ebook img

penghayatan sains melalui al-quran al-quran sebagai sumber pengkritik sains matematik PDF

88 Pages·2016·3.36 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview penghayatan sains melalui al-quran al-quran sebagai sumber pengkritik sains matematik

PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PENGKRITIK SAINS MATEMATIK Himpunan Kertas Kerja SEMINAR AL-QURAN 2012 Cetakan pertama 2016 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana mana bahagian artikel , ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin secara bertulis dari Penerbit. Diterbitkan oleh: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang KOMTAR, Tingkat 48, 10000 Pulau Pinang Tel: 04-263 2975 Faks: 04-263 2985 http://mufti.penang.gov.my Rekabentuk / urus cetak: Dream Worx NASKAH PERCUMA ISI KANDUNGAN PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN Oleh: Prof. Dato Dr. Mohd Yusof Bin Othman. 6 Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PENGKRITIK SAINS MATEMATIK 38 Oleh: Prof. Dr. Mohd Shaharir Bin Mohahamad Zain Felo Penyelidik Kanan. Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya 6 Seminar Al-Quran 2012 PENGHAYATAN SAINS MELALUI AL-QURAN Oleh : Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Bin Othman Pendahuluan Pembangunan sains dan teknologi yang begitu pesat dan canggih mengagumkan ramai orang daripada kalangan masyarakat awam sehingga kepada para pemimpin ilmuwan terbilang. Perkara-perkara yang kita tidak terfikir dua atau tiga puluh tahun dahulu, sekarang sedang berada di hadapan kita. Sistem pengangkutan yang canggih, yang bukan sahaja mempercepatkan perjalanan manusia, tetapi juga dengan penuh keselesaan. Sistem maklumat dan komunikasi yang memudahkan semua orang berhubung di antara satu dengan yang lain dalam masa yang singkat dan dengan maklumat yang lebih cekap boleh sampai di mana sahaja kita berada. Sistem pertanian yang mampu menghasilkan hasil tanaman dan tuaian yang lebih banyak kuantitinya dengan masa yang lebih singkat dengan pelbagai cita rasa dan citranya. Begitu juga dengan sistem perubatan yang mampu untuk mengesan, mencegah dan mengubati penyakit yang pelbagai karenahnya yang tidak dapat diatasi suatu masa dahulu. Semua pembangunan di atas dihasilkan oleh kegiatan sains dan teknologi yang begitu hebat. Malah manusia merasakan seolah-olah tanpa sains apalah dunia ini. Sains sudah mendominasi segenap hidup kita sehingga kita meminta agar pengetahuan sains juga digunakan dalam bidang-bidang yang secara tradisinya bukan sains, atau setidak-tidak hujah sains digunakan juga dalam hujah untuk bidang- bidang yang secara tradisinya bukan sains seperti bidang budaya, kesusasteraan, ekonomi, politik dan sistem sosial yang lain. Natijahnya, lahirlah bidang-bidang seperti sains sosial dan kemanusiaan yang berusaha untuk menjustifikasikannya melalui hujah saintifik. Hujah saintifik yang bersifat rasional dan kemampuan untuk memberi sebab musabab secara sistematik telah mengangkat martabat akal melebihi kedudukannya dalam hierarki ilmu. Lantasnya Seminar Al-Quran 7 2012 segalanya perlu dihujah secara saintifik untuk menjustifikasikan kebenarannya. Tetapi dalam masa yang sama, terdapat masih ramai juga kalangan sarjana yang masih meragui kemampuan hujah saintifik ini. Sebab apa yang berlaku pada hari ini menampakkan seolah-olahnya pembangunan yang dinatijahkan oleh sains dan teknologi penuh dengan ketempangan dan kebejatannya alam sekitar menjadi semakin tercemar dan rosak; sistem ekonomi tidak menjanjikan pengagihan kekayaan dan pembangunan yang saksama; dan kehidupan sosial menjadi semakin tercelaru sehingga anak- anak sudah tidak tahu bagaimana menghormati ibu bapa sendiri, kalangan yang hidup bersendirian makin meningkat (Klinenberg, 2012), rumahtangga menjadi semakin rapuh. Ternyata dunia amat memerlukan sains yang berteraskan agama dan Tuhan. Aktiviti sains dan teknologi perlu dibangunkan atas dasar kebertanggungjawaban terhadap Tuhan Yang Maha Mencipta. Kertas ini berusaha untuk membincangkan penghayatan sains sebagaimana yang terkandung dalam ajaran yang terdapat di dalam al-Quran. 2.0 Apakah Al-Quran? Sebelum kita melihat bagaimana al-Quran boleh menjadi kitab yang menginspirasikan aktiviti sains dan teknologi, marilah kita lihat sepintas lalu tentang apakah itu al-Quran. Pemahaman ringkas kita tentang al-Quran ini akan memudahkan kita faham kenapa al- Quran dapat mengubah persepsi seseorang. Umumnya kita dapat katakan al-Quran adalah kitab yang mengandungi himpunan wahyu yang diturun dan disampaikan kepada Rasulullah SAW. Menurut Subhi Salleh (1978), ia dinamakan al-Quran sebab ia perlu diingat dan dihafaz (al-Qiraah) 8 Seminar Al-Quran 2012 oleh umat Islam. Umumnya kita dapat simpulkan al-Quran itu sebagai berikut :- • Al-Quran adalah sebuah kitab yang diwahyukan sebagai petunjuk kepada manusia dan juga yang membezakan antara yang hak dan yang batil sebagaimana firman Allah SWT (Surah Al-Baqarah : 185) yang bermaksud : - “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan (antara yang hak dan yang batil)” • Al-Quran adalah Kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW dan yang ditulis, di mashaf dan diriwayatkan dengan mutawatir, dan membacanya adalah ibadah. • Sebuah kitab yang sah, asli dan tulen (authentic), yang tidak pernah dan boleh dicabar sejak ianya diturunkan dan dijilid di zaman Saidina ‘Uthman. Penjilidannya telah diketuai oleh Zaid bin Thabit, dengan ahli yang lain terdiri daripada Abdullah bin Zubair, Sa’id bin ‘Ash dan Abdurrahman bin Harith bin Hisyam (Ishfaq Ahmad,2000). • Sebuah kitab yang melahirkan individu dan masyarakat yang beragama, bermasyarakat, berbudaya dan beradab dalam kehidupan mereka, sehingga untuk memastikan umat Islam terus terbangun, maka mereka perlu menjadikan al-Quran sebagai inspirasi dalam membina masa depan hidup mereka (Dawam Rahardjo,1996). • Mempercayai dan meyakini al-Quran sebagaimana yang diturunkan merupakan salah satu rukun Iman. Mempertikaikan al-Quran boleh membatalkan syahadah, walaupun apa yang dinyatakan dalam al-Quran rasanya bertentangan dengan pemikiran seseorang atau Seminar Al-Quran 9 2012 sekumpulan orang, seperti cerita Nabi Ibrahim yang dibakar oleh Raja Namrud tetapi tidak terbakar, Nabi Isa as dapat menghidupkan orang yang mati dan sebagainya. Ini adalah dasar utama kepada pembangunan akidah umat Islam (Sayid Sabiq, 1991). • Dari segi sejarah, al-Quran mula diwahyukan kepada Rasulullah SAW pada 17 Ramadan ketika baginda bersendirian di sebuah gua yang terdapat di sekitar kota Mekah yang bernama Jabal-Nur (Gua Hira’). Lima ayat pertama yang diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibrail adalah diabadikan dalam lima ayat pertama (Surah al-‘Alaq : 1-5) yang bermaksud : “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia daripada alaq (segumpal darah), Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya” Dengan turunnya al-Quran bererti titik permulaan kepada ajaran Ilahi yang kemudiannya membina peradaban baru yang bernama Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Al-Quran ini merupakan kitab utama kepada setiap umat Islam untuk menjadi panduan dan pedoman di dalam kehidupan mereka seharian, sama ada dalam kehidupan bersendirian, bersosial, bernegara atau dalam pembinaan tamadun. Al-Quran juga membenarkan semua kitab yang telah diturunkan kepada para nabi dan rasul sebelum Rasulullah SAW, sebagaimana firman Allah SWT (Surah ali-Imran : 2-4) yang bermaksud : “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus-menerus menguruskan makhluk-Nya. Dia menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil. Sebelumnya (al- 10 Seminar Al-Quran 2012 Quran) diturunkan, menjadi petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan al-Furqan. Sesungguhnya orang yang mengkafirkan (ingkar) terhadap ayat-ayat Allah akan memperolehi seksa yang berat dan Allah Maha Perkasa lagi mempunyai balasan (seksa)”. Al-Quran adalah nama kepada himpunan wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah SAW yang kemudiannya disampaikan kepada seluruh manusia. Himpunan wahyu kepada nabi-nabi yang lain tidak dinamakan al-Quran sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat-ayat di atas. Menurut Subhi Salleh (1978), al-Quran bererti ‘bacaan’ dengan asal kata qaraa, manakala nama lain bagi al-Quran adalah al-Furqan bermaksud yang membezakan antara hak dan batil, sebagaimana firman Allah SWT (Surah al-Furqan : 1) yang bermaksud : “Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan (al—Quran) kepada hamba-Nya (Muhammad) agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam” Nama lain lagi bagi al-Quran adalah az-Zikir sebagaimana firman Allah SWT (Surah al-Hijr : 9) yang bermaksud : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan az-Zikir (al-Quran) dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”. 3.0 Tema Utama Al-Quran Al-Quran adalah kitab yang dapat memberikan bimbingan, petunjuk (al-Huda) atau Hidayah untuk manusia sebagaimana firman Allah SWT (Surah al-Baqarah : 2 & 185) yang bermaksud : “Al-Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa”. “Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan

Description:
AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PENGKRITIK. SAINS MATEMATIK. Oleh: Prof. Dr. Mohd Shaharir Bin Mohahamad Zain. Felo Penyelidik Kanan.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.