ebook img

pemikiran kepimpinan ikii$/an muslimin dalam perubahan ahmad dzulfahmi bin mufiamad PDF

74 Pages·2017·1.16 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview pemikiran kepimpinan ikii$/an muslimin dalam perubahan ahmad dzulfahmi bin mufiamad

PEMIKIRAN KEPIMPINAN IKII$/AN MUSLIMIN DALAM PERUBAHAN POLITIK DAN DEMOKRASI MESIR AHMAD DZULFAHMI BIN MUFIAMAD Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat pen ganu ger ahan ijazah Doktor Falsafah Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia FEBRUARI2OlS iii DEDIKASI Istimewa dan yang dihormati buat Ayahanda Muhamad Bin Abu dan Bonda Zarinah Bt Mat Ya serta Ayahanda Mertua Wahab Bin Dollah dan Bonda Mertua Siti Meriam Bt Abd Rahman, Isteriku yang tercinta dan tersayang Norlizawati Bt Wahab, Anakku yang disayangi Aisha Humaira serta Ahmad Daniel Hakeem dan Adik-beradik serta Ipar-duai. iv PENGHARGAAN Setinggi-tinggi syukur Alhamdulillah kepada Allah swt kerana dengan rahmat dan kurnia-Nya, penulisan tesis ini telah dapat disempurnakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah Doktor Falsafah. Setinggi-tinggi jutaan terima kasih dan penghargaan saya tujukan kepada Profesor Dr. Kamaruzaman Yusoff selaku penyelia utama yang selama ini telah banyak memberi bimbingan dan bantuan begitu besar serta nasihat yang begitu berguna sepanjang kajian ini. Tidak lupa juga dirakamkan penghargaan kepada semua pensyarah dan staf di Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia yang banyak membantu dan memudahkan urusan penulis sepanjang kajian ini dilakukan. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Universiti Sains Malaysia serta Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang telah menaja pengajian Ph.D saya di bawah tajaan Skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik dan Skim Latihan Akademik Bumiputera. Penghargaan juga dirakamkan kepada staf The National Archives Kew Garden, London dan staf Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Putra Malaysia yang membantu penulis mendapatkan dokumen dan bahan rujukan yang diperlukan. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan yang banyak membantu dari segi sumbangan idea dan juga bantuan kewangan serta sentiasa mendoakan agar urusan penulis sentiasa dipermudahkan untuk menyiapkan tesis ini. v ABSTRAK Pengasasan Ikhwan Muslimin (IM) di Mesir pada 1928 merupakan respon kepada kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada 1924. Kajian ini membincangkan pemikiran kepimpinan IM dalam perubahan politik dan demokrasi Mesir dari tahun 1928 hingga 2010. Objektif kajian ialah mengkaji faktor utama yang mendorong kepada kedinamikan pemikiran politik IM serta menganalisis pemikiran pemimpin dalam mempengaruhi ideologi dan gerakan politik IM. Kajian ini turut meneliti pemikiran dan peranan pemimpin IM dalam membentuk orientasi politik dan demokrasi di Mesir. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif, iaitu kaedah kajian kepustakaan dengan menganalisis dokumen daripada arkib yang melibatkan sumber primer seperti fail, rekod, surat, telegram, dan laporan perisikan yang diperoleh dari The National Archives, London. Selain itu, sumber sekunder seperti buku, artikel, kajian ilmiah, dan kertas kerja digunakan untuk memantapkan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemikiran kepimpinan IM mempengaruhi pembentukan perubahan orientasi politik dan demokrasi di Mesir. Pengaruh dalam pemikiran kepimpinan IM juga mengalami perubahan disebabkan suasana politik yang terjadi pada waktu tersebut. Perubahan ini telah mendorong gerakan IM menyertai beberapa orientasi politik Mesir seperti memberi nasihat politik terhadap pemerintah Mesir, terlibat dalam demonstrasi berkenaan dengan permasalahan Palestin, menentang pendudukan dominasi British, dan menyokong gerakan ‘Pegawai Bebas’ dalam Revolusi Mesir 1952. Kajian ini juga membuktikan terdapat pengaruh pemikiran kepimpinan IM dalam aspek sistem demokrasi yang memperlihatkan penyertaan IM dalam pertubuhan profesional, mengadakan kerjasama politik dengan parti politik, dan menyertai pilihan raya Parlimen Mesir. Penglibatan dalam sistem demokrasi ini telah membawa kejayaan kepada IM apabila mereka dapat menggunakan platform rasmi dalam usaha untuk menerapkan nilai Islam dalam masyarakat Mesir. Bukan itu sahaja, penglibatan IM juga dapat membantu mempraktikkan aspirasi dakwah Islamiah dan menyebarkan ideologi mereka kepada umat Islam dengan lebih meluas. vi ABSTRACT The founding of the Ikhwan Muslimin (IM) in Egypt in 1928 was a response to the fall of the Ottoman Caliphate in 1924. This study discusses the IM leadership's thinking on Egyptian political and democratic changes from 1928 to 2010. The objective of this study is to examine the key factors that led to dynamism of IM political thought and at the same time to analyze the leaders' thinking in influencing the ideology and political movement of IM. This study also examines the IM leaders’ ideology and their roles in forming political and democratic orientations in Egypt. This study employed qualitative research method, which is library research, by analyzing documents from archives involving primary sources such as files, records, letters, telegrams, and intelligence reports that were obtained from The National Archives, London. In addition, secondary sources such as books, articles, scientific studies, and papers are used to strengthen the study. Finding from this research concludes that IM leadership’s thinking influences the formation of a change of political orientation and democracy in Egypt. Influence in IM leadership’s thinking has also changed due to the political atmosphere that occurred at that time. This change has prompted the IM movement to embark on some of Egypt's political orientation such as providing political advice to the Egyptian government, engaging in demonstrations on Palestinian issues, opposing the occupation of British domination, and supporting the 'Free Officers' movement in the Egyptian Revolution 1952. This study also proves that there is influence of IM leadership’s thinking in the aspect of the democratic system that demonstrates IM's participation in professional organizations, establishing political co-operation with political parties, and participating in the election of Egyptian Parliament. Participation in the democratic system had been the IM’s success when they can utilize government official platform in order to implement Islamic values in Egyptian society. On top of that, IM’s involvement in the system had also helped them to practice the preaching of Islam (Islamic Dakwah) and disseminate their ideology to the wider Muslims. vii SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT DEKLARASI ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi SENARAI KANDUNGAN vii SENARAI SINGKATAN x 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Permasalahan Kajian 4 1.3 Objektif Kajian 5 1.4 Skop Kajian 6 1.5 Signifikan Kajian 7 1.6 Metodologi Kajian 8 1.7 Sorotan Literatur 9 1.7.1 Kajian Pemikiran Kepimpinan Ikhwan Muslimin 10 1.7.2 Kajian Penglibatan Ikhwan Muslimin dalam Politik dan Demokrasi 11 1.8 Pembahagian Bab 17 2 PEMIKIRAN KEPIMPINAN IKHWAN MUSLIMIN 19 2.1 Pengenalan 19 2.2 Latar Belakang Awal Ikhwan Muslimin 20 2.3 Pemikiran Ikhwan Muslimin mengenai Politik 23 2.4 Konsep Negara Islam 25 viii 2.4.1 Asas Kenegaraan 31 2.4.2 Kepimpinan 39 2.4.3 Sistem Pemerintahan 45 2.5 Pemikiran Ikhwan Muslimin mengenai Demokrasi 54 2.5.1 Parti Politik 58 2.5.2 Pilihan Raya 64 2.5.3 Pengundian 67 2.6 Pemikiran Ikhwan Muslimin mengenai Sekularisme 69 2.7 Kesimpulan 75 3 PENGLIBATAN IKHWAN MUSLIMIN DALAM POLITIK 78 3.1 Pengenalan 78 3.2 Penyertaan Awal dalam Politik 79 3.3 Penentangan Pendudukan British 81 3.4 Permasalahan Palestin 93 3.5 Radikalisme Politik 109 3.6 Revolusi Mesir 1952 113 3.6.1 Peranan Tentera dalam Politik Mesir 115 3.7 Persaingan Politik dengan Rejim Pemerintah 117 3.8 Sokongan Politik terhadap Presiden Muhammad Naguib 125 3.9 Kesimpulan 133 4 PENGLIBATAN IKHWAN MUSLIMIN DALAM DEMOKRASI 134 4.1 Pengenalan 134 4.2 Interaksi Awal Ikhwan Muslimin dengan pihak Tentera 135 4.3 Penglibatan dalam Pertubuhan Profesional Mesir 147 4.4 Penglibatan dalam Pilihan Raya Parlimen Mesir 154 4.4.1 Pilihan Raya Parlimen 1984 dan 1987 155 4.4.2 Pilihan Raya Parlimen 1990 dan 1995 164 4.4.3 Pilihan Raya Parlimen 2000, 2005 dan 2010 168 4.5 Cadangan Draf Pembentukan Parti Politik 187 4.6 Peranan Ahli Parlimen Ikhwan Muslimin 193 4.6.1 Pindaan Perlembagaan 195 4.6.2 Kebebasan Berpolitik dan Hak Asasi Manusia 199 ix 4.6.3 Perundangan Agama dan Moral 203 4.6.4 Isu Wanita 207 4.7 Kesimpulan 209 5 PENUTUP 211 RUJUKAN 217 x SENARAI SINGKATAN ADNP - Arab Democratic Nasserist Party ASU - Arab Socialist Union Ed. - Editor Eds. - Editors FCO - Foreign and Commonwealth Office FJP - Freedom and Justice Party FO - Foreign Office Hlm. - Halaman ILP - Islamic Labor Party IM - Ikhwan Muslimin Jil. - Jilid LSP - Liberal Socialists Party NDP - National Democratic Party No. - Nombor NPUP - National Progressive Unionist Party NWP - New Wafd Party T.P. - Tanpa Penerbit T.T. - Tanpa Tarikh Terj. - Terjemahan UNFC - United National Front for Change Vol. - Volume WO - War Office WP - Wafd Party BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Gerakan politik yang berteraskan Islam memainkan peranan penting dalam membangunkan sistem pemerintahan yang membawa kesejahteraan kepada semua masyarakat. Penglibatan politik gerakan Islam adalah sesuai dengan sifat Islam itu sendiri yang menyediakan panduan untuk manusia memimpin dan mentadbir. Para pemerintah atau pemimpin adalah pemegang amanah untuk menguruskan negara berdasarkan prinsip keadilan, musyawarah, kebebasan dan persamaan sesuai dengan prinsip Islam yang terdapat dalam al-Quran dan Sunnah. Dalam konteks Mesir, terdapat lebih kurang 135 buah gerakan agama yang diasaskan sebelum dan selepas Perang Dunia Pertama.1 Kebanyakan gerakan ini cuba melaksanakan Syariah Islamiah di Mesir menerusi penglibatan dalam bidang sosial dan politik. Perjuangan mereka juga bertujuan untuk mendapatkan kemerdekaan serta menentang pendudukan British di Mesir. Selepas Perang Dunia Pertama, perkembangan Islam di Timur Tengah semakin merosot kerana kemasukan ideologi Barat yang telah memesongkan akidah umat Islam khususnya di Mesir. Kemunculan gerakan Islam dalam konteks politik dan demokrasi di Mesir dikesan selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada Mac 19242 melalui pengasasan Ikhwan Muslimin (IM) oleh Hassan al-Banna3 pada Mac 1 Thameem Ushama, Hasan al-Banna Vision and Mission, Kuala Lumpur: A.S. Noordeen, 1995, hlm. 17-20. 2 John L. Esposito, Islam and Politics 4th Edition, New York: Syracuse University Press, 1998, hlm. 60. 3 Nama Hassan al-Banna turut dieja dengan nama lain seperti Hasan al-Banna, Hasan AlBanna dan Hasan el-Banna. Walau bagaimanapun, dalam penulisan ini, penulis menggunakan ejaan nama beliau

Description:
berdasarkan prinsip keadilan, musyawarah, kebebasan dan persamaan sesuai dengan prinsip Islam yang Runes D.D. (1976). Dictionary of
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.