ebook img

laporan aktiviti program pakka PDF

20 Pages·2014·1.95 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview laporan aktiviti program pakka

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PESAN ABANG DAN KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) TARIKH 4-6 APRIL 2014 TEMPAT BAGAN SERAI, PERAK ANJURAN EKSEKUTIF PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INOVASI SESI 2013/2014 KOLEJ RAHIM KAJAI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DISEDIAKAN UNTUK: JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR UKM (JPPel) LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PAKKA LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PESAN ABANG DAN KAKAK KEPADA ADIK (PAKKA) SESI 2013/2014 EKSEKUTIF PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INOVASI KOLEJ RAHIM KAJAI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 BUTIRAN PROGRAM a) Nama Program : Program Pesan Abang dan Kakak kepada Adik (PAKKA) b) Penganjur : Eksekutif Pembangunan Akademik dan Inovasi sesi 2013/2014 Kolej Rahim Kajai c) Dengan kerjasama: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir d) Tarikh Asal : 21-23 Februari 2014 Tarikh sebenar : 4-6 April 2014 e) Tempat Asal : Lenggong dan Bagan Serai, Perak Tempat sebenar : Bagan Serai, Perak f) Jumlah peserta : 43 Ahli Jawatankuasa : 119 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir g) Perasmi i. Pembukaan : LT. KOL. BERSEKUTU. (PA) PROF MADYA DR. ROSLEE RAJIKAN Pengetua Kolej Rahim Kajai ii. Penutup : Y.B. DR. HAJI NOOR AZMI BIN GHAZALI Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak h) Jumlah Pendapatan Sebenar : RM 12 123.90 Jumlah Perbelanjaan Sebenar : RM 12 123.90 i) Penaja : Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Majlis Profesor Negara : Ahli Parlimen Bagan Serai : Menteri Belia dan Sukan Sabah : Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia : 1Malaysia for Youth (iM4U) : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) : GoodMorning Global Sdn Bhd : Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd : Sate Kajang Haji Samuri LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PAKKA 2.0 PENGISIAN PROGRAM 2.1 PENGISIAN AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) LDK 1 : Ice Breaking Tema : Karisma Aktiviti 1 : Berpecah kepada kumpulan  Semua peserta bergerak ke dalam kumpulan yang sama bulan kelahiran tanpa menggunakan mulut, hanya isyarat jari sahaja dibenarkan.  Semua peserta bergerak ke dalam kumpulan yang memiliki kertas warna yang sama dan membentuk nama kumpulan.  Arahan seterusnya diberikan kepada setiap individu untuk menulis maklumat butir diri dan melukis gambar cita-cita sendiri.  Setiap individu berdiri dan membentangkan maklumat yang diperoleh dalam kumpulan dalam masa 1 minit setiap orang dan meminta ahli kumpulan meneka cita- cita berdasarkan lukisan tersebut. Aktiviti 2 : Permainan bom  Kumpulan pertama memulakan pemainan dengan mengebom mana-mana kumpulan berdasarkan arahan ketua. Contohnya: " merah bom, merah bom, merah bom to biru bom".  Kumpulan seterusnya akan meneruskan perkara yang sama.  Kumpulan yang tersangkut atau terberhenti dikira kalah. Nilai murni : 1. Karisma merupakan gaya kepimpinan yang penuh keyakinan dan mampu memimpin dan berkerjasama untuk mencapai matlamat. 2. Hasilnya peserta akan mempunyai keyakinan untuk bercakap dan memimpin dan berkerjsama dengan penuh berkarisma. LDK 2 : Muhasabah Diri . Tema : Langkahkan Kaki Menata Akhlak dan Mencari Redhanya Aktiviti 1 : Tontonan video  Tayangan slide dijalankan dengan iringan lagu instrumental.  Fasilitator memilih 3 orang peserta untuk berkongsi pengalaman mereka.  Peserta diminta menulis surat „aku janji‟ kepada ibu bapa dan memesan kepada mereka agar memberikan surat itu kepada ibu bapa setelah pulang ke rumah. Nilai murni : 1. Memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai peri pentingnya berakhlak mulia. 2. Memberi keinsafan kepada para pelajar 3. Membantu para pelajar menjadi manusia yang lebih baik dunia akhirat. LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PAKKA LDK 3 : Realiti Kejayaan Tema : No Laws, No Limits, One Rule Aktiviti 1 : Break the Barrier  Pengerusi menerangkan atur cara dan peraturan.  Soalan diberikan kepada fasilitator-fasilitator kumpulan.  Fasilitator duduk dalam kumpulan yang bukan kumpulan asal.  Setiap fasilitator diberikan satu soalan untuk digunakan semasa aktiviti ini.  Setiap fasilitator mengambil 5 orang pelajar untuk menjalankan aktiviti ini dan membuat sesi soal jawab bersama pelajar berdasarkan soalan yang disediakan. Aktiviti 2 : Inspirasimu Aspirasiku  Aktiviti ini berbentuk debat dan terdapat dua pusingan dilakukan.  Tajuk yang diberikan adalah berbeza-beza mengikut pusingan.  Para juri yang terdiri daripada barisan felo kolej mmberi komen beserta ulasan setelah selesai perdebatan. Nilai murni : 1. Memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama 2. Meningkatkan tahap keyakinan diri 3. Mendorong kemahiran berfikir LDK 4 : Asah Minda Tema : Critical Thinking (Pemikiran kritis) Aktiviti 1 : Setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan 5 misi yang disediakan dan masa diberikan adalah selama 5 minit bagi setiap misi. MISI 1: SAHABAT  Peserta dikehendaki untuk mengoyakkan kertas tanpa terputus.  Setiap ahli kumpulan dikehendaki untuk masuk ke dalam kertas yang dikoyak selama 5 saat. Peserta lelaki dan perempuan diasingkan.  Pemudah cara yang bertugas mengambil gambar ahli kumpulan sebagai bukti misi berjaya dilaksanakan. MISI 2: PERMAIDANI IMPIAN  Setiap kumpulan dikehendaki bergerak tanpa berlari secara bergilir-gilir sambil membawa cawan berisi air manakala sehelai kertas A4 dijadikan sebagai dulang bagi membawa cawan tersebut.  Peserta diikat kaki sambil berjalan berhati-hati untuk membawa cawan berisi air tersebut.  Kumpulan yang berjaya membawa cawan tersebut dengan masa yang diberikan dalam keadaan air tersebut tidak tertumpah maka mereka diberikan klu. LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PAKKA MISI 3: KARYAKU  Setiap kumpulan dikehendaki mencipta lirik lagu berdasarkan tajuk iaitu tokoh sejarawan.  Rentak / muzik terpulang kepada peserta.  Kumpulan yang berjaya akan diberikan klu. MISI 4: YOU HAVE TO THINK MORE  Setiap kumpulan menjawab 5 soalan berkisarkan pengujian minda.  Dua orang bekerjasama untuk menjawab satu soalan yang disediakan.  Kumpulan yang berjaya akan diberikan klu. MISI 5: MATHS  Disediakan beberapa nombor dan simbol yang ditulis di atas sehelai kad manila.  Berdasarkan nombor-nombor dan simbol-simbol tersebut, peserta perlu membuat satu persamaan dengan menggunakan semua nombor dan simbol tersebut.  Hasil daripada semua nombor dan simbol tersebut mesti bersamaan dengan nilai 0. Nilai Murni : 1. Melatih para peserta untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam memikirkan strategi 2. Memupuk semangat kerjasama ketika menyelesaikan masalah yang diberikan 3. Menggalakkan persaingan secara sihat sesama pasukan LDK 5 : Inovasi Alam Sekitar Tema : Lestari Aktiviti : Merekacipta arca tabung  Pengerusi majlis memberikan kepentingan keusahawanan dalam kehidupan.  Setiap kumpulan diberikan kertas mahjung, salotip, gam, kertas warna, pen marker, lidi, majalah terpakai, crayon, botol plastik kecil dan besar untuk membuat arca tabung mengikut kreativiti masing-masing.  Setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk membentang dan mempersembahkan hasil perbincangan serta memperagakan tabung yang dihasilkan dengan gaya pembentangan yang kreatif. Nilai Murni : 1. Meningkatkan semangat kerjasama antara peserta 2. Melatih peserta agar sentiasa mengamalkan sikap menjaga kebersihan. 3. Mengingatkan pelajar agar sentiasa menghargai alam sekitar. LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PAKKA LDK 6 : Get The Chances Tema : Pemikiran Kritis Pemangkin Transformasi Kehidupan Aktiviti 1 : ABC Get The Sentences  Pengerusi memberi satu situasi yang mengharuskan semua pelajar peka dengan situasi tersebut.  Fasilitator memilih abjad yang ingin dimulakan oleh pelajar. Pelajar membuat ayat berdasarkan abjad yang dipilih dan susunan abjad tersebut adalah mengikut susunan yang betul.  Pelajar bermain permainan ini sehingga abjad terakhir adalah abjad permulaan pada awal permainan. Aktiviti 2 : Tourist Guide  Wakil daripada setiap kumpulan naik ke pentas dan bertindak sebagai „tourist guide‟. „Tourist guide‟ ini membelakangi skrin putih yang menayangkan gambar sesuatu pemandangan.  Ahli kumpulan yang lain bertindak sebagai pelancong dan bertanyakan soalan kepada “tourist guide” tersebut untuk memberikan jawapan secara tidak langsung.  Masa yang diberikan untuk bertanyakan soalan adalah selama 2 minit.  „Tourist guide‟ meneka gambar yang sedang ditayangkan. Aktiviti 3 : Sketsa Berpantun  Pengerusi menerangkan cara dan peraturan untuk bermain dalam permainan ini.  Wakil daripada setiap kumpulan naik ke pentas dan mencabut salah satu gulungan kertas yang terdapat di dalam sebuah balang.  Wakil kumpulan mencipta empat rangkap pantun yang berkaitan dengan objek yang tertulis pada kertas tersebut.  Masa maksimum yang diberikan untuk wakil kumpulan mencipta pantun dan ahli kumpulan untuk memberikan jawapan adalah selama 10 minit.  Dua kumpulan yang paling pantas meneka jawapan yang betul akan bersaing antara satu sama lain. Nilai Murni : 1. Melatih para peserta untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam memikirkan strategi 2. Memupuk semangat kerjasama ketika menyelesaikan masalah yang diberikan 3. Menggalakkan persaingan secara sihat sesama pasukan LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PAKKA LDK 7 : Surat Buatmu Abangku Kakakku Tema : Aspirasi Untukmu Aktiviti 1 : Sepucuk surat  Setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk mengambil satu perkataan dalam sebuah kotak misteri dan perkataan tersebut adalah dalam bahasa Melayu.  Wakil daripada setiap kumpulan menerangkan perkataan tersebut dalam bahasa Inggeris tanpa memberitahu perkataan sebenar. Masa yang diberikan untuk setiap kumpulan adalah 5 minit.  Berdasarkan perkataan tersebut, setiap kumpulan menulis sepucuk surat dalam bahasa Inggeris untuk diberikan kepada abang dan kakak. Masa yang diberikan hanya 20 minit untuk setiap kumpulan menyiapkan surat tersebut.  Setiap pelajar harus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan untuk berbincang.  Setelah selesai menyiapkan surat, setiap kumpulan menghantar wakil untuk membacakan surat tersebut. Masa yang diberikan untuk sesi pembentangan adalah 3 minit bagi setiap kumpulan. Nilai Murni : 1. Melatih pelajar menggunakan bahasa Inggeris dengan baik. 2. Merapatkan hubungan antara peserta dengan abang dan kakak. 3. Melatih semangat bekerjasama. LDK 8 : Persembahan Kebudayaan Tema : Akulturasi budaya Aktiviti 1 : Pentomen  Pengerusi menerangkan konsep persembahan pentomen.  Setiap kumpulan membuat persembahan pentomen semaksimum 10 minit berdasarkan tajuk yang telah diundi oleh wakil daripada setiap kumpulan.  Para peserta berbincang sesama ahli kumpulan dan fasilitator kumpulan membantu dalam memberikan idea berkenaan skrip pentomen.  Selepas membuat persembahan pentomen, wakil daripada kumpulan menerangkan serba ringkas mengenai moral cerita yang telah dipersembahkan.  Juri memberi komen berdasarkan kriteria-kriteria pembahagian markah persembahan yang disediakan. Nilai Murni : 1. Mendedahkan kepada pelajar mengenai konsep persembahan pentomen. 2. Mencungkil bakat para peserta ketika memainkan peranan watak masing-masing. 3. Memupuk semangat bekerjasama membina skrip dialog dan mempelajari kisah moral di sebalik pentomen yang dipersembahkan. LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PAKKA 3.0 KESIMPULAN Kelebihan / Kebaikan Aktiviti 1) Antara kelebihan yang boleh diperolehi sepanjang penglibatan pelajar dalam Program Pesan Abang dan Kakak kepada Adik (PAKKA) ini termasuklah dapat memupuk semangat bekerjasama dan secara tidak langsung telah membina ukhwah silaturahim yang erat sesama siswa/i Kolej Rahim Kajai dengan pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir. Hal ini demikian kerana, kebanyakan aktiviti yang dijalankan melibatkan interaksi dan perhubungan antara adik-adik dengan abang dan kakak yang bertindak sebagai fasilitator. 2) Bagi mahasiswa tahun 1 Kolej Rahim Kajai pula, mereka dapat menimba pengalaman baru dalam menguruskan sesebuah program berdasarkan tunjuk ajar daripada pelajar senior yang lebih berpengalaman. Hal ini demikian kerana, mahasiswa tahun 1 diberi peluang untuk memegang jawatan sebagai ketua pengarah bagi setiap bidang pengurusan seperti Post Program, Post Protokol, Post Publisiti, Post Pengangkutan & Logistik, Post Teknikal, Post Jamuan, Post Cenderamata dan Post Kebajikan & Disiplin. Dalam hal ini, setiap pengalaman berharga yang ditimba dapat melatih diri untuk lebih bersikap bertanggung jawab terhadap amanah yang diberikan. 3) Para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir juga berpeluang untuk menyertai program menarik yang berteraskan pembangunan akademik dan inovasi ini di samping dapat meningkatkan tahap keyakinan diri, memupuk semangat berpasukan, melatih diri bersikap berdisiplin serta mencungkil bakat yang terpendam pada diri mereka. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan termasuklah membuat arca tabung, mencipta lagu, membuat persembahan pentomen dan lain-lain lagi. Program ini juga menyediakan satu aktiviti yang memberi kesedaran kepada para peserta iaitu aktiviti muhasabah diri dan aktiviti yang mencabar minda seperti eksplorasi yang bertemakan pemikiran kritis. Permasalahan yang timbul Kami mengalami masalah dari segi pengurusan masa. Kekangan kesesakan lalu lintas pada pagi hari pertama program menyebabkan dua buah bas yang ditempah telah hadir ke kolej dalam tempoh yang agak lewat. Hal ini secara tidak langsung mengakibatkan ketibaan kami ke Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al- Baqir mengalami kelewatan dan sekali gus mengganggu perjalanan program. Namun begitu, kami telah mempertingkatkan pengurusan masa dan merancang masa perjalanan program dengan teratur supaya program dapat berjalan dengan lancar. LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PAKKA LAPORAN AKTIVITI PROGRAM PAKKA LAMPIRAN A Banner / Banting Program Pesan Abang Kakak kepada Adik (PAKKA) Gambar sepanjang perjalanan program Para peserta beratur di luar dewan bagi sesi pendaftaran dan pengagihan baju PAKKA

Description:
HAJI NOOR AZMI BIN GHAZALI. Ahli Parlimen Bagan Serai . marker, lidi, majalah terpakai, crayon, botol plastik kecil dan besar untuk membuat arca
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.