menuju fasa-fasa tertentu yang berakhir dengan fana’, ma’rifah, dan kebahagiaan (al- sa’adah).19 Di antaranya adalah solat, mengeluarkan zakat, puasa, mengerjakan ibadat haji, membaca al-Quran, berzikir, bertafakkur terhadap keindahan alam, mengingati mati, memendekkan angan- angan, muraqqabah, muhasabah serta mu’atabah, amar makruf dan nahi munkar, khidmat dan tawaddu’, mengetahui pintu masuk syaitan kedalam jiwa dan cara mencegahnya, dan akhir sekali ialah mengetahui penyakit-penyakit hati dan cara merawatinya. Secara ringkasnya di sini, saya hanya ingin menjelaskan hanya beberapa cara yang telah digariskan oleh Imam al-Ghazali 17 Imam al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di at- Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran). Nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad at-Thusi Al- Ghazali. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka sehingga kini. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah ( 1111M) di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya. Beliau adalah seorang merupakan ahli fikir Islam yang telah banyak meninggalkan jasa yang dapat kita lihat melalui hasil-hasil karyanya seperti Ihya Ulumiddin, Al-Munqiz Min ad-Dalal, Tahafut al- Falasifah, Hidayah Al-Salikin, Minhaj al-Abidin dan banyak lagi. 18 Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, Jil. 3, (Beirut: Dar al-Ma’rifah,1982), 48-49. 19 H.A. Rivay Siregar, Tasawuf: Dari Sufisme Klasik ke Neo-Sufisme, ed.1, Cet. Ke-2, (Jakarta: PT RajaGrafindo Persada, 2000), 84. 88 Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5 (Jun 2017): 80-108 di atas secara lebih terperinci. Pertama, solat. Menurut al-Ghazali, solat adalah cara yang paling utama dalam pembersihan jiwa. Solat menurut beliau merupakan satu cara atau matlamat yang menggabungkan di antara hakikat ‘ubudiyyah, tauhid, syukur dan lain-lain lagi disertai dengan amalan zahir seperti zikir, berdiri (qiyam), ruku’, sujud, tahiyyah dan sebagainya. Dengan kata lain yang lebih mudah untuk difahami ialah, dengan tertegaknya jasad, ia akan membawa kepada ketundukan jiwa sekali gus menyingkirkan sifat angkuh, ‘ujub, dan sifat-sifat madhmumah yang lain di dalam diri seseorang. Aspek kerohanian yang paling utama ketika menunaikan solat ialah ‘khushu’. Tanpa ‘khushu’, seseorang itu tidak akan dapat mencapai objektifnya dalam proses ‘tazkiyah al-Nafs’. Imam al-Ghazali telah menjelaskan secara panjang lebar mengenai hal ini dalam kitabnya “Ihya’ ‘Ulum al- Din”. Dalam hal ini, beliau telah memetik beberapa dalil al-Quran bagi menguatkan lagi hujahnya sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran al-Karim: ةلَ صَّ لا مِِق أو يِند بع ا ف ا ن أ لَِّّإ ه لَِٰإ لّ اللََّّ ا ن أ يِنَّنِإ يرِ ك ذِ ِل Taha 20: 14 Maksudnya: Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku. Daripada ayat di atas jelas membuktikan bahawa mengingati Allah di dalam solat merupakan satu kewajipan. Sikap lalai dan leka adalah berlawanan dengan mengingati, dan orang- orang yang lalai ketika solat tidak akan mampu untuk menghadirkan jiwa dalam mengingati Allah SWT. Sesungguhnya solat dalam keadaan yang lalai serta jiwa yang kosong tanpa lahirnya perasaan takut kepada Allah SWT tidak akan mampu melahirkan kekuatan dan tumpuan kepada Tuhannya bagi mencegah kemungkaran. Kedua, puasa. Puasa merupakan salah satu cara yang diperkenalkan oleh Imam al-Ghazali dalam melalui proses tazkiyah al-nafs. Menurutnya, puasa memainkan peranan utama 89

Description:
Menurut al-Ghazali,17 tazkiyah al-Nafs dapat direalisasikan apabila . Pandangan al-Junaid al-Baghdadi dan pedoman Tasawuf masa kini',.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.