ebook img

satu penelitian kedinamikan kepimpinan wanita nusantara rashidah binte abdullah national PDF

168 Pages·2014·0.6 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview satu penelitian kedinamikan kepimpinan wanita nusantara rashidah binte abdullah national

CITRA WANITA: SATU PENELITIAN KEDINAMIKAN KEPIMPINAN WANITA NUSANTARA RASHIDAH BINTE ABDULLAH NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE 2013 CITRA WANITA: SATU PENELITIAN KEDINAMIKAN KEPIMPINAN WANITA NUSANTARA RASHIDAH BINTE ABDULLAH B.A.(Hons.), UM A THESIS SUBMITTED FOR THE DEGREE OF MASTER OF ARTS DEPARTMENT OF MALAY STUDIES NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE 2013 DECLARATION I hereby declare that the thesis is my original work and it has been written by me in its entirety. I have duly acknowledged all the sources of information which have been used in the thesis. This thesis has also not been submitted for any degree in any university previously. _____________________ Rashidah binte Abdullah 30 July 2013 ii PENGHARGAAN Dengan limpah kurnia rahmat Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, saya memanjatkan syukur di atas penyempurnaan tesis ini dalam jangka masa yang diberikan meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan tuntutan tugas harian. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya yang budiman, Prof. Madya Syed Farid Alatas, di atas bimbingan, cetusan idea serta nasihat beliau semasa kajian ini dijalankan. Rakaman terima kasih kepada Prof. Madya Maznah Mohamed yang sentiasa sabar dan ada masa untuk saya ketika membimbing saya bagi modul ISM. Terima kasih juga kepada para pensyarah yang prihatin lagi mesra, Prof. Madya Noor Aisha Abdul Rahman, Dr Suriani Suratman dan Dr Jan van Putten yang pernah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang pengajian saya di Universiti Nasional Singapura. Sekalung penghargaan kepada pengetua sekolah saya, Cik Foong Lai Leong, yang sentiasa menyokong iltizam saya untuk belajar sepanjang hayat. Terima kasih juga kepada Prof. Madya Dr Hadijah Rahmat dari Institut Pendidikan Nasional yang sudi meluangkan masa untuk mengadakan sesi perbincangan dengan saya. Saya juga menghargai bantuan para pegawai di Arkib Negara Kuala Lumpur yang begitu peramah dan bersedia membantu ketika saya menjalankan kajian di sana. Penghargaan yang tidak ternilai kepada suami tersayang, Rahmat bin Hassan, yang telah merestui usaha saya serta sentiasa mendoakan dan menyakini kemampuan saya. Kepada Aiman Rusydi, Anwar Zaki, Nurul Jannah dan Ahmad Danial, semoga terdorong untuk ikut jejak Mama dan belajar sehingga ke menara gading. Segala ilmu yang saya peroleh tidak mungkin saya kecapi tanpa iringan doa yang tiada putusnya daripada kedua ibu bapa saya, Hjh Juminah bte Hj. Ngadiman dan Hj. Abdullah bin Rahmat. Semoga Allah memberikan mereka kesihatan dan mengasihani mereka sebagaimana mereka mengasihani saya. iii KANDUNGAN PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii KANDUNGAN iv-vi ABSTRACT vii ABSTRAK viii PENGENALAN 1 BAB 1 1.1 Permasalahan Kajian 3 1.2 Matlamat Kajian 4 1.3 Tinjauan Literatur 9 1.3a Kepimpinan Transformasional 10 i) Idealized Influence (II) 13 ii) Inspirational Motivation (IM) 14 iii) Intellectual Stimulation (IS) 14 iv) Individualized Consideration (IC) 15 1.3b Konsep Feudalisme 16 1.3c Nilai-nilai Islam sebagai Ukuran Akhlak 23 1.4 Pendekatan Kajian 25 1.4a Pendekatan Teori Kepimpinan Transformasional Wanita 25 1.4b Pendekatan Teori Feudalisme 28 1.5 Metodologi Kajian 29 1.6 Keterbatasan Kajian 32 1.7 Kesimpulan 32 iv SAJAK: Takdir 34 BAB 2 PERMATA NUSANTARA 36 2.1 Latar Belakang Tokoh 2.1a Raden Adjeng Kartini 36 2.1b Khadijah Sidek 59 TUKILAN: Raden Adjeng Kartini 76 BAB 3 PENDIDIKAN 76 ۞ Ilmu dan Pendidikan Martabat Bangsa   TUKILAN: Aisya Sofea 93 BAB 4 PERKAHWINAN 94 ۞ Asam di Darat, Ikan di Laut Bertemu dalam Belanga juga SAJAK: Dalam Suara Seorang Wanita 107 BAB 5 HAK BERSUARA 109 ۞ Hak Bersuara adalah Hak Kita TUKILAN: Bernard Bass 117 BAB 6 KEBERKESANAN CORAK KEPIMPINAN 118 6.1 Pengenalan 118 6.2 Dapatan Kajian 118 v 6.3 Kesimpulan 140 LIRIK LAGU: Bangkit 142 BAB 7 KESIMPULAN 144 7.1 Rumusan Kajian 144 7.2 Saranan Kajian 145 BIBLIOGRAFI 150 vi ABSTRACT The 21st Century has witnessed the advent of women in a myriad of leadership roles in various segment of our society namely social, economic and politics. Women have not only advanced themselves in the private and government sectors of the labour force, which was once dominated by males but excelled in the careers of their choice. In celebrating women’s success, it is important for us to stand back and look at the women leaders who have strived for emancipation to pave the way for women now to stand tall amongst men. In this paper, ‘The Image of Women: An Analysis of the Dynamics of Women Leadership in the Malay Archipelago’, I seek to analyse the leadership traits and styles of two women in the Malay World. I also seek to examine the three dimensions behind their struggle towards emancipation; namely education, marriage and the right to voice their opinion to arrive at the conclusion whether their struggle is influenced by feudalism or Islam. Also, I aim to analyse whether they exercise transformational leadership as their style of leadership. vii ABSTRAK Abad 21 ini menyaksikan kemarakan kaum wanita menerajui tampuk kepimpinan pelbagai organisasi sama ada dalam bidang sosial, ekonomi dan politik. Kaum wanita kini telah berjaya menembusi kerjaya yang didominasi kaum lelaki serta melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna lagi berkesan. Kebolehan wanita sebagai pemimpin terbukti dengan adanya wanita yang berjaya menjawat jawatan tertinggi dalam sektor pemerintah dan swasta. Namun, dalam kita meraikan kejayaan wanita hari ini, perlu juga kita menoleh setapak ke belakang untuk meneliti perjuangan wanita-wanita terdahulu dalam usaha mereka membuka ruang dan laluan agar kaum wanita hari ini berupaya bangkit dan berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki. Kajian ini, ‘Citra Wanita: Satu Penelitian Kedinamikan Kepimpinan Wanita Nusantara’, adalah merupakan suatu penelitian tentang kepimpinan dua orang wanita di Nusantara. Kajian ini berusaha untuk meneliti perjuangan mereka dari tiga dimensi iaitu pendidikan, perkahwinan dan hak bersuara. Ketiga-tiga dimensi ini mencirikan perjuangan mereka terhadap emansipasi. Pengkaji memilih untuk meninjau sejauh mana pemikiran wanita-wanita ini sehaluan dengan orientasi feudal atau Islam, dan meneliti sama ada kepimpinan transformasional merupakan gaya kepimpinan mereka.   viii PENGENALAN Kajian ini adalah merupakan suatu penelitian tentang kepimpinan wanita di Nusantara. Jika dilihat pada sejarah Nusantara/Islam, tidak dapat dinafikan bahawa wanita yang berketrampilan, berwibawa serta berupaya memimpin masyarakat atau pun sesebuah negara memang wujud. Wanita-wanita ini wujud dalam kalangan elit mahupun orang kebanyakan. Persamaan yang ketara antara wanita-wanita ini adalah ketegasan, keberanian serta semangat mereka yang kuat bagi meraih kemerdekaan untuk negara tercinta daripada penjajahan kuasa luar mahupun mencapai emansipasi bagi kaum wanita. Kajian ini berusaha untuk meneliti tiga dimensi iaitu pendidikan, perkahwinan dan hak bersuara yang mencirikan perjuangan wanita terhadap emansipasi. Pengkaji memilih untuk meneliti sama ada tokoh-tokoh wanita yang dikaji ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan transformasional dan sama ada gaya kepimpinan mereka merupakan corak kepimpinan transformasional wanita. Pengkaji juga ingin meninjau sama ada pemikiran serta tindakan wanita-wanita yang dikaji ini didasari orientasi feudal atau keislaman. Kajian ilmiah ini dibahagikan kepada tujuh bab. Dalam bab satu, pengkaji akan memperkenalkan matlamat kajian, membentangkan tinjauan literatur, menggariskan kerangka teoritis serta metodologi kajian. Bab dua akan menyingkap latar belakang tokoh wanita yang dikaji berserta motif perjuangan mereka. Pengkaji berpendapat bahawa bahagian ini penting bagi mewujudkan kesinambungan kepada bab-bab yang lainnya. Ini kerana dengan memahami latar belakang tokoh-tokoh wanita ini, maka akan lebih mudah untuk menyingkap pemikiran serta lontaran idea di sebalik segala tindakan wanita-wanita ini dalam menyelusuri liku-liku perjuangan demi membela nusa dan bangsa. Dalam bab ini, pengkaji memilih tiga dimensi perjuangan yang mencirikan usaha mencapai emansipasi wanita sepertimana yang 1

Description:
Sekalung penghargaan kepada pengetua sekolah saya, Cik Foong Lai . memberi saranan bagi mengukuh, menyerlah dan memantapkan lagi mutu accept the decisions and activities of that woman and thus enable her to
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.