ebook img

Pendakwa Syarie Negeri Selangor Lwn. Khalid bin Abdul Samad PDF

42 Pages·2017·1.24 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Pendakwa Syarie Negeri Selangor Lwn. Khalid bin Abdul Samad

Pendakwa Syarie Negeri Selangor Lwn. Khalid bin Abdul Samad [Mahkamah Rendah Syariah Selangor di Klang, Selangor Darul Ehsan. Kes Jenayah No: 10003- 137-0105-2013 (Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim, HMRS)] [20 Rabiulakhir 1438H bersamaan 19 Januari 2017M] Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam – Mengajar Perkara-Perkara Tentang Agama Islam Tanpa Tauliah – Tafsiran ‘mengajar’ dan ‘tauliah’ - Seksyen 118, 119 dan 121 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Peraturan 2 dan 10 Peraturan –Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 serta Peraturan 2 dan 10 Peraturan –Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2013. Undang-Undang Tatacara Jenayah – Pertuduhan Cacat – Takat Kuasa Hakim Menjatuhkan Hukuman – Seksyen 78, 79, 80, 82 dan 129 Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang Jenayah Syariah – Kekecualian Am – Perbuatan Yang Dilakukan Oleh Seseorang Yang Mempunyai Justifikasi Di sisi Undang-Undang – Seksyen 41 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. A. FAKTA KES 1. Dalam kes ini, tertuduh telah dipertuduhkan seperti berikut: “Bahawa kamu, pada 16 Ogos 2011, pada antara jam 10.00 hingga 11.30 malam, telah mengajar perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah di dalam sebuah surau Taman Seri Sementa, Jalan Taman Seri Sementa, 42100, Daerah Klang dalam Negeri Selangor. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah di bawah seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan jika Halaman 1 daripada 42 disabikan kesalahan boleh dihukum dendan tidak melebihi RM3000.00 atau dipenjarakan selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah seksyen dan enakmen yang sama.”. 2. Peruntukan seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini dirujuk sebagai “EPAIS 2003”) adalah seperti berikut: Seksyen 119. Kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah. (1) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 3. Setelah pertuduhan dibacakan, tertuduh telah mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan. Tertuduh telah diwakili oleh Tuan Haji Muhammad bin Burok (Allahyarham) daripada Tetuan Muhammad & Co. Walau bagaimanapun Peguam Syarie tertuduh telah meninggal dunia setelah kes pembelaan tertuduh selesai sebelum pemfailan hujah di akhir kes pembelaan. Selanjutnya tertuduh telah melantik Tuan Dr. Zulqarnain bin Lukman daripada Tetuan Asri Muda & Co bagi memfailkan penghujahan tertuduh diperingkat pembelaan kes. 4. Pendengaran kes di peringkat kes pendakwaan (kes prima facie) telah dibuat di hadapan Tuan Hakim Tuan Norafizi Fitri bin Ab Manaf. Namun demikian atas persetujuan pihak-pihak kes ini telah disambung pendengaran di peringkat kes pembelaan tertuduh di hadapan Mahkamah ini berikutan hakim terdahulu berpindah. Diputuskan SETELAH Mahkamah berpuas hati dengan pensabitan terhadap tertuduh, dan setelah Mahkamah mempertimbangkan hujahan mitigasi tertuduh serta hujahan pemberatan Pendakwa Syarie berkaitan hukuman, serta setelah memberikan pertimbangan kepada alasan-alasan Halaman 2 daripada 42 penghakiman Mahkamah, maka dengan ini MAHKAMAH MEMUTUSKAN DAN MENGHUKUMKAN seperti berikut : 1) Mahkamah perintahkan kamu Khalid bin Abdul Samad dijatuhkan hukuman dendaan sebanyak RM2900.00 atau dipenjara tiga (3) bulan sekiranya gagal membayar denda pada hari ini. Peguam Syarie Pendakwa Syarie: dari Bahagian Pendakwaan JAIS Tertuduh 1 & 2 : diwakili oleh Tuan Haji Muhammad bin Burok (Allahyarham) daripada Tetuan Muhammad & Co. dan Tuan Dr. Zulqarnain bin Lukman daripada Tetuan Asri Muda & Co Kitab Yang Dirujuk 1. Abdul Rahman Ibrahim Abdul Aziz Al Hamidi, Al-Qadha’ Wa Nizamuhu Fi Al Kitab Wa Al Sunnah. 2. Al-Syeikh Dr. Muhammad Sidqi Al-Burnu, ةيهقفلا دعاوقلا ةعوسوم, Jilid 8. 3. Dr Abdul Qadir Audah, At Tasyri’ Al jinaaiy, Juzuk 1. 4. Dr. Ahmad Fathi Bahansi, Al-Uqbah Fi Al Fiqh Al Islami. 5. Dr. Mahmood Muhamad Nasir Barakat, نيملاعلا بر نع نيعقوملا ملاعإ, karangan Syeikh Ibnul Qayyim Al-Jawziyyah. 6. Y.A.A. Tan Sri Syeikh Ghazali bin Hj. Abdul Rahman , Proses Penghakiman dan menjatuhkan keputusan di Mahkamah Syariah : Satu penilaian, Jurnal Hukum, Jld 7 Bhg. 1. Undang –Undang Yang Dirujuk 1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 - s.118, s.118 (1), s.118 (3), s.119 (1) dan s.121. 2. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 – s.41 dan s.80. Halaman 3 daripada 42 3. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - s.3 4. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 2003 – s.78, s.78(5), s.79, s. 80, s.81, s.82, s.129 dan s.129(1). 5. Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 – Peraturan 2, Peraturan 10 dan s.10 (b) Kes –Kes Yang Dirujuk 1. Abdul Kahar bin Ahmad lwn. Ketua Pendakwa Syarie Selangor. 2. Abdul Razak Othman lwn. Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka, JH 23 (2). 3. Amran Bin Ahmad lwn. Pendakwa Raya, [2006] 5 MLJ 486. 4. Arulpragasan Sandaraju vs. Public Prosecutor (1996) 4 CLJ 597. 5. Fathul Bari Mat Jahya & Anor v. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan & Ors [2012] CLJ JT (2). 6. Ketua Pendakwa Syarie lwn. Ahmad bin Rashid dan seorang lagi JH November 1995 Jld. X Bhg. 1. 7. Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan lwn. Junaizulnizam b. Juhari dan Seorang lagi, Jurnal Hukum Jld. 35 Bhg. 2 (Disember 2012) . 8. Khoo Hi Chiang vs. Public Prosecutor and another appeal (1994) 1 MLJ 265. 9. Mat v. Public Prosecutor [1963] 29 MLJ 263. 10. Mohamad Radhi Bin Yaakob v. Public Prosecutor (1991) 3 CLJ 2073. 11. Mr Losali vs. Public Prosecutor (2011) 4 MLJ 694. 12. Nagappan Kuppusamy v. Public Prosecutor [1988] 1 CLJ 283. 13. Noralisham Bin Ramli lwn. Ketua Pendakwa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, JH XV (11). 14. Pendakwa Raya lwn. Zulkifle bin Mohamad (2016) MLJU 399. 15. Positive Well Marketing Sdn. Bhd. v. Oka Concrete Industries Sdn. Bhd. [2011] 1 LNS 836. 16. Public Prosecutor v. Che Saufi Kadir [2005] 8 CLJ 455. 17. Public Prosecutor v. Saimin [1971] 1 LNS 115). 18. Public Prosecutor v. The Eng Wah [1999] 8 CLJ 451. 19. Sulaiman bin Takrib vs. Kerajaan Negeri Terengganu (2010) 2 SHLR 73. 20. Saminathan v. Public Prosecutor (1955) 21 MLJ 121 Halaman 4 daripada 42 21. Shah Ruzan b. Hamdan lwn. KPS Wilayah Persekutuan, Jurnal Hukum Jld 36 Bhg. 2 (Mei 2013). 22. Yau Heng Fang v. Public Prosecutor (1985) 2 CLJ 22. B. KES DI PERINGKAT PENDAKWAAN 5. Dalam membuktikan kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil 4 orang saksi yang terdiri daripada 3 Pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan seorang pegawai Bahagian Dakwah JAIS. Saksi-saksi pendakwaan ialah seperti berikut: 5.1. Mohd Hafidz Bin Ahman sebagai pegawai penyiasat (SP1); 5.2. Mohd Radzi Bin Saliman sebagai pegawai penyiasat (SP2); 5.3. Jamilah Binti Mohd Jamil sebagai urusetia Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (SP3); dan 5.4. Ahmad Tarmizi Bin Mohd Nolin sebagai pegawai penyiasat (SP4). 6. Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi Pendakwa, fakta kes pendakawaan diringkaskan seperti berikut: 6.1. Pada 16hb Ogos 2011 sekitar jam 6.45 petang dalam perjalanan pulang SP1 telah dihubungi oleh pegawainya En Zaaba Bin Zakaria berkenaan untuk mengesahkan satu maklumat yang diterimanya berkenaan satu ceramah yang tiada tauliah yang akan disampaikan oleh tertuduh. 6.2. Sekitar jam 9.35 malam SP1, SP2 bersama 2 orang anggota penguatkuasa agama iaitu Zulhusham bin Zakaria dan Mohd Khairi bergerak ke tempat kejadian di Surau Taman Sri Sementa Klang. Sampai di lokasi jam 10.05 malam. Setiba di surau tersebut, SP1, SP2 dan 2 anggota lain melihat tertuduh sedang duduk di sebuah kerusi dan di hadapannya ada sebuah meja dengan berpakaian baju putih dan berkopiah hitam di dewan solat surau tersebut. Halaman 5 daripada 42 6.3. SP 1, SP2 dan 2 anggota penguakuasa tersebut mendengar ceramah yang diberikan oleh tertuduh. SP1 dan SP2 dalam keterangan mereka menyatakan ceramah yag diberikan oleh tertuduh adalah berkenaan perkara-perkara berikut: a. Tertuduh menceritakan pengalamannya berhubung pergolakan politik dan kesungguhan rakyat Palestin serta menyeru orang Islam di Malaysia membantu meringankan beban penderitaan rakyat palestin. b. Tertuduh memberi ceramah berkaitan keadilan dan ketaqwaan dengan menceritakan kisah Saidina Ali yang kehilangan baju besi sewaktu dalam perjalanan hendak pergi berperang di Siffin sebagai teladan bagi menunjukkan keadilan dan keindahan syariat Islam. c. Tertuduh telah mengupas ayat ke 9 surah al-Hujurat berkaitan sekiranya terdapat dua golongan mukmin berperang maka damaikanlah kedua-duanya. Jika salah satu golongan itu menzalimi yang lain, maka perangilah golongan itu sehingga kembali taat kepada perintah Allah swt. Sekiranya mereka telah kembali taat kepada Allah swt, maka damaikanlah kedua-duanya seadilnya. d. Tertuduh memberi ceramah tentang isu-isu semasa yang mana baik untuk jemaah yang hadir seperti keadilan yang perlu diketengahkan dan menyeru supaya orang islam bersatu serta jangan sampai berpecah belah. 6.4. SP2 merakam ceramah tertuduh dengan kamera rakaman video. Tiada tangkapan atau tegahan dilakukan semasa kejadian berlangsung. 6.5. Berdasarkan keterangan SP3, tertuduh pernah membuat permohonan untuk mendapatkan tauliah mengajar/berceramah pada Mei 2011. Namun permohonan tertuduh telah ditolak oleh Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor. Tertuduh juga tidak termasuk dalam orang yang dikecualikan untuk mendapatkan tauliah mengajar. Tertuduh tidak disenaraikan sebagai orang yang diberikan tauliah mengajar atau berceramah. Halaman 6 daripada 42 6.6. Selain itu, pendakwa juga telah menandakan dokumen-dokumen berikut di Mahkamah: a. Borang 5 sebagai ekshibit P1; b. Kamera perakam video “handycam-sony-model no HDR-XR150E sebagai ekshibit P2; c. Tulisan taip rakaman video oleh SP2 sebagai ekshibit P3; d. Borang bongkaran sebagai ekshibit P4; e. Kandungan rakaman video sebagai ekshibit P5; f. Surat semakan senarai pemohon tauliah megajar/berceramah di negeri Selangor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sebagai ekshibit P6; g. Surat mohon tauliah mengajar/berceramah di negeri Selangor Darul Ehsan dari Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor sebagai ekshibit P7; h. Surat mohon dipertimbangkan semula kelulusan tauliah berceramah di negeri Selangor dari tertuduh sebagai ekshibit P8; i. Surat Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor kepada tertuduh sebagai ekshibit P9; j. Surat Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor kepada pihak Istana mengenai permohonan rayuan tertuduh bagi mendapatkan tauliah mengajar/berceramah di negeri Selangor sebagai ekshibit P10; k. Surat maklum balas pihak Istana mengenai permohonan rayuan tertuduh bagi mendapatkan tauliah mengajar/berceramah di negeri Selangor kepada Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor sebagai ekshibit P11; dan l. Surat Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor kepada tertuduh mengenai permohonan rayuan tertuduh bagi mendapatkan tauliah mengajar/berceramah di negeri Selangor sebagai ekshibit P12. C. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN 7. Mahkamah bersetuju dengan hujahan PS tertuduh bahawa bagi setiap kes di akhir pendakwaan sebelum tertuduh di panggil untuk membela diri, Mahkamah perlu membuat penilaian maksima terhadap keterangan pihak pendakwa [Sila lihat kes Khoo Hi Chiang vs. Public Prosecutor and another appeal (1994) 1 MLJ 265; lihat juga kes Arulpragasan Sandaraju vs. Public Prosecutor (1996) 4 CLJ 597]. Halaman 7 daripada 42 8. Berdasarkan kepada pertuduhan dan peruntukan subseksyen 119 (1) EPAIS 2003, elemen- elemen bagi kesalahan yang dipertuduhkanan ke atas tertuduh ialah seperti berikut: 8.1. Elemen tertuduh mengajar perkara-perkara tentang Agama Islam 8.2. Elemen tertuduh mengajar tanpa tauliah Elemen pertama: Tertuduh Mengajar Perkara-Perkara Tentang Agama Islam. 9. Secara ringkasnya Pendakwa menghujahkan bahawa ceramah yang disampaikan oleh tertuduh pada 16 Ogos 2011 dari jam 10.00 malam sehingga jam 11.30 malam di Surau tersebut adalah ‘mengajar perkara-perkara tentang Agama Islam’ di atas fakta berikut: 9.1. Keadaan tertuduh yang menyampaikan ceramahnya di surau tersebut di atas kerusi dengan di hadapannya sebuah meja dan terdapat pembesar suara (mikrofon) dengan kehadiran jemaah seramai lebih kurang 100 orang. Pendakwa menghujahkan keadaan tertuduh tersebut ialah suatu keadaan yang telah menjadi adat atau kebiasaan dalam suatu majlis penyampaian ilmu. Keadaan tersebut boleh diterima sebagai suatu qarinah bahawa tertuduh pada tarikh dan masa tersebut sedang mengajar perkara-perkara tentang agama Islam. 9.2. Pendakwa menghujahkan intipati ceramah yang disampaikan oleh tertuduh tersebut termasuk dalam maksud mengajar perkara-perkara tentang agama Islam. Bagi menyokong hujahnya Pendakwa telah merujuk kepada kes Sulaiman bin Takrib vs. Kerajaan Negeri Terengganu (2010) 2 SHLR 73. Pendakwa juga merujuk tafsiran perkataan ‘mengajar’ dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2007 yang membawa maksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain. Manakala perkataan ‘berceramah’ ialah memberikan (menyampaikan) ceramah yang mana kedua-dua perkataan tersebut memberi maksud menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan atau seumpamanya kepada orang lain Halaman 8 daripada 42 10. Manakala PS tertuduh menghujahkan seperti berikut: 10.1. Subseksyen 119 (1) EPAIS 2003 tidak memberikan sebarang takrifan berkenaan perkataan ‘mengajar’ yang memerlukan tauliah. PS tertuduh juga menghujahkan intipati ucapan tertuduh tidak termasuk dalam maksud ‘mengajar agama Islam’. Apa yang dimaksudkan dengan ‘mengajar agama Islam’ ialah apabila seseorang mengajar agama Islam menggunakan kitab dengan merujuk kepada seksyen 10 (b) Peraturan- peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 (selepas ini disebut ‘Peraturan Tauliah”). Oleh yang demikian, intipati ceramah tertuduh bukanlah menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 119 (1) EPAIS 2003 kerana tertuduh tidak langsung menggunakan sebarang kitab. 10.2. Saksi-saksi pendakwa hanya memberi penerangan berkenaan lawatan tertuduh ke Gaza dan bukannya tertuduh mengajar agama. 10.3. Pendakwa gagal memanggil seorangpun dari mereka yang hadir mendengar ceramah tertuduh bagi mengesahkan keberadaan tertuduh di tempat berkenaan dan tertuduh mengajar agama. 10.4. Rakaman video yang ditandakan sebagai ID 5 tidak dikemukakan oleh pembuatnya serta tiada sebarang laporan forensik daripada Digital Forensics Department Cyber Security Malaysia. Oleh yang demikian rakaman video tersebut tidak boleh diterima sebagai bahan keterangan pendakwa. 10.5. Rakaman video tersebut terlalu kabur, gelap dan hanya merakam gambar-gambar para hadirin dari belakang menyebabkan kesukaran untuk pengecaman. 11. Selanjutnya Pendakwa dalam hujahan balasnya telah menghujahkan seperti berikut: 11.1. Saksi-saksi awam tidak perlu dipanggil berikutan keterangan saksi pendakwaan telah mencukupi untuk membukti elemen pertuduhan. Halaman 9 daripada 42 11.2. Rakaman video ID 5 tersebut telah disahkan oleh oleh pembuatnya iaitu SP2. Mahkamah telah menerima rakaman video ID5 tersebut sebagai bahan bukti pendakwaan yang ditandakan sebagai P5. 11.3. Pendakwa menghujahkan tiada keperluan undang-undang untuk mendapatkan laporan daripada Digital Forensics Department Cyber Security Malaysia. Kandungan rakaman video tersebut telah disahkan oleh SP1 dan SP2 yang hadir sendiri mendengar sendiri tertuduh mengajar agama islam tanpa tauliah. Dapatan Mahkamah 12. Bagi memberikan pertimbangan kepada hujah pendakwaan dan tertuduh, Mahkamah merujuk kepada seksyen 119 (1) EPAIS 2003 yang memperuntukkan “Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah...”. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, terdapat dua perkara yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah. Iaitu apakah yang dimaksudkan dengan “mengajar” dan dan apakah yang dimaksudkan dengan “perkara-perkara tentang agama Islam”. 13. Berhubung dengan perkataan “mengajar”, Mahkamah membuat rujukan Kamus Dewan Edisi Keempat Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2007 bagi perkataan ‘mengajar’ ialah menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain. Manakala perkataan ‘berceramah’ ialah memberikan (menyampaikan) ceramah yang mana kedua-dua perkataan tersebut memberi maksud menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan atau seumpamanya kepada orang lain. Oleh itu, Mahkamah bersetuju dengan hujah pendakwa bahawa mengajar memberi maksud yang sama dengan berceramah. 14. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut juga, terdapat dua bentuk pengajaran, iaitu “mengajar agama Islam” atau “mengajar perkara-perkara tentang agama Islam”. Dalam kes ini, tertuduh telah didakwa atas kesalahan ‘mengajar perkara-perkara tentang agama Islam’ bukannya ‘mengajar agama Islam’ yang mana Mahkamah ini percaya mempunyai dua maksud dan kesan yang tidak sama. Halaman 10 daripada 42

Description:
Pendengaran kes di peringkat kes pendakwaan (kes prima facie) telah dibuat 1) Mahkamah perintahkan kamu Khalid bin Abdul Samad dijatuhkan
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.