ebook img

norhayati binti abdul rahman PDF

473 Pages·2013·2.88 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview norhayati binti abdul rahman

LAPORAN PERSIDANGAN PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA MESYUARAT KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEDUA BELAS _____________________________________________________________________________ Hari : 10 Ogos 2009 (Isnin) Tempat : (Dewan Undangan Negeri, Lebuh Light, Pulau Pinang) Jam : 9.30 Pagi. _____________________________________________________________________________ HADIR Speaker (Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Hussain) Ahli Kawasan Air Putih (Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng) – Ketua Menteri Setiausaha Kerajaan Negeri (Y.B. Dato’ Zainal Rahim bin Seman) Penasihat Undang–undang Negeri (Y.B. Dato’ Faiza bt. Zulkifli) Pegawai Kewangan Negeri (Y.B. Dato’ Haji Farizan bin Darus) Ahli Kawasan Penanti (Y.B. Tuan Mansor bin Haji Othman) – Timbalan Ketua Menteri I Ahli Kawasan Perai (Y.B. Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy) – Timbalan Ketua Menteri II. “ Padang Kota (Y.B. Tuan Chow Kon Yeow) “ Batu Maung (Y.B. Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim) “ Bagan Jermal (Y.B. Tuan Lim Hock Seng) “ Batu Lancang (Y.B. Tuan Law Heng Kiang) “ Sungai Puyu (Y.B. Tuan Phee Boon Poh) “ Bukit Tambun (Y.B. Tuan Law Choo Kiang) “ Air Itam (Y.B. Tuan Wong Hon Wai) “ Berapit (Y.B. Puan Ong Kok Fooi) “ Machang Bubuk (Y.B. Tuan Tan Hock Leong) – Timbalan Speaker “ Pulau Tikus (Y.B. Tuan Koay Teng Hai) “ Sungai Bakap (Y.B. Tuan Maktar bin Haji Shapee, AMN) “ Bagan Dalam (Y.B. Tuan Tanasekharan a/l Autherapady) “ Komtar (Y.B. Tuan Ng Wei Aik) “ Paya Terubong (Y.B. Tuan Yeoh Soon Hin) “ Tanjong Bunga (Y.B. Tuan Teh Yee Cheu) “ Datok Keramat (Y.B. Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh) “ Padang Lalang (Y.B. Tuan Tan Cheong Heng) “ Kebun Bunga (Y.B. Tuan Ong Khan Lee) “ Ahli Kawasan Bukit Tengah (Y.B. Tuan Ong Chin Wen) “ Pantai Jerejak (Y.B. Tuan Sim Tze Tzin) ” Seri Delima (Y.B. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji) “ Sungai Pinang (Y.B. Tuan Koid Teng Guan) “ Pengkalan Kota (Y.B. Tuan Lau Keng Ee) “ Jawi (Y.B. Tuan Tan Beng Huat) “ Penaga (Y.B. Dato’ Haji Azhar bin Ibrahim) “ Telok Bahang (Y.B. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya) 1 Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (Y.B. Dato’ Hajah Jahara bt. Hamid) “ Bayan Lepas (Y.B. Tuan Syed Amerruddin bin Dato’ Syed Ahmad) “ Sungai Dua (Y.B. Dato’ Haji Jasmin bin Mohamed) “ Pinang Tunggal (Y.B. Dato’ Haji Roslan bin Saidin) “ Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah) “ Permatang Berangan (Y.B. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya) “ Pulau Betong (Y.B. Tuan Haji Sr. Muhamad Farid bin Saad) “ Sungai Acheh (Y.B. Dato’ Mahmud bin Zakaria) “ Bertam (Y.B. Puan Hajah Zabariah bt. Wahab) TIDAK HADIR Ahli Kawasan Batu Uban (Y.B. Tuan Raveentharan a/l V. Subramaniam) TURUT HADIR Encik Baharuddin bin Ahmad Suri - Setiausaha Dewan Undangan Negeri. 2 Dewan mula bersidang pada jam 9.35 pagi Setiausaha: DOA. Pengumuman oleh Y.B. Dato’ Speaker. Y.B. Dato' Speaker: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang kita sedia maklum bekas Ahli DUN kawasan Permatang Pasir, Allahyarham Dato' Haji Mohd Hamdan bin Abd. Rahman, telah kembali ke rahmatullah pada 31 Julai 2009. Allahyarham telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang Pasir selama 9 tahun, 5 bulan, 12 hari. Oleh itu, saya meminta Dewan yang mulia ini, bagi yang beragama Islam kita mendoakan Al-Fatihah dan yang bukan beragama Islam kita bertafakur selama satu minit. (Bacaan doa). Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, menetapkan 10 Ogos 2009 sebagai hari permulaan mesyuarat yang kedua, penggal yang kedua, Dewan Undangan Negeri yang Kedua Belas, melalui pengisytiharan yang bertarikh 15 Jun 2009, yang diwartakan pada 18 Jun 2009. Pada sesi ini, kita akan menimbangkan 58 soalan lisan dan 382 soalan bertulis, satu Rang Undang-undang dan satu usul. Mesyuarat akan bersidang sehingga semua urusan mesyuarat selesai. Setiausaha: Angkat sumpah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri. Y.B. Dato' Speaker: Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Mansor bin Haji Othman, Ahli Kawasan Penanti, mara ke hadapan untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri dan seterusnya menandatangani surat sumpah. Y.B. Timbalan Ketua Menteri: Saya, Mansor bin Othman telah dipilih sebagai seorang Ahli Dewan Negeri bagi Negeri Pulau Pinang, adalah dengan ini berikrar dengan sesungguhnya akan menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan jujur, dengan sedaya upaya saya bahawa saya akan menumpukan taat setia yang sebenar kepada Negeri Pulau Pinang dan Persekutuan Tanah Melayu dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Y.B. Dato' Speaker: Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini selesailah sudah upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Negeri. Sebelum kita mulakan kepada atur cara soalan, saya ada beberapa pengumuman untuk dibuat. Pertama, dengan Ahli Yang Berhormat Batu Uban tidak dapat menghadiri Sidang Dewan pada hari ini dengan izin dan yang kedua pada hari ini juga kita menerima kunjungan dan kita mengalu-alukan kunjungan hormat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Ustaz Nasaruddin di belakang sana, yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan. Setiausaha: 4. A - soalan lisan. 3 Ahli Kawasan Bukit Tengah (Y.B. Tuan Ong Chin Wen): YB. Dato' Speaker, soalan saya, soalan nombor 1. 1. (a) Apakah perkembangan terkini Rancangan Tempatan (Local Plan) untuk Daerah Seberang Perai Tengah. (b) Sila senaraikan nama ahli-ahli yang terlibat dalam kerja-kerja pendrafan Rancangan Tempatan (Local Plan) Seberang Perai Tengah. (c) Bilakah ia akan dikemukakan untuk komen orang awam (public consultation). Ahli Kawasan Air Itam (Y.B. Tuan Wong Hon Wai): Y.B. Dato' Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tengah yang telah menanyakan soalan berkenaan dengan rancangan tempatan untuk Daerah Seberang Perai Tengah (SPT). Draf akhir Rancangan Tempatan Daerah Seberang Perai Tengah yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai dengan bantuan Pejabat Projek Zon Utara, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan perunding telah siap dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal dan kini di dalam peringkat pembaikan dan dijangka selesai pada bulan Ogos 2009 sebelum diangkat ke Mesyuarat Majlis Penuh MPSP pada penghujung 2009. Rancangan Daerah Tempatan SPT, disediakan dengan kerjasama ahli-ahli/wakil jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan iaitu:- (i) Majlis Perbandaran Seberang Perai (ii) Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (iii) Unit Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan (iv) Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Negeri Pulau Pinang. (v) PERDA (vi) Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang (vii) Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) (viii) Jabatan Bomba dan Penyelamat (ix) Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (x) Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (xi) Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (xii) Jabatan Alam Sekitar, Negeri Pulau Pinang (xiii) Pejabat Projek Zon Utara, JPBD Semenanjung Malaysia (xiv) Syarikat Telekom Malaysia Berhad (xv) Jabatan Bekalan Air Daerah 4 (xvi) Tenaga Nasional Berhad, dan (xvii) Perunding yang dilantik - Juru Rancang Sepakat Sdn. Bhd. Draf Rancangan Tempatan Daerah Seberang Perai Tengah akan dipamerkan kepada orang awam apabila laporan disiapkan pada bulan Ogos 2009 dan seterusnya diangkat untuk diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Perancang Negeri. Draf Rancangan Tempatan Daerah Seberang Perai Tengah selepas diluluskan oleh majlis penuh MPSP, akan diangkat untuk diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Perancang Negeri sebelum ianya diserantakan dan dipamerkan kepada orang awam untuk komen. Sekian. Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah): Soalan tambahan. Y.B. Dato' Speaker: Bukit Tengah dulu. Bukit Tengah. Ahli Kawasan Bukit Tengah (Y.B. Tuan Ong Chin Wen): Setahu saya selepas semua proses Local Plan ini sudah selesai, kita perlu sebarang perancangan tu, kita perlu ikut Local Plan tersebut. Apakah langkah-langkah yang akan diadakan untuk menyelaraskan penggunaan tanah yang sedia ada di mana ianya berbeza dengan Local Plan? Misalnya, di sesuatu kawasan itu, dalam Local Plan itu telah dizonkan sebagai zon industri tetapi dalam zon industri yang sedia ada tu ada pula tempat-tempat perumahan. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menyelaraskan keadaan sebegitu? Sekian, terima kasih. Ahli Kawasan Air Itam (Y.B. Tuan Wong Hon Wai): Terima kasih kepada Ahli Kawasan Bukit Tengah yang telah menanyakan tentang Rancangan Tempatan (RT) ini merupakan satu dokumen rancangan untuk pembangunan rasmi yang menterjemahkan dasar-dasar strategik yang terdapat dalam rancangan struktur Negeri Pulau Pinang yang lebih terperinci untuk kawasan-kawasan yang telah dizonkan misalan yang dibangkitkan perindustrian dan terdapat satu mekanisme untuk pemilik-pemilik tanah atau jiran lot ataupun orang awam boleh, boleh mengutarakan pandangan mereka apabila rancangan ini di bawa untuk komen atau bantahan awam. Selepas Rancangan Tempatan ini diwartakan, terdapat proses-proses permohonan untuk berlingkungan semula yang boleh dibuat melalui permohonan kepada State Planning Committee dan ini akan diuruskan dari segi kes individu. Sekian. Y.B. Dato' Speaker: Soalan tambahan. Seberang Jaya. Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Omar Shah): Y.B. Dato' Speaker, di dalam Majlis Perundingan Kerajaan Tempatan, masalah banjir yang diakibatkan oleh kawalan perancangan pembangunan kawasan ini kurang cekap telah dibangkitkan. Oleh itu, apakah perancangan di dalam Local Plan ini kawasan-kawasan tadahan ataupun localize retention point yang besar-besar juga akan ditanda dan dikenal pasti sebagai kawasan yang di gazet bagi melengkapkan Local Plan khususnya di kawasan SPT ini? 5 Ahli Kawasan Air Itam (Y.B. Tuan Wong Hon Wai): Terima kasih Seberang Jaya. Salah satu pihak yang duduk dalam jawatankuasa yang menyediakan rancangan RT ini adalah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang dan ini bukan sahaja akan diterjemahkan dalam Rancangan Tempatan sebenarnya dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang telah mengenal pasti salah satu tajuk bukan saja di SPT tetapi seluruh Negeri Pulau Pinang, kawasan-kawasan tadahan air yang perlu diberi perhatian dan ini juga akan diterjemahkan ke dalam Rancangan Tempatan bukan saja SPT, SPU, SPS dan juga bahagian Pulau. Ahli Kawasan Bayan Lepas (Y.B. Tuan Syed Amerruddin bin Dato' Syed Ahmad): Dalam kita kemukakan untuk public consultation atau komen orang awam, dia punya tempoh tu berapa lama? Yang satu lagi, sekiranya, Local Plan ini tidak mengikut garis panduan structure plan, apakah ianya boleh, masih ada masa untuk kita mengubah yang dirancangkan dalam Local Plan? Kerana saya difahamkan yang structure plan ini sebagai undang-undang dan Local Plan hanya mengikut ciri-ciri terperinci. Apa yang telah dibuat dalam structure plan. Apakah perkara ini akan diambil kira di ambil berat oleh Kerajaan Negeri? Satu lagi Y.B. Dato’ Speaker, dulu bila saya tanya tentang Local Plan ianya dijawab oleh Ahli Yang Berhormat Padang Kota, saya hairan mengapa kali ini dijawab oleh Ahli Yang Berhormat Air Itam yang jawab. Terima kasih Y.B. Dato’ Speaker. Ahli Kawasan Pulau Betong (Y.B. Tuan Haji Sr. Muhamad Farid bin Saad): Y.B. Dato’ Speaker penjelasan kepada Ahli Yang Berhormat Bayan Lepas, boleh? Y.B. Dato' Speaker: Saya teruskan kepada Air Itam untuk menjawab. Ahli Kawasan Air Itam (Y.B. Tuan Wong Hon Wai): Terima kasih Bayan Lepas kerana membangkitkan isu ini. Sebenarnya, Local Plan bukan sahaja Jabatan Perancangan dan Desa merupakan badan penyelaras terhadap semua Local Plan di Negeri Pulau Pinang dan juga oleh itu, saya sebagai Ahli Exco yang bertanggungjawab untuk JPPD untuk menjawab soalan ini. Berkenaan dengan soalan tentang public consultation. Mengikut Seksyen 13 (2) Akta 1972, Town and Country Planning Act, selepas diluluskan oleh SPC ia perlu disiarkan dalam surat khabar dan juga tempoh yang minimum adalah 4 minggu dan Jabatan (SPC) State Penang Committee boleh membuat, mempunyai budi bicara untuk melanjutkan tempoh tersebut. Terima kasih. Ahli Kawasan Pulau Betong (Y.B. Tuan Haji Sr. Muhamad Farid bin Saad): Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Exco tadi. Saya nak tanya kepada Kerajaan Negeri, jika sekiranya zoning ataupun berlingkungan kawasan telah ditetapkan dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang, apakah Local Plan boleh mengubah berlingkungan itu? Kalau ini boleh berlaku, ini bermakna Local Plan ini boleh dengan sewenang-wenangnya akan mengubah apa juga rancangan yang telah dibuat dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang. Saya rasa ini tidak sepatutnya berlaku dan saya juga tak bersetuju dengan jawapan oleh EXCO tadi. Ahli Kawasan Air Itam (Y.B. Tuan Wong Hon Wai): Dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang ia adalah satu menjunam kepada lebih secara makro dan Local Plan adalah lebih kepada sehinggakan kepada lot 6 tertentu dan of course ...(dengan izin) dan apabila terdapat permohonan yang spesifik kepada kawasan tertentu State Planning Committee mempunyai budi bicara untuk membuat berlingkungan semula. Y.B. Dato' Speaker: Seterusnya Pengkalan Kota. Ahli Kawasan Pengkalan Kota (Y.B. Tuan Lau Keng Ee): 2. Adakah projek monorel akan dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya. Jika ada, sila huraikan bila dan bagaimanakah dilaksanakan. Jika tiada, mengapa. Ahli Kawasan Bagan Jermal (Y.B. Tuan Lim Hock Seng): Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pengkalan Kota kerana membangkitkan soalan berkenaan dengan monorel. Kerajaan Negeri telah memohon kepada kerajaan persekutuan bagi melaksanakan projek monorel di Pulau Pinang. Ini melalui penswastaan di bawah kaedah penswastaan Jabatan Perdana Menteri. Daripada kajian awal, kerajaan persekutuan bercadang projek monorel Pulau Pinang dilaksanakan melalui Syarikat Prasarana Negara Berhad. Namun, usaha ini telah ditangguhkan oleh kerana kekangan peruntukan serta keperluan terhadap projek- projek lain yang lebih mendesak. Saya telah menonton dan mendengar melalui kaca tv beberapa hari yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada berkata, rakyat pantang kepada janji-janji yang tidak ditunaikan. Mantan Perdana Menteri, Tun Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berjanji hendak memberi 3 (tiga) hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu, jambatan kedua Pulau Pinang, kedua monorel dan tiga PORR. Tetapi, 2 (dua) hadiah yang besar masih belum ada apa-apa perlaksanaannya. Mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana boleh berbisik- bisik sedikit kepada Perdana Menteri yang kita sayangi. Terima kasih. Ahli Kawasan Telok Bahang (Y.B. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya): Ahli Yang Berhormat Bagan Jermal memang kawan saya lama. Tapi jawapan hari ini memang saya amat-amat tidak setuju. Ini jawapan politik, melepaskan tanggungjawab pada orang lain. Yang kita nak tahu kalau Kerajaan Pusat tak bagi, menangguhkan projek ini, apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah pengangkutan ini? Adakah Kerajaan Negeri akan menswastakan dan sebagainyalah? Kita nak tahu itu, kita tak mahu jawapan politik. Minta maaflah kawan saya ini. Ahli Kawasan Bagan Jermal (Y.B. Tuan Lim Hock Seng): Terima kasih Yang Berhormat Telok Bahang. Memang selama kerajaan baru ditubuhkan kami sering kali berbincang dengan Kerajaan Pusat dan juga pihak-pihak yang berminat untuk melaksanakan projek ini. Oleh sebab, kerana monorel perlu mendapat kebenaran daripada Kerajaan Pusat maka di situlah ada sedikit menghadapi kekangan. Terima kasih. Y.B. Dato' Speaker: Soalan tambahan. Pulau Betong. Ahli Kawasan Pulau Betong (Y.B. Tuan Haji Sr. Muhamad Farid bin Saad): Terima kasih. Yang Berhormat Bagan Jermal, saya nak tanya kenapa selepas mengadakan perbincangan dan juga daripada beberapa pihak terhadap monorel di Negeri Pulau Pinang ini, kenapa surat-surat yang dihantar langsung tidak dijawab? Jika 7 sekiranya pihak Kerajaan Negeri bertujuan bersetuju menerima ataupun cadangan daripada orang awam untuk mengemukakan satu cadangan untuk memajukan Negeri Pulau Pinang, mengapa tidak dilayan dengan membalas surat-surat dihantar kepada mereka. Kenapa berdiam diri? Ini tak boleh suka atau tak suka untuk menjawab. Sepatutnya apa juga cadangan yang dibuat oleh pihak swasta harus dijawab oleh Kerajaan Negeri, setuju ataupun tidak, atau bagaimana dan sebagainya. Terima kasih. Ahli Kawasan Bagan Jermal (Y.B. Tuan Lim Hock Seng): Y.B. Dato’ Speaker, perbincangan antara pihak-pihak yang berminat untuk melaksanakan monorel ini adalah di peringkat perbincangan sahaja. Belum ada sebarang keputusan yang muktamad dijalankan, dicapai. Jadi, tidaklah boleh mengumumkan kepada orang ramai ataupun sesiapa. Ahli Kawasan Pulau Betong (Y.B. Tuan Haji Sr. Muhamad Farid bin Saad): Maksud saya, kenapa surat-surat yang dihantar kepada Kerajaan Negeri tidak dijawab? Ahli Kawasan Bagan Jermal (Y.B. Tuan Lim Hock Seng): Surat-surat yang dihantar kepada Kerajaan Negeri ada juga yang dijawab kerana mereka perlu mendapat lesen dari MOT baik dari kereta api Tanah Melayu, semua tu pernah mendapat selaraskan dulu barulah kita boleh menjalankan peringkat yang lain. Terima kasih. Y.B. Dato' Speaker: Soalan seterusnya. Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah): Soalan tambahan. Y.B. Dato' Speaker: Soalan seterusnya. Pulau Betong. Ahli Kawasan Pulau Betong (Y.B. Tuan Haji Sr. Muhamad Farid bin Saad): Y.B. Dato’ Speaker. Soalan saya nombor tiga. 3. Apakah objektif bancian warga emas dibuat. Bilakah bancian akan berakhir dan berikan perincian tindakan-tindakan yang akan menyusul dalam tempoh 36 bulan bermula dari bulan Ogos 2009. Ahli Kawasan Sungai Puyu (Y.B. Tuan Phee Boon Poh): Y.B. Dato’ Speaker, saya minta izin untuk menjawab soalan nombor tiga bersamaan soalan 25, 45 dan 48. Soalan 25 dan 45 adalah daripada Ahli Yang Berhormat Permatang Berangan dan 45 adalah daripada Sungai Dua. Y.B. Dato’ Speaker, objektif pendaftaran warga emas Kerajaan Negeri dilakukan adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga emas yang telah berjasa kepada Negeri Pulau Pinang. Kedua adalah untuk mendapatkan data-data terbaru dan terkini mengenai warga tua yang ada di Negeri Pulau Pinang. Mengenal pasti apakah keperluan dan senario warga tua di negeri ini. Pendaftaran ini akan berakhir pada 08 Mac 2010 dan tindakan susulan akan diambil dalam tempoh 36 bulan 8 masa dalam perancangan Kerajaan Negeri. Sehingga kini hampir 100 ribu salinan borang pendaftaran telah diedarkan melalui ADUN kawasan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Negeri bagi mendapat maklumat. Gerak kerja ini mendapat komitmen padu dari semua ADUN dan JKKK serta mendapat sambutan baik daripada rakyat. Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Omar Shah): Soalan Tambahan. Y.B. Dato' Speaker, mengapakah apabila Kerajaan Negeri memperkenalkan CAT, diskriminasi untuk pengedaran borang terhadap warga emas dilihat bertentangan akauntabiliti Kerajaan Negeri terhadap majmuk rakyat di negeri ini kerana wakil-wakil rakyat pihak pembangkang tidak diberi terus borang-borang untuk menyelaraskan perkara yang sama. Jadi, apakah matlamat yang sebenar. Adakah ini sekadar untuk mengaburi mata rakyat kononnya janji-janji pilihan raya yang telah tercapai yang hanya memberikan sesuatu kepada segelintir golongan penerima warga emas sahaja dan yang lain yang layak diketepikan adakah begitu. Ahli Kawasan Sungai Puyu (Y.B. Tuan Phee Boon Poh): Terima kasih Y.B. Dato’ Speaker, Ini memang Ahli Yang Berhormat dari Seberang Jaya bercakap melalui pengalaman dia. Pengalaman dia hanya segelintir orang dapat, kini saya telah bukti dalam Dewan yang mulia ini di mana pendaftaran sepanjang sehingga Mac 2008 dulunya adalah untuk segelintir orang. Y.B. Dato’ Speaker, pendaftaran penghargaan warga emas ini adalah untuk semua ADUN dan saya juga ada menjemput ADUN-ADUN daripada pembangkang untuk ambil bahagian. Akan tetapi malangnya mereka tidak ada senang atau tidak berhubung dengan saya. Hanya Ahli Yang Berhormat dari Seberang Jaya yang ada berhubung dengan saya bila saya ada di luar negara dan saya juga ada meminta apabila saya balik mintalah jumpa saya untuk ambil borangnya tetapi ia tidak datang. Akan tetapi sebelumnya dia telah buat satu kenyataan dalam surat khabar bahawa kita tidak mahu bagi pada dia. Dia telah buat tuduhan-tuduhan. Dia telah tulis sepucuk surat kepada SUK dan kalau saya telah janji hendak bagi 1,000 borang, tak hantar wakil pergi pejabat saya, kata saya hendak bagi 1,000, kurang-kurang bersopanlah sikit. Bila orang sudah janji hendak bagi datanglah mari angkat. Y.B. Dato’ Speaker sendiri pun datang. Y.B. Dato’ Speaker tak datang dia pun tulis satu surat minta berapa, tetapi dia tidak mahu, langsung tidak mahu. Ada atau tidak saya jemput Ahli-ahli daripada pembangkang untuk kutip borang pada 1 Mei? kalau tidak ada minta tanya Ketua Pembangkang, tanya ...(ketawa), akan tetapi siapakah main politik di sana? Dia telah menggunakan borang-borang pendaftaran warga emas kerana di sini ada. Sepatutnya jawapan ini saya memperuntukkan pada penghargaan warga emas kerana soalan hanya warga emas sahaja tetapi dalam hati dia nak tanya penghargaan warga emas. Oleh itu saya jawab melalui penghargaan warga emas. Ada atau tidak ada Ahli Yang Berhormat daripada Seberang Jaya, di dalam kawasannya telah membuat beberapa tuduhan-tuduhan liar, tuduhan-tuduhan bahawa pendaftaran penghargaan warga emas adalah untuk mendaftar orang warga emas untuk menjadi ahli DAP? Ada atau tidak ada? Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah): Y.B. Dato' Speaker, ini perbahasan, boleh saya balas? Saya tidak menyatakan. Y.B. Dato' Speaker: Sila, mahu beri jalan? 9 Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah): Saya tidak menyatakan perkara demikian. Masalah sekarang berlaku berbangkit kerana apabila saya menghantar wakil secara rasmi kepada SUK, Pejabat SUK kata tidak boleh mengambil borang tersebut. Kita mengaku responsible, saya ada wakil, pegawai khas saya yang pergi mengambil borang dan kalau ikhlasnya Kerajaan Negeri tidak payahlah untuk suruh orang tunduk sampai 90 darjah untuk bagi borang, hantarlah bagi menyelesaikan masalah. Ini perkara yang mudah begitu yang tidak payah grand- grand. Kalau katakan rakyat didahulukan sebagai wakil rakyat pun mestilah tunduk sikit, jangan action lebih. Ahli Kawasan Sungai Puyu (Y.B. Tuan Phee Boon Poh): Ya, Y.B. Dato' Speaker, ini memang pengalaman dia, action. Mengapakah saya kata action? Ini adalah kerana apabila saya pergi luar Negara, saya telefon balik sama dia Yang Berhormat jangan bimbang saya balik mai jumpa saya, saya akan bagi, tetapi belum jumpa dia sudah buat kenyataan, tuduhan-tuduhan dalam surat khabar bahawa kita tidak mahu bagi sama dia. Ini action atau apa? Lagipun, duduk dulu, duduk dulu, duduk. Dia juga cuba halang warga emas untuk didaftar di dalam senarai penghargaan warga emas, dia cuba halang. Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah): Tuduhan liar, tarik balik. Ahli Kawasan Sungai Puyu (Y.B. Tuan Phee Boon Poh): Apa, kalau saya dapat tunjuk bukti. Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah): Tunjuk bukti, mana ada saya halang. Kita menggalakkan lagi. Sebab itu kita ada pendaftaran seramai 1.000. Ahli Kawasan Sungai Puyu (Y.B. Tuan Phee Boon Poh): Duduk dulu, duduk dulu. Y.B. Dato' Speaker: Biar Yang Berhormat Sungai Puyu memberi penjelasan dahulu. Ahli Kawasan Sungai Puyu (Y.B. Tuan Phee Boon Poh): Y.B. Dato’ Speaker, saya telah menjawab ada atau tidak ada, Ahli Yang Berhormat daripada Seberang Jaya buat kenyataan-kenyataan bahawa pendaftaran penghargaan warga emas adalah untuk mendaftar untuk jadi ahli DAP. Ada atau tidak ada? Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah): Tidak ada, mungkin wakil rakyat lain dan bukan saya. Ini adalah satu tuduhan, tarik balik. Ahli Kawasan Sungai Puyu (Y.B. Tuan Phee Boon Poh): Saya ada bukti-bukti kukuh kerana kegiatan Yang Berhormat dalam Seberang Jaya saya ada beberapa kali saya minta orang ikut, saya buat rakaman, saya bagi peluang, saya bagi peluang kerana saya tahu ada beberapa program untuk kepentingan 10

Description:
sistem pengangkutan yang tidak memuaskan penyediaan infrastruktur yang tidak Program Thirumurai Malaysia Hindu Sangam, Tanjung Bunga.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.