ebook img

reka bentuk model aktiviti penggunaan lagu kanak-kanak melayu tradisional untuk peningkatan ... PDF

340 Pages·2017·2.72 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview reka bentuk model aktiviti penggunaan lagu kanak-kanak melayu tradisional untuk peningkatan ...

REKA BENTUK MODEL AKTIVITI PENGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK MELAYU TRADISIONAL UNTUK PENINGKATAN IMAGINASI-KREATIF PRASEKOLAH AZLI BIN ARIFFIN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2018 REKA BENTUK MODEL AKTIVITI PENGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK MELAYU TRADISIONAL UNTUK PENINGKATAN IMAGINASI-KREATIF PRASEKOLAH AZLI BIN ARIFFIN TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2018 UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: AZLI BIN ARIFFIN (No. K.P/Pasport:7201919-10-5461) No. Matrik: PHA 110011 Nama Ijazah: DOKTOR FALSAFAH Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”): REKA BENTUK MODEL AKTIVITI PENGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK MELAYU TRADISIONAL UNTUK PENINGKATAN IMAGINASI-KREATIF PRASEKOLAH Bidang Penyelidikan: KURIKULUM DAN TEKNOLOGI INSTRUKTIONAL Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana- mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa- apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM. Tandatangan Calon Tarikh: Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan, Tandatangan Saksi Tarikh: Nama: Jawatan ii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Model Aktiviti Penggunaan Lagu Kanak-Kanak Melayu Tradisional untuk Peningkatan Imaginasi- Kreatif Prasekolah. Tujuan pembinaan model ini adalah untuk membantu dan memudahcarakan pelaksanakan pembinaan imaginasi-kreatif kanak-kanak prasekolah. Sungguhpun imaginasi ada disebut sebagai salah satu proses yang perlu ada dalam perkembangan dan pemupukan kreativiti kanak-kanak, namun peranan dan kedudukannya tidak dinyatakan dengan jelas dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Imaginasi hanya dilihat sebagai pelengkap kepada perkembangan kreativiti dan tidak dilihat sebagai satu elemen yang penting dalam perkembangan kreativiti kanak-kanak. Kajian ini menggunakan Kaedah Kajian Reka Bentuk dan Pembinaan (Design and Development Research Approach) yang telah diperkenalkan oleh Ritchey dan Klien (2007) dalam membangunkan model. Langkah kajian ini telah dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan dengan menggunakan soal selidik yang dijalankan ke atas seramai tujuh puluh lima orang guru prasekolah bagi mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan pembinaan dan kandungan model yang dibina. Fasa kedua menggunakan kaedah Interpretive Structural Modeling (ISM) untuk membangunkan model berdasarkan kepada pandangan dan keputusan panel pakar yang terdiri daripada sebelas orang. Fasa ketiga melibatkan seramai lima puluh orang guru prasekolah untuk menilai model tersebut menggunakan kaedah fuzzy Delphi yang telah diubah suai. Penilaian tersebut berdasarkan respon para guru terhadap soal selidik yang digunakan bagi menilai iii kebolehgunaan model yang telah dibina. Dapatan fasa pertama menunjukkan bahawa terdapat keperluan terhadap pembinaan model imaginasi-kreatif kanak-kanak prasekolah. Sejumlah 52.0% resoponden memilih sangat setuju dan sejumlah 45.3% pula memilih setuju bahawa mereka memerlukan panduan untuk meningkatkan imaginasi-kreatif kanak-kanak prasekolah. Bagi aspek kandungan pula, hampir keseluruhan responden memilih sangat setuju kandungan berkaitan keupayaan ingin tahu, meneroka, main peranan dan mereka cipta sebagai kandungan dalam pembinaan model. Berkaitan dengan kesesuaian penggunaaan lagu kanak-kanak Melayu tradisional pula, sejumlah 69.3% responden memilih setuju dan sejumlah 24.0% pula sangat setuju dengan penggunaan lagu berkenaan. Panel pakar juga berpendapat bahawa sebanyak dua puluh aktiviti yang telah dipilih boleh dibahagikan kepada tiga fasa (merangsang, merasai dan membina) dan dipecahkan kepada lima peringkat. Dapatan daripada fasa ketiga kajian pula menunjukkan Model Aktiviti Penggunaan Lagu Kanak-Kanak Melayu Tradisional Untuk Peningkatan Imaginasi-Kreatif Prasekolah adalah sesuai digunakan kerana mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi berdasarkan kepada nilai defuzzification kesepakatan pakar yang tinggi, iaitu berada dalam julat 42.15 hingga 44.90. iv ACTIVITY MODEL DESIGN USING TRADITIONAL MALAY CHILDREN’S SONGS TO ENHANCE CREATIVE-IMAGINATION AMONG PRESCHOOLERS ABSTRACT This study aims to design and develop the use of activity model using traditional Malay children's songs to enhance creative-imagination among preschoolers. This model is built to assist and facilitate the implementation of creative-imagination building among preschool children. Although imagination has been referred as a process that should be included in the development and nurturing of children's creativity, the role and position of imagination are not clearly stated in the National Preschool Curriculum Standard (NPCS) documentation. Imaginations are only seen as complementary to the development of creativity rather than being regarded as important element in the development of children's creativity. This study uses Design and Development Research Approach which was introduced by Ritchey and Client (2007) in developing the model. This study is carried out in three phases. The first phase involves needs analysis using survey conducted on a total of seventy five preschool teachers to obtain feedback on the needs for model building and its content. The second phase uses the Interpretive Structural Modeling (ISM) to develop a model based on opinions and decisions from a panel of experts consisting of eleven persons. The third phase involves a total of fifty preschool teachers to evaluate the model using Fuzzy Delphi method that has been modified. The assessment is based on teachers' responses to questionnaire used in the v study to assess the usability of the model. Findings from the first phase show that the creative-imagination model requires children for the model construction. A total of 52.0% respondents answered strongly agree while another 45.3% respondents agreed that they need guidance to improve creative-imagination of the preschool children. As for content, almost all respondents strongly agree with the content in terms of their capabilities in curiosity, exploratory skills, role play and inventing content in constructing the model. With regard to appropriateness of using traditional Malay children's songs, a total of 69.3% respondents answered in favor and another 24.0% also strongly agree with the use of the song. The expert panel also believes that there are twenty activities divided into three phases (stimulation, sense and build) and are broken down into five stages. Findings from the third phase of the study shows that the activity of using traditional Malay children's songs are suitable for enhancement of creative- imagination among preschoolers because of its high usability according to the defuzzified value by unanimity of the experts which are within the range of 42.15 to 44.90. vi PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji- pujian bagi Allah S.W.T. serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan izinNya penulisan tesis ini telah berjaya disiapkan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Prof. Dr. Saedah Siraj selaku penyelia kepada kajian ini. Segala ilmu, nasihat, keprihatinan, tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan amat bermakna kepada saya. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan beliau hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Seterusnya, penghargaan terima kasih kepada isteri tercinta, Noor Amy Afiza binti Mohd Yusof di atas sokongan, semangat, kesabaran dan pengorbanan yang telah diberikan sepanjang penyediaan tesis ini. Kepada anak-anak tersayang, Shahreez Azran, Muhammad Miqhael, Putera Daiyan Imdad dan Puteri Dayana Iman yang sentiasa menjadi sumber inspirasi dalam menyiapkan tesis ini, jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat kalian. Ucapan terima kasih dan kerinduan ditujukan khas buat kedua ibu bapa tersayang Ariffin bin Jabar dan Ainun binti Mat Zain. Seterusnya kepada ahli keluarga dan juga rakan-rakan yang telah membantu. Akhir sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tesis ini. Sekian. vii ISI KANDUNGAN Muka surat Borang Perakuan Keaslian Penulisan…………………………………………………….ii Abstrak ....................………………………………………………………….................iii Abstract ……………………………………………………………………......................v Penghargaan ……………………………………………………………………………vii Isi Kandungan …………………………………………………………………………viii Senarai Rajah …………………………………………………………………..............xiv Senarai Jadual ………………………………………………………………………......xv Senarai Ringkasan ……………………………………………………………............xviii Senarai Lampiran ……………………………………………………………………...xix BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan ……………………………………………………………………………….1 Pernyataan Masalah ……………………………………………………………………...6 Matlamat Kajian ………………………………………………………………………..11 Objektif Kajian …………………………………………………………………………11 Persoalan Kajian ………………………………………………………………………..12 Rasional Kajian ………………………………………………………………………...14 Kepentingan Kajian …………………………………………………………….............16 Kerangka Teori Kajian …………………………………………………………………18 Batasan Kajian ………………………………………………………………………….19 Definisi Istilah ………………………………………………………………….............20 Imaginasi …………………………………………………………….............20 Kreativiti …………………………………………………………….............20 Lagu Kanak-Kanak Melayu Tradisional ………………………….................21 Kanak-Kanak Prasekolah ……………………………………………............21 viii Rumusan ………………………………………………………………………..............22 BAB 2 SOROTAN KAJIAN Pengenalan………………………………………………………………………………23 Konsep Imaginasi……………………………………………………………………….23 Teori Imaginasi dan Kreativiti Kanak-Kanak Vygotsky………………………………..27 Imaginasi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak…………………………...................37 Konsep Kreativiti………………………………………………………………..............39 Kreativiti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak……………………………………...44 Kreativiti dan Muzik…………………………………………………………………….48 Proses Pemikiran Kreatif Muzikal Kanak-kanak……………………………….50 Ciri-ciri Produk Muzikal Kreatif Kanak-kanak…………………………………55 Ciri-ciri Gubahan Muzikal Kanak-kanak……………………………….55 Ciri-ciri Ubahan (Improvisasi) Muzikal Kanak-kanak………………….56 Teori Pembelajaran Kanak-Kanak……………………………………………………...57 Teori Pembelajaran Konstruktivisme ………………………………………..................57 Model Proses Pembinaan Kreativiti Cecil………………………………………............62 Model Pembelajaran Kolb……………………………………………………................63 Kaedah Pembelajaran Muzik Kanak-Kanak….………………………………………...69 Zoltan Kodaly…………………………………………………………………...69 Emile Jaques-Dalcroze………………………………………………………….71 Carl Orff………………………………………………………………………...72 Lagu Kanak-Kanak Melayu Tradisional………………………………………………..74 Corak dan Gaya Bahasa…………………………………………………………75 Gaya Bahasa dan Loghat………………………………………………………..76 Fungsi Lagu……………………………………………………………………..77 Senarai Lagu Kanak-Kanak Melayu Tradisional……………………………………….80 Kerangka Konseptual Kajian………………………………………………....................85 Rumusan……………………………………………………………………...................88 ix

Description:
melihat pembelajaran berlaku akan mempengaruhi pandangan kita terhadap kreativiti. Oleh itu sama ada benar atau tidak pengaruh pembelajaran
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.