M EMBACA DOA DALAM AKTIVITI HARIAN ( AMALAN HARIAN ) PENGENALAN Doa ialah suatu ucapan permohonan dan puji-pujian daripada hamba kepada Allah S.W.T. Doa dirujuk beberapa kali di dalam Al-Quran dengan maksud seperti permintaan dan permohonan. Firman Allah S.W.T. : … Maknanya : “ Dan Tuhan kamu berfirman : " Berdoalah kamu kepada-Ku. Nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu “ 1. KAEDAH 1. Mengambil wudhu’. 2. Berdoa dengan suara perlahan. 3. Dimulakan dengan memuji Allah S.W.T., berselawat dan ditutup dengan selawat ke atas Nabi S.A.W. 4. Memahami maksud doa yang dibaca. 5. Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya. 6. Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawadhu’ kepada Allah S.W.T. 1 Surah Al-Mu’min : 60. 80 HIKMAH 1. Mengadu kepada Allah S.W.T., tempat kita bermohon. 2. Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan meyakini pertolongannya. 3. Mendorong diri untuk berusaha mendapatkan sesuatu dan seterusnya bertawakal kepada Allah S.W.T. 4. Melambangkan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. NOTA TAMBAHAN Di antara syarat-syarat untuk dikabulkan doa : 1. Memastikan sumber rezeki yang halal. 2. Berdoa dengan ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. 3. Tidak terlalu meminta doa segera dimaqbulkan. 4. Jangan meminta perkara yang mustahil. 5. Meyakini bahawa doanya diterima oleh Allah S.W.T. 6. Tidak menggunakan perantaraan orang ketiga untuk menguruskan doa tersebut. 7. Berdoa beserta usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. 81 M ENGUTAMAKAN ANGGOTA KANAN ( BIMBINGAN DAN DIDIKAN ) PENGENALAN Islam mengutamakan penggunaan anggota kanan dalam sesuatu aktiviti dan ibadah seperti berwudhu’, mandi, tayamum, memakai selipar, bersiwak, memotong kuku, memakai pakaian, berjabat tangan, makan, minum dan sebagainya. Maknanya : ” Iaitu golongan kanan ( orang yang menerima buku-buku catatan amal mereka dengan tangan kanan ). Alangkah mulianya golongan kanan itu ”. 2 Daripada Aisyah R.A. ia berkata : ” Adalah Nabi Muhammad S.A.W. menyukai mendahulukan yang kanan dalam memakai sandalnya berjalan bersuci, dan dalam segala urusannya ”3. 2 Surah Al- Waqiah : 8. 3 Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim. 82 KAEDAH 1. Memastikan segala amalan yang baik dimulakan dengan anggota kanan. 2. Bagi amalan yang seharusnya menggunakan anggota kiri seperti beristinjak, maka ia perlu dilaksanakan mengikut apa yang ditetapkan. 3. Sekiranya terdapat kesukaran untuk mengutamakan anggota kanan, maka diharuskan menggunakan anggota kiri. HIKMAH 1. Keberkatan diperolehi apabila mendahulukan amalan atau ibadah dengan menggunakan anggota kanan. 2. Kanan sinonim dengan perkara yang baik dan mulia manakala kiri lebih dikenali dengan perkara yang kotor. 3. Merupakan satu cara untuk mengatur hidup manusia dengan lebih tertib dan sempurna. 83 M EMBERI SALAM ( KEMASYARAKATAN ) PENGENALAN Salah satu daripada cara memberi penghormatan dalam Islam ialah dengan mengucapkan salam. Secara tidak langsung, Islam telah menggalakkan umatnya mengucapkan salam di antara satu sama lain. Apabila seseorang mengucapkan salam maka ia wajib dijawab. Firman Allah S.W.T. : Maknanya : ” Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah penghormatan itu ( dengan yang serupa ). Sesungguhnya Allah S.W.T. memperhitungkan segala sesuatu ” 4. Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W. : (cid:393)(cid:394)(cid:501)(cid:259)(cid:528)(cid:398) (cid:456)(cid:394)(cid:267)(cid:421)(cid:259)(cid:424)(cid:402)(cid:508)(cid:436)(cid:261)(cid:499)(cid:396)(cid:260)(cid:514)(cid:261)(cid:417)(cid:500)(cid:443)(cid:259) (cid:259)(cid:446)(cid:3)(cid:394)(cid:427)(cid:501)(cid:267)(cid:528)(cid:417)(cid:456)(cid:261)(cid:260)(cid:499)(cid:514)(cid:402)(cid:460)(cid:259)(cid:417) (cid:487)(cid:259)(cid:513)(cid:259)(cid:3)(cid:333)(cid:501)(cid:417)(cid:480)(cid:472)(cid:417)(cid:418)(cid:261)(cid:260)(cid:499)(cid:259)(cid:514)(cid:402)(cid:504)(cid:480)(cid:259)(cid:417)(cid:471) (cid:259)(cid:513)(cid:259)(cid:3)(cid:417)(cid:506)(cid:261)(cid:504)(cid:267)(cid:417)(cid:439)(cid:450)(cid:261)(cid:260)(cid:260)(cid:499)(cid:513)(cid:261)(cid:446)(cid:422)(cid:479)(cid:417)(cid:417)(cid:3)(cid:417) 4 Surah An-Nisaa’ : 86. 84 Maknanya : “ Beribadahlah kepada Allah S.W.T. yang Maha Pemurah dan berjamulah makanan dan sebarkanlah salam, kamu akan masuk syurga dengan selamat ” . 5 KAEDAH 1. Memberi salam sekurang-kurangnya dengan lafaz : ” “(cid:502)(cid:496)(cid:520)(cid:267)(cid:500)(cid:456) (cid:479)(cid:499)(cid:3)(cid:417)(cid:501)(cid:528) 2. Menjawab dengan lafaz yang lebih baik seperti : ” “(cid:510)(cid:427)(cid:418)(cid:495)(cid:450)(cid:421)(cid:264)(cid:513)(cid:456)(cid:3)(cid:499)(cid:389)(cid:417)(cid:417) (cid:3)(cid:3)(cid:502)(cid:424)(cid:496)(cid:359)(cid:520)(cid:449)(cid:500)(cid:513)(cid:479)(cid:3)(cid:513)(cid:501)(cid:528) ”. 3. Tidak memberi salam dengan lafaz : “(cid:494)(cid:520)(cid:500)(cid:264)(cid:479)(cid:456)(cid:3) (cid:499)(cid:501)(cid:417)(cid:528) 4. Orang yang menunggang kenderaan memberi salam kepada yang berjalan. 5. Orang yang berjalan memberi salam kepada yang duduk. 6. Bilangan yang sedikit memberi salam kepada yang ramai. 7. Disunatkan mengulangi salam apabila bertemu berulang kali. 8. Disunatkan memberi salam sebelum masuk ke rumah. 9. Disunatkan memberi salam jika ingin meninggalkan majlis. 10. Haram memberi salam kepada orang kafir seperti yahudi dan kristian. 11. Apabila orang kafir memberi salam maka jawablah : “ ” sahaja. (cid:502)(cid:496)(cid:520)(cid:500)(cid:479)(cid:513) 12. Sekiranya dalam majlis itu bercampur orang Islam dan kafir dibolehkan memberi salam. 5 Al-Jamek As-Sahih Sunan at-Tirmidzi, Juzuk 4, Ms 287. 85 13. Diharuskan memberi salam di antara lelaki dan perempuan sekiranya tidak menimbulkan fitnah ke atas diri kedua-dua pihak. 14. Memberi salam dengan menggunakan isyarat adalah dibolehkan bagi golongan orang kurang upaya ( OKU ) contohnya orang bisu. 15. Isyarat boleh digunakan sekirannya disertakan dengan lafaz dengan syarat tidak menyerupai cara salam orang Yahudi dan Nasrani ( Kristian ).6 HIKMAH 1. Merupakan salah satu daripada ciri-ciri seorang Islam yang baik. 2. Memberi salam adalah satu cara untuk menimbulkan kasih sayang sesama Islam. 3. Ia merupakan salah satu sifat orang yang dijanjikan syurga ( Jannatul Firdaus ). 6 ” Bukan daripada golongan kami amalan yang menyerupai selain daripada amalan kami, jangan menyerupai orang Yahudi dan Nasrani. Sesungguhnya salam orang Yahudi dengan isyarat jari manakala salam orang Nasrani dengan isyarat tapak tangan ” ( Riwayat Imam At-Tirmidzi ). 86 M INTA IZIN MASUK BILIK ( BIMBINGAN DAN DIDIKAN ) PENGENALAN Firman Allah S.W.T. : Maknanya : ” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba dan anak yang masih belum baligh dari antara kamu, meminta izin kepada kamu ( sebelum masuk ke bilik kamu ) dalam tiga waktu iaitu sebelum solat subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian ( luar ) pada waktu tengahari dan selepas Isyak. Itulah tiga aurat kamu ( terdedah ). Tidak menjadi kesalahan bagi kamu dan mereka ( memasuki bilik ) selain waktu itu ( kerana mereka ) orang yang keluar masuk dengan kamu, sebahagian kamu memerlukan sebahagian yang lain. Demikian Allah S.W.T. menjelaskan ayat-ayatnya ( hukum-hukumnya 87 ) itu bagi kamu dan allah S.W.T. Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ” .7 Ibubapa seharusnya menyedari tentang kepentingan pendedahan anak-anak dengan adab-adab dan peraturan hidup berkeluarga termasuklah dalam urusan masuk ke dalam bilik kepada anak-anak mereka. Islam telah menyediakan garis panduan bagi anak-anak yang ingin masuk ke dalam bilik ibubapanya atau ahli keluarganya yang lain. Garis panduan ini merangkumi aspek yang berkaitan seperti mana berikut : Aspek waktu : Waktu sebelum Subuh, tengahari dan selepas Isyak adalah kurang sesuai untuk anak- anak masuk ke dalam bilik ibubapanya tanpa keizinan.8 Aspek adab : Anak-anak tidak dibenarkan untuk memasuki secara melulu kerana dibimbangi dan ditakuti waktu tersebut mendedahkan mereka dengan keadaan yang tidak diingini serta mengaibkan. KAEDAH 1. Memberitahu anak-anak tentang waktu-waktu yang sesuai untuk masuk ke bilik ibubapanya atau ahli keluarga yang lain. 2. Sebelum masuk ke dalam bilik hendaklah meminta izin terlebih dahulu dengan cara mengetuk pintu atau memberi salam. 3. Pastikan kedudukan badan adalah tidak bertentangan dengan pintu bilik ( mengiring atau membelakangi pintu ). 7 Surah an-Nur : 58. 8 Pendapat Ibn Jarir dalam Tafsir At-Thabari berdasarkan Surah an-Nur : 58. 88 4. Apabila keizinan telah diperolehi maka masuklah dengan bersopan. HIKMAH 1. Dapat melaksanakan syariat di samping mendidik dengan tegahan melakukan perkara buruk dan tidak sopan. 2. Menghindari sikap anak-anak yang kurang sopan dan mengelakkan dari berlaku di rumah orang lain. 3. Membentuk nilai murni dan disiplin Islam walaupun berada di dalam rumah sendiri. 89
Description: