PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL MODUL PEMBELAJARAN TINGKATAN 3 KOKURIKULUM DAN SUKAN 2014 i ii MODUL PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) MODUL JATI DIRI KORURIKULUM DAN SUKAN TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM iii Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isikandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya iv KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. PENDAHULUAN a. Objektif Modul 1 b. Kandungan Modul 1 4. MODUL PEMBELAJARAN (KOKURIKULUM) MODUL 2 : PERKHEMAHAN 2 2.1 MENGETAHUI KAEDAH MENYALAKAN API 2.2 MELAKUKAN AMALI MENYALAKAN API 2.3 MENYENARAIKAN JENIS TUMBUHAN BERACUN 2.4 SUMBER AIR 2.5 MENGENAL PASTI SUMBER BAHAN MAKANAN 2.6 MENYEDIAKAN BAHAN MAKANAN 2.7 KOMPAS DAN PETA MODUL 3 :TALI TEMALI 3.1 MENYATAKAN JENIS-JENIS TALI 3.2 MENYATAKAN TATACARA PENJAGAAN TALI 3.3 MENGEMASKAN TALI MODUL 4 : BANTU MULA 4.1 MENYATAKAN TEKNIK MENYELAMAT 4.2 MENERANGKAN PROSEDUR MENYELAMAT MANGSA 4.3 SIMULASI ‘ CPR ‘ 5. MODUL PEMBELAJARAN (SUKAN) MODUL 6 : HOKI 6.1 SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN UNDANG–UNDANG PERMAINAN HOKI. 6.2 PERALATAN ASAS PERMAINAN HOKI. 6.3 TEKNIK YANG BETUL DALAM MELAKUKAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI. v RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN vi FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. vii MODUL PERKHEMAHAN 2 PENDAHULUAN Aktiviti perkhemahan adalah penting bagi aktiviti luar Pasukan Kadet Remaja Sekolah(KRS). Kegiatan perkhemahan ini dijadikan aktiviti untuk membina semangat,motivasi dan keyakinan diri disamping memberi keseronokan dan menambahkan ilmu pengetahuan. Ia juga memberi manfaat secara langsung terhadap perkembangan jasmani, emosi, intelek dan rohani. Aktiviti perkhemahan ini melibatkan aktiviti hutan bukit, gunung dan laut. 1 OBJEKTIF MODUL 2 Modul ini membolehkan murid: 1. Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam sekitar. 2. Memupuk sikap prihatin terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan manusia serta memahami rantaian hidup antara alam sekitar dengan manusia sejagat. 3. Membina insan yang bertanggungjawab dengan memberi sumbangan ke arah memelihara alam sekitar sebagai khazanah Tuhan kepada manusia. 2 KANDUNGAN MODUL 2 Modul ini mengandungi 7 standard pembelajaran : 2.1 MENGETAHUI KAEDAH MENYALAKAN API 2.2 MELAKUKAN AMALI MENYALAKAN API 2.3 MENYENARAIKAN JENIS TUMBUHAN BERACUN 2.4 SUMBER AIR 2.5 MENGENAL PASTI SUMBER BAHAN MAKANAN 2.6 MENYEDIAKAN BAHAN MAKANAN 2.7 KOMPAS DAN PETA 3
Description: