ebook img

Laporan Tahunan Jakim 2015 PDF

162 Pages·2016·19.96 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Laporan Tahunan Jakim 2015

22001155 JAKIM 22001155 JJAAKKIIMM K ANDUNGAN 4 Perutusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 5 Ucapan Alu-Aluan Ketua Pengarah Jakim 6-7 Info Korporat 8-9 Carta Organisasi 10-12 Pengurusan Tertinggi dan Pengarah-Pengarah Bahagian 14-43 Penyelidikan & Pembangunan Fatwa 46-60 Manifestasi Dakwah dalam Masyarakat 62-71 Pengukuhan Institusi Kekeluargaan dan Kemasyarakatan 74-96 Pengukuhan Modal Insan 98-125 Penyelarasan Pendidikan dan Pengurusan Masjid 128-134 Penggubalan dan Penyelarasan Undang-Undang 136-142 Perhubungan Antarabangsa dan Dalam Negeri 144-160 Pengurusan dan Kewangan 4 | Laporan Tahunan 2015 JAKIM 22001155 Perutusan MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Alhamdulillah, saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya saya diberi kesempatan bersama-sama JAKIM dalam melaksanakan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Segala usaha itu tidak lain adalah untuk menyanjung keharmonian nilai Islam dan menjaga kesejahteraan sejagat seiring dengan kehendakNya. Buku Laporan Tahunan JAKIM ini diterbitkan sebagai penanda aras dan rujukan untuk penambahbaikan program-program yang akan datang di JAKIM. Bagi membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan kedaulatan agama Islam di Malaysia, Indeks Syariah Malaysia di tubuhkan. Ianya menilai dan mengukur keseriusan kerajaan dalam mencapai lima aspek Maqasid Syariah yang dikehendaki oleh syarak iaitu pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta. Dengan kata lain, ianya merupakan kaedah pengukuran saintifik yang menepati dua fungsi penting iaitu menilai kesungguhan usaha kerajaan dari tahun ke tahun dalam menepati piawaian Islam berkaitan dasar dan program kerajaan. Keduanya, mengenal pasti ruang pembaikan yang perlu diberi fokus untuk menerima lebih manfaat hasil penerapan nilai sejagat dalam Islam. Bagi memastikan JAKIM sentiasa membangun dan bergerak seiring dengan perkembangan semasa di Malaysia, satu Pelan Strategik JAKIM 2015-2019 telah di rangka berpaksikan tujuh teras. Memantapkan perundangan Islam melalui penyelarasan dan penyeragaman undang- undang ke arah mendaulatkan perlaksanaan syariat Malaysia.Mengukuhkan penyelidikan dan pembangunan Islam ke arah melestarikan kemajuan ummah.Seterusnya mengukuhkan kerjasama strategik dan ukhuwwah Islamiah di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa ke arah penyatuan ummah.Memantapkan kefahaman dan penghayatan Islam secara syumul bagi melahirkan khaira ummah.Memantapkan penyelarasan dan pembangunan halal ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju halal dunia.Mengukuhkan pembangunan pendidikan Islam ke arah melahirklan insan kamil dan memperkasakan keupayaan organisasi bagi meningkatkan kecekapan dan penyampaian perkhidmatan. Saya menaruh harapan yang amat tinggi agar agama Islam yang indah ini terpelihara sejajar dengan ketinggian martabat Islam itu sendiri. Justeru seluruh warga JAKIM perlulah berpendirian secara berhikmah dan bijaksana dalam melaksanakan setiap tindakan demi mencapai matlamat tersebut. Saya juga amat berbesar hati dengan penerbitan Buku Laporan Tahunan JAKIM 2015 ini. Ianya sudah tentu menjadi satu tanda aras bagi JAKIM agar terus komited dalam mencapai kejayaan di masa hadapan. Ucapan jutaan terima kasih juga buat semua warga JAKIM dan agensi- agensi lain yang turut terlibat secara lansung dalam menyumbang dan menjayakan agenda dalam mengukuhkan agama Islam di Malaysia. Semoga seluruh rakyat Malaysia sentiasa di dalam suasana yang makmur, sejahtera dan mendapat keredhaan Allah SWT.InsyaAllah. Sekian, Terima Kasih. Y.B MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri JAKIM Laporan Tahunan 2015| 5 22001155 Ucapan KETUA PENGARAH JAKIM Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pencipta sekelian alam, dan dengan rahmat kasih sayangNya kita masih lagi teguh dan utuh dalam mempertahankan kedaulatan agama melalui pengurusan hal ehwal agama Islam di Malaysia. Sekalung tahniah dan syabas juga buat sidang redaksi JAKIM dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan Buku Laporan Tahunan JAKIM bagi tahun 2015. Laporan tahunan ini merupakan aset terpenting bagi jabatan kerana ia merupakan satu cerminan menyeluruh bagi kegiatan dan peranan JAKIM dalam membentuk khaira ummah. Tahun 2015 adalah tahun yang amat mencabar bagi kita semua warga JAKIM. Meskipun pelbagai rintangan, dugaan dan tohmahan yang diberikan,tetapi demi mencapai misi dan visi jabatan, kita semua tetap menjalankan segala amanah dan tangggungjawab yang diberikan tanpa terkesan dengan perkara-perkara sedemikian. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah buat semua warga JAKIM. Harapan saya, agar semua warga JAKIM mengambil peluang dalam menambah nilai mutu kerja dan kualiti sebagai penjawat awam secara am dan warga JAKIM khususnya. Sentiasa memberikan yang terbaik dan memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan sebagai penambahbaikan dalam perkhidmatan.semoga semua warga JAKIM sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. InsyaAllah . “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA Ketua Pengarah JAKIM 6 | Laporan Tahunan 2015 JAKIM 22001155 INFO KORPORAT Mewujudkan Pengurusan Hal Ehwal Peneraju Dalam Membina Ketamadunan Ummah Islam Yang Cekap dan Berkesan Yang Unggul VISI MISI OBJEKTIF FUNGSI  Memastikan Ajaran Islam Tersebar Luas Kepada Sebagai sebuah agensi utama pengurusan hal Seluruh Masyarakat ehwal Islam di peringkat persekutuan serta urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal  Membentuk Kepimpinan Yang Berwibawa dan Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), maka JAKIM Melahirkan Tenaga Pengurusan Yang Terlatih, melaksanakan tiga fungsi utama berikut: Berketerampilan, Dedikasi dan Berhikmah  Menghasilkan Sistem Pengurusan Yang Fungsi 1 : Penggubalan dan Penyeragaman Undang-Undang Syarak Berteraskan Nilai dan Etika Islam Fungsi 2 : Penyelarasan dan Pentadbiran Islam Fungsi 3 : Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam JAKIM Laporan Tahunan 2015| 7 22001155 Jabatan ini berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai “agensi pusat” yang unggul dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam pengurusan hal ehwal Islam melalui usaha penyelarasan dan peningkatan mutu perkhidmatan dalam bidang dakwah, penyelidikan, perundangan, latihan, pendidikan serta pembangunan ekonomi dan sosial dengan menyediakan perkhidmatan seperti yang berikut: PIAGAM PELANGGAN  Menyediakan draf undang-undang Islam dalam tempoh enam bulan selepas semua dasar diputuskan.  Menyediakan hasil penyelidikan dalam bidang akidah, syariah, falak dan muamalat dalam tempoh enam bulan selepas arahan diterima.  Menyediakan program dakwah secara komprehensif dan melaksanakannya mengikut jadual yang ditetapkan.  Menerbitkan rancangan agama di radio dan televisyen pada setiap hari menepati waktu, dipersembahkan secara menarik dan mudah difahami.  Menerbit dan mengedar buku, majalah dan risalah dalam bidang keilmuan Islam mengikut jadual yang ditetapkan.  Menyiarkan keputusan atau pandangan hukum Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam Portal e-Fatwa dalam tempoh satu hari selepas ia disahkan.  Menyediakan program Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kepada kanak-kanak Islam berusia enam hingga 12 tahun mengikut kurikulum yang ditetapkan.  Mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagimakanan,barangan gunaan dan perkhidmatan logistik bagi permohonan yang memenuhi syarat dalam tempoh 50 hari bekerja selepas permohonan diterima.  Menyediakan teks khutbah Jumaat pada setiap minggu dan memaparkannya dalam portal JAKIM pada setiap hari Rabu.  Memberi latihan dalam bidang pengurusan hal ehwal Islam mengikut jadual perancangan yang ditetapkan.  Mengeluarkan surat tawaran kepada calon yang berjaya dalam temuduga pengambilan pelajar baharu Darul Quran dalam tempoh tiga minggu selepas tarikh temuduga.  Memastikan segala tuntutan yang lengkap diproses dan pembayaran dibuat dalam tempoh 14 hari.  Mengeluarkan surat sokongan pas lawatan ikhtisas bagi pendakwah dan pelajar warganegara asing dalam tempoh 21 hari bekerja daripada permohonan diterima. 8 | Laporan Tahunan 2015 JAKIM 22001155 CARTA ORGANISASI Penasihat Undang-undang Timbalan Ketua Pengarah Timbalan Ketua Pengarah (DASAR) (PEMBANGUNAN INSAN) Perancangan dan Pembangunan Kemajuan Islam Dakwah Penyelidikan Insan Pengurusan Fatwa Perhubungan Media Penerbitan Penyelarasan Keluarga Sosial Undang-undang dan Komuniti JAKIM Laporan Tahunan 2015| 9 22001155 Ketua Pengarah Pengarah Kanan (PENGURUSAN) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAKIM Cawangan Pengurusan Pengurusan Darul Quran Hab Halal Sarawak Sumber Manusia Maklumat Institut Latihan JAKIM Cawangan Khidmat Kewangan Islam Malaysia Sabah Pengurusan

Description:
akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai dasar dan pegangan Sunnah Wal Jamaah di kalangan umat Islam di negara ini, JAKIM telah menggunakan Sistem Bajet Berasaskan Outcome (Outcome Based Budgeting - OBB) dan.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.