ebook img

Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015 PDF

21 Pages·2016·2.49 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015

LAPORAN AKTIVITI 2015 UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE) www.utm.my/oshe/ https://www.facebook.com/UnitOSHEUTMJB Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015 2 Fungsi Unit OSHE 3 Objektif Unit OSHE 4 Latarbelakang Unit OSHE 5 - 8 Aktiviti Unit OSHE 2015 9 -15 Latihan Staf Unit OSHE 2015 16 -17 Lawatan Kerja IPT 18 -19 Statistik Insiden KKP 2015 20- 21 Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015 3 FUNGSI UNIT OSHE UTM  Merancang dan melaksanakan aktiviti- aktiviti pemantauan dan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.  Menyelaras dan melaksana program latihan mengenai kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.  Merancang dan menjalankan aktiviti pengauditan berkala dan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.  Menyediakan keperluan bahan dan peralatan untuk aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan.  Menyediakan laporan audit dan pemeriksaan keselamatan serta mengemaskini garis panduan laporan makmal/bengkel di UTM.  Menyelenggara inventori peralatan keselamatan (Safety Equipment) di UTM.  Mengurus dan menyelia proses pengumpulan dan penghantaraan sisa buangan terjadual untuk dilupuskan.  Merekod dan menyimpan dokumen berkaitan inventori bahan kimia dan sisa terjadual. Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015 4 OBJEKTIF UNIT OSHE UTM  Mencegah kemalangan dan masalah kesihatan pekerja dan orang awam di UTM.  Merancang pemeriksaan berkala terhadap standard kemudahan fizikal dan keselamatan pekerjaan dan merancang aktiviti pengauditan terhadap tempat, sistem dan prosedur kerja yang selamat.  Melaporkan dan menyiasat semua insiden yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada aset Universiti dan merancang langkah-langkah pengawalan.  Menyedia dan mengekalkan persekitaran kerja yang kondusif dan menyediakan peralatan dan kemudahan yang selamat untuk mengurangkan kecelakaan terhadap keselamatan dan kesihatan.  Menyediakan maklumat terkini kepada pekerja dan menyediakan latihan keselamatan dan kesihatan yang mencukupi.  Mengkaji dan memperbaiki polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran dari masa ke semasa. Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015 5 LATAR BELAKANG UNIT OSHE Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) UTM telah ditubuhkan pada Jun 2001 bagi memenuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang telah dikuatkuasakan pada 25 Februari 1994. Matlamat utama akta ini ialah untuk memupuk komitmen majikan dan juga pekerja terhadap amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Oleh itu, langkah penguatkuasaan akta ini merupakan satu daripada usaha kerajaan untuk membendung kejadian-kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan di negara ini yang kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Akta ini digubal untuk melengkapi undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang telah sedia ada, seperti Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) dan ianya telah memperkemaskan lagi kehendak-kehendak perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan mewujudkan suatu sistem penguatkuasaan yang berasaskan kepada gabungan-gabungan peruntukan-peruntukan Akta, peraturan-peraturan dan tataamalan-tataamalan industri yang disediakan melalui kerjasama kerajaan, majikan dan pekerja. Menurut peruntukan-peruntukan di dalam Akta ini, tanggungjawab utama untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah terletak pada mereka yang mewujudkan risiko di tempat kerja dan mereka yang bekerja dengan risiko tersebut. Oleh yang demikian, golongan utama di tempat kerja yang diberi kewajipan am di bawah Akta ini ialah majikan, orang-orang yang bekerja sendiri dan pekerja di samping mereka yang merekabentuk, mengilang, mengimport dan membekal peralatan dan bahan-bahan yang digunakan di tempat kerja. Akta ini telah menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil oleh majikan, setakat yang praktik, untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja untuk mereka. Antaranya ialah mengada dan menyenggara loji dan sistem kerja yang selamat, menyusun langkah-langkah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan, menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang perlu untuk memastikan Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015 6 keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya, memastikan premis kerja, serta jalan masuk dan keluarnya, adalah selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan pekerja- pekerjanya, serta menyedia dan menyenggara persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk para pekerjanya. Di samping kewajipan-kewajipan am tersebut, majikan juga dikehendaki untuk menyediakan pernyataan bertulis mengenai dasar, organisasi dan susunan langkah- langkah untuk memlihara keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta dikehendaki menyebarkan dasar tersebut kepada para pekerja. Falsafah AKKP berasaskan kepada pendekatan pengaturan kendiri, iaitu tanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terletak pada mereka yang mewujudkan risiko dan bekerja dengan risiko tersebut. Konsep pengaturan kendiri ini menggalakkan perundingan, kerjasama serta penglibatan pekerja dan majikan dalam usaha untuk meningkat tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja Selain daripada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139), akta-akta lain yang berkaitan dengan tugas serta tanggungjawab Unit Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHE) ialah; 1. Akta Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), 2. Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341), 3. Akta Racun 1952 (Akta 366), 4. Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan lain-lain. Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015 7 Unit OSHE berada di bawah pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Yg Bhg Prof. Dr Azlan b. Ab Rahman. Manakala Unit OSHE pula diketuai oleh seorang Pengarah, dibantu oleh tiga orang Timbalan Pengarah, iaitu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Radiasi & Biokeselamatan dan Alam Sekitar. Bagi melancarkan pengurusannya, Unit ini mempunyai beberapa staf profesional dan sokongan yang terdiri daripada Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains, Penolong Jurutera dan staf pentadbiran pejabat. PENGARAH (DS54) PM Dr. Johan b. Sohaili SETIAUSAHA PEJABAT (NA27) Cik Nurnadia bt. Sohaini BUILDING & CONSTRUCTION OSHA BIO SAFETY & RADIATION ICT PENTADBIRAN TIMB. PENGARAH (DS52) TIMB. PENGARAH (DS54) TIMB. PENGARAH (DS52) PM Dr. Yahya b. Mohamad PM Dr. Jafariah bt. Jaafar Dr. Suhairul bin Hashim Yatim PEGAWAI SAINS (C41) En. Ab Hanan b. Md Basri PEN. PEG. SAINS (C27) PEN. PEG. SAINS (C27) PEN. JURUTERA (J29) En. Mohd Azri b. Mohd Pn. Intan Nordiana bt. En. Mohd Hanif b. Amir Amin Ahmad JURUTEKNIK KOMPUTER (FT22) En. Abd Aziz b. Abd Latif PEMBANTU TADBIR (P/O) (NA17) Pn. Nor Izyawaty bt. Ithnin Carta Organisasi Unit OSHE PEMBANTU OPERASI (N11) En. Nazrullah Farihaz b. Nasir CERAMAH KKP - Ceramah CHRA di FKK (8 Februari 2015) - Ceramah Safety at Lab di Institut Ibnu Sina (10 Mac 2015) - Bengkel Pengurusan Risiko – HIRARC di UPMU (26 Mac 2015) - Taklimat KKP di UTM KL (3 April 2015) - Bengkel Permurnian HIRARC di FP (5 April 2015) AUDIT AKKP 2014 Aktiviti pengauditan untuk Anugerah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2014 (AKKP 2014) bersempena Anugerah Citra Karisma 2015 ( Mac – April 2015) Laporan Aktiviti Unit OSHE 2015 10 LATIHAN PENGUNG SIAN BANGUNAN (Kerjasama Bahagian Keselamatan, PHB & PKU) PTJ yang mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan: 1. Kolej Tun Fatim ah (12 Mac 2015) 2. Fakulti Biosains & Kejuruteraan Perubatan (30 April 2015) 3. Fakulti Kejuruteraan Elektrik (27 Mei 2015) 4. Menara Razak UTMKL (12 Ogos 2015) 5. Fakulti Sains (27 Oktober 2015) 6. Kolej Tuanku Canselor (3 November 2015) 7. Akademi Bahasa (16 November 2015) 8. Fakulti Pengurusan (29 November 2015) 9. Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (3 Disember 2015) 10. MJIIT UTMKL (15 Disember 2015) 11. Kolej Siswa Jaya UTMKL (15 Disember 2015) 12. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (16 Disember 2015) 13. Pejabat Harta Bina (17 Disember 2015) 14. Pejabat Bahagian Keselamatan UTM Johor (21 Disember 2015) PTJ yang mengadakan taklimat Latihan Pengungsian Bangunan: 1. Kolej Perdana (2 Jun 2015) 2. Fakulti Komputeran (20 Ogos 2015) 3. ICC (10 September 2015) 4. Unit Perhubungan Alumni (1 Oktober 2015) 5. Kolej Datin Seri Endon (22 Oktober 2015) 6. Perpustakaan PSZ & PRZS (29 Oktober 2015) 7. Kolej Dato Onn Jaafar (19 Disember 2015)

Description:
Objektif Unit OSHE. 4. Latarbelakang Unit OSHE. 5 - 8. Aktiviti Unit OSHE 2015. 9 -15. Latihan Staf Unit OSHE 2015. 16 -17. Lawatan Kerja IPT. 18 -19.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.