Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam Jabatan Agama Islam Selangor KEADAAN DAN PERKARA ATAU TINDAKAN YANG MEMBAWA KEPADA PENYELEWENGAN AKIDAH DALAM PENGUBATAN ISLAM1 Dato’ Ismail Bin Kamus2 1.0 MUQADDIMAH Perubatan Islam adalah suatu kaedah yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W. untuk merawat pesakit. Perubatan Rasulullah mencakupi kesemua aspek kehidupan sama ada dari segi fizikal, rohani dan gangguan jin. Rasulullah selain sebagai seorang pendakwah yang menyampaikan wahyu Allah S.W.T., baginda juga seorang perawat. Telah diriwayatkan dalam beberapa hadith yang Rasulullah merawat beberapa jenis penyakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa. Sebagai Contoh Nabi S.A.W. pernah menepuk dada seorang lelaki yang terkena rasukan, dan keluar daripadanya jelmaan anak anjing yang kecil3. Baginda juga pernah menyuruh jin keluar dari badan kanak-kanak lelaki dengan sabdanya : جرخأ الله لوسر انأ الله ودع (keluar wahai musuh Allah, aku adalah Rasulullah). Setelah mendengar perkataan itu, jin pun keluar dan kanak-kanak itu sembuh4. Banyak lagi hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah mengubat pesakit. Dewasa ini, kita bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana ramai perawat Islam telah muncul untuk meneruskan salah satu daripada perjuangan Rasulullah. Merawat dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran juga di kira sebagai salah satu daripada fardhu kifayah. Namun apa yang membimbangkan, ada sebahagian daripada rawatan yang mendakwa sebagai rawatan Islam, tetapi sebenarnya telah tersasar jauh daripada amalan dan prinsip syariat Islam. Banyak amalan-amalan yang bercanggah dengan syariat dimasukkan ke dalam rawatan Islam dan mereka memanggilnya sebagai rawatan Islam. Untuk membetulkan kesalahan-keslahan inilah, maka kertas kerja ini 1 Kertas Kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar “Islam Semasa & Pengislaman Ilmu (Perubatan Alternatif: Amalan dan Kepercayaan Berdasarkan Prinsip-Prinsip Islam”, anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 November 2011 bersamaan 7 Zulhijjah 1432 di De Palma Hotel Shah Alam, Selangor. 2 Penasihat, Persatuan Perubatan Islam Darussalam. 3 Hadith Riwayat Ahmad, ad-Darimi, at-Tabrani, al-Baihaqi. 4 Hadith Riwayat Ahmad 1 Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam Jabatan Agama Islam Selangor ditulis. Marilah kita melihat sebahagian daripada perkara yang dilarang ketika kita mengamalkan perubatan Islam / alternatif. 2.0 PEMBEDAHAN BATIN Oleh kerana pembedahan batin dikaitkan dengan perkara yang berlaku secara luar biasa dan menyalahi adat kebiasaan seperti dapat mengeluarkan jantung tanpa dibedah, batu karang dan lain, maka eloklah kita melihat pembahagian Ulama‟ terhadap perkara-perkara yang khariqul adat yakni mencarikkan adat. Perkara- perkara yang mencarik adat ini pada umumnya ada enam perkara iaitu: 1. Mu‟jizat 2. Karamah 3. Istidraj 4. Irhas 5. Ma‟unah 6. Ihanah 2.1 Mu’jizat Ia adalah sesuatu yang mencarik atau menyalahi adat yang disertai dengan cabaran yang dikurniakan Allah kepada para Rasul A.S. dan Anbia‟ (Nabi-Nabi) sesuai dengan dakwaannya, bagi membuktikan kebenaran risalah tauhid agama. 2.2 Karamah Ia adalah sesuatu yang menyalahi adat yang dilahirkan oleh Allah kepada para wali yang sentiasa berusaha menjauhkan dosa-dosa besar dan kecil serta sentiasa istiqamah dalam mendampingkan diri kepada Allah S.W.T. 2.3 Istidraj Iaitu yang menyalahi adat yang lahir di tangan orang fasiq dan kafir yang biasanya berlaku pada tukang sihir. Terjadinya perkara yang menyalahi adat itu berulang-ulang dan ilmu itu dipelajari. 2 Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam Jabatan Agama Islam Selangor 2.4 Irhas Iaitu yang menyalahi adat yang lahir atau berlaku pada para Nabi yang belum diutus sebagai Rasul. Umpamanya Nabi kita Muhammad S.A.W. yang dilindungi oleh awan di Mekah dalam perjalanan, sebelum baginda diutus menjadi Rasul. 2.5 Ma’unah Sesuatu yang dilahirkan adat yang dilahirkan oleh Allah kepada seseorang atau orang ramai ketika menghadapi kesusahan dan contohnya amat banyak di antaranya turun Malaikat semasa peperangan Badar untuk membantu kaum Muslimin. 2.6 Ihanah Sesuatu yang menyalahi adat yang berlaku pada tangan orang fasiq untuk menambahkan kefasiqan mereka sebagaimana yang berlaku pada Musailamah Al-Kazzab. Beliau meludah pada mata seseorang yang juling sehingga sembuh. Di dalam masyarakat kita, hari ini pun tidak terkecuali di mana terdapatnya mereka yang boleh melakukan berbagai-bagai perkara yang menyalahi adat umpamanya boleh melakukan pembedahan perut dan pemindahan organ tanpa menggunakan ubat bius atau pelali, atau apa sahaja yang boleh dianggap luar biasa. Inilah yang dikatakan sebagai sihir. Dewasa ini tidak ada lagi mu‟jizat kerana tiada wujud seorang Rasul ataupun Nabi. Karamah pun bukan kerana itu adalah anugerah Allah kepada para wali disebabkan mereka begitu hampir kepada Allah. Irhas pun bukan kerana mereka tidak akan menjadi rasul dan Nabi-Nabi. Rasul sudah tidak ada lagi selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. (Maksud irhas ialah sesuatu yang pelik yang berlaku kepada seseorang yang bakal menjadi Rasul.) Ma‟unah juga bukan, kerana ia terjadi sekali sekala dan tidak berulang-ulang dan hanya diberi kepada orang yang bertaqwa sahaja. 3 Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam Jabatan Agama Islam Selangor Ihanah juga bukan kerana ia tidak dipelajari dan boleh juga terjadi kepada seorang yang fasiq dan kafir dan juga berlaku sekali sekala sahaja. Kesimpulannya bahawa apa yang berlaku sekarang terhadap sesetengah orang yang boleh menanggalkan mata, atau mengeluarkan mata seseorang kemudian dibersihkan seterusnya dimasukkan balik matanya semula tanpa dibius atau dibubuh ubat pelali adalah sihir iaitu diistilahkan sebagai istidraj. Kerana sihir itu adalah sesuatu yang menyalahi adat yang dipelajari dan berlaku pada tangan orang yang fasiq, boleh berlaku secara berulang-ulang dan tidak pernah gagal. Oleh itu, dinasihatkan pada orang ramai apabila pergi berubat hendaklah berhati-hati supaya tidak terpesona dan terjebak dengan cara yang demikian supaya aqidah kita tidak terjejas. Apabila berubat dengan tukang sihir bermakna kita meredhai perbuatan mereka yang berdosa itu. Sabda Rasulullah S.A.W : ......رحسلاو للهاب كرشلا :تاقبوملا عبسلا اوبنتجإ Maksudnya : “Jauhilah dari tujuh perkara-perkara yang membinasakan, syirik kepada Allah dan sihir…”5 Melakukan perbuatan sihir atau menyokong perbuatan mereka itu samalah juga kita dengan orang yang „menurun‟ iaitu menggunakan khidmat jin yang memasuki ke dalam badan seseorang. Kemudian ia mengubati orang dengan cara bercakap dengan jin yang meresap kedalam jasadnya dan mengaku sebagai wali dan sebagainya. Ini juga adalah suatu cara di mana jin cuba merosakkan aqidah seseorang itu. 3.0 PENGGUNAAN TANGKAL DAN AZIMAT Secara amnya azimat atau tangkal terbahagi kepada dua bahagian : 5 Riwayat Bukhari dan Muslim. 4 Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam Jabatan Agama Islam Selangor i. Azimat Syirik Iaitu azimat yang dibuat oleh tukang sihir atau bomoh-bomoh dengan berdasarkan waktu dan “ketika” yang tertentu. Bomoh-bomoh juga berpandu kepada bulan dan bintang dalam membuat azimat atau tangkal tersebut kerana mengikut sangkaan mereka ada waktu dan ketika yang sesuai seperti pada waktu bintang “musytari” dan lain-lain. Perkara-perkara seperti ini banyak disebut dalam kitab “Abi Ma‟syar al- Falaki. Kadang-kadang disamping menggunakan rajah-rajah tertentu, mereka juga menambahkan potongan ayat al-Quran, doa- doa dan lain-lain. Kadang-kadang ayat-ayat al-Quran ditulis secara terbalik, yang didepan ke belakang, yang dibelakang ke depan. Pada sangkaan mereka, perkara itu dapat menolak daripada terkena sihir dan sebagainya. Namun perbuatan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Ini berdasarkan hadith yang dirawayatkan oleh Imam Ahmad : :ملسو هيلع الله ىلص الله لوسر اق :لاق :هنع الله يضر رماع نب ةبقع نع .هل الله عدوأ لاف ةعدو قلع نمو هل الله متأ لاف ةميمت قلع نم Maksudnya : “Daripada Uqbah bin Amir R.A : katanya : Sabda Rasulullah S.A.W : Barangsiapa menggantung tangkal (Tamimah) maka Allah tidak akan sempurnakan baginya, barangsiapa menggantungkan azimat (Wad’ah) maka Allah tidak akan tenangkannya.” Ini adalah doa daripada Rasulullah supaya orang yang melakukan amalan tahyul dan azimat ini tidak berjaya. ii. Azimat Al-Quran Azimat yang ditulis didalam ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah dan sifat-sifatnya kerana mengharapkan manfaatnya dan keberkatannya. Dalam masalah ini terdapat dua pandangan ulama‟, ada yang yang mengharuskan dan ada yang mengharamkan : 5 Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam Jabatan Agama Islam Selangor Kebanyakan ulama‟ mengharamkannya kerana perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Padahal Bagindalah yang lebih mengetahui tentang semua perkara agama. Tidak pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. memakai tangkal atau memakaikan orang lain tangkal. Sekiranya perkara itu disyariatkan, maka sudah tentu Nabi S.A.W. menunjukkan, mengajarkannya, dan menyampaikan kepada umatnya kerana Firman Allah S.W.T : Maksudnya : “Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir”.6 Namun begitu ada sebahagian ulama yang mengharuskan memakai azimat daripada Al-Quran, nama-nama Allah S.W.T. dan doa-doa yang ma‟thur. Pendapat ini di sandarkan kepada Abdullah Bin Amru bin Al‟as. Wallahu „Alam. 4.0 MENURUN : راضحتسلاا Menurun adalah suatu perbuatan yang di kaitkan dengan memanggil jin untuk masuk ke dalam tubuh manusia. Mengikut pengamal perbuatan ini, perbuatan menurun terbahagi kepada dua :- Pertama : memanggil malaikat untuk masuk ke badan manusia mengikut dakwaan mereka. Kedua : memanggil jin masuk ke dalam badan manusia. 6 Surah al-Maidah ayat 67. 6 Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam Jabatan Agama Islam Selangor Kedua-dua perbuatan ini hanyalah bertujuan supaya jin atau malaikat7 tadi mengkhabarkan kepada mereka perkara-perkara yang ghaib seperti nama pencuri, tempat berlaku kecurian, nama penyihir, di mana barangan sihir di letakkan dan lain- lain lagi. Perbuatan ini haram berdasarkan hadith : ةليل نيعبرأ ةلاص هل لبقت مل ءيش نع هلأسف ًافارع ىتأ نم Maksudnya : “Barangsiapa datang berjumpa dengan tukang tenung (yang mengkhabarkan perkara-perkara ghaib) kemudian ia bertanyakanya sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari”8. Antara jenis perubatan tradisional yang menggunakan kaedah menurun ialah main puteri, mak yong dan lain-lain lagi. Makyong (Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang memuja dewa-dewa dan ratu-ratu. Dramatari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, dan Kedah. Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik. Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa malam dalam siri pertunjukan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan di panggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang keempat dikhaskan bagi 7 Ini menurut dakwaan mereka sahaja, padahal malaikat tidak akan menurut perintah mereka. 8 Hadith Riwayat Muslim. 7 Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam Jabatan Agama Islam Selangor orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian dan menurun. Dalam upacara ini pawang akan sampai ke satu tahap yang di panggil “lupa”. Ketika lupa, pawang akan dirasuk (menurun) dan akan menceritakan penyakit yang dialami oleh pesakit. Perbuatan ini jelas bertentangan dengan amalan Syariat Islam kerana : 1. Memuja roh-roh dan dewa-dewa yang sebenarnya adalah jin. 2. Menurun yang diharamkan oleh Syarak. 3. Memainkan alat-alat muzik yang diharamkan oleh Syarak. 5.0 ACAK/ANCAK Acak atau Ancak merujuk sebagai sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus dalam kebudayaan Melayu. Persembahan ini biasanya merupakan makanan, dan secara biasanya terdiri daripada hidangan (tetapi tidak terhad) seperti berikut : Bertih Pulut kuning Ayam panggang Telur (mentah/rebus) Anak patung tradisional Terdapat juga acak yang merupakan darah sembelihan yang diletakkan dalam bekas. Acak biasanya digunakan semasa memenuhi perjanjian dengan saka, bagi memberi jamuan. Selain itu, acak juga digunakan dalam perubatan tradisional apabila acak disediakan dan kemudiannya, jin yang mengganggu dipujuk agar mengikuti acak yang kemudiannya dihanyutkan ke sungai. Perkara yang sama juga 8 Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam Jabatan Agama Islam Selangor dikatakan akan dilakukan ketika seseorang membuang ilmu kebatinan yang dipakainya seperti memakai susuk, atau makhluk belaan seperti toyol. Selain itu, acak juga disediakan dalam upacara semah biasanya sebagai balasan apabila pesakit yang diubati menurut kaedah tradisional sembuh, sebagai memenuhi perjanjian yang telah dipersetujui oleh orang yang melakukan rawatan dan jin-jin yang dikatakan membantu manusia yang dilakukan dalam keadaan menurun, ataupun melalui persembahan teater tradisional, yang juga melibatkan menurun. Jin yang merasuk pesakit dipujuk dan dijanjikan akan diberi makan acak sekiranya sudi keluar dan tidak mengganggu pesakit. Tujuan lain ialah sebagai tanda berterima kasih kepada makhluk ini, yang sudi datang membantu manusia melakukan rawatan, membolehkan pesakit sembuh. Perbuatan menghanyutkan ancak ini amat jelas bertentangan dengan Prinsip Syariat Islam kerana ia memuja dan membesarkan jin. Perbuatan ini boleh menjerumuskan ke lembah syirik. Dalam akidah Islam kita wajib mempercayai bahawa yang memberi manfaat dan memudaratkan hanya Allah S.W.T. Walaupun jin dan syaitan memang wujud mengikut al-Quran dan al-Sunnah, namun mereka bukanlah makhluk yang perlu kita puja dan takuti. Firman Allah S.W.T : Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” 5.0 MENILIK DAN MENENUNG NASIB 9 Sumber R&D: 3 Nov 2011- Perkara Yang Membawa Kepada Penyelewengan Akidah Dalam Pengubatan Islam Jabatan Agama Islam Selangor Apabila Rasulullah S.A.W. dibangkitkan, beliau didapati dalam masyarakat Arab ada beberapa kaum dajjal yang dikenal dengan panggilan kahin yakni dukun, dan yang lain dikenal sebagai tukang tilik dan ahli nujum yang mengaku diri mengetahui hal ehwal ghaib baik yang telah terjadi pada masa yang lalu, mahupun yang akan berlaku pada masa hadapan iaitu dengan jalan perhubunngan mereka dengan para jin, hantu, puaka dan sebagainya. Justeru itu Rasulullah telah mengisytiharkan perang terhadap kepercayaaan yang sesat ini, yang tiada berdiri di atas ilmu pengetahuan yang lurus atau bersandarkan petunjuk dan syariat yang benar. Baginda telah menyampaikan wahyu Allah S.W.T. dari hal perkara dengan membacakan kepada mereka Maksudnya : “Katakanlah lagi: tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)”. Tegasnya, tiada siapa pun yang tahu tentang perkara ghaib itu, biar dia itu malaikat atau jin atau manusia. Kemudian baginda menjelaskan tentang perintahnya tuan- Nya itu dalam firman-Nya yang lain: 10
Description: