ebook img

Pelaksanaan Pengkosan dan Pengurusan Berasaskan Aktiviti PDF

19 Pages·2016·0.64 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Pelaksanaan Pengkosan dan Pengurusan Berasaskan Aktiviti

PELAKSA."lAAN PENGEKOSAN DAN PENGURUSAN BERASASKAN AKTIVITI: SATU PENILAIAN KES Arshad Ahmad Tengku Akbar Tengku Abdullah Ainun Haji Abdul Majid ABSTRACT This study touches on the implementation oft he ABc/M system in a Telecommunication Company in Malaysia in its efforts to be competitive in the local and global marketplace. It discusses the reasons for the changes in the systems and an evaluation of the achievement level in the implementation of the ABC system. Data was collected by means ofi nterviews and reviews ofi nternal company documents. This study found that the "Fixed" method used in the ABC system achieved its objective in Product Costing. Services. Infrastructure. Monitoring and Transfer Pricing. However, the "Usage" method that was usedfor Operational Excellencefailed to achieve the desired objective. This study summarizes four factors. namely. Training and Understanding. Support and Committment. Personnel motivation and an Integrated Support System are important for the successfol implementation oft he ABC system. PENGENALAN Globalisasi telah membawakan satu era yakni pemiagaan tidak lagi mempunyai sempadan. Syarikat-syarikat lemah yang tidak berupaya untuk bertahan dengan lebih lama, dan syarikat-syarikat yang besar berjaya mengembangkan pemiagaan di serata dunia. Untuk mempunyai daya saing yang utuh, syarikat perlu mencari satu cara terbaik untuk mengurus operasi mereka. Salah satu cara ialah dengan mengawal dan mengurangkan kos secara berterusan. Dalam hal ini, sistem pengekosan tradisional tidak lagi mampu memberi sokongan kepada pengurusan syarikat. Sistem pengekosan berasaskan aktiviti (ABC) yang diperkenalkan dalam pertengahan tahun 1980-an ditonjolkan sebagai satu sistem yang dapat mengatasi masalah tersebut (Cooper, 1987, 1988a, 1988b, 1990, 1991; dan Cooper & Kaplan, 1998). Walaupun terdapat kajian ilmiah yang membincangkan kekuatan sistemABC, namun pelaksanaannya tidak begitu menggalakkan (Ness & Cucuzza, 1995); Ratnatunga, 1995; dan Rutherford, 2001). Penolakan pelaksanaan sistem ABC disebabkan oleb kegagalan pekerja bersifat menyeluruh dan memerlukan perubahan yang radikal. Di samping itu, para pekerja A rsh ad Ahmad n aL tidak sanggup menerima perubahan yang dibawa oleh sistem ABC ini kerana ia berupaya melaporkan ketidakcekapan penggunaan sumber organisasi (Ness & Cucuzza, 1995). Oi samping itu, pengurusan tidak mengendahkan kesan kelakuan ke atas reka bentuk sistem dan perisian (Shields & McEwen, 1996) dan bebanan yang dihadapi oleb pengguna sistemABC menggagalk.an perlaksanaannya (Innes & Mitchel~ 1991; Leahy, 1999). ISU-ISU BERKAIT PELAKSANAAN SISTEM PE~GEKOSA."l DA."l PENGURUSAN BERASASKAN AKTIVITI Sistem ABC boleh dilaksana menggunakan sarna ada: i) kaedah '"penetapan" atau ii) kaedah "penggunaan". Kaedah "penetapan" lebih senang digunakan herbanding kaedah "penggunaan". Kaedah "penggunaan" lebih rumit dan membebankan organisasi bukan sahaja dalam proses pengumpulan maklumat malah juga dalam proses pengesahan maklumat. Beban mendapatkan maklumat yang tepat ini sedikit sebanyak telah menggagalkan usaha pe Jaksanaan sistem ABC (Innes & Mi t che 11. 1991). Kesulitan melaksanakan kaedah '"penggunaan" disebabkan oleh keperluan jangka masa yang panjang untuk membangunkannya (Pohlen, 1996). Oalam proses pembangunan sistem ABC, terdapat dua aspek penting yang perlu diambil berat iaitu (i) sumber manusia dan (ii) sistem maklumat dan proses (teknikal). Di samping itu, kejayaan pelaksanaan memerlukan perubahan korporat (Price Waterhouse, 1997). la bergantung kuat kepada kecekapan organisasi menguruskan isu-isu berkait dengan proses, organisasi, pekerja dan budaya seeara menyeluruh. Perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam pengurusan di antaranya ialah (i) penaja perubahan (ii) objektifperubahan yangjelas (iii) komitmen secara keseluruhan sarna ada dari pekerja ataupun pengurusan (iv) kaedah perubahan yang munasabah dan (v) pengurusan irnbuhan. Pengurusan irnbuhan perlu juga dikaitkan dengan latihan dan pembelajaran kerana ia boleh memberi insentifkepada pekerja supaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik. Vntuk melaksanakan sesuatu projek perubahan, beberapa faktor perlu dititikberatkan iaitu: (i) koordinasi pekerja, (ii) komitmen berpanjangan, (iii) motivasi pekerja, (iv) tahap pengetahuan yang meneukupi (Beer et a/., 1990), (v) strategi persaingan, (vi) aktiviti kualiti, (vii) "Just in Time", (viii) penilaian prestasi dan imbuhan, (ix) konsensus mengenai objektif ABC (Shields & McEven, 1996). Faktor faktor yang boleh memastikan kejayaan perlaksanaan ialah: (i) Latihan dan pembelajaran, (ii) komunikasi, (iii) sokongan pihak atasan, dan (iv) pengambilan bahagian (Kotter & Sclesinger, 1979)1, dan falctor tingkah laku dan organisasi (Argyris & Kaplan, 1994). Di samping faktor-faktor yang disebutkan. Laudon dan uudon (1998) menambahkan beberapa faktor yang lain iaitu: (i) kadar risiko dan kompleksi~ dan (ii) mengemaskinikan sistem secara berterusan. 212 PelaJcsanaan Pengekosan dan Pengurusan Berasaskan Aktiviti Sokongan dan komitmen pengurusan atasan merupakan faktor yang dianggap penting kerana pelaksanaan sistem seperti ABC amat memerlukan sumber dalam bentuk masa dan kewangan yang banyak. Sokongan dan komitmen pengurusan atasan dari segi moral juga diperlukan (Hilton. 1997). Di samping itu, pengurusan atasan perlulah menjadi jaguh perubahan. Sokongan dan komitmen sahaja tidak mencukupi tanpa adanyajaguh untuk menerajui perubahan. Jaguh perubahan biasanya terdiri dari pihak atasan yang berupaya meraih sokongan dan memotivasikan kakitangan supaya menerima perubahan. Usaha untuk mendapatkan penerimaan. komitmen dan sokongan keseluruhan pekerja lebih mudah dicapai sekiranya mereka memahami akan kebaikan. keupayaan dan rnatlamat sistemABC diperkenalkan. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dibuat secara penerokaan berasaskan kepada satu kajian kes ke atas sebuah syarikat yang telah memperkenalkan dan me1aksanakan sistem ABC semenjak tahun 1995. Penemuan dan pembuktian yang dibuat adalah berasaskan kepada situasi dan pengalaman sebcnar subjek yang dikaji (Glaser & Strauss, 1967; Strauss & Corbin, 1998; dan YIn. 1994). Kaedah kutipan dan penganalisisan data adalab secara kualitatif yakni ia membolehkan kajian difokuskan kepada situasi dan kejadian semula jadi dalam organisasi dipilih (Strauss & Corbin, 1998; dan Glaser & Strauss, 1967). RASIONAL PEMILIHAN ORGANISASI Organisasi yang dikaji telah didedahkan kepada sistemABC semenjak tahun 1993 dan melaksanakannya pada tabun 1995. Syarikat ini juga diakui sebagai antara syarikat yang melaksanakan sistem ABC di rantau Asia1• Ia merupakan sebuah organisasi perkhidmatan dan mempunyai struktur organisasi yang besar dan kompleks. Keunikan syarikat ini, bcrserta dengan pemahaman berkaitan dengan cara pemikiran abli-ahlinya yang mengendali dan mengguna sistemABC di organisasi ini akan memberi penjelasan kepada isu-isu yang dihadapinya dalam melaksanakan sistem ABC. Pengalaman yang dilalui oleh orglnisasi ini sudah tentu berupaya membantu organisasi lain dalam melaksanakan sistemABC. 213 Arshad Ahmad et ilL SKOP DAN ISU KAnAN Data-data diambil untuk kajian ini ialahdari tahun 1991 sehingga ke tabun 2001. Data data yang diambil pada tabun 1991 adalah penting kerana ia boleh menjelaskan sejarah pelaksanaan sistem pengekosan tradisional di syarikat tersebut Manakala data-data yang diperolehi dari tabun 1995 sehingga tahun 2001 membolehk.an penyelidik mengkaji pelaksanaan sistemABC. KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT Data-data dikutip melalui dua kaedah iaitu temu-soal dan analisis kandungan. Seramai 30 orang pekerja telah ditemu-soal untuk tujuan ini; lima orang daTi pengurusan kanan dan selebihnya adalah pekerja langsung atau tidak langsung dalam membangunkan sistemABC dan juga pengguna langsung sistemABC. Hampir 70 peratus daTi mereka ini mempunyai latar belakang dan asas dalam bidang perakaunan. Pecahan pekerja yang ditemu soal adalah seperti pada laduall dan 2. Jadual: Pecahan Pekerja Ditemu bual Tahap Pekerja Jumlah ~. Pengurusan Kanan S 16 Pengurusan Pertengahan 7 23 Pengurusan Bawahan 18 60 Jumlah 30 100 Jadual2: Pecahan Mengikut Pengkhususan Pekerja Bidang Kakitangan Jumlah Ditemu Soal Peratusan Akauntan 21 7 Teknikal 4 13 Pemiagaan 3 10 Sistem Maklumat 2 7 Jumlah 30 100 214 Pelaksanaan Pengekosan dan Pengurusan Berasaskan Aktiviti Dolrumen-<iolrumen yang digunakan dalam anal isis merupakan dokumen yang berkaitan dengan sistem ABC termasuk kerangka kerja pengekosan, panduan dan tatacara pengekosan, bahan-bahan seminar dan latihan serta minit mesyuarat. Dokumen dari tahun 1991 sebingga Disember 2001 digunakan dalam kajian ini. KAEDAH MENGANALISIS MAKLUMAT Anal isis data dibuat mengikut prinsip "Grounded Theory" seperti yang diIaksanakan oleh Glauser dan Strauss (1967), dan Strauss dan Corbin (1998). Satu-satu dokumen dianalisis secara menyeluruh. Data dan maklumat terkumpul dianalisis secara perbandingan yang sistematik'. Kaedah ini bertujuan untuk menjawab persoalan "apa yang berlaku di sini?" Analisis bagi hasil temu soal dibuat secara menyeluruh mengikut soalan yang dikemukakan. Perbandingan turnt dibuat terhadap initiatif seperti initiatifkualiti, initiatif sistem penilaian prestasi4 dan pengekosan tradisional. Selain itu, perbandingan an tara initiatifpelaksanaan oleh Unit ABC dan Pengekosan Strategikjuga dilakukan. Dalam usaha menjaga kualiti kajian, panduan dari Yin (1994) telah digunapakai yakni dalam menentukan kesabihan konstruk, kaedah mempelbagaikan sumber data digunakan selain memastikan terdapatnya kesinambungan bukti dalam penemuan. Dalam menentukan kesahan luaran, penyelidik telah membuat perbandingan dengan basil penemuan dari kajian-kajian \epas untuk memperlihatkan persamaan penemuan. Hasil penemuan yang sarna atau hampir sarna akan mempertingkatkan kesahihan luarannya. KES - SYARlKAT BETAFON Syarikat BETAFON merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan di papan utama Bursa Saharn Kuala Lumpur (Bursa Malaysia). Syarikat BEIAFON menceburi dalam bidang perkhidmatan telekomunikasi. Persaingan membuatkannya mengambil langkah menstruk1urkan organisasi dan strategi. Dengan bantuan sepasukan konsultan luar negara, misi dan visi syarikat diperkenaIkan. Dari visi dan rnisi~ ini, tujuh agenda strategik telah diwujudkan tennasuk kecemeriangan operasi. Agenda strategik ini merupakan asas dan pemangkin kepada perkembangan sistemABC di Syarikat BETAFON. Syarikat BETAFON telah mula memperkenaikan sistemABC pada tahun 1991 setepas tiga pegawai kanannya, Pengurus Besar Kewangan Korporat, Ketua Akauntan dan Ketua Audit Dalam membuat lawatan sambil belajar ke syarikat telekomunikasi di Amerika Utara. Lawatan ini telah mendedahkan mereka dengan satu sistem pengekosan yang agak baik yakni salah seorang daripada mereka menyatakan: 215 Arshtul Ahmad et aL Sistem pengekosan di Bell Canada adalab baik, mereka boleb mengetabui kos setiap panggilan sebaik sahaja panggilan itu ditarnatkan. Syarikat kita sepatutnya mempunyai satu sistem pengekosan yang bampir serupa. Untuk melaksanalcan sistemABC, salU Jawatanlruasa Pemandu Pengekosan (JPP), dan Unit Pengek05an' di bawah Bahagian Kewangan Korporat telab ditubuhkan. JPP ditubuhkan bertujuan memastikan pe1aksanaan sistem pengekosan berjaIan dengan 1ancar. SISTEM PENGEKOSAN PRA 1995 Sistem pengekosan Syarikat BETAFON' dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa satu dijadikan sebagai asas k.epada pelaksanaan sistem pengekosan ini F asa satu merangkumi penyediaan caru akaun, penstrukturan semula &Set tetap dan pembangunan kaedah pengiraan serta pengekosan kos burub' bagi mempertingkat ketepatan mencaj perbelanjaan. Fasa kedua pula merupakan fasa sehenar pembangunan sistem pengekosan syarikat Pada fasa ini. rnaklumat-maklumat overhead yang diperolehi dari Lcjar Am dan dari lain-lain sumber diagihkan kepada produk-produk.1o Fasa kedua ini dikatakan dibangunkan secara logik, berstruktur dan konsisten. Sebagai usaha menjayakan initiatif ini, Unit Pengekosan, tertakluk kepada JPP telah diberi kuasa sepenuhnya dalam kerja operasi dan pelaksanaan sistem pengekosan. Pada tahun 1992, seorang konsultan dari British Telecom tdab memperkenalkan kaedah pengagihan kos seeara logik. Kaedah logik ini pada dasarnya adalab berasaskan aktiviti. Selepas mendapati kelemahan kaedab ini. sistem pengekosan logik ala aktiviti ini telah dihentikan pelaksanaannya pada tahun 1993. Pada tabun yang sarna, Syarikat BETAFON telah beralih kepada penggunaan perisian STEMII. STEM yang digunakan secara modeling ini \>erupaya membantu akauntan menyediakan rnaklumat pengekosan dengan lebih tepat. Aplikasi STEM ini menggunakan asas aktiviti seeara "penetapan" (top-down). Kejayaan pertama sistem pengekosan ini ialah apabila Syarikat BETAFON memperolehi rnaklumat pengekosan yang membawa kepada cadangan tarifbaru perkhidmatan talian tetap pada bulan Mac 1993. Pada bulan Julai 1994, basil pengekosan kadar caj antara sambung dihasilkan oleh Unit Pengekosan Korporat. Hasil ini telab menjadi asas kepada kerangka dan panduan antarasambung bagi membantu Syarikat BETAFON dalam membuat rundingan dengan kerajaan dan syarikat telekomunikasi lain. Konsep barga pindaban pula telab diperkenal dan dilak..sanakan pada Januari 1994 dengan tujuan untuk mendapatkan kos sebenar sesuatu pusat operasi serta menilai prestasi operasi mereka. Kadar barga pindahan ini telab diasaskan kepada pengekosan separa ABC. Dalam pelaksanaan barga pindahan fasa I, bahagian yang terlibat adalah: (i) Sekolah l.atihan, (ii) Sistem Maklwnat, (iii) Perld1idmatan Kejuruteraan, (iv) Pengurusan Stok dan (v) Perkhidrnatan Keselamatan. Fasa 2 pula dilaksanakan pada I Januari 1995 216 Pelaksanaan Pengekosan dan Pengurusan Berasaskan Aktiviti dan Bahagian yang terlibat adalah (i) Khidmat Sumber Manusia, (ii) Perkhidmatan Kewangan dan Akaun, (iii) Perkhidmatan Perundangan dan (iv) Pengurusan Harta. SISTEM PENGEKOSAN SELEPAS 1995 Pada pertengahan tahun 1995, Unit Pengekosan Korporat telah dipecahkan kepada dua iaitu Bahagian Pengekosan Telco dan Unit Pengekosan Korporat. Bahagian Pengekosan Telco bertanggungjawab kepada pe1aksanaan dan operasi sistem pengekosan. Manakala Unit Pengekosan Korporat bertanggungjawab dalam membuat dasar alau polisi pengekosan. Telco merupakan salah satu dari tiga kumpulan perniagaan stralegik yang ditubuhkan se1epas tahun 1995. Kumpulan lain adalah ServiceCo dan NewCo. Walau bagaimanapun, Bahagian Pengekosan Telco telah menunda pelaksanaan harga pindahan sehingga ke akhir tahun 1995 kerana berpendapat bahawa kadar "penetapan" harga pindahan yang dibuat secara separa ABC ini tidak mencenninkan kos sebenar. Walaupun konsep ABC telah diperkenalkan kepada Syarikat BETAFON pada tahun 1992, keputusan untuk memulakan sistemABC hanya dibuat setelah beberapa pegawai kanan Syarikat BETAFON menghadiri beberapa seminar dan bengkel pengekosan dalam dan luar negara pada tahun 1995. Pelaksanaan secara rasmi ABC di Syarikat BETAFON dimulakan dengan seminarl2 pertama pada 20 dan 21 November 1995. Seminar bertajuk "Re-engineering Cost Analysis with Activity Based Costing" telah dihadiri oleh 68 orang akauntan dari se1uruh pusat operasi syarikat. Pada 4 Disember 1995 pula latihan penggunaan perisian SMART ABC Mode}l3 diadakan dengan dihadiri oleh wakil dari Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Teknikal, Bahagian Pemasaran, Bahagian Pusat Latihan, dan Bahagian Kewangan dan Akaun serta Unit Pengekosan Telco. Perisian ini telah digunakan untuk Bahagian Akses Pelanggan sebagai lokasi penerokaan. Hal ini menjadi detik pertama penggunaan sistem ABC sepenuhnya. Pengurusan kanan Syarikat BETAFON diperkenalkan kepada konsep ABC pada 18 lanuari 1996 melalui seminarl4 "Awareness on Activity Based Costing and Activity Based Management". Pada bulan April 1996, menerusi bantuan pihak konsultan dari Australia, Syarikat BETAFON telah menyediakan satu kerangka kerja pengekosan. Kerangka keIja ini menggariskan pendekatan serta kaedah pengekosan bagi empat kategori asas iaitu: (i) Pengekosan infrastruktur, (ii) Pengekosan produk, (iii) Pengekosan perkhidmatan dan (iv) Pengekosan keperJuan kawalselia. Kerangka kerja ini mengesahkan penggunaan konsep ABC sebagai kaedah pengagihan kos overhead dan asas kepada pengekosan penuh. pengekosan purata, pengekosan segmen, dan pengekosan bertambah.1S Pada pertengahan tahun 1996, melalui seminar "Accountant in the Next Millennium", syarikat telah diperkenalkan kepada konsep Pengurusan BerasaskanAktiviti 217 A.rshad A.hmad et aL (ABM) dan Belanjawan Berasaskan Aktiviti (ABB). Pada akhir tahun 1997 dengan kerjasama konsultan Netprophet, satu kertas cadangan telah dikemukakan kepada Naib Presiden Kewangan bagi memulakan initiatifA BM dan ABB. Kertas cadangan ini telah diluluskan pada Februari 1998 dan bermulalah penggunaan ABC untuk tujuan kecemerJangan operasi (ABM danABB). Sebelum ini. sebagaimana pengekosan separa ABC, ABC hanya digunakan untuk tujuan pengekosan produk, perkhidmatan, kawal seliaan, pengekosan infrastrukrur, dan barga pindahan sahaja. Kertas kerja ini mencadangkan ABClABM dimulakan di Bahagian Akses Pelanggan. Usaha yang sepatutnya berakhir pada pertengahan tahun 1998 hanya dapat menghasilkan keputusan maklumat pengekosan pertama pada penengahan 1999. Walau bagaimanapun, basil maklumatABCIA BM yang diperolehi tidak diterima pakai oleb pihak kewangan dalam penentuan belanjawan tahunan. Pada awal tahun 2000, BahagianAkses Pelanggan telah disusun semula dan basilnya keputusan ABClABM yang dibangunkan pada tahun 1999 telab ditolak oleb pengurusan baru Bahagian Akses Pelangganl6• Pada tahun yang sarna usaha untuk membangunkan ABCJABM dijalankan di Bahagian Khidmat Rangkaian manakala pembaharuan ABCJA BM pula diteruskan di Bahagian Akses Pelanggan. Us aha ABC untuk barga pindahan oleb Unit Pengekosan Telco diteruskan dan ditumpukan kepada bahagian-bahagian di bawah ServiceCo" termasuk juga pus at perkhidmatan seperti Unit Kewangan, Bahagian Sistem Maklumat, Bahagian Akses Pelanggan, Bahagian Bantuan Operator, dan Bahagian Operasi dan Khidmat Rangkaian. Aktiviti yang bermula pada akhir tahun 1995 ini dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pada tahun 1998, pengekosan aktiviti untuk tujuan penentuan kadar harga pindahan bagi kesemua bahagian dibawah ServiceCo telah diselesaikan dan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Pada bulan Ogos 2000, laporan pertama berkaitan dengan kos dan keberuntungan produk dan perkhidmatan telah dikeluarkan oleb Unit Pengekosan Strategik Telco. Laporan ini diteruskan dalam bentuk suku tahunan. Selain itu., pada tahun 1997, unit yang sarna telahjuga mengeluarkan laporan kos perkhidmatan untulc Perkhidmatan Sejagat dan Antara Sambung (interconnect). Pada tahun 1999, laporan berkaitan dengan kos rangkaian antarabangsa pula telah siap dihasilkan. STRUKTUR BAHAGIAN PENGEKOSAN DI SYARIKAT BETAFO~ Selepas tahun 1995, Unit Pengekosan Syarikat BETAFON dibahagikan kepada dua iaitu Pengekosan Strategik dan PengekosanABCJM (rujuk Rajah I). Unit Pengekosan Strategik dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan kos dalam bidang produk dan perkhidmatan, rangkaian infrastruktur, perkhidmatan antarabangsa dan kawalse1iaan. Unit Pengekosan pula ditugaskan untuk menyediakan kos untuk barga pindahan dan 'lit P~/akSlllltulll P~lIgekOSIllf dillf PellguruslUf BerastlSkan Alctiviti kecemerlangan operasi selain dari membantu Unit Pengekosan Strategik dalam menentukan kos produk dan perkhidmatan. Ka".on Kola S ••d akaa Ta'W' ... KJ~~~\. ... (%) (%) ....u .. Lelald 100-.0 100-.0 100... 0 P ........p .... M M M .. a ••••• JKw..nadlaahza nduaun 11000..00 1010.3.0 1.0, 0.0 Sa,_ 2.0 11.4 473 Clna 32.0 16.5 4.3 Suai_ 4..4 .-0 39.2 82.9 Sui"" 12.0 7.6 2.9 Lain-lain 24.0 5.6 Jwnlah 100.0 100.0 100.0 Kat.eaon PGlnandu Teka! 56.0 54.4 55.7 r .....d . PJuenml1aanbd u dao P ..... lik 140-40..-00 14050..06 14040..30 'Vnaur II &&hun-25 Lo&hun 1.3 4.3 261abun-35 labun 20.0 21.5 24.3 36 &&hun-45 tahun 50.0 34.2 31.4 46 labu.-55 tahUD 26.0 30.4 32.9 > 56tahua 4.0 12.7 7.1 Jurnlah 100.0 100.0 100.0 Pc.dld. .... Sekolah Rendah 3..8 .0 48.1 65..7. Sckolah Mencnaab 6..2 ..0. 45.6 31.4 KolojlUniv_ _i tl -" 2.5 " ........ - Lain-la", 3.8 279 Juft'\lah 100.0 100.0 100.0 Peadapa'• • Kw-ana RM 100 24.0 7.6 7.1 RM 101-RM 200 32.0 41.. 45.7 RM 201-RM 300 3..4 ..0. 32.9 31.4 RM 301-RM 400 10.0 5.1 12.9 _.. . Lebih RM 401 12.7 2.9 Jurnlah 100.0 100.0 100.0 .,J_·ak. Kurana 5 tahun 16.0 20.3 14.3 __j edl 5 &&hun-I 0 &&hun 50.0 31.6 34.3 1 I 1ab. ...- 15 tah. ... 14.0 21.5 17.1 .,.. ....d .. 16 labun-20 Lo&hun 10.0 7.6 8.6 ......1 Lcbih 21 labun 10.0 19.0 25.7 Rajah 1: Carta Organisasi Unit Pengekosan Walaupun kedua-dua unit pengekosan ini menggunakan asas ABC untuk pengagihan kos, kaedah pengagihan kos adalah berbeza. Unit Pengekosan menggunakan kaedah "penggunaan" bagi tujuan kecemerlangan operasi dan kaedah "penetapan" untuk tujuan penentuan barga pindahan. Unit Pengekosan Strategik pula menggunakan kaedah "penetapan". SISTEM APLIKASI Perlsian aplikasi pertama Syarikat BETAFON ialah perisian SMART ABC menggunakan pendekatan "penetapan". Perisian ini digunakan hanya untuk setahun dan pada akhir tahun 1996, ia diganti dengan perisian NetProphet yang menggunakan kaedah "penggunaan". Oleh kerana kerumitan dan ke1ewatan dalam mendapatkan kos, Unit Pengekosan Strategik telah menggunakan perisian OROS menggunakan kaedah 219 Ars/liu/ Ahmad et aL '"penetapan" benmIa pada tahun 1997. Perisian OROS mampu mendapatkan kos dengan cepat namun ketepatan maklumatnya diragui. Perisian STEM yang mula diguna pakai pada tahun 1993 digunakan sebingga tahun 1998. STEM digunakan sebagai perisian altematif untuk pengekosan strategik". Perisian ini telah digunakan dalam pengekosan perkhidmatan sambungan suara tempatan dan nasional. Penggunaan STEM dihentikan kerana terdapat perbezaan keputusan pengekosan di antara STEM dengan MSEBETAFONCELLI9 MSEBETAFONCELLadalah perisian Microsoft EBetafoncell yang telah digunakan oleh Unit Pengekosan Operasi untuk menyediakan model pengekosan. Sebingga kini. hanya dua perisian secara "stand-alone" iaitu perisian OROS dan Netprophet digunakan oleh Icedua-dua unit pengekosan di Syarikat BETAFON. PENEMUAN DAN PERBINCANGAN Untuk membuat sesuatu keputusan berkaitan dengan prod uk, pengurus mestilah tabu leos produk tersebul Rajah 2 berikut menunjukkan sistem pengekosan yang digunakan oleh Syarikat BETAFON. I~ I~·---------------~_L- ~ ____ Rajab 2 : Pengagihan Kos Kepada Produk Perlhidmatan OROS 220

Description:
Pada bulan April 1996, menerusi bantuan pihak konsultan dari Australia,. Syarikat BETAFON telah menyediakan satu kerangka kerja pengekosan.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.