ebook img

syeikh abdul qadir bin abdul muttalib al- mandili PDF

24 Pages·2013·0.49 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview syeikh abdul qadir bin abdul muttalib al- mandili

SYEIKH ABDUL QADIR BIN ABDUL MUTTALIB AL- MANDILI: SUMBANGAN DALAM ILMU TAUHID, FIQAH DAN TASAWUF ASYRAF BIN ABD GHANI @ MOHD AZMI SARJANA SASTERA (PENGAJIAN ISLAM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2013 Kebenaran Penggunaan Tesis Tesis ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan ijazah tinggi daripada Universiti Utara Malaysia. Saya bersetuju bahawa Perpustakaan Universiti membenarkan tesis ini dibaca. Saya juga bersetuju bahawa kebenaran untuk menyalin tesis ini dalam apa jua bentuk, sama ada secara keseluruhannnya atau bahagian-bahagian tertentu untuk tujuan ilmiah, diberikan oleh mana-mana penyelia saya atau Dekan Penyelidikan dan Inovasi. Adalah difahami bahawa sebarang penyalinan atau penerbitan atau penggunaan tesis ini atau mana-mana bahagiannya untuk tujuan mendapatkan keuntungan kewangan tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada saya. Adalah difahami juga bahawa pengiktirafan hendaklah diberikan kepada asalnya dan Universiti Utara Malaysia di atas penggunaan bahagian-bahagian daripada tesis ini sebagai bahan ilmiah. Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian dalam tesis ini tidak boleh diterbitkan, disimpan dalam cara boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada: Dekan Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok. ii Abstrak Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttalib al-Mandili merupakan seorang tokoh ulama terkenal dan berperanan besar dalam memperkembangkan ilmu keagamaan di Malaysia. Beliau dianggap sebagai ulama kontroversi kerana fatwanya berkaitan dengan perundangan dan kenegaraan. Namun keprihatinan beliau menangani permasalahan masyarakat dilihat cukup besar melalui penghasilan karya terutamanya dalam bidang tauhid, fiqah dan tasawuf. Keistimewaan Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttalib al-Mandili ialah kerana beliau merupakan seorang ulama yang menguasai tiga ilmu penting itu secara serentak pada zamannya. Objektif kajian ini ialah mengemukakan biografi serta latar belakang yang mempengaruhi beliau menjadi seorang ulama yang terkenal di alam Melayu dan di Mekah, mengenal pasti sumbangan beliau dalam mengembangkan ilmu tauhid, fiqah dan tasawuf kepada masyarakat dan meneroka pemikiran beliau dalam mengetengahkan idea untuk menangani isu semasa umat Islam yang berlaku. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Data diperoleh melalui kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Temu bual dengan tokoh yang mengenali Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttalib al-Mandili juga dijalankan. Hasil penyelidikan ini mendapati bahawa faktor latar belakang keluarga, pendidikan dan masyarakat telah menjadikan beliau seorang ulama yang terkenal dan disegani. Kajian juga mendapati bahawa beliau berjaya memberikan sumbangan secara serentak dalam bidang tauhid, fiqah dan tasawuf. Perkara tersebut memberikan kesan yang menyeluruh dalam bidang sosial, ekonomi dan politik. Manakala dalam mengetengahkan idea untuk menangani isu semasa umat Islam, beliau menjadikan al-Quran, hadis, ijmak dan kias sebagai asas pemikirannya selain mempertaruhkan pandangan ulama dalam setiap isu yang berlaku. Kata Kunci: Tauhid, Tawassul, Perundangan, Loteri, Tasawuf iii Abstract Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Muttalib al-Mandili was a renowned scholar who was instrumental in developing religious knowledge in Malaysia. He was regarded as a controversial religious scholar (ulama) because of his decrees (fatwas) on jurisprudence and nationhood. Nevertheless, his concern in addressing the problems of society is well documented through his works mainly in three important fields of Islamic knowledge namely monotheism, jurisprudence and sufism. Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Muttalib al-Mandili was an exceptional scholar who mastered three important knowledge simultaneously in his time. The objective of this study is the first to present a biography and background that influenced him to become a well- known scholar in the Malay world and in Mecca. Second, to find out his contributions in expanding the knowledge of monotheism, jurisprudence and sufism to the community and third, to explore his thinking in highlighting ideas to address current issues faced by Muslims. This study used qualitative research methods. The data was obtained through library research and field studies. Interviews with scholars related to Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Muttalib al-Mandili were also conducted. The research findings showed that family background, education and society had made him a well-known and respected scholars. The study also found that he was able to contribute simultaneously in all three areas, namely monotheism, jurisprudence and sufism. This had a profound effect in the field of social science, economics and politics. Meanwhile in highlighting his ideas to address current issues of Muslims, he referred to the Quran, hadith, ijma and analogies as the basic insights of his thinking besides considering the views of the scholars on every issue that happened. Keywords: Monotheism, Tawassul, Jurisprudence, Lottery, Sufism iv Penghargaan Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW, kaum keluarganya dan para sahabat yang mulia. Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT. kerana telah menganugerahkan semangat serta kesabaran yang berterusan kepada diri saya untuk menyiapkan tesis ini. Dengan tanggungjawab sebagai suami, bapa, pekerja, serta siswa benar-benar menguji ketabahan. Tanpa komitmen yang berterusan, serta sokongan daripada semua pihak sudah tentu tesis ini tidak mampu disiapkan. Oleh itu, pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa hutang budi kepada penyelia tesis saya iaitu al-Fadhil Ustaz Mohd Nizho bin Abd Rahman atas bimbingan, motivasi serta didikan yang dedikasi. Penyeliaan beliau yang konsisten dan mampan amatlah saya hargai. Ucapan penghargaan kemudiannya dihulurkan kepada Dekan Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences, serta seluruh kakitangan yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik. Selautan penghargaan dan terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang disayangi lagi dikasihi, Tuan Hj Abdul Ghani bin Hj. Kasa dan Puan Hjh Solhah binti Hj. Haron kerana atas berkat doa dan restu serta sokongan yang sangat padu daripada mereka, saya dapat menyempurnakan kajian ini. Juga kepada ibu dan bapa mertua yang turut menyumbang kepada penyempurnaan kajian ini. Jutaan penghargaan dan kasih sayang diucapkan kepada isteri tercinta Azizah binti Sharif, anak-anak tersayang iaitu Syadrak, Syamlak dan Syalsyal serta keluarga yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang sepanjang pengajian saya di Universiti Utara Malaysia. Tidak dilupakan kepada semua responden yang telah memberikan kerjasama yang sebahagian daripada mereka telah pun kembali ke hadrat Rabbuljalil. Al-Fatihah. Ucapan ribuan terima kasih kepada ayahanda saudara Tuan Hj Zubir bin Hj. Haron yang sudi membawa satu set soalan sehingga sampai ke tangan Syeikh Muhammad al-Mandili untuk saya mendapatkan maklumat berkaitan tokoh. Selain itu ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Guru besar SK Bukit Choras, Tuan Haji Ishak bin Hj Salleh dan rakan setugas yang telah banyak memberikan sokongan serta suntikan semangat yang berpanjangan. v Senarai Kandungan Kebenaran Penggunaan Tesis.................................................................................. ii Abstrak.................................................................................................................... iii Abstract................................................................................................................... iv Penghargaan............................................................................................................. v Senarai Kandungan................................................................................................. vi Senarai Singkatan.................................................................................................... x BAB SATU. PENGENALAN............................................................................... 1 1.1 Pendahuluan....................................................................................................... 1 1.2 Latar Belakang Kajian....................................................................................... 2 1.3 Kedudukan ulama dalam Islam......................................................................... 6 1.4 Aliran Pemikiran Islam..................................................................................... 9 1.5 Permasalahan Kajian......................................................................................... 14 1.6 Objektif Kajian.................................................................................................. 15 1.7 Kepentingan Kajian........................................................................................... 15 1.8 Skop Kajian....................................................................................................... 16 1.9 Pengertian Tajuk................................................................................................ 16 1.10 Penutup............................................................................................................ 18 BAB DUA. LATAR BELAKANG TOKOH...................................................... 19 2.1 Pendahuluan....................................................................................................... 19 2.2 Asal Usul Mandili.............................................................................................. 19 2.3 Pendidikan Awal Mandili.................................................................................. 22 2.4 Mandili di Kedah............................................................................................... 22 2.5 Peristiwa Ganjil................................................................................................. 26 2.6 Mandili di Kelantan........................................................................................... 27 2.7 Perkahwinan Mandili......................................................................................... 27 2.8 Mandili di Mekah.............................................................................................. 29 2.9 Mazhab.............................................................................................................. 35 2.10 Sifat dan Keperibadian Lain Mandili.............................................................. 36 2.11 Penglibatan dalam Parti Politik....................................................................... 45 2.12 Karya-karya Mandili........................................................................................ 47 2.13 Cabaran Terbesar............................................................................................. 56 2.14 Kematian Mandili............................................................................................ 59 2.15 Ulasan Karya................................................................................................... 60 2.16 Penutup............................................................................................................ 68 BAB TIGA. METODOLOGI KAJIAN.............................................................. 70 3.1 Pendahuluan....................................................................................................... 70 3.2 Reka Bentuk Kajian........................................................................................... 70 3.3 Metode Penentuan Subjek................................................................................. 70 3.4 MetodePengumpulan Data................................................................................ 70 3.4.1 Penyelidikan Perpustakaan....................................................................... 71 3.4.1.1 Data Primer................................................................................... 71 3.4.1.2 Data Sekunder.............................................................................. 71 3.4.2 Penyelidikan Lapangan............................................................................ 72 3.5 Metode Analisis Data........................................................................................ 73 BAB EMPAT. SUMBANGAN MANDILI DALAM ILMU TAUHID............ 74 4.1 Pendahuluan....................................................................................................... 74 4.2 Takrifan Mandili Mengenai Tauhid................................................................... 74 4.3 Kepentingan Ilmu Tauhid Menurut Mandili dan Pembahagiannya................. 76 4.3.1 Tauhid Rububiyyah.................................................................................. 77 4.3.2 Tauhid Uluhiyyah..................................................................................... 79 4.3.3 Tauhid al-Asma’ Wa al-Sifat................................................................... 81 4.4 Pandangan Mandili Mengenai Ulama Salaf...................................................... 82 4.5 Penerapan Ilmu Tauhid Dalam Masyarakat..................................................... 84 4.5.1 Penjelasan Mengenai Isu-isu Agama..................................................... 87 4.5.1.1 Tawasul......................................................................................... 87 vii 4.5.1.2 Bacaan Talqin danTahlil............................................................... 91 4.5.1.3 Amalan Orang Hidup Kepada Orang yang Mati......................... 95 4.5.2 Membanteras Siri Amalan Khurafat Masyarakat..................................... 101 4.6 Penerapan Ilmu Tauhid Dalam Ekonomi.......................................................... 107 4.6.1 Menjelaskan Kedudukan Harta Dalam Islam.......................................... 109 4.6.2 Penjelasan Ideologi Yang Bertentangan Akidah..................................... 117 4.6.2.1 Feudalisme................................................................................... 117 4.6.2.2.Kapitalisme.................................................................................. 119 4.6.2.3 Komunisme dan Sosialisme........................................................ 125 4.7 Penerapan Ilmu Tauhid Dalam Politik.............................................................. 132 4.8.1 Islam dan Kedaulatan............................................................................... 134 4.8.2 Pemisahan Agama daripada Politik......................................................... 143 4.8.3 Hukum Mengatakan al-Quran dan Hadis Nabi SAW Tidak Sesuai dengan Zaman................................................................... 146 4.9 Penutup........................................................................................................... 150 BAB LIMA. SUMBANGAN MANDILI DALAM ILMU FIQAH................... 152 5.1 Pendahuluan................................................................................................... 152 5.2 Realiti Bermazhab.......................................................................................... 152 5.3 Pandangan Mandili Mengenai Mazhab........................................................... 155 5.4 Penjelasan Kepada Golongan Yang Menolak Mazhab.. ................................. 161 5.4.1 Menafikan Larangan Bermazhab Di Dalam al-Quran dan Hadis.......... 162 5.4.2 Menafikan Larangan Bermazhab oleh Sahabat r.a................................. 166 5.4.3 Menafikan Larangan Bermazhab oleh Imam-imam Mujtahid............... 167 5.5 Penjelasan Berkaitan Loteri Kebajikan Masyarakat......................................... 171 5.5.1 Loteri Kebajikan Masyarakat dan Hukumnya................. ....................... 172 5.5.2 Masalah Pemulangan Wang Hasil Loteri................................................ 176 5.5.3 Jabatan Karang Mengarang dan Penyiaran Madrasah al-Masriah Pulau Pinang.................................................................................................... 180 5.6 Penjelasan kepada Isu-isu Politik................................................................... 192 5.6.1 Perkongsian Pemerintahan Antara Orang Islam Dan Bukan Islam..... 193 5.6.2 Penglibatan Wanita Dalam Politik...........................................................202 viii 5.7 Penutup..............................................................................................................210 BAB ENAM. SUMBANGAN MANDILI DALAM ILMU TASAWUF............211 6.1 Pendahuluan...................................................................................................... 211 6.2 Takrifan Mandili Mengenai Tasawuf............................................................... 211 6.3 Makna Qalb Di Sisi Mandili............................................................................ 213 6.4 Penyakit-penyakit Hati..................................................................................... 216 6.4.1 Penyakit Hati Di Bidang Sosial............................................................... 219 6.4.1.1 Banyak Makan dan Pencegahannya............................................ 219 6.4.1.2 Sifat-sifat Keji Lidah dan Pencegahannya.................................. 226 a. Banyak Bercakap dan Pencegahannya.................................. 230 b. Berdusta dan Pencegahannya................................................. 233 c. Mengumpat dan Pencegahannya............................................. 236 d. Berbantah-bantah dan Pencegahannya................................... 240 e. Berlawak dan Berseloroh serta Pencegahannya.................... 242 f. Puji Memuji dan Pencegahannya ........................................... 245 6.4.2 Penyakit Hati di Bidang Ekonomi........................................................... 249 6.4.2.1 Kedekut dan Pencegahannya...................................................... 249 6.4.2.2 Takbur dan Pencegahannya......................................................... 258 6.4.3 Penyakit Hati Di Bidang Politik.............................................................. 262 6.4.3.1 Marah dan Pencegahannya......................................................... 263 6.4.3.2 Dengki dan Pencegahannya...................................................... 268 6.5 Penutup.............................................................................................................. 274 BAB TUJUH. KESIMPULAN DAN CADANGAN........................................... 275 7.1 Pendahuluan...................................................................................................... 275 7.2 Kesimpulan....................................................................................................... 275 Senarai Rujukan................................................................................................ 285 Lampiran........................................................................................................... 295 ix SENARAI SINGKATAN bil. bilangan dll. dan lain-lain ed. edisi, editor oleh et al. dan pengarang-pengarang lain H hijrah juz juzuk jil. jilid M masihi w. meninggal dunia pnys. penyusun pnyt. penyunting ptrj. penterjemah r.a radiya Allah ‘anh SAW salla Allah ‘alaih wassallam SWT subhanu wa ta’ala t.pt. tiada penerbit t.th. tiada tarikh t.tp. tiada tempat x

Description:
latar belakang keluarga, pendidikan dan masyarakat telah menjadikan beliau seorang . 2.3 Pendidikan Awal Mandili. Pendidikan Akhlak.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.