ebook img

Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab PDF

257 Pages·2008·0.8 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab

Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab (Buku 1) Oleh Abdul Aziz bin Muhammad bin Ali al-Abd. al- Lathif Judul Asal: بﺎھّﻮﻟا ﺪﺒﻋ ﻦﺑ ﺪﻤﺤﻣ ﺦﯿﺸﻟا ةﻮﻋﺪﻟ ﻦﯿﺋوﺎﻨﻤﻟا ىوﺎﻋد Pengarang: ﻒﯿﻄﻠﻟا ﺪﺒﻌﻟا ﻲﻠﻋ ﻦﺑ ﺪﻤﺤﻣ ﻦﺑ ﺰﯾﺰﻌﻟا ﺪﺒﻋ Judul Edisi Terjemahan: Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab (Buku 1) Penterjemah: Mohammad Amin Yaacob Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com) Cetakan Pertama: 2006 © Mohammad Amin Yaacob & Hafiz Firdaus Abdullah Dianjurkan membuat salinan untuk tujuan pengajian ilmu. Tidak dibenarkan mengulang cetak atau menyalin dengan apa cara jua untuk tujuan komersil tanpa keizinan bertulis daripada penulis. Penerbit: Perniagaan Jahabersa 15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia. Tel: 07-235 1602, 235 1605. Fax: 07-235 1603 http://www.jahabersa.com.my [email protected] [email protected] 2 Kandungan Kata Aluan Penyunting 5 Kata Pengantar 9 Dakwah al-Syeikh al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab serta kesan-kesannya 35 Kajian Ringkas Terhadap Para Pengarang Yang Menentang Usaha Dakwah al-Syeikh Imam Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab Diikuti Pendirian Para Ulama’ al-Salafiyyah Terhadap Penentangan Tersebut 67 Pendirian Para Ulama’ al-Salafiyyah Terhadap Penentangan Yang Dilakukan Terhadap al-Syeikh al-Imam Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab Serta Dakwah al-Salafiyyahnya 135 Dakwaan Palsu Terhadap Dakwah Al-Syeikh Al-Imam Muhammad Bin ‘Abd. Al-Wahhab Diikuti Dengan Jawapan Para Ilmuwan Islam Terhadapnya 175 Bahagian Pertama: Tuduhan palsu terhadap al-Syeikh al-Imam Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab bahawa beliau mengaku menjadi Nabi serta merendah-rendahkan kedudukan Rasulullah. 175 3 4 Kata Aluan Penyunting Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Kebelakangan ini istilah Wahabi sering diperkatakan. Namun sejauh pengamatan saya, ramai yang memperkatakannya tanpa mengetahui fakta yang sebenar di sebaliknya. Hasilnya, banyak salah faham dan buruk sangka timbul di kalangan masyarakat tentang apakah Wahabi, sejarah kelahirannya serta pegangannya. Suasana ini menyebabkan saya merasa perlu diusahakan sebuah buku bagi memperbetulkan salah faham terhadap apa yang disebut-sebutkan sebagai Wahabi. Selain itu terdapat dua faktor lain yang menyebabkan saya merasa perlu dilakukan usaha ini, iaitu: 1. Banyak fitnah telah dilontarkan kepada pengasas gerakan Wahabi, iaitu al-Syeikh al-Imam Muhammad bin ‘Abd. Wahhab. Maka menjadi tanggungwajab seorang muslim untuk membela seorang muslim lain yang telah dizalimi. 2. Dakwah Wahabi adalah sesuatu yang didasarkan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih berdasarkan pemahaman dan pengamalan generasi awal. Oleh kerana telah wujud salah faham terhadap dakwah Wahabi, sebahagian umat Islam telah menolak dakwah tersebut secara mentah. Mereka tidak menyedari bahawa dengan 5 penolakan tersebut, mereka sebenarnya menolak al- Qur’an dan al-Sunnah. Justeru amatlah penting untuk dibersihkan faktor penolakan tersebut, iaitu salah faham terhadap dakwah Wahabi. Di antara beberapa buku yang ada di pasaran dalam subjek membela dakwah Wahabi, saya memilih sebuah buku yang berjudul بﺎّھﻮﻟا ﺪﺒﻋ ﻦﺑ ﺪﻤﺤﻣ ﺦﯿﺸﻟا ةﻮﻋﺪﻟ ﻦﯿﺋوﺎﻨﻤﻟا ىوﺎﻋد karya Abdul Aziz bin Muhammad bin Ali al-Abd. al-Lathif. Buku ini jelas memiliki nilai ilmiah yang tinggi hasil daripada kajian yang amat luas lagi mendalam. Seterusnya saya meminta rakan saya, Mohd. Amin Yaacob untuk menterjemahkannya ke bahasa Malaysia. Memandangkan buku yang asal adalah amat tebal dan dicetak dengan font yang kecil, kami memilih untuk menterjemah, menyunting dan menerbitkan buku tersebut dalam bentuk bersiri. Saya berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar buku ini mencapai tujuan ia diusahakan. Pada waktu yang sama, dialu-alukan apa-apa cadangan dan pembaikan terhadap edisi terjemahan ini. Segala kesempurnaan hanyalah milik Allah. Hafiz Firdaus Abdullah 17 April 2006 6 al-Syeikh al-Imam Muhammad bin Abd. al-Wahhab rahimahullah berkata: “Segala puji bagi Allah, aku tidak menyeru kepada mazhab sufi, mazhab fekah, golongan ilmu Kalam ataupun kepada para imam yang terkenal seperti Ibn al-Qayyim, al-Dhahabi, Ibn Kathir dan lain- lain lagi. Namun aku menyeru kepada Allah yang Maha Esa yang tiada sekutu bagi-Nya dan kepada Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam yang diwasiatkan ke atas golongan awal umat baginda serta golongan terkemudian daripadanya. Aku tidak akan menolak kebenaran sekiranya ia datang kepadaku, bahkan aku bersaksi dengan Allah, malaikat serta sekalian mahkhluk-Nya, sekiranya datang kepadaku satu perkataan yang benar aku akan menerima dengan sepenuhnya. Aku akan melemparkan apa yang tidak benar yang datang dari umat ini melainkan apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam di mana baginda tidak berkata sesuatu melainkan kebenaran semata- mata…”1 1 Muallifat al-Syeikh Muhammad bin Abd. al-Wahhab, bahagian kelima, kitab al-Rasa’il al-Syaksiyyah, hlm. 252. 7 8 Kata Pengantar Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan Kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Ali-‘Imran: 102) “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan- mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (al-Nisa’: 1) 9 “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar.” (al-Ahzab: 70-71)2 Amma Ba‘du: Kandungan perbincangan di bahagian Kata Pengantar adalah seperti berikut: 1. Kepentingan kajian serta sebab ia menjadi pilihan penulis. 2. Proposal kajian dan metodologinya mengikut bab-bab. 3. Himpunan bahan-bahan penulisan ilmiyyah. Kepentingan kajian serta sebab ia menjadi pilihan penulis. Dari segi kepentingan kajian ini, sepanjang tempoh penelitian dan pemerhatian penulis menerusi indeks bahan bacaan di perpustakaan negara-negara Arab dan penerbitan- penerbitan ilmiah yang umum dalam proses membuat pemilihan 2 Ini merupakan khutbah yang dikenali sebagai “Khutbah al-Hajah”. Sila lihat risalah al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani yang bertajuk Khutbah al-Hajah. 10

Description:
koleksi akhbar, artikel serta Jurnal yang terikat kemas diperolehi dari Perpustakaan al-. Markaziyyah Universiti yang sama. Menerusi Jabatan Manuskrip Universiti Imam Muhammad bin Sa'ud, penulis memperolehi satu salinan manuskrip kitab. Faslul Khitab karangan al-Qabbani. Beliau mempunyai
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.