ebook img

pertanyaan-pertanyaan mulut daripada yb tuan mohamed azmin bin ali PDF

648 Pages·2014·15.61 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview pertanyaan-pertanyaan mulut daripada yb tuan mohamed azmin bin ali

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (BUKIT ANTARABANGSA) TAJUK: SKIM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR) 1. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar : a) Apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk menyediakan sejumlah peruntukan yang mencukupi bagi menjamin kelangsungan Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) untuk memenuhi permohonan di kalangan peniaga - peniaga kecil yang semakin meningkat? b) Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan untuk skim ini bagi tahun 2012 dan berapakah jumlah yang telah diagihkan sehingga Jun 2012? JAWAPAN: a) Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) adalah dibawah salah satu program di bawah anak syarikat MBI iaitu Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor. MBI akan memastikan bahawa peruntukan bagi menjamin kelangsungan program ini untuk memenuhi permohonan di kalangan peniaga-peniaga kecil yang semakin meningkat sekiranya segala aktiviti dan program untuk permohonan ini dijalankan megikut garis panduan dan prosedur yang betul dan tulus dalam agihannya. b) Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) telah bermula pada 2011, dimana jumlah yang telah diperuntukan setakat Jun 2012 adalah berjumlah RM11,210,000.00. Agihan yang dibuat adalah berdasarkan kepada program- program yang dijalankan oleh MiMBAR sendiri. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATO’ DR. HAJI MOHAMAD SATIM BIN DIMAN (SERI SERDANG) TAJUK : TANGGUNGAN / HUTANG KERAJAAN NEGERI 2. Kerajaan negeri mendakwa mempunyai simpanan tunai berbilion ringgit hasil kecekapan pengurusan kewangan, namun tidak menjelaskan tanggungan atau hutang kerajaan negeri. Bertanya kepada YAB. Dato’ Menteri Besar:- a) Berapakah jumlah hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan sehingga 2012? b) Berapakah jumlah hutang kerajaan negeri kepada pihak Syabas berdasarkan tuntutan saman di mahkamah? JAWAPAN: a) Sehingga 31 Mei 2012, hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM899,374,915.09. Perincian hutang tersebut adalah seperti berikut: BAKI PINJAMAN (RM) BIL NAMA PROJEK POKOK FAEDAH JUMLAH 1. Penjadualan Semula 738,564,981.45 0.00 738,564,981.45 Pinjaman Bekalan Air 2. Penjadualan Semula 61,955,242.52 23,953,407.56 85,908,650.08 Pinjaman PAKR 3. Amanah Saham 17,769,505.90 4,951,047.66 22,720,553.56 Selangor (ASAS) 4. Zon Perindustrian 41,557,097.27 10,623,632.73 52,180,730.00 Sungei Way JUMLAH KESELURUHAN 859,846,827.14 39,528,087.95 899,374,915.09 b) Jumlah hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada pihak SYABAS berdasarkan tuntutan saman di mahkamah adalah berjumlah RM1,054,208,382.00. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB TUAN AMIRUDIN BIN SHARI (BATU CAVES) TAJUK: BANTUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT, SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAN TAMIL 3. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar: a) Selepas 4 tahun dasar ini dilaksanakan berapa banyak sekolah-sekolah yang telah memperoleh bantuan? Sila jumlahkan mengikut kategori b) Berapakah bidang/jenis/tujuan bantuan yang sering dipohon oleh sekolah- sekolah? c) Apakah mekanisme pemantauan bagi memastikan peruntukkan yang disalurkan benar-benar dimanfaatkan untuk tujuan permohonan? JAWAPAN: a) Jumlah penerima Bantuan Pendidikan mengikut kategori sekolah adalah seperti berikut: Bilangan Penerima Kategori Sekolah Bantuan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) 256 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 112 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) 97 buah Nota: (*) Kerajaan Negeri masih dalam pengumpulan data Sekolah Agama Rakyat (SAR) kerana Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang beroperasi di negeri Selangor tidak berdaftar dengan agensi kerajaan sama ada Kementerian Pelajaran Malaysia mahupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Oleh itu, usaha untuk mendapatkan data-data yang tepat berkenaan kewujudan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri Selangor sedang diusahakan.Data sedia ada ini adalah berdasarkan data yang didapati daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan borang-borang permohonan Bantuan Pendidikan yang diterima. b) Permohonan Bantuan Pendidikan kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil terdapat dua (2) kategori. Iaitu: (i) Fizikal Contoh: Bina bangunan tambahan, bina dewan serbaguna, membina susur gajah, membina gelanggang bola keranjang, pembelian komputer Pemasangan kamera litar tertutup, mengecat sekolah (ii) Bukan fizikal Contoh: Bantuan Yuran, Sukan Tahunan Sekolah Walau bagaimanapun, permohonan berbentuk fizikal dan infrastruktur akan diberi keutamaan berdasarkan hasrat kerajaan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah – sekolah di Negeri Selangor. c) Kerajaan Negeri ada membuat pemantauan dengan memohon pihak sekolah mengemukakan laporan pelaksanaan projek (berserta gambar) dan laporan perbelanjaan kepada urus setia Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor. Selain itu juga, Kerajaan Negeri melalui Exco Pendidikan dan Jawatankuasa Kecil Penilai Bantuan Pendidikan yang terdiri daripada Ahli Undangan Negeri (ADUN) ada juga membuat lawatan tapak ke sekolah-sekolah. Hasil daripada laporan tersebut, Jawatankuasa Penilai Bantuan Pendidikan dapat membuat penilaian ke atas sekolah yang memohon dan menerima bantuan. Sekiranya pelaksanaan projek dan perbelanjaan masih belum mencapai 70% maka permohonan seterusnya yang dikemukakan oleh sekolah kepada pihak Kerajaan akan ditolak atau dikategorikan sebagai tidak layak menerima bantuan. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. PUAN LEE YING HA (TERATAI) TAJUK: PROJEK ‘CERIA’ UNTUK MEMBERI BANTUAN DALAM MEMBAIKI PANGSAPURI BERKOS RENDAH 4. Bertanya kepada YAB. Dato’ Menteri Besar: a) Apakah kesan yang ada bagi projek ‘Ceria’? b) Berapakah pangsapuri telah mengambil bahagian dan berapakah telah dilaksanakan? JAWAPAN: a) Secara amnya, skim baikpulih pangsapuri melalui program CERIA (Caring Government for Residents’ Improvement Aid) telah meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat perumahan bertingkat di Negeri Selangor. Di antara kesan-kesan utama hasil daripada program ini adalah seperti berikut:- i) mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pihak Pengurusan Bangunan terutama Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body – JMB) dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC) dalam membaikpulih harta bersama yang melibatkan kos yang tinggi seperti lif, bumbung, mengecat dan sebagainya; ii) mengeratkan hubungan kerjasama penghuni dengan pihak pengurusan (JMB dan MC); iii) memulihkan keyakinan penduduk untuk membayar caj penyenggaraan kepada JMB atau MC; dan iv) meningkat tahap keselamatan serta kesihatan penduduk di kawasan yang menerima bantuan baikpulih. b) Setakat 22 Jun 2012, sebanyak 69 pangsapuri telah dipilih menyertai Skim CERIA. Sebanyak 26 kawasan telah siap dibaikpulih manakala 25 kawasan masih dalam proses kerja baikpulih. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN DR SHAFIE BIN ABU BAKAR (BANGI) TAJUK : MASALAH SAMPAH 5. Kekecohan mengenai sampah masih berlaku. Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: a) Sejauh manakah masalah sampah dapat diatasi? b) Benarkah berlaku sabotaj dari pihak yang kepentingan mereka disekat? c) Apakah pendekatan jangka panjang diambil bagi membaiki perkhidmatan sampah? JAWAPAN : a) Kerajaan Negeri melalui semua PBT akan sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan terhadap kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan awam. Talian Bebas Tol Aduan Sampah (1-800-88-2824) yang diselaraskan oleh Bahagian Korporat SUK Selangor membuktikan komitmen penuh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan segala aduan dengan kadar segera. Tindakan daripada beberapa pihak NGO seperti Yayasan Amal juga harus dipuji kerana terus membantu PBT dalam memantau kawasan setempat daripada sebarang aktiviti berunsur sabotaj. Sejak pengambilalihan penuh pada bulan Mac 2012, jumlah aduan didapati menunjukkan penurunan. b) Kerajaan Negeri telah dimaklumkan oleh PBT bahawa terdapat unsur-unsur sabotaj. Wujud pihak yang tidak bertanggungjawab merancang untuk mengagalkan kerja-kerja kutipan sampah di Selangor dengan menghalang lori serta mengancam pekerja. Selain daripada itu, tindakan melonggokkan sampah sejurus selepas kutipan rutin dilakukan oleh pihak kontraktor untuk tatapan media. c) Kerajaan Negeri melalui semua PBT telah mengambil pelbagai langkah bagi mengatasi masalah berkenaan seperti sentiasa mengadakan perjumpaan bersama dengan kontraktor agar dapat mengetahui masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, semua PBT harus senantiasa mengawasi perkhidmatan yang diberikan oleh semua kontraktor supaya menepati syarat yang telah ditetapkan semasa proses pelantikan dilakukan. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah membuat pembelian sebanyak 50 buah lori kompaktor untuk diagihkan kepada semua PBT. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. PUAN HANIZA BINTI MOHAMED TALHA (TAMAN MEDAN) TAJUK: TANAH REZAB MELAYU 6. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar : a) Berapa luaskah tanah rezab Melayu di Selangor yang sudah bertukar status mengikut tahun bermula 1986 dan daerah? Nyatakan status baru tanah? JAWAPAN: a) Mengikut rekod, jumlah keluasan tanah rezab Melayu di Selangor yang sudah bertukar status bermula 1986 hingga kini dan telah diwartakan adalah sebanyak 4,476.42 ekar dan pecahannya mengikut daerah seperti di Lampiran A. Untuk makluman tambahan, jumlah terkini keluasan yang telah dibatalkan perizaban dan telah diwartakan adalah sebanyak 6,198.12 ekar seperti yang ditunjukkan di Lampiran B. Status terkini tanah rezab Melayu yang telah diwartakan adalah sebanyak 383,457.34 ekar. Maklumat yang lebih tepat dan terperinci masih di kemaskini oleh Pejabat Tanah Daerah yang berkaitan dalam sistem Selangor Land Information System (SELIS) yang dijadualkan selesai pada akhir tahun ini. LAMPIRAN A STATUS TANAH REZAB MELAYU SEJAK 1986 HINGGA KINI Keluasan Baru Yang Keluasan yang telah Keluasan yang BIL DAERAH Dirizabkan dibatalkan perizaban telah diganti (ekar) (ekar) 1 Hulu Selangor 817.660 - 783.997 2 Hulu Langat 28.565 22.395 35.00 3 Kuala Selangor - - - 4 Petaling - - - 5 Sepang 395.95 - - 6 Kuala Langat 558.00 4,415.53 2776.17 7 Gombak 991.00 - - 8 Sabak Bernam 59.147 38.499 38.499 9 Klang - - - JUMLAH 2,850.32 4,476.42 3,633.67 LAMPIRAN B TANAH REZAB MELAYU DI NEGERI SELANGOR Jumlah Keseluruhan Keluasan yang telah Jumlah Keluasan Keluasan yang Tanah Rizab Melayu Yang BIL DAERAH dibatalkan perizaban yang telah diganti belum diganti Diwartakan (ekar) (ekar) (ekar) (ekar) 1 Hulu Selangor 31,912.05 1,110.10 130.79 979.31 2 Hulu Langat 33,122.43 633.990 - 633.990 3 Kuala Selangor 46,174.60 - - - 4 Petaling 2,733.09 - - - 5 Sepang 22,865.06 - - - 6 Kuala Langat 39,577.00 4,415.53 2,776.17 1,639.36 7 Gombak 11,441.97 - - - 8 Sabak Bernam 172,823.647 38.499 38.499 - 9 Klang 22,807.50 - - - JUMLAH 383,457.34 6,198.12 2,945.46 3,252.66

Description:
25 Feb 2012 PTPTN telah diteruskan pembayaran kepada pelajar UNISEL. pembangunan yang terjejas berikutan daripada penangguhan ini adalah.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.