ebook img

Standard Prestasi Pembelajaran Abad Ke-21 Sekolah-Sekolah Negeri Johor PDF

96 Pages·2017·8.67 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Standard Prestasi Pembelajaran Abad Ke-21 Sekolah-Sekolah Negeri Johor

KANDUNGAN Prakata i. Pengarah Pendidikan Negeri Johor ii. Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor iii. Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik Penghargaan Ringkasan Eksekutif Standard Prestasi Sekolah PAK21 Senarai Sekolah PAK21 Kerangka Konsep PAK21 Tunjang 1 - Kepemimpinan Berprestasi Tinggi Tunjang 2 - Pembelajaran Berkualiti Tunjang 3 - Ekosistem Pembelajaran Kondusif Tunjang 4 - Pelibatan Ibu Bapa Komuniti Strategik Garis Masa Showcase Sekolah PAK21 Glosari Senarai Rujukan “Johor Showcase perlu menjadi legasi kepada perubahan landskap pendidikan negeri Johor” kata alu-aluan Assalamu’alaikum Waramatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor Agenda transformasi pendidikan negara telah mendorong Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) merangka hala tuju pendidikan ke arah pembangunan modal insan yang berdaya maju dan memenuhi keperluan global. Dalam menterjemahkan usaha ini maka terhasillah program Johor Showcase yang memfokuskan kepada keberhasilan murid; mencakupi semua aspek pembangunan potensi sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Showcase Sekolah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) merupakan salah satu inisiatif yang dicetuskan bertepatan dengan kehendak dan keperluan memenuhi Aspirasi Murid seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013 – 2025) iaitu, mempersiapkan generasi Malaysia untuk menghadapi keperluan serta kehendak abad ke-21. Penghasilan Standard Prestasi ini merupakan salah satu perkara yang terkandung dalam pelan operasi Sekolah PAK21. Standard Prestasi ini disediakan agar semua warga pendidikan Johor dapat membuat rujukan tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu digalas. Bersesuaian dengan Gelombang 2 PPPM (2016-2020), penerbitan Standard Prestasi ini diharapkan dapat membantu institusi sekolah memacu kepada perubahan sistem dan mengukuhkan peranan masing-masing dari segi kapasiti dan keupayaan pelaksanaan. Saya ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sektor Pengurusan Akademik dan pasukan pemikir iaitu wakil-wakil sektor, pegawai akademik Pejabat Pendidikan Daerah, SIPartner+ dan SISC+ untuk menyedia dan menerbitkan Standard Prestasi bagi Sekolah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) ini. Kerja Berkualiti , Ibadah Dihayati. TUAN HAJI SHAHARUDIN BIN SHARIF Pengarah Pendidikan Negeri Johor “Pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang perlu ada pada modal insan berkualiti adalah terbit daripada usahasama semua pihak” kata alu-aluan Assalamu’alaikum Waramatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor Perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhannya adalah bermatlamat untuk melonjakkan pencapaian murid. Diakui bahawa setiap proses perubahan dalam transformasi ini memerlukan penghayatan dan pemahaman yang mendalam supaya pendekatan dan strategi baharu dapat digerakkan serta memberi impak kepada setiap murid agar mampu memiliki kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Berasaskan kepada Model Hala Tuju Pendidikan Johor iaitu untuk melahirkan modal insan berkualiti yang berstatus global player, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar hasrat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bersandarkan kepada matlamat strategik yang telah digariskan, ia sebenarnya telah memberikan gambaran yang jelas bahawa penghasilan modal insan berkualiti adalah bermula daripada sekolah kualiti dan barisan kepemimpinan yang berprestasi tinggi. Justeru, usaha yang bersama-sama adalah diperlukan bagi memastikan perubahan yang merangkumi aspek pendekatan pembelajaran murid khususnya dapat ditingkatkan selain latihan berterusan kepada guru bagi memastikan tahap kompetensi berada pada tahap yang dibanggakan. Oleh yang demikian, cita-cita tidak akan tercapai tanpa ada komitmen yang tinggi daripada semua peringkat. Kita tidak boleh menidakkan bahawa ibu bapa dan komuniti juga memberi impak kepada kemajuan murid dan institusi sekolah. Kesepakatan yang dibentuk pastinya dapat mengukuh dan mengaktifkan lagi segala bentuk agenda ke arah pencapaian pendidikan berkualiti. Justeru, Standard Prestasi Sekolah PAK21 yang dibina ini bukan sahaja menjadi panduan kepada JPN, PPD dan sekolah untuk meningkatkan keupayaan masing-masing tetapi juga dapat mengukur sejauhmana pelaksanaan yang telah diusahakan. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sektor Pengurusan Akademik dan pasukan pemikir yang terlibat untuk menyedia dan menerbitkan Standard Prestasi bagi Sekolah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) ini. Selamat Maju Jaya. AZMAN BIN ADNAN Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor “Kejayaan pembelajaran abad ke-21 adalah bermula di sekolah dan untuk sekolah” kata alu-aluan Assalamu’alaikum Waramatullahi Wabarakatuh dan Salam Muafakat Johor Semua menyedari bahawa kejayaan dan keberhasilan murid bermula dengan gaya kepemimpinan sekolah serta aspek pembelajaran dan pengajaran (PdP). Maksudnya, keupayaan institusi sekolah menyediakan ekosistem pembelajaran memberi rangsangan yang dapat memberi impak kepada peningkatan penguasaan murid. Standard Prestasi ini disediakan bagi menyokong kepada pelaksanaan program Johor Showcase bagi Sekolah PAK21. Elemen penting yang terkandung di dalamnya diharapkan dapat memberi suntikan dan panduan kepada warga sekolah untuk meningkatkan prestasi kemajuan sekolah dengan semua pihak yang berkepentingan. Justeru, adalah baik institusi sekolah dapat membuat penarafan kendiri dengan berpandukan Standard Prestasi ini. Semoga kita semua sebagai warga pendidikan Johor dapat berganding bahu membawa inisiatif masing-masing secara muafakat bagi memastikan hasrat dan aspirasi Johor Showcase dapat dicapai dengan jayanya. Syabas dan tahniah. SALLINA BTE HUSSAIN Ketua Sektor Pengurusan Akademik penghargaan Ribuan terima kasih diucapkan kepada pasukan pembina Standard Prestasi yang telah berganding bahu bersama- sama membangunkan kandungan Standard Prestasi ini. Nama Jawatan Institusi Ketua Sektor, Puan Sallina bte Hussain JPN Johor Sektor Pengurusan Akademik Ketua Penolong Pengarah Bahasa Malaysia, Tn Hj Kamarudzaman bin Abdul Mubin JPN Johor Sektor Pengurusan Akademik Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam, Encik Azman bin Mohd Yunos JPN Johor Sektor Pendidikan Islam Ketua Unit Pendidikan Swasta Encik Ahmad Faidzul bin Mat Yazid JPN Johor Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas Timbalan Ketua Sektor, Encik Mustaffa bin Ibrahim JPN Johor Sektor Pembangunan Kemanusiaan Encik Mohamad Khairul Nizam bin Abu Ketua Unit Pengurusan Maklumat, JPN Johor Hassan Sektor Pengurusan Maklumat Penolong Pengarah Prasekolah, Cik Musleha bte Mohd Ghozali JPN Johor Sektor Pengurusan Akademik Penolong Pengarah Pendidikan Swasta, Encik Syahidan bin Zainal Abidin JPN Johor Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas Penyelia Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Encik Azhari bin Samsuri JPN Johor Sektor Pengurusan Sekolah Encik Wan Nadzri bin Wan A Rahman Ketua Unit Akademik PPD Mersing Encik Ayob bin Ibrahim Ketua Unit Akademik PPD Kluang Encik Nor Fazli bin Jalani Penolong PPD Teknik & Vokasional PPD Pasir Gudang Puan Norita bte Ahmad Alwi Penolong PPD Bahasa Melayu (Menengah) PPD Johor Bahru SMK Kompleks Sultan Haji Abd Rahman Abd Rahim Pengetua Abu Bakar Encik Fuad bin Yusof Guru Besar SK Taman Kota Jaya Puan Siti Hajar bte Mahpol SIPartner+ PPD Johor Bahru Encik Azman bin Abu Bakar SIPartner+ PPD Kota Tinggi Encik Azman bin Safii SIPartner+ PPD Kulai Dr Muhammad Kassim bin Basir SISC+ PPD Muar Puan Hamidah bte Haduri SISC+ PPD Kluang Puan Fuziana bte Ali SISC+ PPD Kluang Encik Zainal Ariffin bin Abd. Kadir SISC+ PPD Segamat

Description:
pembelajaran abad ke-21 berasaskan kurikulum yang membangunkan perkembangan kognitif murid harus diintegrasikan . Matlamat. Membentuk. Karektor Murid. Johor –KMJ). Laporan. Pencapaian. Sekolah Semasa. (TOV/Baseline). Task Force/Think. Tank/ AJK. Takwim/Jadual. Minit mesyuarat.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.