ebook img

perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah agama wan utma mazrah bt. wan abdul ... PDF

31 Pages·2006·0.93 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah agama wan utma mazrah bt. wan abdul ...

PERLAKUAN BULI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA WAN UTMA MAZRAH BT. WAN ABDUL SAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i PERLAKUAN BULI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA WAN UTMA MAZRAH WAN ABDUL SAMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia April 2006 iii Untuk bonda dan ayahanda tersayang Terima kasih atas segala doa, jasa dan pengorbanan Buat kekanda yang dikasihi Segala keperihatinanmu tidak akan ku lupakan Teman-teman seperjuangan Perkukuhkanlah silaturrahim antara kita demi Allah S.W.T Semoga kita sentiasa diredhai dan berada dalam rahmat-Nya InsyaAllah iv PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya dapatlah penyelidik menyiapkan kajian ini. Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Azizi bin Haji Yahaya selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh menjalankan kajian ini. Segala ilmu yang diberikan akan dikenang sepanjang hayat. Penghargaan juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan pengetua setiap sekolah yang terpilih kerana telah memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua guru-guru yang terlibat untuk menjawab soal selidik ini kerana sudi membantu untuk melaksanakan kajian ini. Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas segala dorongan dan bantuan. Seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langssung ataupun tidak dalam membantu menyiapkan kajian ini. Semoga Allah membalas budi baik kalian. v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap, jenis dan faktor perlakuan buli serta program intervensi yang terdapat di sekolah menengah agama. Seramai 400 orang pelajar di empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Melaka dan Johor telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan persampelan dilakukan secara persampelan rawak mudah kelompok atas kelompok. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α = 0.8234. Data-data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows. Statistik deskriptif iaitu frekuensi dan min digunakan untuk menganalisis tahap perlakuan buli manakala statistik inferensi iaitu analisis ujian-t dan korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis perbezaan perlakuan buli antara jantina, perbezaan jenis perlakuan buli antara jantina dan hubungan antara program intervensi dan perlakuan buli. Hasil kajian mendapati tahap perlakuan buli berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara perlakuan buli dengan jantina dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis perlakuan buli dengan jantina. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara program intervensi dan perlakuan buli. Aspek yang paling mempengaruhi perlakuan buli ialah dari aspek keluarga. vi ABSTRACT The purpose of this study is to identify the level, the type, and the factors of bullying amongst religious secondary school’s students. This study also attempts to identify bullying intervention programs at religious secondary school. 400 students in four states, Kelantan, Terengganu, Malacca and Johore have been chosen as the respondents. The instrument of this study is questionnaire form. Method used in this study is surveying method. The sampling has been done using the cluster on cluster random sampling method. The reliability of the instrument is 0.8234. The data was analyzed using Statistical Package for Social Science. (SPSS) for Windows. Descriptive statistic, mean and frequency is used to analyze the level of bullying. The inference statistic, t-test and Pearson correlation are used to test the hypothesis. Results showed that the level of bullying among religious secondary school’s students were in medium level. The results also showed that there were significant relation between the bullying behavior and gender there was no significant relation between the type of bullying and gender. Furthermore, there were no significant relation between intervention programs and bullying behavior. The most dominant bullying factor was family factor. vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xiii SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN xvi SENARAI LAMPIRAN xvii

Description:
perlakuan yang negatif yang dilakukan oleh individu atau kumpulan merupakan mangsa buli sepanjang tempoh persekolahan mereka (Hoover et
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.