ebook img

reka bentuk model program perkembangan profesionalisme guru malaysia abd khalil bin adnan ... PDF

566 Pages·2017·10.45 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview reka bentuk model program perkembangan profesionalisme guru malaysia abd khalil bin adnan ...

REKA BENTUK MODEL PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU MALAYSIA ABD KHALIL BIN ADNAN TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2017 UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: ABD KHALIL BIN ADNAN (No. K.P/Pasport: 710626086333) No. Pendaftaran/Matrik: PHA 110004 Nama Ijazah: DOKTOR FALSAFAH Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”): REKA BENTUK MODEL PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU MALAYSIA Bidang Penyelidikan: PERANCANGAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM. Tandatangan Calon Tarikh Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan, Tandatangan Saksi Tarikh Nama: Jawatan: ii ABSTRAK Pelaksanaan kajian ini untuk mereka bentuk model program perkembangan profesionalisme guru Malaysia. Secara khusus, pelaksanaan kajian ini berdasarkan model ADDIE (Analysis-Design-Development-Implementation-Evaluation) oleh Michael Molenda (2003) melibatkan tiga fasa. Fasa analisis keperluan untuk mengenal pasti keperluan semasa terhadap model yang akan dibina. Fasa reka bentuk pula untuk membina sebuah model program perkembangan profesionalisme guru Malaysia. Manakala, fasa penilaian untuk menilai model prototaip yang telah direka bentuk. Selanjutnya, untuk mencapai objektif fasa pertama, data soal selidik dikutip dalam kalangan 185 guru sekolah berprestasi tinggi dan sekolah berprestasi rendah. Data tersebut dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti peratus, min dan sisihan piawai. Pada fasa reka bentuk pula, kajian Delphi yang membentuk kesepakatan pandangan dalam kalangan 18 orang pakar dalam bidang pengurusan sumber manusia telah membina sebuah model program perkembangan profesionalisme guru Malaysia. Pakar tersebut yang terdiri daripada kumpulan penggubal dan pelaksana dasar telah ditemubual. Data temubual tersebut yang diproses menggunakan analisis tematik telah membentuk item untuk dipersetujui panel pakar bagi sesi pusingan kedua kajian Delphi. Data sesi pusingan kedua kajian Delphi telah diproses menggunakan analisis Fuzzy Delphi. Selanjutnya, model prototaip telah dinilai menggunakan kajian tinjauan pada fasa penilaian. Pandangan 300 orang guru daripada 20 buah sekolah berasrama penuh Zon Tengah dan Zon Selatan telah digunakan bagi mengenal pasti pelaksanaan program perkembangan profesionalisme dan perbezaan pelaksanaan antara zon. Data tersebut dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti peratus, min dan sisihan piawai dan kaedah statistik inferensi (Ujian Mann-Whitney U serta Structural Equation iii Modeling). Dapatan kajian bagi fasa analisis keperluan menemui kesemua 185 guru sekolah berprestasi tinggi dan sekolah berprestasi rendah bersetuju dengan reka bentuk model ini apabila skor min melebihi 4.0. Manakala, dapatan kajian Delphi melaporkan kesemua 18 orang pakar telah bersepakat untuk menyetujui item yang membentuk kandungan model program perkembangan profesionalisme guru Malaysia. Kesepakatan pandangan panel pakar telah dibina apabila skor Threshold d=≤0.2 dan peratus kesepakatan ≥75%. Dapatan tersebut menemui empat dimensi utama seperti berikut dan 310 item yang membentuk strategi pelaksanaan program perkembangan profesionalisme: objektif program, kandungan program, strategi penyampaian program dan bentuk penilaian program. Dapatan kajian bagi fasa penilaian menemui pelaksanaan program perkembangan profesionalisme adalah tinggi apabila skor min melebihi 4.0. Kajian ini juga mendapati wujud perbezaan pelaksanaan program antara SBP Zon Tengah dan SBP Zon Selatan apabila p>0.05. Manakala, kesepadanan antara model prototaip dicadangkan dengan data kajian telah disahkan apabila nila NFI, RFI, IFI, TLI, CFI>.90 dan nilai RMSEA<.08. Implikasi kajian ini adalah keperluan untuk mereka bentuk sebuah model program perkembangan profesionalisme guru Malaysia berdasarkan konteks tempatan disebabkan setiap organisasi mempunyai keperluan dan permasalahan yang berbeza. iv THE DESIGN OF A MODEL OF PROFESSIONAL DEVELOPMENT PROGRAMME FOR MALAYSIAN TEACHERS ABSTRACT The purpose of this study is to design a model of professional development program for Malaysian teachers. In particular, the implementation of this study was based on the ADDIE model (Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation) by Michael Molenda (2003) which includes three phases. The need analysis phase identifies the current needs for developing the model. The design phase develops a model of professional development program for Malaysian teachers. Finally, the evaluation phase evaluates the prototype model. To achieve the objectives of the first phase, the questionnaire data were collected from 185 teachers of high and low performing schools. The data were analyzed using descriptive statistics such as percentage, mean and standard deviation. In the design phase, the Delphi study which had reached consensuses among 18 experts in human resource management developed a model of teaching professional development programs. Members of an expert panel composed of policy makers and practitioners were interviewed. The interview data that were analyzed using thematic analysis established items agreed on by the expert panel in the second round of the Delphi study. The second round of Delphi study data were processed using Fuzzy Delphi analysis. In addition, the prototype model was evaluated using a survey study in the evaluation phase. Viewpoints of 300 teachers from 20 boarding schools in Central Zone and South Zone were used to identify the level of teaching professional development programs and the differences in implementation between the zones. Data were analyzed using descriptive statistics such as percentage, mean and standard deviation, and inferential statistics (Mann-Whitney U and Structural Equation Modelling). The findings of the need analysis phase were to match the needs of the model when 185 teachers of high v and low performing schools agreed with the design of this model when the mean score was more than 4.0. The Delphi study found that all 18 experts reached consensus on the items to be included in the model as its content. Consensus among the expert panel was established when the score of Threshold was d=≤0.2 and the percentage agreement was ≥75%. This phase found four key dimensions as follows and 310 items that made up the strategies of teaching professional development program: program objectives, program content, program delivery strategy and program evaluation method. The evaluation phase found that the teaching professional development program of the schools was high when the mean score was more than 4.0. The study also found that there was a significant difference between the two school zones in implementing the program when p<0.05. Meanwhile the correspondence between prototype model proposed by the research data were confirmed when NFI, RFI, IFI, TLI, CFI value > .90 and RMSEA <.08). The implication of this study implies there is a need to develop a model of professional development program for Malaysian teachers that is based on the local context because of the different needs and problems in every organisation. vi PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia telah memberi keizinan untuk saya menyempurnakan tugas yang mencabar ini. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada penyelia Profesor Madya Dr. Muhammad Faizal A. Ghani yang banyak berkorban masa dan tenaga demi sebuah kejayaan. Segala bimbingan dan kasih sayang yang diberikan umpama azimat. Kepada Profesor Madya Dr. Zaharah Hussin, terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi terhadap kejayaan ini. Moga doktor berdua diberi keberkatan hidup olehNya. Tidak dilupakan kepada pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Profesor Dato’ Dr. Hussein Ahmad, Profesor Dr. Saedah Siraj, Profesor Madya Dr. Norlidah Alias, Profesor Madya Dr. Rohaida Mohd Saad, Dr. Mohammed Sani Ibrahim dan Dr. Norfariza Mohd Radzi terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Moga segala bakti yang dicurahkan, Allah jua yang dapat membalasnya. Buat ayahanda tercinta Adnan Pdk Sharif dan bonda Ramlah Ahmad doa dan kasih sayang ayahanda dan bonda sentiasa mengiringi perjalanan ini. Terima kasih setinggi-tingginya. Untuk isteriku Zuraini Dzaini dan dua permata hati Muhammad Rayyan Danish dan Muhammad Zayyan Danish hadir kalian menjadi sebahagian daripada garis-garis halus yang mencorak sebuah lukisan yang bernama PhD. “Papa Sayang Kalian”. Juga, ucapan ribuan terima kasih kepada individu yang membantu secara tidak langsung bagi menjayakan penyelidikan ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan, sokongan kalian memberi kekuatan kepada diri ini untuk menyusuri sebuah perjalanan yang penuh dengan ranjau dan duri. Terima kasih semua. Akhir sekali, sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak Universiti Malaya yang memberi peluang kepada diri ini menjadi sebahagian daripada anak kandung mu yang bertuah. vii KANDUNGAN Halaman Abstrak…………………………………………………………………………….....iii Abstract.........................................................................................................................v Penghargaan................................................................................................................vii Kandungan.................................................................................................................viii Senarai Rajah..............................................................................................................xii Senarai Jadual............................................................................................................xiii Senarai Singkatan.....................................................................................................xxii Senarai Lampiran.....................................................................................................xxiv Bab 1 Pengenalan Pendahuluan..................................................................................................................1 Penyataan Masalah........................................................................................................3 Tujuan Kajian................................................................................................................7 Objektif Kajian..............................................................................................................8 Soalan Kajian................................................................................................................9 Kepentingan Kajian....................................................................................................11 Teori..............................................................................................................11 Dasar.............................................................................................................12 Amalan..........................................................................................................12 Kerangka Kajian.........................................................................................................13 Kerangka Teoritikal Kajian..........................................................................13 Kerangka Konseptual Kajian........................................................................24 Delimitasi Kajian........................................................................................................26 Limitasi Kajian............................................................................................................27 Difinisi Operasi...........................................................................................................28 Kesimpulan.................................................................................................................34 Bab 2 Tinjauan Literatur Pendahuluan................................................................................................................35 viii Konsep Perkembangan................................................................................................36 Pembelajaran Guru......................................................................................................41 Teknik Delphi.............................................................................................................43 Model Program Perkembangan Profesionalisme Guru...............................................44 Model Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan (2009)........................45 Model PDCA (1950an).................................................................................46 Model Loucks Hosly (1998).........................................................................48 Model Joyce dan Shower (1998)..................................................................51 Model Cascio (2006)....................................................................................52 Model Guskey (2000)...................................................................................55 Rumusan Perbandingan Antara Model.......................................................................57 Kajian Lampau............................................................................................................59 Fasa Analisis Keperluan...............................................................................60 Fasa Reka Bentuk.........................................................................................64 Fasa Penilaian...............................................................................................74 Kesimpulan.................................................................................................................83 Bab 3 Metodologi Kajian Pendahuluan................................................................................................................85 Reka Bentuk Kajian....................................................................................................85 Fasa Analisis Keperluan...............................................................................87 Fasa Reka Bentuk.........................................................................................88 Fasa Penilaian...............................................................................................91 Populasi dan Sampel Kajian.......................................................................................93 Mengenal Pasti Peserta Kajian dan Sampel Kajian......................................93 Mengenal Pasti Lokasi Kajian....................................................................100 Instrumen Kajian.......................................................................................................104 Fasa Analisis Keperluan.............................................................................104 Fasa Reka Bentuk.......................................................................................108 Fasa Penilaian.............................................................................................115 Kajian Rintis.............................................................................................................119 Fasa Analisis Keperluan.............................................................................120 Fasa Reka Bentuk.......................................................................................121 ix Fasa Penilaian.............................................................................................122 Kesahan.....................................................................................................................123 Fasa Analisis Keperluan.............................................................................123 Fasa Reka Bentuk.......................................................................................124 Fasa Penilaian.............................................................................................126 Kebolehpercayaan.....................................................................................................126 Fasa Analisis Keperluan.............................................................................127 Fasa Reka Bentuk.......................................................................................128 Fasa Penilaian.............................................................................................129 Prosedur Pengumpulan Data....................................................................................131 Fasa Analisis Keperluan …………………………………………………..131 Fasa Reka Bentuk …………………………………………………………136 Fasa Penilaian ……………………………………………………………..140 Prosedur Penganalisisan Data...................................................................................146 Fasa Analisis Keperluan …………………………………………………..146 Fasa Reka Bentuk …………………………………………………………151 Fasa Penilaian ……………………………………………………………..164 Kesimpulan...............................................................................................................175 Bab 4 Dapatan Kajian Pendahuluan.............................................................................................................176 Profil Peserta Kajian.................................................................................................176 Fasa Analisis Keperluan …………………………………………………..177 Fasa Reka Bentuk …………………………………………………………179 Fasa Penilaian ……………………………………………………………..185 Model Program Perkembangan Profesionalisme Guru Malaysia.............................187 Fasa Analisis Keperluan …………………………………………………..187 Fasa Reka Bentuk …………………………………………………………217 Fasa Penilaian ……………………………………………………………..291 Kesimpulan...............................................................................................................367 x

Description:
iii. ABSTRAK. Pelaksanaan kajian ini untuk mereka bentuk model program perkembangan profesionalisme guru Malaysia. Secara khusus, pelaksanaan kajian ini Justeru, kajian lanjutan mengenai reka bentuk MPPPGM berasaskan konteks 2012, daripada shodhganga.inflibnef.ac.in/…
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.