Petikan‐Petikan Ajaran Syiah Ja`fariyyah Bersumberkan Kitab‐Kitab Mereka 2 AL-JA`FARIYYAH TEMPAT BERSELINDUNG SYIAH GHULAT Kandungan: Prolog Kitab Jaafariah vi Dari Panel Penterjemah vii Aqidah Tentang Sahabat 1 Syi’ah Mengatakan Bahawa Sahabat-Sahabat Nabi s.a.w. Yang Utama Disiksa Di Dasar Neraka Yang Paling Bawah Dengan Siksaan Yang Paling Teruk 5 Semua Sahabat Telah Murtad Selepas Kewafatan Nabi S.A.W. 8 Orang Yang Mula-Mula Berbai’ah Kepada Abu Bakar Ialah Iblis 11 Sahabat Bersepakat Untuk Memesongkan Ajaran Nabi S.A.W. Selepas Kewafatannya 13 Abu Bakar Dan Umar Dilaknat Oleh Allah, Malaikat Dan Sekalian Manusia 15 Imam Maksum Menjadikan Laknat Kepada Sahabat Nabi S.A.W. Sebagai Wirid Selepas Sembahyang 18 Aqidah Imamah 19 Imam-Imam Mempunyai Kedudukannya Sama Dengan Para Nabi Dan Tidak Sempurna Segala Amalan Tanpa Beriman Kepada Imam-Imam 23 Ketaatan Kepada Imam-Imam Maksum Adalah Kefardhuan Daripada Allah 25 Kedudukan Imam-Imam Adalah Seperti Nabi-Nabi Bahkan Mengatasi Mereka 28 Ilmu Imam-Imam Menyamai Ilmu Para Nabi A.S. 30 Imam-Imam Mempunyai Ilmu Sebagaimana Ilmu Malaikat-Malaikat Dan Nabi-Nabi 32 Al-Quran Yang Sebenar Hanya Berlegar Di Tangan Imam-Imam Ahlul Bait Dan Hanya Akan Dikemukakan Kepada Umum Selepas Kebangkitan Imam Al-Mahdi 36 Imam-Imam A.S. Mempunyai Sifat-Sifat Ketuhanan 39 Kepercayaan Kepada Imam Dua Belas Adalah Rukun Islam Paling Utama 41 3 Penghinaan Terhadap Nabi 43 Nabi Adam Dan Hawa A.S. Dikeluarkan Dari Syurga Kerana Dengki 48 Nabi-Nabi Dihukum Kerana Enggan Mengakui Walayah Ali A.S. 51 Khomeini: Nabi-Nabi Gagal Dalam Usaha Dakwah Mereka 54 Nabi Adam Mempunyai Usul Kufur 57 Aqidah Tahrif Al-Quran 59 Kitab-Kitab Suci Yang Lain Selain Al-Quran 63 Al-Quran Yang Digunapakai Oleh Umat Islam Sekarang Adalah Tidak Asli Kerana Ianya Bukanlah Yang Dihimpunkan Oleh Imam-Imam Maksum Di Sisi Syi’ah 67 Hanya Imam-Imam A.S. Yang Menghimpunkan Keseluruhan Al-Quran Dan Mereka Mengetahui Keseluruhan Ilmunya 70 Sahabat-Sahabat Telah Melakukan Tahrif Terhadap Al-Quran 75 Sahabat-Sahabat Nabi S.A.W. Penyeleweng Al-Quran 79 Sahabat-Sahabat Merupakan Penyeleweng Al-Quran 82 Al-Quran Sebenar Tiga Kali Ganda Daripada Al-Quran Yang Ada Sekarang Ini 86 Al-Quran Sebenar Berada Di Tangan Imam Mahdi 88 Al-Quran Yang Sebenar Dihimpun Dan Ditulis Oleh Saidina Ali. Akan Keluar Bersama Imam Mahdi 91 Kepercayaan Terhadap Ahlul Bait 93 Khomeini: Kedudukan Sayyidina Ali Setaraf Dengan Nabi Muhammad S.A.W. 97 Kedudukan Taqiyyah Dalam Syiah 99 Orang Yang Mulia Ialah Orang Yang Menyembunyikan Pegangannya 103 Taqiyyah Merupakan Amalan Yang Terpenting Dalam Agama 106 Pandangan AhlulBait Terhadap Syiah 107 Kekesalan Hasan Bin Ali R.A. Terhadap Syi’ah 111 Kutukan & Doa Laknat Ahlul Bait Ke Atas Syi`ah 114 Imam Ali Ar-Ridha: Golongan Syi’ah Berbohong Mendakwa Cintakan Ali R.A. 118 4 Pandangan Syiah Terhadap AhlusSunnah 119 Ahlus Sunnah Lebih Hina Dari Yahudi, Nasrani Dan Musyrik 123 Ahlus Sunnah Adalah Kafir Dan Najis 126 Ahl as-Sunnah Adalah Anak Zina 129 Tiada Perbezaan Sembahyang Ahlus Sunnah Dengan Perzinaannya 132 Imam Mahdi Bila Dibangkitkan Akan Memenggal Ahl As-Sunnah 134 Ahlus Sunnah Lebih Hina Daripada Anjing 137 Sorotan Terhadap Kitab-Kitab Utama Syiah 139 Al-Kulaini: Kitab Al-Kafi Hanya Mengandungi Riwayat Sahih Sahaja 143 Kesahihan Kitab-Kitab Utama Syi’ah Menurut Pandangan Ulama-Ulama Mereka 144 Ajaran Pelik & Tidak Munasabah 155 Harus Menyetubuhi Isteri Pada Dubur 158 Umum 159 Rafidhah Adalah Nama Yang Menjadi Kebanggaan 163 Rafidhah Adalah Nama Yang Menjadi Kebanggaan (2) 166 5 Prolo g Kitab Jaafariah AL JA'FARIYYAH TEMPAT BERSELINDUNG SYIAH GHULAT Amma ba'du, Maqalah ini mengandungi sedikit daripada hakikat Syiah Jaafariyyah. Melaluinya dapat kita putuskan bahawa ianya sama sekall bukan daripada golongan Syiah yang sederhana bahkan ia satu nama yang cukup lunak untuk fahaman-fahaman dan ajaran-ajaran Syiah ghulat berselindung di sebaliknya. Adalah menjadi kewajipan ummat Islam mengetahui tentang firqah Jaafariyyah yang sesat itu berpandukan keputusan-keputusan dan fatwa-fatwa ulamak-ulamak Islam terdahulu yang muktabar. Dan juga menjadi tang- gungjawab para ulamak clan institusi-institusi keagamaan menyatakan kekufuran clan kesesatan mereka ber- dasarkan rujukan-rujukan utama mereka sendiri. Ini ialah kerana ajaran-ajarannya tidak tersembunyi lagi kepada kita dan sudah cukup bukti-bukti daripada kitab -kitab muktabar mereka dan daripada sikap-sikap yang ditunjukkan oleh mereka pada masa ini. Dalam kesempatan ini hanya dinyatakan kesesatan Syiah Jaafariyyah sahaja sementara Syiah Zaidiyyah tidak justeru Syiah Jaafariyyahlah yang menjadi masalah kepada ummat Islam hari ini. Sebenarnya Syiah Zaidiyyah yang terdapat sekarang ini juga telah diresapi oleh fahaman-fahaman Syiah Ghulat yang membawanya keluar daripada "Millah Islamiyyah" atau sekurang-kurangnya membawanya kepada bid'ah besar. Sedikit sekali peca- han Zaidiyyah yang bolehi diakui aqidahnya bersih daripada ghulu yang membawanya keluar daripada Millah. Secara ringkas bolehlah dikatakan bahawa Syiah sederhana yang pernah ditemui oleh ulamak-ulamak salaf itu telahpun pupus atau tidak wujud lagi hari ini. Sesungguhnya mengiktiraf Syiah-Syiah ini terutamnya Syiah Jaafariyyah sebagai Islam bermakna membenarkan kekufuran berleluasa atas nama Islam dan mengakui Syiah ini sebagai salah satu golongan Islam mengakibat- kan kita mesti menghormati mereka walaupun mereka memiliki fahaman-fahaman dan ajaran-ajaran yang jelas bertentangan dengan agama Islam yang suci. Ini bererti satu pengkhianatan besar terhadap agama telah dilaku- kan oleh kita ummat Islam. Marilah sama-sama kita renungi firman Allah: Bermaksud: Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekufuran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? Iaitu neraka jahannan, mereka masuk ke dalamnya dan dan itu- lah seburuk-buruk tempat kediaman.(Surah Ibrahim: 28 & 29) Disediakan oleh: Muhammad 'Asri Yusoff, Kubang Kerian, Kelantan. 6v i Dari Panel Penterjemah AL-JA`FARIYYAH TEMPAT BERSELINDUNG SYIAH GHULAT Laman ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada umum tentang ajaran Syiah Ja`fariyyah yang dipetik dari kitab-kitab Syiah sendiri. Syiah Ja`fariyyah ini dikenali juga sebagai Syiah Imamiah atau Syiah Imam Dua Belas yang diamalkan secara meluas di Iran dan Iraq. Pengumpulan bahan-bahan asal adalah hasil usaha Maulana Muhammad Asri Yusoff dan beberapa orang murid beliau. Untuk versi web, panel pengarang www.darulkautsar.com telah menyertakan terjemahan serta peneran- gan ringkas ke atas petikan-petikan tersebut. Bahan-bahan ini disusun di dalam beberapa kategori sebagaimana berikut: 1. Aqidah Tentang Sahabat 2. Aqidah Imamah 3. Penghinaan Terhadap Nabi 4. Aqidah Tahrif Al-Quran 5. Kepercayaan Syiah Yang Sebenar Terhadap Ahlul Bait 6. Kedudukan Taqiyyah Dalam Syiah 7. Pandangan AhlulBait Terhadap Syiah 8. Pandangan Syiah Terhadap AhlusSunnah 9. Sorotan Terhadap Kitab-Kitab Utama Syiah 10. Ajaran Pelik & Tidak Munasabah 11. Umum Petikan-petikan yang diambil daripada kitab Syiah dalam setiap kategori di atas beserta terjemahannya akan dikemaskini secara berperingkat. Diharap usaha yang tidak seadanya ini mampu menjadi pemangkin dan penggerak semangat kepada sebarang gerakan membasmi dan melenyapkan pengaruh serta ajaran Syiah di rantau ini. vii 7 www.darulkautsar.net www.dkautsarmarketing.com Aqidah Tentang Sahabat 1 DARULKAUTSAR RESEARCH & RESOURCE CENTRE 2 www.darulkautsar.net www.dkautsarmarketing.com 3
Description: