VOT 75193 PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ALIRAN AGAMA TERHADAP PENGAJIAN ILMU RETORIK ARAB (THE MASTERY OF RELIGIOUS BASED SECONDARY SCHOOL STUDENT ON THE EDUCATION OF ARABIC RHETORIC) AZHAR BIN MUHAMMAD ABDUL HAFIZ BIN ABDULLAH BUSHRAH BINTI BASIRON KAMARUL AZMI BIN JASMI SULAIMAN SHAKIB BIN MOHD NOOR RESEARCH VOTE NO: 75193 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia 2006 ii DEDIKASI Penghargaan Khusus, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) DAN Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial (PPIPS) Universti Teknologi Malaysia Jabatan Agama Johor (JAJ) SMA Johor Yang Terlibat Dalam Penyelidikan Ini. SERTA Semua Penuntut, Pengajar dan Pencinta Ilmu‐Ilmu Pengajian Bahasa Arab. Penyelidik Vot Penyelidikan No: 75193 PPIPS, UTM 2005/2006 iii ABSTRAK PENGUASAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ALIRAN AGAMA TERHADAP PENGAJIAN ILMU RETORIK ARAB (Kata kunci : penguasaan, pengajian ilmu retorik Arab) Kajian ini berkaitan dengan kesan pembelajaran ilmu Retorik Arab atau al- Balaghah di sekolah-sekolah menengah agama kerajaan Johor (SMA). Kajian bertujuan mengetahui persepsi dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian ilmu retorik Arab, mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran ilmu retorik Arab dan untuk mengenalpasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ilmu retorik Arab di kalangan pelajar dan pengaplikasian ilmu ini dalam gaya bahasa mereka. Sebanyak 320 orang pelajar dari tingkatan lima sekolah-sekolah menengah agama di Johor telah dipilih sebagai sampel. Kajian ini menggunakan soal-selidik bagi mendapatkan data kajian dan memproses data yang diperolehi dengan menggunakan skala Likert. Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai persepsi dan minat yang mendalam terhadap ilmu Balaghah dan kajian juga telah menunjukkan bahawa pengajaran ilmu Balaghah di sekolah yang dipilih berkesan dalam meningkatkan penguasaan pelajar terhadap ilmu Balaghah. Namun terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti yang dihadapi oleh para pelajar yang boleh mengganggu mereka untuk menguasai ilmu ini. Bagi memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu Balaghah dengan sebaik mungkin, penyelidik telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh diperhatikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pengurusan sekolah dan para guru. Penyelidik: Azhar bin Muhammad (Ketua) Abdul Hafiz bin Abdullah Bushrah binti Basiron iv Kamarul Azmi bin Jasmi Sulaiman Shakib bin Mohd Noor Email : [email protected] Tel : 07-5535053 Vot : 75193 ABSTRACT THE MASTERY OF RELIGIOUS BASED SECONDARY SCHOOL STUDENT ON THE EDUCATION OF ARABIC RHETORIC (Keywords: mastery, education of Arabic rhetoric) This study is done on the effect of Arabic rhetoric or al-Balaghah in Johor religious based secondary school. It is done in order to determine the perception and knowledge of student on the al-Balaghah knowledge, identify the problems faced by student in Arabic literature knowledge education and to identify the effectiveness of teaching and learning of Arabic literature knowledge education among the student and the application of this knowledge in their language style. 320 form five students from religious based secondary schools in Johor was chosen as sample for this study. This research uses questionnaires in order to obtain research data and the data obtained is processed using Likert scale. Result of this study shows that the students have deep perception and interest on the al-Balaghah knowledge and the result also shows that the teaching of al-Balaghah knowledge in chosen schools is effective in increasing the student mastery on the al-Balaghah knowledge. Unfortunately, there are few problem facing these students had been identified which could prevent them from mastering this knowledge. To ensure that the students can master the Balaghah knowledge as much as they can, researchers suggested a few steps that can be taking account by Ministry of Education, school committee and the teachers. Key Researchers : Azhar bin Muhammad (Head) v Abdul Hafiz bin Abdullah Bushrah binti Basiron Kamarul Azmi bin Jasmi Sulaiman Shakib bin Mohd Noor Email : [email protected] Tel : 07-5535053 Vot : 75193 KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i DEDIKASI ii ABSTRAK iii ABSTRACT iv SENARAI KANDUNGAN v SENARAI JADUAL ix SENARAI RAJAH xiii SENARAI SINGKATAN/TATANAMA xiv vi SENARAI LAMPIRAN xv BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Masalah 4 1.2 Pernyataan Masalah 5 1.3 Objektif Kajian 6 1.4 Persoalan Kajian 7 1.5 Kepentingan Kajian 7 1.6 Batasan dan Skop Kajian 9 1.7 Definisi Terminologi 9 1.8 Kesimpulan 11 BAB II KAJIAN LITERATUR 2.0 Pengenalan 12 vii 2.1 Perkembangan ilmu Retorik Arab di Malaysia 12 2.1.1 Latar Belakang Bahasa Arab 12 2.1.2 Sejarah Perkembangan Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia 14 2.1.3 Perkembangan Pengajaran Retorik Arab di Malaysia 17 2.1.3.1 Pengenalan kepada Retorik Arab/Balaghah 17 2.1.3.2 Sejarah Kelahiran dan Perkembangan Retorik Arab 20 2.1.3.3 Matlamat Mempelajari Retorik Arab 24 2.1.3.4 Kesan Retorik Arab kepada Bahasa Melayu 26 2.1.3.5 Perkembangan Pengajaran Balaghah di Malaysia 30 2.2 Retorik Arab Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 32 2.3 Latar Belakang Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMA) 36 2.4 Pengajaran dan Pembelajaran Retorik Arab 38 2.4.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Retorik Arab 38 2.4.1.1 Kaedah Induktif 39 2.4.1.2 Kaedah Deduktif 41 viii 2.4.2 Isu-isu Pengajaran dan Pembelajaran Retorik Arab 43 2.5 Kajian-kajian Lepas Berkaiatn Pengajaran dan Pembelajaran Retorik Arab 45 2.6 Kesimpulan 48 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 50 3.1 Reka bentuk Kajian 50 3.1.1 Pengumpulan Data Primer 52 3.1.1.1 Soal Selidik 53 3.1.1.2 Temu bual 57 3.1.2 Pengumpulan Data Sekunder 58 3.1.2.1 Perpustakaan 59 3.2 Lokasi Kajian 61 ix 3.3 Sampel kajian 61 3.4 Instrumen Kajian 65 3.5 Penganalisisan data 66 3.5.1 Kaedah Kualitatif 67 3.5.2 Kaedah Kuantitatif 67 3.6 Jangka Masa Kajian 70 3.7 Tatacara Kajian 71 3.8 Kesimpulan 72 BAB IV ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan 73 4.1 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 75 4.2 Bahagian B (Analisis Item) 84 4.2.1 Analisis Mengikut Setiap Item 84 4.2.1.1 Persepsi dan Pengetahuan Pelajar Terhadap Pengajian x Ilmu Retorik Arab 85 4.2.1.2 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Dalam Pembelajaran Ilmu Retorik Arab/ al-Balaghah 96 4.2.1.3 Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Ilmu Retorik Arab atau al-Balaghah di Kalangan Pelajar 106 4.2.2 Analisis Secara Keseluruhan (Bahagian B) 116 4.2.2.1 Persepsi dan Pengetahuan Pelajar Terhadap Pengajian Ilmu Retorik Arab 117 4.2.2.2 Masalah-masalah yang Dihadapi Oleh Pelajar Dalam Pembelajaran Ilmu Retorik Arab/ al-Balaghah 119 4.2.2.3 Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Ilmu Retorik Arab atau al-Balaghah di Kalangan Pelajar 122 4.3 Kesimpulan 125 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
Description: