ebook img

Pelajar 5A UPSR Dapat Hadiah Kereta PDF

131 Pages·2017·4.46 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Pelajar 5A UPSR Dapat Hadiah Kereta

Pelajar 5A UPSR Dapat Hadiah Kereta – Antara Kejahilan Bapa Dan Kedengkian Masyarakat Pelajar 5A UPSR Dapat Hadiah Kereta – Antara Kejahilan Bapa Dan Kedengkian Masyarakat Pelbagai berita tentang reaksi masyarakat selepas keputusan UPSR diumumkan baru baru ini. Isu hadiah Mini Cooper ini menjadi hangat mengiringi kejayaan seorang anak seorang peniaga ayam yang mendapat 5A di Kota Bharu. Walaupun telah banyak diulas di media sosial dan akhbar, namun pembaca tetap meminta kami memberikan ulasan kami kerana kononnya ulasan kami selalunya berbentuk ilmiah yang adil dan lain dari yang lain. Kami ucapkan terima kasih dan bersyukur kehaderat Allah atas penilaian positif yang diberi. InsyaAllah akan kami kongsikan ulasan kami secara akademik Islam berdasarkan pertimbangan sunnah dan fitrah sebagai seorang Muslim semampunya. Bagi yang belum membaca berita tersebut, ada kami paparkan di blog kami. Sila klik link berikut. http://prihatin.net.my/2013/11/16/murid-cemerlang-upsr-terima- hadiah-kereta/ WASATIYYAH CARA HIDUP ISLAM Sebagai ketua keluarga, ingin kami nasihatkan. Berbuat sesuatu biarlah mengikut fitrah dan sekadarnya. Amalkanlah budaya Islam yang menganjurkan kita sentiasa bersederhana. Memberi hadiah sebagai reward ke atas kejayaan yang dicapai oleh anak tidak salah, malah digalakkan. Namun bagi seorang anak seusia itu meminta hadiah sebegitu rupa dan dituruti oleh ibu bapa adalah satu kesilapan yang sangat besar. Meletakkan sesuatu biarlah kena pada tempatnya. Jika tidak tunggu sajalah kehancuran. Demikian pesan baginda junjungan SAW. Itu titah yang harus di junjung. Jangan kita hanya menjunjung dibibir saja. Boros dan membazir pula amalan syaitan dan pelakunya adalah kerabat-kerabat syaitan. Itu firman Allah. Jadi jika kita mengatakan Allah itu besar, maka besarkanlah Allah dengan menjunjung titah perintah Nya. Jangan hanya mengatakan Allah itu besar hanya dibibir sahaja. Jika kita sering menyebut sodaqollah, benarlah kata-kata Allah baka ikutilah nasihatNya dalam kehidupan harian kita. Surah Al-Israk:26-27, “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (harta mu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu ialah saudara-saudara syaitan dan SYAITAN itu adalah SANGAT INGKAR kepada Tuhannya”. KEJAYAAN DAJJAL BERMATA SATU Dajjal adalah makhluk yang dikatakan bermata satu. Analogi mata satu ini ialah apabila kita memandang sesuatu itu hanya dengan sebelah mata sahaja. Inilah prinsip tidak apa… biarkan saja… ikut aku punya suka.. UNTUK MELAWAN DAJJAL ini ialah dengan menanam jiwa prihatin kepada anak. Ajar anak agar melihat sesuatu dengan dua belah mata. Ajarkan anak untuk hidup bertimbang tara dan bertimbang rasa. Ajar anak untuk hidup bersederhana, walaupun kita kaya raya. Tapi bagaimana ia boleh berlaku jika ibu bapa sendiri sudah lama memandang dengan sebelah mata? DAKYAH FREEMASON telah sangat berjaya merasuk masyarakat kita. Itulah budaya menyembah berhala harta (al-Uzza)… tahta (al- Latta) dan wanita (al-Manna). Dalam isu ini, si anak telah buta hati dengan tergamak meminta hadiah sebegitu. Ibu pula tidak mampu menasihati anak agar tidak keterlaluan. Yang paling malang sekali bila si bapa selaku Abal Hakam (penentu hukum) dalam keluarga seperti hilang kewarasan memikir, wajarkah anak perempuan seumur ini diberi hadiah sebegitu rupa? Tambahan diwar-warkan dihalayak ramai dan media. GEJALA HUTANG DAN RIBA yang sangat dilarang oleh Allah nampaknya sangat berjaya menembusi iman masyarakat, sehingga kita semua sudah tidak langsung merasa akan dosanya. Pengalaman berpuluh tahun rata-rata menunjukkan peniaga ayam banyak hutang terhadap pembekal mereka. Ada antara hutang pembekal yang tidak dibayar pun hingga menjadi hutang lapuk. Pembelian rumah dan kereta juga banyak menggunakan pinjaman yang berunsur riba. Jika kereta ini mampu dibeli tunai sekalipun, berapa banyak riba lain yang masih dipikul dalam keluarga itu? Tidakkah lebih baik itu dikurangkan dahulu? Inilah kejutan budaya terhadap manusia bernama Melayu dan Islam saat ini. Hati sudah terlalu jauh dari Allah. Kerana itu prinsip dan cara hidup telah dikuasai oleh nafsu yang ditunggang oleh fahaman jahat syaitan dan kuncu kuncunya. Perintah Allah tolak tepi belaka, dilihat hanya sebelah mata. Sebiji sawi riak boleh menghapus segala amal. Dalam kes ini kelihatan ia bukan lagi sebiji sawi. Semua pihak dapat tempiasnya. Pihak pembekal kereta mahu nama, pihak sekolah mahu nama, pihak ibu bapa juga terang-terang mencari nama, dan yang paling menyedihkan ialah si anak yang malang ini. Kita hanya boleh bersangka baik apabila si ibu katakan tujuan dimuat naik ke facebook untuk kenangan keluarga, dan akhbar utama turut mensesasikannya. Marilah kita sama-sama beristighfar. Sekali lagi kami mengajak pembaca belajar membaca tanda. Nak hujan ada tanda, nak masuk Ramadhan ada tanda, nak raya ada tanda, nak kiamat juga ada tanda. Sikap manusia juga menjadi ukuran tanda. “Kamu kenal mereka dari kata-katanya”, “kamu kenal mereka dari perbuatannya”, kata Allah. Orang berilmu, beriman dan takutkan Allah ada tandanya. Orang marah ada tanda, orang suka ada tanda, orang zuhud dan tawaduk ada tanda dan orang RIAK pun ada tandanya juga. BAGAIMANA MENDIDIK ANAK JADI PRIHATIN Umur 12 tahun adalah saat peralihan pembentukan jiwa remaja. Untuk melawan fitnah Dajjal bermata satu, kita harus hidupkan fungsi kedua-dua belah mata si anak. Inilah hakikat prihatin yang bakal melawan dajjal yang sengaja buat degil. Yang Allah larang Dajjal hasut agar kita langgar, yang Allah suruh juga dajal suruh kita pandang sebelah mata saja. Jika gagal kita bentuk seumur ini, maka kerosakan akhlak yang kekal biasanya berlaku. Waktu itu kecemerlangan akademik tiada gunanya. Ada lebih baik jika kita didik anak kita untuk bernazar. Antaranya ajak anak nazar puasa sunat, ajak anak ziarah ke kubur nenek dan membacakan doa kesyukuran. Bawa anak ke Mekah yang hanya memerlukan beberapa ribu Ringgit sahaja jika kita terlalu kaya. Belikan anak senaskah Quran dengan terjemahan Per Kata. Ajak anak ziarah rumah fakir miskin, didik anak menyerahkan sendiri wang sedekah kepada fakir miskin agar ia belajar hidup bertimbang rasa. Hadiah seperti ini akan memberikan keberkatan luarbiasa. Inilah perlakuan atas NAMA ALLAH. Ini yang disarankan oleh pengatur alam yang mana kita dan anak kita adalah sebahgian dari isi alam yang diatur olehNya. Inilah awal niat dan dasar amal degan berBASMALLAH. Anak akan terdidik untuk menambah ilmu dan tarbiah yang bersifat Uluhiyah. Ibu bapa dan anak sebegini akan dihormati dan disayangi rakan taulan dan masyarakat yang sanggup mempertahankan keselamatan mereka. Berhasad dengki jauh sekali. Sedekah itu gambaran tasdiq dihati. Itu tanda kita mensiddiq seruan Allah dan nabi. Alangkah baiknya jika kesyukuran atas kejayaan anak itu dikongsi dengan mereka yang tidak bernasib baik. Doa-doa dari mereka yang tertindas ini akan menambahkan kejayaan dan menyuburkan jiwa. Itu kaedah sedekah sebagai membenarkan kesyukuran atas kejayaan yang diterima. APA KESAN BURUK DARI HADIAH MINICOOPER? Pada hari yang sama kita semua juga membaca berita anak cacat yang terpaksa pulang ke rumah dengan didukung oleh bapanya, seorang buruh kasar. Kita juga pernah dengar kisah Nik Nurmadiha yang berjaya dengan hidup miskin dan terpaksa berpuasa. Jauh dari itu, kita ada ramai lagi anak yang makan nasi dengan berlauk garam, yang hidup dalam kegelapan dan rumah yang basah dek hujan. AKIBAT MENGIKUT HASUTAN DAJJAL, anak juga bakal terdidik untuk menjadi orang yang riak dan tidak berjiwa prihatin. Anak akan sukar mengenal erti hormat, erti kasih sayang dan tolong menolong. Kita semua sanggup berhutang dan menelan riba yang menjadi bara neraka, yang nabi kata lebih teruk dari dosa zina. Ramai ibu bapa yang masih sanggup menipu, mencuri, rasuah, menindas dan sebagainya hanya untuk memenuhi tuntutan NAFSU. Anak pasti akan ikut habit ibu bapa ini. Habit ini juga bakal membentuk budaya amal saudagar, beramal hanya kerana upah, bukan kerana Allah. TABIAT RIAK ini akan menambah jurang pengkastaan masyarakat. Janganlah buat-buat tidak tahu bahawa gelagat ini mengguris hati mereka yang tidak ampunya, yang hidup papa kedana, yang berlapar ditinggalkan bapa dan keluarga. Mungkin anda boleh lihat dalam gambar untuk membayangkan apa isi hati anak berbaju merah yang menggigit jari. Cuba anda pergi ke pasar di Kelantan, lihat betapa besarnya gelang emas penjual ayam. Anda lihat berapa besar rumah dan kereta pembekal dan penternak ayam. Sila buat kajian berapa banyak hutang lapuk mereka? Riba mereka? Zakat mereka? Ini bukan andaian, tetapi ini kenyataan berdasarkan pengalaman yang lama bersama mereka. JANGAN DIPANDANG REMEH GEJALA ini. Jika kita tidak sedar sekarang, jurang yang semakin jauh akan menyuburkan penyakit hati dan ini akan mengundang jenayah. Bagi kami, jika sekalipun keluarga ini melakukannya dengan senyak-senyap, ia masih tidak wajar atas dasar kesan buruk dari pembangunan psikologi anak ini. Apatah lagi dengan mewar-warkan sampai bawa kereta ke sekolah dan disiar meluas begini. Inilah salah satu undangan kepada kes culik, rogol, rompak dan sebagainya. Inilah kejayaan Dajjal yang menjadikan kita sebagai mangsanya. Berjayanya kita yang dahulunya hidup susah adalah jauh lebih baik dan bererti daripada kejayaan anak yang dimanjakan dengan pelbagai gajet, dengan limpahan ringgit, dengan tuisyen dan seribu satu macam kemanjaan. Anak dapat 5A, tapi ramai yang tidak tahu memasak dan membelah kayu api, tak tahu menghormati datuk nenek, ibu bapa saudara atau mereka yang lebih tua. Saudara mara bertandang ke rumah pun tidak tahu menyapa dan bersalam mesra, asyik sibuk dengan buku, internet dan tablet mereka. Ini semua telah menjadi gejala yang sangat berleluasa dalam masyarakat kita. APA BEZANYA 5A DENGAN 4A1B ATAU 2A3B? Kami dalam rangka pengkajian mendalam untuk module pendidikan dunia. Apa yang kita tanamkan belum cukup baik untuk memanusiakan manusia. Anak ini berkata, semuga hadiah ini menjadi pendorong kepada kejayaan seterusnya. Masih ingat kisah Anakku Sazali? Jika terlupa kami ingatkan anda sebagai saudara. Semuga ada kesedaran agar anak ini dapat dididik agar terus belajar kerana Allah, walaupun tanpa hadiah Mini-Cooper. 5A pertanda kemampuan menghafal, penggunaan otak kiri anak ini sangat hebat. Yang tidak penuh 5A namun masih dapat A dan B bagi kami harus kita ucap tahniah. Ada kemungkinan anak ini banyak guna masa untuk mendalami agama, menjaga adik, atau menolong ibu bapa. Anak sebegini mungkin banyak menggunakan masa dan otak kanan untuk berfikir tentang nasib keluarga dan negara. Anak begini tiada kurangnya kerana mereka masih ada kemampuan ‘membaca’ dan ‘mengira’. Dengan furqon mereka tidak mustahil mereka akan lebih cemerlang dari kita. Terimalah hakikat alam di mana kebanyakkan orang yang berjaya melangit adalah orang yang sederhana tapi pandai ‘membaca’ dan ‘mengira’. Itulah kemampuan ‘iqra’ dan furqon’ namanya. Bukan yang berjaya dengan menghafal dan mengharapkan ganjaran sahaja. Isu ini menampakkan anak dan ibu bapa ini tidak pandai ‘membaca’ dan ‘berkira-kira’. Ini sebenarnya menjadi gejala bangsa. KESIMPULANNYA. Tahniah kepada anak yang dapat 5A semuanya. Tahniah kepada yang masih mampu dapat walaupun 1A 4B atau seumpamanya. BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH kerana itu sudah jauh lebih cukup untuk membuktikan anda ada kemampuan akal untuk mendapat 5A. Kami doakan pelajar semua mampu membangun diri menjadi insan yang bukan mendapat 5A kerana inginkan hadiah harta, tapi kerana ingin membuktikan Islam itu tinggi dan anda bakal jadi insan prihatin, menjadi pembela agama untuk menolak angkara Dajjal durjana. Untuk keluarga ini, tahniah dari kami. Kami ikut mengulas kerana kami sayang anda dan anak anda sebagai saudara seagama kami. Jauh sekali kerana hasad dan dengki, atau untuk mencaci. Jika tidak kita sebagai saudara, nak harap siapa lagi? Kerana agama itu NASIHAT. WATAWASAU BIL HAQ, WA TAWASAU BISSOBR (dan yang menasihati dengan perkara yang haq, dan menasihati dengan kesabaran). Itu perintah Allah dan pesan nabi saw. Hasil Bacaan dan Perkiraan WARGA PRIHATIN Bicara Akhlak – Adab Menegur Pemimpin dan Orang Tua Demi memenuhi permintaan pembaca untuk mengulas isu yang tiba- tiba jadi hangat ini, kami hanya berminat menyentuh soal AKHLAK yang menyentuh teguran menteri terhadap Datuk Jamal Nasir yang seolah-olah dilabel ‘budak suruhan’ FAM. Bukan urusan kami untuk menyentuh soal teknikal kontroversi dalam FAM. Kami bukan penyokong mana-mana parti politik, juga bukan penyokong mana-mana pasukan bola sepak yang bersifat kenegerian. Setelah membaca isu yang diketengahkan oleh pembaca kami membuat rumusan mudah bahawa bola sepak adalah sukan nombor satu negara dan menjadi perhatian dan minat ramai orang. Oleh kerana itu sesiapa saja berhak memberikan pandangan, apatah lagi bagi seorang menteri seperti YB Khairi Jamaludin. Sila baca berita ringkas ini jika anda belum mengikutinya sebelum ini. Kami akan mengulasnya di hujung nanti. TAJUK : SITI BIDAS, KHAIRY MASIH MEMBISU OLEH : Raziatul Hanum A. Rajak SINAR HARIAN – 13 November 2013 Nama Datuk Siti Nurhaliza tiba-tiba dikaitkan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Dek kenyataan Khairy yang disifatkan kurang manis oleh penyanyi nombor satu Malaysia itu, Siti menegur Khairy di laman mikro Twitter, semalam. Dalam satu sidang media Isnin lalu, Khairy menyelar bekas kapten skuad kebangsaan yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Jamal Nasir yang dilaporkan terguris hati apabila ada pihak yang mengkritik secara melulu. “Jika beliau bukan budak suruhan FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Semalam, Siti menulis di akaun Twitter miliknya, “ sebagai menteri muda dan diperhatikan, rasanya Khairy perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu biadab dengan yang lebih tua.” Status tersebut menerima pelbagai maklum balas dan tidak kurang juga yang mengkritik Siti kerana masuk campur urusan bola sepak negara. Dalam kenyataan yang dipetik di sebuah akhbar tempatan hari ini, Siti akui teguran tersebut ikhlas terpulang sama ada mahu menerimanya ataupun tidak. “Siti cuma tidak berapa suka dengan pendekatan Khairy kerana beliau menteri muda dan sentiasa dipandang tinggi. “Perkataan ‘budak suruhan’ daripada seseorang yang muda sepertinya kepada yang agak tua seperti Datuk Jamal memang kurang manis. Ada lagi bahasa yang elok patut digunakan. Siti sekadar menegur, tidak mahu ia menjadi ikutan pula selepas ini. Siti tegur dengan ikhlas, kalau tidak mahu terima, terpulang. Siti hanya rakyat biasa,” katanya. Sehingga hari ini, isu tersebut masih belum mendapat maklum balas daripada Khairy. ULASAN KAMI: SITUASI MENTERI, FAM, DATUK JAMAL NASIR Kita semua tahu bahawa Khairy yang masih agak baru dilantik menjadi Menteri berkenaan agak terkenal dengan minat dan perhatian beliau dalam bidang bola sepak sejak dahulu lagi. Beliau telah melakukan banyak usaha untuk memajukan bolasepak negara sejak sebelum menjadi menteri lagi. Sebaik saja dilantik menjadi menteri, beliau menghadapi banyak cabaran untuk menyelesaikan pelbagai kontroversi dan kepincangan dalam persatuan yang berasaskan sukan utama negara seperti BAM, FAM dan sebagainya. Oleh kerana kegigihan Khairy, beliau banyak mendapat sokongan peminat sukan tersebut. Bagi kepincangan yang telah lama berlarutan, kadang kadang ketegasan memang diperlukan. Jika beliau terus bersikap lunak,

Description:
Dipan-dipan itu makananku. Syuro itu darah dagingku. Jemaah Moreover Dutch colonialism was never grounded in religious zealotry. However.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.