ebook img

Rahsia Debt Collector PDF

33 Pages·2015·0.98 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Rahsia Debt Collector

Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Rahsia Debt Collector (Mini Edition - Preview) RIMAS? STRESS? RASA NAK GILA DIGANGGU ALONG BANK/ AGEN KUTIP HUTANG? Ketahui Hak Anda sebagai Penghutang 1 Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Penafian Ebook mini ini mengandungi sebahagian kecil daripada ebook penuh Rahsia Debt Collector. Motif ia dihasilkan adalah untuk memberikan pembaca preview akan apa yang ditawarkan di dalam ebook Rahsia Debt Collector sebenar sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembelian di rahsiadebtcollector.com. ANDA DIBENARKAN untuk berkongsi ebook mini ini kepada sesiapa sahaja tanpa mengubah apa-apa isi kandungan. TIDAK DIBENARKAN menyalin isi kandungan dan menjadikan ia hakcipta anda tak kira dalam bentuk apa sekalipun. Hakcipta Terpelihara © 2015 Masfira Binti Abd Latif Ebook ini diterbitkan oleh Masfira Network (No. Pendaftaran Syarikat 002451034-D). 2 Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Didedikasikan buat semua yang merasa peritnya berhutang, dan aku turut tidak terkecuali. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah (S.A.W.) mengatakan: Jiwa seorang yang beriman itu diserang kerana hutangnya, hinggalah hutangnya itu dilangsaikan. (Shafe’i, Ahmad, Tirmidhi) 3 Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Prakata Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca semua. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana anda mendapatkan ebook ini. Ebook ini ditulis untuk membantu para penghutang dalam menghadapi para Debt Collector yang kejam – yang tanpa belas kasihan mendesak para penghutang hingga ke jalan buntu. Anda akan didedahkan dengan konsep perundangan, rahsia-rahsia Debt Collector dan banyak lagi maklumat lain untuk membantu anda menghadapi mereka dengan lebih tenang. Tanpa ilmu, anda akan sesat. Matlamat ebook ini adalah untuk memberi anda panduan agar tidak tersesat jauh dan menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman Debt Collector yang bertindak agresif. Ebook ini saya selitkan dengan beberapa ayat al-Quran dan hadis sebagai pencerahan dan kerana sesungguhnya segala sesuatu itu haruslah dilakukan dengan jalan yang baik yakni berpandukan Al-Quran dan hikmah. Rujukan utama ayat al-Quran dan hadis pada ebook ini adalah melalui sebuah buku yang saya sarankan semua para pembaca untuk memiliki, membaca dan memahaminya iaitu: THE PROHIBITION OF RIBA IN THE QUR’AN & SUNNAH Penulisan IMRAN N. HOSEIN Link download pdf percuma: http://www.imranhosein.org/home.html ATAU http://www.imranhosein.org/media/books/The-Prohibition-of-Riba-in-Quran- and-Sunnah.pdf Untuk memiliki naskah secara persendirian: http://www.imranhosein.com/ 4 Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Seperti mana anda mendapatkan ebook ini dengan cara yang baik, Allah akan membalasnya dengan kebaikan juga, InsyaAllah. Segala maklumat di dalam ebook ini disusun mengikut bab dan ditulis mengikut turutan serupa namun anda boleh melompat ke topik yang anda berkenan tanpa ada halangan. Saya doakan semoga semua pembaca mendapat manfaat daripada ebook ini. Amin. Selamat Membaca. 5 Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Pendahuluan Saya mulakan dengan petikan hadis: “Anas meriwayatkan bahawa dia mendengar Pesuruh Allah (S.A.W.) berkata: Antara tanda-tanda akhir zaman adalah penyingkiran ilmu dan banyaknya kejahilan. (Bukhari, Muslim)” Rasulullah (S.A.W) merujuk kepada zaman kita hari ini, kita telah tiba di akhir zaman di mana ilmu kebenaran telah tersingkir dan kita berada dalam kebodohon tanpa diri kita sendiri menyedari hakikat ini. Saya memilih menggunakan terma ‘ilmu kebenaran’ kerana saya menerima hakikat bahawa kita disogokkan dengan ilmu yang memutihkan mata, yang akhirnya membuatkan kita memilih tindakan yang salah dan memakan diri kita sendiri. Khusus untuk ebook ini, ‘Loan’ adalah subjek pilihan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan pendirian saya bahawa, saya menerima bahawa pinjaman duit itu adalah transaksi halal, namun transaksi pinjaman duit adalah haram untuk dijadikan servis atau sebagai satu medium perniagaan. Pendirian saya ini adalah berlandaskan ayat Quran di bawah: Quran 2 : 275 – 277 Surah Al-Baqarah (Sapi Betina) -275. Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. -276. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah 6 Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. -277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Walau bagaimanapun bertentangan dengan Kalam Allah, kini perniagaan pinjaman duit yang telah dibenarkan di sisi undang-undang merobek keuntungan daripada penghutang melalui bunga, faedah atau lebih dikenali sebagai interest, dan sistem ini ramah dikatakan sebagai Loan. Interest adalah riba. Riba adalah haram. Kenyataan ini disimpul berlandaskan ayat Quran diatas (2 : 275 – 277) dan disokong oleh hadis dibawah: “Fadalah ibn Ubayd berkata bahawa Pesuruh Allah (S.A.W) menyatakan: Keuntungan yang terbit dari sebarang pinjaman duit adalah tergolong dari salah satu jenis riba. (Sunan al-Bayhaqi)” Ebook ini diusahakan sebagai satu medium pencerahan untuk mencapai semua yang terjerut dengan Loan. Agar setitis ilmu kebenaran ini dapat menumbuhkan niat dan tekad para pembaca untuk keluar dari Loan yang telah terlanjur diambil. Agar Loan tidak lagi dilihat sebagai jalan penyelesaian. Agar Loan tidak lagi dilihat sebagai satu kebiasaan dan kemestian. Agar Debt Collector digunakan sebagai pintu keluar dan pelajari bagaimana untuk menukarkan pemangsa Debt Collector menjadi kuda perang anda. Namun begitu, kita haruslah mengetahui bagaimana kita boleh terjerat di dalam kancah Loan, agar apabila kita berjaya mencapai pintu keluar, pintu Loan tidak sesekali dibuka lagi selepas ini. InsyaAllah. Ketamakan telah disinonimkan dengan keperluan. Sikap ibubapa yang membenarkan atau lebih teruk lagi menyarankan anak-anak mereka untuk mengambil Loan agar mereka tidak perlu menanggung beban yuran dan keperluan sepanjang pendidikan. Sedarlah 7 Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang bahawa, tiada jaminan bahawa segalanya akan berjalan lancar seperti yang kita hendaki. Pilih tempat pendidikan yang mampu ditanggung dan kerjasama antara ibubapa dan anak sangat diperlukan agar menjauhi Loan. Sikap diri sendiri yang inginkan berada selaras dengan trend semasa, membeli- belah pakaian, aksesori kereta, gila brand ternama, inginkan game terbaru, kaki wayang, kaki gayut telefon dll perlu dikikis. Senjata utama yakni, kad kredit. Ianya pintu anda untuk menjadi hamba kepada topeng dunia yang indah, lalu terjerat dengan Loan yang tidak dirancang. Kad kredit kelihatan seperti penyelamat agar anda dapat mendahulukan pembayaran Loan yang diambil, namun yang terbaik tetap belajar untuk berdisiplin. Belanja ikut saiz poket masing-masing. Besederhana adalah yang terbaik (walaupun saiz poket anda besar). Selari dengan budaya trending, kad kredit diberi secara percuma dan Loan menjadi jalan untuk mampu milik segala-galanya dengan cepat dan mudah. Maka budaya kegagalan untuk membayar hutang ataupun Loan turut terbit akhirnya. Jumlah kebankrapan di Malaysia mencapai puluhan malahan ratusan ribu sejak 1998 dan ianya masih lagi berlaku hingga ke hari ini, dan kian meningkat. Kesan daripada peningkatan kegagalan ‘penghutang’ membayar Loan (yakni kita) maka secara tidak sedar kita sendiri telah memungkinkan kewujudan satu pekerjaan yang dikenali sebagai Agen Kutipan Hutang atau lazimnya dipanggil ‘Debt Collector’. Debt Collector bekerja di bawah DCA atau Debt Collection Agency dan kerja- kerja mereka adalah untuk menuntut hutang daripada mereka-mereka yang gagal membayar hutang pada waktunya. Tidak dinafikan bahawa pekerjaan Debt Collector ini boleh dilakukan dengan cara yang baik namun daripada ribuan pekerja yang ada, boleh dikatakan hanya ~10% sahaja yang bekerja dengan penuh etika. Selebihnya bekerja dengan melanggar etika dan hubungan sesama manusia. 8 Rahsia Debt Collector – Ketahui Hak Anda Sebagai Penghutang Debt Collector yang bekerja tanpa etika inilah yang memarahi penghutang tanpa belas kasihan, mengugut dengan pelbagai cara seperti tindakan mahkamah, saman, lori sita, lawatan ke tempat kerja malahan dipenjara sekalipun. Pekerja kerajaan diugut dengan tindakan tatatertib, kehilangan wang pencen malahan dibuang kerja. Yang memiliki rumah pula diugut kehilangan harta benda dan sebagainya tanpa rasa kasihan dan timbang rasa. Sebagai penghutang yang pernah berinteraksi dengan Debt Collector seperti ini pasti mempunyai keluhan, “Sudahlah orang susah nak bayar hutang, kini disusahkan dengan ugutan sedemikian pula.“ BENAR. Ugutan yang diajukan oleh Debt Collector boleh berlaku malahan pernah berlaku. Namun ianya tidaklah seperti yang ditekankan oleh para Debt Collector yang kejam ini. Setiap perkara ada proses dan langkahnya. Setiap undang-undang dan peraturan ada konsepnya. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ebook ini bertindak sebagai panduan bagaimana proses dan etika yang sebenarnya. Mudah-mudahan membantu penghutang-penghutang untuk bijak dan tenang menghadapi para Debt Collector yang menyalahi etika. Bersama-sama Ebook ini disertakan konsep perundangan, proses perjalanan ke mahkamah, rahsia Debt Collector yang mereka tidak ingin anda tahu, dan rahsia-rahsia lain. Tanpa panduan ini, anda samada menjadi mangsa ugutan sepanjang masa atau diganggu dengan panggilan telefon (yang sebenarnya ada batas undang-undang berkaitannya). Ketahui rahsia Debt Collector, sistem perundangan berkaitan kehutangan, cara membayar hutang anda tanpa tekanan-tekanan melampau dan akhirnya keluar dari kehutangan itu selama- lamanya, InsyaAllah. 9

Description:
Penulisan IMRAN N. HOSEIN. Link download pdf kepada anda. Dapatkan ebook mini Buat Duit Dengan YouTube Adsense di sini sekarang:.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.