ebook img

Panduan Aktiviti: Awal Matematik dan Pemikiran Logik Download PDF

62 Pages·2015·0.93 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Panduan Aktiviti: Awal Matematik dan Pemikiran Logik Download

PANDUAN AKTIVITI AWAL MATEMATIK & PEMIKIRAN LOGIK PANDUAN AKTIVITI AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK PERMATA NEGARA ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK UMUR 0 – 4 TAHUN - 1 - Penulis Noraini Idris Fan Siong Peng Muhamad Sidek Said Wan Muhamad Azmi Wan Hassan Ab. Razak Salleh Mahadi Nik Mohamed Samsiah Mustaffa Dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Cetakan pertama Disember 2012 Hak Cipta © PERMATA NEGARA ISBN Dicetak oleh: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana- mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada PERMATA Negara. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) U niversiti Pendidikan Sultan Idris 35000 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan Tel: +605-4505085 Faks: +605-4590169 Laman Web: http://ncdrc.upsi.edu.my - 2 - KANDUNGAN HALAMAN Pengenalan Panduan Aktiviti Awal Matematik dan Pemikiran Logik Umur 0 – 6 Bulan 8 Umur 6 – 12 Bulan 10 Umur 1 – 2 Tahun 14 Umur 2 – 3 Tahun 27 Umur 3 – 4 Tahun 57 - 3 - Pengenalan Buku panduan ini mempunyai 79 aktiviti yang dibina berasaskan empat bidang pembelajaran berkaitan Awal Matematik dan Pemikiran Logik iaitu, Pra Nombor, Awal Nombor, Membilang, dan Operasi Tambah, dan Tolak seperti yang disertakan dalam lampiran. Reka bentuk aktiviti dalam setiap bidang pembelajaran ini disusun dengan mengambil kira tahap perkembangan psikologi kanak-kanak. Aktiviti dibina berpandukan sumber rujukan seperti buku, jurnal dan bacaan dalam internet yang diubahsuai untuk kegunaan pusat asuhan kanak-kanak PERMATA Negara. Aktiviti yang dibina disimulasikan oleh sekumpulan pelajar semester 6, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (Major dalam Pemulihan Matematik). Penambahbaikan dilakukan setelah mendapat bimbingan dan teguran daripada tenaga pakar yang terdiri daripada jurulatih PERMATA Negara, pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, dan pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan besut Terengganu. Panduan aktiviti ini bertujuan membantu pendidik menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara hands-on dan minds-on. Dengan adanya panduan aktiviti ini, pendidik dapat melaksanakan tugas dengan lebih yakin, di samping memanfaatkan aktiviti yang dijalankan dengan optimum. Aktiviti yang terdapat dalam modul ini bukan satu-satunya pilihan bagi pendidik mengajar bidang tertentu, mereka juga boleh mengubah suai aktiviti yang dicadangkan agar lebih banyak aktiviti lain dapat dibangunkan untuk kegunaan di pusat asuhan kanak-kanak masing-masing. Cara Penggunaan Kanak-kanak pada setiap peringkat perkembangan psikologi perlu diberikan pendedahan dengan keempat-empat bidang pembelajaran. Cara penggunaan panduan aktiviti diperjelaskan seperti berikut: Tahap 0-6 Bulan. Terdapat dua fokus awal matematik dan pemikiran logik sahaja untuk dikembangkan pada bayi 0-6 bulan iaitu, corak dalam bidang pra nombor dan awal geometri dalam bidang awal nombor. Kedua-dua aktiviti ini membolehkan bayi menggunakan deria penglihatan, pendengaran, dan sentuhan mereka untuk mempelajari pra nombor dan awal geometri. Pendidik boleh memilih mana-mana aktiviti untuk diajarkan terlebih dahulu berbanding aktiviti lain. Tahap 6-12 Bulan. Terdapat empat fokus awal matematik yang dapat dikembangkan pada bayi 6-12 bulan iaitu, kesedaran ruang dan corak dalam bidang pra nombor dan nombor bulat dan awal geometri dalam bidang awal nombor. Keempat-empat aktiviti ini membolehkan bayi menggunakan deria penglihatan, pendengaran, dan sentuhan mereka untuk mempelajari kesedaran ruang, corak, nombor bulat, dan awal geometri. Pendidik boleh memilih mana-mana aktiviti untuk diajarkan terlebih dahulu berbanding aktiviti lain. Pendidik boleh mengubah suai aktiviti yang dicadangkan bagi kegunaan pusat asuhan kanak-kanak. - 4 - Tahap 1-2 Tahun. Terdapat tujuh aktiviti dalam bidang pra nombor, iaitu padanan, pisah dan kumpul, banding, kedudukan, seriasi, kesedaran ruang, dan corak. Bagi bidang awal nombor pula, empat fokus disenaraikan, iaitu nombor bulat, awal pecahan, awal algebra, dan awal geometri. Satu fokus sahaja diberikan penekanan dalam bidang membilang iaitu, boleh menyebut bilangan tetapi tidak tahu membilang sejumlah objek. Bagi bidang operasi tambah dan tolak pula, empat fokus disenaraikan iaitu, fakta asas operasi tambah, pelengkap sepuluh operasi tambah, fakta asas operasi tolak, dan pelengkap sepuluh operasi tolak. Pendidik disaran memulakan pengajaran dan pembelajaran mengikut urutan bidang 1 terlebih dahulu, keduanya bidang 2, ketiga ialah bidang 3, dan keempat ialah bidang 4. Bagi aktiviti yang terdapat dalam bidang yang sama, pendidik boleh memilih aktiviti yang difikirkan sesuai untuk dimulakan di pusat asuhan kanak-kanak sendiri. Tahap 2-3 Tahun. Terdapat tujuh aktiviti dalam bidang pra nombor iaitu, padanan, pisah dan kumpul, banding, kedudukan, seriasi, kesedaran ruang, dan corak. Bidang awal nombor juga menyenaraikan tujuh fokus disenaraikan iaitu, nombor bulat, awal pecahan, awal algebra, dan awal geometri. Dua fokus diberikan penekanan dalam bidang ketiga iaitu, tahu membilang secara lisan tetapi tidak tahu membilang sejumlah objek dan dapat membilang sejumlah objek. Dalam bidang keempat pula, enam fokus aktiviti disenaraikan iaitu, fakta asas operasi tambah, pelengkap sepuluh operasi tambah, pengiraan mental operasi tambah, fakta asas operasi tolak, pelengkap sepuluh operasi tolak, dan pengiraan mental operasi tolak. Pendidik disaran memulakan pengajaran dan pembelajaran mengikut urutan bidang 1 terlebih dahulu, keduanya bidang 2, ketiga ialah bidang 3, dan keempat ialah bidang 4. Bagi aktiviti yang terdapat dalam bidang yang sama, pendidik boleh memilih aktiviti yang difikirkan sesuai untuk dimulakan di pusat asuhan kanak-kanak sendiri. Tahap 3-4 Tahun. Terdapat tujuh aktiviti dalam bidang pra nombor iaitu, padanan, pisah dan kumpul, banding, kedudukan, seriasi, kesedaran ruang, dan corak. Bidang awal nombor juga menyenaraikan tujuh fokus disenaraikan, iaitu nombor bulat, awal pecahan, awal algebra, dan awal geometri. Tiga fokus diberikan penekanan dalam bidang ketiga iaitu, tahu membilang secara lisan tetapi tidak tahu membilang sejumlah objek, dapat membilang sejumlah objek, dan dapat melakukan sedikit penambahan dan penolakan asas. Dalam bidang keempat pula, enam fokus aktiviti disenaraikan iaitu, fakta asas operasi tambah, pelengkap sepuluh operasi tambah, pengiraan mental operasi tambah, fakta asas operasi tolak, pelengkap sepuluh operasi tolak, dan pengiraan mental operasi tolak. Pendidik disaran memulakan pengajaran dan pembelajaran mengikut urutan bidang 1 terlebih dahulu, keduanya bidang 2, ketiga ialah bidang 3, dan keempat ialah bidang 4. Bagi aktiviti yang terdapat dalam bidang yang sama, pendidik boleh memilih aktiviti yang difikirkan sesuai untuk dimulakan di pusat asuhan kanak-kanak masing-masing. - 5 - Penghargaan Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Y.A.Bhg, Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia kerana memberikan kepercayaan kepada kumpulan penyelidik kami untuk menggubal dan menilai bidang Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik. Tanpa kepercayaan dan sokongan yang diberikan, sudah tentu paduan aktiviti ini tidak dapat dibina dengan sempurna. Kumpulan penyelidik juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pentadbir dan staf akademik dan bukan akademik NCDRC Universiti Pendidikan Sultan Idris khususnya Prof. Dr. Sopia bt. Md. Yassin (Pengarah) kerana memberi bantuan dan bertindak sebagai pemudah cara bagi membolehkan penyelidik dari UPSI dan IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu menjalankan kajian dengan sebaik mungkin. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pelajar semester 6 PISMP Program Pemulihan dari IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu kerana menyumbangkan pengetahuan dan tenaga menganalisis sumber bacaan, melontarkan idea membentuk draf bidang Awal Matematik dan Pemikiran Logik, memurnikan, dan menjalankan simulasi aktiviti di pusat asuhan dan didikan kanak-kanak. Akhir sekali, kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) kerana membenarkan kumpulan penyelidik menjalankan kajian bagi mengenal pasti keperluan dan harapan pendidik, ibu bapa, dan kanak-kanak di Pusat Anak Permata Negara Chiku 1 Gua Musang, Pusat Anak Permata Negara Pasir Mas, Pusat Anak Permata Negara Jeli, dan Pusat Anak Permata Negara Kerteh. Daripada maklumat yang diperoleh membolehkan kumpulan penyelidik menilai semula paduan aktiviti sedia ada dan seterusnya membina bidang dan panduan aktiviti baru Awal Matematik dan Pemikiran Logik bagi memenuhi permintaan mereka yang terlibat secara langsung. Semoga paduan aktiviti yang dibina ini dapat membantu pendidik di Pusat Anak Permata Negara untuk membangunkan potensi awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak di Malaysia dengan jayanya. - 6 - TOPIK: POLA Objektif Pembelajaran: Umur: 0-6 Bulan Merangsang penglihatan bayi terhadap Konsep Matematik: Pengecaman. warna Istilah Matematik: Pola warna. Bahan: Kad warna hitam dan putih. Tajuk: Mengecam Warna Nilai: Prihatin. Persediaan Awal: Pendidik menyediakan sekeping kad berwarna hitam dan sekeping kad berwarna putih. Langkah-langkah: 1. Bayi dibaringkan di atas tilam. 2. Satu kad berwarna hitam dan putih digantungkan berdekatan dengan bayi (boleh disentuh dan dilihat oleh bayi dengan anggaran jarak 20-23cm). 3. Pendidik menunjukkan kad warna hitam kepada bayi sambil menyebut warna kad berkenaan berulang kali. 4. Pendidik menunjukkan kad warna putih kepada bayi sambil menyebut warna kad berkenaan berulang kali. Penutup 1. Pendidik memuji respons yang ditunjukkan oleh bayi. 2. Pendidik merekod tindak balas bayi terhadap kad warna hitam dan putih yang ditunjukkan. - 7 - TOPIK: AWAL GEOMETRI Objektif Pembelajaran: Umur: 0 – 6 Bulan Memegang bentuk 3D Konsep Matematik: Mengenal bentuk Istilah Matematik: Bentuk, silinder Bahan: Botol susu Tajuk: Bentuk Nilai: Usaha dan bersyukur Persediaan Awal: Pendidik menyediakan botol susu (kosong) berbentuk silinder untuk ditunjukkan kepada bayi. Langkah-langkah: 1. Pendidik membaringkan bayi di atas tilam dan menunjukkan botol susu kepada bayi. 2. Pendidik memanggil nama bayi dan meminta bayi memegang botol susu. 3. Pendidik memberi bayi memegang botol susu beberapa kali. 4. Pendidik memerhatikan tingkah laku bayi semasa memegang botol susu. Penutup 1. Pendidik memuji respons yang ditunjukkan oleh bayi. 2. Pendidik merekod tindak balas bayi semasa memegang botol susu. - 8 - TOPIK: KEPEKAAN Objektif Pembelajaran: Umur: 6-12 Bulan Merangsang penglihatan dan sentuhan Konsep Matematik: Pengecaman kanak-kanak terhadap objek warna Istilah Matematik: Bentuk dan deria dipersekitaran. Bahan: Objek di persekitaran (bag kacang) Nilai: Prihatin dan Kepekaan Tajuk : Lihat dan sentuh Persediaan Awal: Pendidik menyediakan “bag kacang” berwarna merah dan kuning. Langkah-langkah: 1. Pendidik menunjukkan “bag kacang” berwarna kepada bayi. 2. Pendidik memberi setiap bayi memegang “bag kacang” tersebut dengan kedua-dua tangan mereka. 3. Pendidik menyuruh bayi mengenggam-genggam “bag kacang” tersebut berulang kali dengan bantuan pendidik. 4. Pendidik berinteraksi dengan bayi dengan memberitahu nama dan warna objek yang mereka genggam. Perhatian: Pendidik perlu peka dengan pergerakkan bayi agar bayi tidak memasukkan bean beg tersebut ke dalam mulut mereka. Penutup 1. Pendidik memuji respons yang ditunjukkan oleh bayi. 2. Pendidik merekodkan respons bayi melalui perbualan dua hala dan semasa memegang bag kacang. - 9 -

Description:
berkaitan Awal Matematik dan Pemikiran Logik iaitu, Pra Nombor, Awal . bapa, dan kanak-kanak di Pusat Anak Permata Negara Chiku 1 Gua
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.