EDISI PERTAMA Dibiayai oleh: Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) MODUL TEKNOLOGI HIJAU SAINS AKTIVITI MURID KEMENTERIAN TENAGA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YAYASAN HIJAU TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR (KeTTHA) MALAYSIA Program di bawah kerjasama: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) 1 SAINS CETAKAN KETIGA JANUARI 2018 Hak cipta © 2018 oleh CETREE – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau ©. Semua hak cipta terpelihara. Melainkan sebagaimana yang diizinkan di bawah Akta Hakcipta Malaysia, tidak ada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini yang boleh dihasilkan semula atau diedarkan dalam sebarang bentuk atau menerusi sebarang cara, atau disimpan dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula, tanpa keizinan bertulis daripada penerbit. Pengkatalogan Perpustakaan Negara Malaysia dalam Data Penerbitan Modul Teknologi Hijau : Sains (Aktiviti Murid) Ketua Editor: Hashimah Mohd Yunus Editor: Mohd Wira Mohd Shafiei Mohd Sukri Shafie Nurul Syazwani Mansor Sazwani Ansian Nurul Husna Baharuddin Teknikal Penerbitan: Badrol Hisham Mohd Nowani Maznah Mohamed Saipon Syafiq Saifullah Azmi Shahrul Fadli Abd Rahman Ilustrator/Grafik: Sherrilaida Aidarus Mohd Raffi Rosmi ISBN: 978-967-394-306-7 Penerbit: CETREE, Bangunan TORAY-USM, Aras Bawah (G), Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang Tel: 604-653 3888 Fax: 604-653 6701 Teks dan Paparan: CETREE Dicetak oleh: CETREE Edisi Pertama Bil. Cetakan : 03 ISI KANDUNGAN Teknologi Hijau 1 i. Pengenalan ii. Definisi Teknologi Hijau iii. Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan iv. Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) v. Sektor Teknologi Hijau Sektor Bekalan Tenaga 7 Kecekapan Tenaga 9 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa 11 Sektor Bangunan 13 Sektor Pengangkutan 15 Panduan Menggunakan Modul Aktiviti Murid 18 Jadual IPCC (2014) 21 Sisa Menjadi Wira Hijau 28 Eko-Enzim: Merungkai Masalah Duniaku 45 Tenaga Solar Pilihan Hatiku 58 Tulenkan Aku 67 Panel Penulis 79 TEKNOLOGI HIJAU Pengenalan Populasi masyarakat dunia kini semakin meningkat secara eksponen berikutan peningkatan taraf hidup, kemudahan kesihatan, keperluan harian serta prasarana kehidupan yang semakin selesa. Bagi sesebuah negara yang membangun, pola peningkatan populasi penduduk kini memerlukan penyediaan tenaga kerja dalam bidang industri, pendidikan, perubatan, pentadbiran dan sebagainya. Oleh itu, semakin bertambah penduduk dunia maka kadar permintaan terhadap sesuatu keperluan dan sumber semula jadi turut meningkat secara mendadak. Namun, pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang boleh menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dan ketidakseimbangan ekosistem bio. Penebangan hutan tidak terkawal, pelepasan asap berbahaya dari kilang dan kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, pembuangan sisa-sisa pepejal dan air sisa ke dalam sungai, penerokaan tanah yang berleluasa menjadi antara faktor utama terjejasnya kualiti hidup manusia dan alam sekitar. Sekiranya hal ini berterusan sehingga beberapa tahun lagi tanpa pengawasan dan tidak diatasi, nescaya bumi yang kita diami ini akan musnah. Masalah utama yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia sekarang ialah isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga. Kedua-dua cabaran ini harus ditangani dengan bijak dan secara kolektif demi memastikan kelangsungan hidup penghuni bumi baik manusia, haiwan dan tumbuhan pada masa akan datang. Di Malaysia khususnya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah diamanahkan untuk memegang satu portfolio berkaitan Teknologi Hijau. Teknologi Hijau telah dikenal pasti sebagai salah satu cara dan penyelesaian dalam melestarikan alam sekitar. Definisi Teknologi Hijau Teknologi Hijau (TH) didefinisikan sebagai pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia (KeTTHA, 2016). Segala alat, produk serta sistem yang dapat mengurangkan degradasi kualiti persekitaran, rendah atau sifar pembebasan gas rumah hijau, jimat tenaga dan sumber asli, menggunakan sumber Tenaga Boleh Baharu serta selamat pada alam sekitar adalah merupakan TH (Iskandar, 2015). Jika dibandingkan dengan teknologi sedia ada, TH merupakan teknologi yang mesra alam dan lebih rendah kadar pembebasan karbon ke udara. SAINS 1 Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan Pada Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (DTHK) yang menekankan kepada aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan lestari. DTHK mempunyai empat (4) tonggak utama iaitu: i. Tenaga – Mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan tenaga ii. Alam sekitar – Meminimumkan kesan dan memulihara alam sekitar iii. Ekonomi – Menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi iv. Sosial – Meningkatkan kualiti hidup untuk semua Teknologi Hijau didapati dapat menjana tenaga dengan kos yang lebih murah selain selamat dan mesra pengguna justeru menjadikan Teknologi Hijau berpotensi besar sebagai alternatif dalam memacu pembangunan negara. DTHK memberi fokus kepada empat (4) sektor utama iaitu: i. Sektor Bekalan Tenaga ii. Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa iii. Sektor Bangunan iv. Sektor Pengangkutan Namun begitu menurut Laporan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC, 2014), terdapat tambahan tiga (3) sektor lagi yang boleh difokuskan dalam Teknologi Hijau iaitu: i. Sektor Industri ii. Sektor Pertanian dan Perhutanan iii. Sektor ICT Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) yang ditubuhkan pada 1988 ialah badan antarabangsa yang terlibat dalam bidang sains berkaitan perubahan iklim. Badan ini telah ditubuhkan oleh World Meteorological Organization (WMO) dan United Nations Environment Programme (UNEP). Badan ini bertanggungjawab dalam menyediakan penilaian tetap kepada penggubal dasar mengenai dasar saintifik perubahan iklim, kesan dan risikonya pada masa hadapan serta langkah untuk menyesuaikan dan mengurangkannya. Salah satu daripada kaedahnya ialah melalui Teknologi Hijau. 2 SAINS Sektor Teknologi Hijau Secara umumnya, terdapat tujuh (7) sektor Teknologi Hijau yang utama iaitu Sektor Bekalan Tenaga, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan, Pengangkutan, Industri, Pertanian dan Perhutanan serta ICT. Berikut adalah penerangan ringkas bagi sektor-sektor tersebut: A Sektor Bekalan Tenaga Pasaran industri dunia hingga ke hari ini didominasi oleh keperluan dan penggunaan bahan api secara berterusan. Contoh bahan api fosil adalah seperti arang batu, petroleum dan gas asli. Bahan api fosil ini terhasil daripada pereputan hidupan mati yang tertanam di dasar lautan. Proses ini mengambil masa selama jutaan tahun sebelum terbentuknya bahan api fosil yang digunakan sekarang. Namun begitu, permintaan yang sangat tinggi terhadap bahan api fosil ini menjadikan stok bekalannya hampir berkurang selain pembakaran bahan ini yang menyumbang kepada pencemaran alam. Justeru, satu pendekatan yang proaktif dan berkesan harus diambil bagi mencari alternatif untuk menggantikan bahan api fosil ini. Salah satu cara adalah melalui Sektor Bekalan Tenaga yang banyak memfokus kepada Tenaga Boleh Baharu. Tenaga Boleh Baharu merujuk kepada tenaga yang boleh dijana di sepanjang hayat manusia. Tenaga Boleh Baharu juga dikenali sebagai ‘Tenaga Bersih’ atau ‘Tenaga Hijau’ kerana tidak mencemarkan udara dan air. Antara contoh Tenaga Boleh Baharu yang semakin meluas penggunaannya ialah tenaga hidroelektrik, tenaga angin, tenaga biojisim, tenaga geoterma, tenaga solar, tenaga ombak dan bahan api bio. B Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa Definisi sisa ialah apa sahaja lebihan, keluaran yang tidak dikehendaki ataupun apa-apa bahan yang perlu dilupuskan kerana sudah rosak, pecah dan lusuh. Sisa boleh dijana melalui beberapa medium antaranya sisa isi rumah, sisa industri, sisa pembinaan, sisa komersial serta sisa khas. Sisa khas merujuk kepada sisa terkawal yang perlu dilupuskan menggunakan kaedah yang tertentu kerana sifatnya yang bahaya ataupun memudaratkan kesihatan. Contoh sisa khas adalah seperti bahan toksik yang dihasilkan dari premis perindustrian yang tidak boleh dihapuskan di tapak pelupusan biasa. Bahan sisa ini jika tidak dibuang dan dilupuskan secara terkawal akan menyebabkan pencemaran alam. Manakala, air sisa ialah air yang telah digunakan termasuklah bahan-bahan seperti sisa manusia, sisa makanan, minyak, sabun dan bahan kimia. Air sisa terbahagi kepada beberapa jenis. Sebagai contoh, air sisa domestik, air sisa daripada perindustrian dan air larian stormwater. Pengurusan air sisa secara efisien memainkan peranan penting dalam isu kecekapan penggunaan sumber dan kesihatan awam. Justeru, TH bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa adalah sangat penting bagi meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam. Sisa yang dibuang boleh diolah menjadi suatu benda yang baharu contohnya seperti baja kompos. Salah satu pendekatan yang diketahui umum ialah konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle). SAINS 3 C Sektor Bangunan Pembebasan gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) yang berterusan menyumbang kepada faktor utama pemanasan global. Banyak pendekatan yang boleh diambil bagi mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau ke udara melalui Sektor Bangunan. Menurut United States Green Building Council (2006), Bangunan Hijau merujuk kepada aplikasi pembangunan lestari dalam Sektor Bangunan yang mengarah kepada sifat tanggungjawab kepada alam, keuntungan ekonomi serta tempat yang sihat untuk manusia bekerja dan tinggal. Bangunan Hijau boleh dibina dengan menitikberatkan kepada orientasi optimal bangunan di atas tapak bina, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap, penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan, dan penghasilan sisa pepejal yang minimum. D Sektor Pengangkutan Kebanyakan kenderaan bermotor menggunakan bahan api fosil (petroleum) sebagai bahan bakar. Pembakaran bahan api fosil ini akan membebaskan gas karbon dioksida ke udara sekaligus meningkatkan jejak karbon negara. TH dalam Sektor Pengangkutan lebih menekankan kepada aspek prasarana pengangkutan, bahan bakar dan juga pengangkutan awam. Pengangkutan hijau (lestari) merujuk pada sebarang bentuk pengangkutan yang memberi impak minimum kepada persekitaran ataupun kenderaan yang membebaskan kadar gas rumah hijau yang rendah, contoh seperti kenderaan yang menggunakan Tenaga Boleh Baharu. Antara bentuk pengangkutan hijau ialah berjalan kaki, berbasikal dan kenderaan hijau (menggunakan tenaga elektrik dan tenaga solar). Kereta hibrid merupakan salah satu contoh kenderaan hijau. E Sektor Industri Bidang industri menggunakan satu per tiga daripada penggunaan tenaga keseluruhan. Perkembangan industri pembuatan dan industri pemprosesan yang agak pesat telah menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Hal ini disebabkan oleh pembebasan gas rumah hijau dalam kadar yang agak tinggi ke udara dan menyebabkan jerebu dan seterusnya fenomena hujan berasid. Program kecekapan tenaga dan pengurusan tenaga merupakan contoh inisiatif TH yang sesuai bagi Sektor Industri. Inisiatif tersebut perlu dilaksanakan bagi mengurangkan impak negatif daripada sektor ini. 4 SAINS F Sektor Pertanian dan Perhutanan Gas karbon dioksida banyak terhasil daripada pembakaran bahan api fosil bagi menghasilkan tenaga. Kandungan gas karbon dioksida di dalam udara ini boleh dikurangkan dengan adanya tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan menyerap gas karbon dioksida untuk membuat makanan dan membebaskan gas oksigen ke udara melalui proses fotosintesis. Peratus gas karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dengan menanam lebih banyak pokok serta mengawal aktiviti pembalakan. Selain itu, penggunaan baja kompos untuk meningkatkan nutrien tanah, pengurusan pengairan tanaman (menggunakan air hujan untuk menyiram tumbuhan) serta menambah baik amalan penanaman juga merupakan salah satu pendekatan TH bagi Sektor Pertanian dan Perhutanan. G Sektor ICT TH dalam Sektor ICT merangkumi amalan dan kajian dalam penggunaan komputer dan alat komunikasi. Amalan dan kajian ini memfokuskan kepada pembuatan, reka bentuk, penggunaan dan pelupusan alat komputer. Contoh tindakan dan pendekatan yang boleh diambil dalam mengamalkan ICT hijau ialah mengurangkan penggunaan bahan berbahaya, menjimatkan tenaga elektrik, memanjangkan jangka hayat sesuatu peralatan secara efektif serta mempromosikan produk ICT yang boleh dikitar semula ataupun terbiodegradasi. Walau bagaimanapun hanya 6 sektor sahaja yang sesuai diterapkan dalam modul ini iaitu Sektor Bekalan Tenaga, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan, Pengangkutan, Pertanian dan Perhutanan serta Industri kecuali Sektor ICT. Sektor- sektor tersebut diterapkan mengikut kesesuaian dengan konsep dan tajuk dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sains. Seterusnya, infografik disediakan sebagai ringkasan keseluruhan maklumat berkenaan TH diikuti dengan penerangan secara ringkas mengenai sebahagian daripada sektor-sektor tersebut disertakan dalam modul ini. Penerangan Sektor Bekalan Tenaga, Kecekapan Tenaga, Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Sektor Bangunan dan Sektor Pengangkutan dijelaskan oleh pakar-pakar TH dari Universiti Sains Malaysia. SAINS 5 G TEKNOLOGI HIJAU Merujuk kepada bekalan tenaga, fokus kepada Tenaga Boleh Baharu yang dikenali sebagai Tenaga Bersih atau Tenaga Hijau yang boleh dijana sepanjang hayat GEOTERMASOLARANGINTENAGA LAUTANHIDRO Merujuk kepada pengangkutan berkonsepkan Teknologi Hijau dengan penggunaan Tenaga Boleh Baharu yang tidak mencemarkan persekitaran BAHAN API ALTERNATIFertngIo -v earsng nm ae bn t a a lr a P t n a A nAMALAN PEMANDUAN e bl EKOa O w n a jC gl i n mu SEKTOR ag t g e nBEKALAN Apa sahaja lebihan atau keluaran yang tidak dikehendaki, SEKTOR Ca Teknologi Hijau berperanan bagi meminimumkan kesan th r TENAGAPENGANGKUTANae pembuangan sisa dan air sisa dengan konsep 3R (Reduce, Reuse n B & Recycle), pengurangan dan kitar semula sisa elektronik dan rawatang n e air sisa a KITAR SEMULA SISA(RAWATAN AIR dIBAHAN SISA SISAP THaELEKTRONIK CPUSAT PENGUMPULAN DAN KITAR SEMULA SISA B C ) TEKNOLOGI HIJAU SEKTOR SEKTOR Pembangunan dan aplikasi PENGURUSAN produk, peralatan serta sistem untuk INDUSTRI memelihara alam sekitar dan alam SISA Merujuk kepada pengurangan pembebasan gas rumah hijau semula jadi serta meminimumkan DAN AIR (GHG) Pengaturan Bangunan Hijau yang sempurna atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia B) SISA A aPENGGUNAAN BAHANPENCAHAYAAN (KeTTHA, 2016) Hd BINAAN MESRASEMULA JADI T a ALAMT e n K B ( eSEKTOR r ri tA SEKTOR a PERTANIAN DAN n n a gBANGUNAN d gPERHUTANAN uu n a gj jiPenggunaan sisa pertanian dan pemeliharaan perhutanan untuk H a imengawal keseimbangan persekitaran dan pengurusan sisa wg a o btanaman untuk pembuatan baja kompos lestaril o n M k a le aTPERHUTANAN SEMULA y , as i g a a - nKeeT nmaeinrte PENGURUSANTERNAKAN Teknologi Hijau berusaha untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang tinggi daripada perindustrian dengan penggunaantenaga secara cekap KECEKAPANTENAGA N n a aiui A yelesmelal T M en P N I L K E I h OGRAFIK T OMENA PERUBAHAN Disebabkan ole PENEBANGAN INDUSTRIHUTAN PEMBAKARAN AKTIVITIPEMBUANGAN BAHAN APISISA DAN AIR MANUSIASISA PENGANGKUTAN Membebaskan GHG CH4 Metana GAS CO2RUMAH HIJAUCFCGREEN HOUSE GASESKlorofluoroKarbon -karbon(GHG)dioksida NO2 Nitrus oksida Memberi kesan KEMARAU BERPANJANGAN SUHU YANG BANJIR TERLALUMELAMPAUPANAS KESANDAN SEJUK RIBUT, TAUFANKEHILANGAN DAN PUTING BIODIVERSITI BELIUNG F N N E F I 6 SAINS
Description: