ebook img

KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAH Jahid Sidek Pusat Rawatan Islam Manarah PDF

38 Pages·2017·0.52 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAH Jahid Sidek Pusat Rawatan Islam Manarah

Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah”, Jurnal Qalbu 4.3 (Dis 2017): 44-81 KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM AKIDAH Jahid Sidek Pusat Rawatan Islam Manarah (PRIM), Astana Budi, Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, 48050 Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. Tel: (HP: 019-3845666) Emel: [email protected] Abstrak Makalah ini membahaskan tentang konsep tasawuf yang muktabar dalam akidah. Akidah yang dimaksudkan di sini ialah akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah (ASWJ). Justeru, tasawuf yang muktabar dari sisi akidah adalah tasawuf yang bebas daripada akidah dan keyakinan yang bercanggah dengan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah. Tasawuf adalah kesepaduan di antara aspek-aspek akidah dan syariah yang menatijahkan penghayatan akhlak yang sunniyyah. Tasawuf merupakan roh agama. Sebagaimana jasad tidak akan hidup tanpa roh, maka begitulah agama tidak akan hidup tanpa tasawuf. Tasawuf adalah amalan yang mampu meningkatkan akidah dan syariat. Dengan pengamalan tasawuf, pengetahuan akidah dapat ditingkatkan ke tahap dhawqiy ruhiy dan mencapai makrifatullah yang sebenar-benarnya. Penyimpangan akidah dan syariat dapat dikawal dengan ilmu dan pimpinan yang benar. Selain daripada aspek ilmu dan amalan yang sahih, institusi Shaikh yang berautoriti juga amat berperanan bagi mengawal penyimpangan- penyimpangan yang mungkin berlaku pada sesetengah pengamal. Kata kunci: Tasawuf, muktabar, akidah. HONORABLE TASAWUF CONCEPT IN AKIDAH Abstract This article discusses about the concept of the venerated tasawuf in akidah. Akidah here is akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah (ASWJ). Hence, the venerated tasawuf in akidah is tasawuf that free from deviant 44 Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah”, Jurnal Qalbu 4.3 (Dis 2017): 44-81 in akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah (ASWJ). Tasawuf combines aspects of akidah and syariat that causes the life of good behaviour, sunniyyah. Tasawuf also the soul of our religion. Like the body without a soul is the same as religion without tasawuf. Tasawuf is the ritual that can improve the akidah and syariat. With the ritual of tasawuf, the knowledge of akidah can be improved to dhawqiy ruhiy stage and get the real makrifatullah. The akidah and syariat that are deviant can be controlled with real knowledge and leadership. Apart from the aspect of authentic knowledge and practice, the authoritative Shaikh institution also plays a role in controlling the possible deviations of some practitioners. Keywords: Tasawuf, muktabar, akidah. Pendahuluan Kertas kerja ini akan menjelaskan konsep tasawuf yang muktabar dalam akidah. Tasawuf yang muktabar dalam akidah, juga bermakna muktabar dalam syariat, kerana akidah dan syariat tidak boleh dipisahkan. Tasawuf adalah sebatian antara kedua-duanya yang tidak boleh dipisahkan sama sekali. Mungkin tajuk yang diberikan di atas bermaksud, agar tinjauan yang dibuat dalam kertas kerja ini lebih menumpukan aspek akidah berbanding dengan aspek syariat. Akidah yang dimaksudkan disini ialah akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah (ASWJ). Tasawuf yang muktabar dalam akidah dapat ditinjau dari beberapa aspek penting: Pertama dari aspek sumbernya iaitu al-Quran dan sunnah yang ditafsirkan dengan tafsiran yang muktabar. Kedua dari aspek kedudukan dan peranan tasawuf dalam akidah iaitu bagaimana tasawuf dapat menjadi satu benting akidah ASWJ dan bagaimana ianya begitu penting dalam meningkatkan ilmu dan kefahaman tauhid ke tingkat hakikat dan ma‘rifah? Ketiga dari aspek amalan, bagaimana amalan dalam tasawuf dilakukan dengan sebaik-baiknya yang menepati motif tauhid yang sebenar? Keempat dari aspek berbagai prinsipnya yang penting, bagaimana prinsip tersebut merupakan satu mekanisma yang memenuhi tuntutan akidah? Kelima dari aspek disiplin pemantauan akidah, bagaimana pemantauan akidah memberi kesan yang sangat positif? 45 Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah”, Jurnal Qalbu 4.3 (Dis 2017): 44-81 Keenam berbagai-bagai isu dan masalah yang timbul sepanjang zaman, dari dulu sehingga ke hari ini, iaitu isu dan masalah yang timbul dari dalam dan luar tasawuf. Kedudukan Tasawuf Dalam Islam Tasawuf adalah merupakan satu madrasah kerohanian Islam yang lahir bersama lahirnya Islam. Kandungan dalam tasawuf adalah merupakan amalan Rasulullah s.a.w., golongan sahabat, tabi’in, tabi at-tabi’in dan para salaf al-salih. Amalan tasawuf adalah sunnah muttaba’ah. Ianya menjadi salah satu dari tiga rukun agama Islam, iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Shaikh Abu al-Hasan al-Bushanji (W. 282H) seorang sufi, menegaskan dengan katanya: لاب ةقيقح ناك دقو ةقيقح لاب مسا مويلا فوصتلا مسا Maksudnya: “Tasawuf pada hari ini (masa hidupnya Shaikh Abu al-Hasan al- Bushanji) ada namanya tanpa ada hakikatnya. Sesungguhnya pada masa dahulu (zaman nabi s.a.w, sahabat, tabi’in, tabi’ at-tabi’in) tasawuf ada hakikatnya tanpa ada namanya.”1 Imam Muslim dalam kitab sahihnya meriwayatkan sebuah hadith dari Umar al-Khattab yang megisahkan pertanyaan Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. mengenai Islam, Iman dan Ihsan. Mengenai Islam Rasulullah s.a.w memberi jawapan dengan menyebutkan rukun Islam yang lima; mengenai Iman Rasulullah s.a.w. menjawap dengan rukun Iman yang enam; mengenai Ihsan Rasulullah s.a.w menjawap dengan sabdanya: هارت نكت مل نإف هارت كنأك الله دبعت نأ ناسحلإا كاري هنإف Maksudnya: “Ihsan anda beribadat kepada Allah seolah-olahnya anda melihatnya, jika anda tidak seolah-olah 1 Hujwiri, Ali ibn Uthman, Kashf al-Mahjub. Kaherah: Al-Majlis al-A‘la li al- Shu’un al-Islamiyyah, 1974, hlm. 239. 46 Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah”, Jurnal Qalbu 4.3 (Dis 2017): 44-81 melihatnya sesungguhnya Allah melihat anda”. Ihsan yang disebut dalam hadith ini adalah asas ilmu dan amalan tasawuf. Jadi ilmu Ihsan adalah ilmu tasawuf. Shaikh Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi, dalam kitabnya al-Shari‘ah wa al-Tariqah menegaskan dengan kata-katanya, yang bermaksud: “Tariqat sebenarnya adalah nama yang sama maknanya dengan Ihsan yang tersebut dalam hadith. Ia merupakan jalan yang menyampaikan Ihsan. Ihsan juga disebut dan dikenali dengan tasawuf atau suluk. Anda boleh namakan ilmu Ihsan itu dengan apa-apa istilah. Semua lafaz istilah itu berlainan tetapi maksudnya sama.”2 Dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang jelas yang dapat dijadikan dalil yang membuktikan tasawuf memang lahir bersama lahirnya Islam. Allah berfirman: مأُِ يأَُعَ اْوُ ُتأَي مأُُۡأمِّ ٗا وسُ ََ نَ ِّ يمِّ ُلۡأٱ يِف ثَ عَ َب يذِ َّلٱ وَ ُه اْوُناكَ نِإوَ َةمَ كأحِ لأٱوَ بَ َتَٰكِ لأٱ مُ ُُمُ ُِّعَ ُيوَ مأُِ يكِّ زَ ُيوَ ۦهِ ِتَيَٰاءَ َٰ (٢) نٖ يِبمُّ لٖ َُضَ يِفَل لُ بأَق نمِ (Al-Jumu’ah 62:2) Maksudnya: “Dialah (Allah) yang telah mengutuskan seorang rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (mengajar ummatnya mengenal Allah), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (hukum-hakam) dan 2 Kandahlawi, Muhammad Zakariyya bin Muhammad Yahya al-, Al-Shariah wa al-Tariqah. t.tp. tt., hlm. 99. 47 Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah”, Jurnal Qalbu 4.3 (Dis 2017): 44-81 Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara‘)…” Tazkiyyah ( مُِ يكِّ زَ ُيوَ ) yang tersebut dalam ayat ini bermaksud ilmu tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati, kerana ilmu ihsan atau tasawuf tujuannya membersihkan zahir dan batin manusia. Hubungan Tasawuf dengan Akidah Hadith Ihsan di atas adalah merupakan kata-kata atau ungkapan yang menjadi anak kunci (keyword) yang penting untuk melihat dan memahami dengan tepat hubungan tasawuf dengan akidah dan syariat. Berdasarkan hadith Ihsan tersebut dapat dirumuskan beberapa kesimpulan: 1) Tasawuf adalah merupakan natijah amalan yang menggabungkan akidah dengan syariat atau tauhid dengan fekah. 2) Tasawuf adalah amalan yang mampu meningkatkan kedua-dua bidang akidah (tauhid) dan syariat (fekah). 3) Hanya dengan tasawuf akidah atau tauhid dapat dicapai setinggi-tingginya iaitu hakikat dan ma‘rifah. 4) Tasawuf adalah ilmu dan amalan yang menumpukan aspek rohani (hati, roh dan sirr) secara dhawqi ruhiy. 5) Tasawuf adalah merupakan roh bagi agama. Sebagaimana jasad tidak akan hidup tanpa roh, maka begitulah agama tidak akan hidup tanpa tasawuf. Menurut seorang ahli hadith, al-Hafiz Ibn Rajab al- Hanbali dalam kitabnya Jami’ al-‘Ulum wa-Hikam bahawa apa bila seseorang berada di tingkat Ihsan seperti yang disebutkan di dalam hadith, orang tersebut melalui dua tahap. Tahap pertama ketika berada dalam keadaan “seolah-olah melihat Allah”. Di tahap ini orang tersebut telah dikurniakan oleh Allah ma‘rifah, boleh digelarkan sebagai arif. Bagaimanapun di tahap ini sifat kehambaannya belum sempurna, masih banyak kekurangannya. Oleh kerana itu orang tersebut dikenalai sebagai arif naqis.3 Tahap kedua ialah ketika berada dalam keadaan “Allah sentiasa melihat atau memantau dirinya”. Pada tahap ini orang 3 Ibn Rajab, ‘Abd al-Rahman ibn Shihab al-Din, Jami’ al-‘Ulum wa-Hikam, Juz. 1. Beirut: Mu’assah al-Risalah, hlm. 125-134. 48 Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah”, Jurnal Qalbu 4.3 (Dis 2017): 44-81 tersebut telah dikurniakan oleh Allah sifat kehambaan yang sempurna dan hati yang ikhlas. Oleh sebab itu orang tersebut digelarkan sebagai arif kamil, kerana sifat kehambaannya telah disempurnakan oleh Allah. Ihsan yang tersebut bila dipandang dari sudut dhawqi ruhiy, di tahap pertama orang tersebut sedang difana’kan oleh Allah, berada di dalam fana’ fi ‘llah. Di tahap kedua pula orang tersebut telah dikeluarkan oleh Allah dari fana’ fi ‘llah ke medan baqa’ bi ‘llah. Dapat disimpulkan tasawuf yang muktabar dalam akidah ialah tasawuf yang diletakan dengan teguh dan sempurna di atas asas akidah ASWJ. Tasawuf telah berjaya menjadi satu madrasah yang penting memainkan peranan dalam usaha menjaga keutuhan dan kesucian akidah ASWJ. Disamping itu tasawuf dapat meningkatkan akidah ASWJ ke tahap setinggi-tingginya dari tingkat ilmu dan kefahaman bertempat di akal, meningkat kepada hakikat dan ma’rifah di hati dan roh. Tokoh-tokoh tasawuf adalah merupakan tokoh-tokoh akidah ASWJ. Golongan sufiyyah sepanjang zaman dari dulu dan sekarang dapat sanjungan sebagai ulamak ASWJ. Imam ‘Abd al- Qahir al-Baghdadi dalam kitabnya Usul al-Din dan al-Farq Bayna al-Firaq menegaskan dengan kata-katanya yang bermaksud:4 “Golongan yang ke enam (di antara golongan ASWJ) ialah golongan ahli zuhud dan ahli tasawuf yang mempunyai pandangan yang tajam (dalam memahami agama). Mereka hidup dengan cara serdahana, membuat berbagai latihan kerohanian. Mereka mampu mengambil iktibar atau pengajaran yang benar dan mendalam mengenai ajaran agama. Mereka bersifat redha dengan apa yang Allah takdirkan. Mereka bersifat qana’ah (berpada) dengan rezeki yang Allah kurniakan. Mereka tidak mengejar kemewahan. Mereka menyedari sedalam-dalamnya bahawa pendengaran, penglihatan (akal) dan hati akan disoal kelak (di akhirat) mengenai baik atau buruknya. Mereka sentiasa muhasabah diri sampai mengenai perkara-perkara yang sehalus-halusnya atau sekecil- kecilnya. Mereka membuat persediaan yang baik untuk kehidupan hari akhirat. Mereka bercakap menggunakan ibarat dan isyarat, 4 Baghdadi, ‘Abd al-Qahir ibn Tahir, Al-Farq bayna al-Firaq wa Bayan al-Firaq an-Najiyyah minhum. Kaherah: Maktabah Ibn Sina, hlm. 273-274. 49 Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah”, Jurnal Qalbu 4.3 (Dis 2017): 44-81 mengikut cara ahli hadith. Mereka tidak bercakap perkara yang kosong dan sia-sia. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak dan tidak meninggalkan amalan yang baik disebabkan malu kepada manusia. Agama mereka adalah tauhid sebenar dan menafikan penyamaan Allah dengan makhluk. Mazhab mereka mengenai kerohanian ialah menyerah kepada Allah dan tawakal. Mereka taat kepada perintah Allah, menyerah penuh sebagai hambaNya. Mereka redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah dengan hati dan perbuatan. Al-Quran ada menyebutkan hal keadaan mereka seperti itu.” Firman Allah: لِ ضأ َفلأٱ وذُ ُللََّّ ٱوَ ءُُۚٓاشَ َي نمَ هِ يِتؤأُي ِللََّّ ٱ لُ ضأ َف كَ ِلذََٰ أ ٢١ مِيظِ عَ لٱ (Al-Hadid 57:21) Maksudnya: “…yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar…” Imam Ghazali pula berkata: قيرطل نوقباسلا مه ةيفوصلا نأ اۡيقي تمُع ينإ مُقيرطو ريسلا نسحأ مُتريس نأو ةصاخ الله ناف... قلاخلۡا ىكزأ مُقلاخأو قرطلا بوصأ مُۡطابو مهرهاظ يف مُتاۡكسو مُتاكرح عيمج ةوبۡلا ةاكشم َون نم ةسبتقم Maksudnya: “Sesungguhnya aku tahu secara pasti bahawa golongan sufiyyah adalah mereka yang khusus bersungguh- sungguh mengutamakan jalan Allah. Sirah zahir dan batin mereka adalah sebaik-baik sirah. Perjalan mereka adalah perjalanan yang paling benar. 50 Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah”, Jurnal Qalbu 4.3 (Dis 2017): 44-81 Akhlak mereka adalah sebersih-bersih akhlak. Sesungguhnya gerak dan diam mereka sama ada zahir mahupun batin adalah imbasan dari cahaya permata kenabian.”5 Berasaskan al-quran dan sunnah Tasawuf yang muktabar dalam akidah dapat dilihat dari keteguhan memegang dua sumbernya iaitu al-Quran dan sunnah. Apa juga isu dan masalah akidah baik mengenai asas-asasnya mahupun persoalan furu’nya dirujuk kepada al-Quran dan hadith. Tentunya al-Quran dan hadith yang dihurai dan ditafsirkan mengikut pandangan ulamak ASWJ atau pandangan ahli tafsir yang berada dalam arus perdana Islam. Shaikh Abu al-Qasim Junayd al- Baghdadi (W. 297H) menegaskan dengan katanya yang terkenal: ةۡسلاو نارقلاب ديقم اذه اۡمُع Maksudnya: “Ilmu (tasawuf) kita ini tercanai dengan al-Quran dan sunnah”6 Oleh kerana para salik tidak ada kemahiran dan keahlian mengenai al-Quran dan sunnah maka untuk menentukan mereka tetap berpegang kepada al-Quran dan sunnah, dalam fekah, diwajibkan keatas mereka mengikut salah satu mazhab sunni yang empat, Hanafi, Maliki, Shafi’i atau Hanbali. Mereka tidak dibenarkan mengikut mazhab yang lain seperti Syiah dan seumpamanya. Di dalam akidah diwajbkan keatas mereka berpegang teguh kepada mazhab atau aliran ASWJ. Apa juga natijah atau pengalaman amalan dalam perjalanan mujahadah para salik, wajib dirujuk kepada al-Quran dan sunnah. Jika di dapati berlawanan dengan al-Quran dan sunnah, wajiblah ditinggalkan atau diabaikan. Oleh sebab itulah maka shaikh mursyid yang menbimbing para muridnya mestilah mengetahui tafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadith, khasnya yang berkaitan dengan akidah dan syariat yang diperlukan atau yang asas. 5 Ghazali, Muhammad bin Muhammad al-, Al-Munqidh min al-Dhalal, dlm. Majmu‘at Rasa’il. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t., hlm. 57-58. 6 ‘Isa, ‘Abd al-Qadir, Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf, Halab: Dar al-‘Irfan, 2001. 51 Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah”, Jurnal Qalbu 4.3 (Dis 2017): 44-81 Berpegang dengan prinsip-prinsip aswj. Tasawuf yang muktabar dalam akidah tetap berpegang dengan beberapa prinsip akidah ASWJ antaranya ialah:7 1) Tanzih atau taqdis, maksudnya Allah tetap Maha Suci daripada diserupakan dengan makhluk. Allah tidak berjisim, tidak bertempat, tidak ada arah seperti depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah. Zat Allah tidak boleh dikenal, hanya Allah sahaja yang mengenal ZatNya. Usaha mengenal ZatNya dilarang. Allah berfirman: ٢٨ ُۥهۗ سَ فأَن ُللََّّ ٱ مُ كُ َُ ذِّ حَ ُيوَ (Ali Imran 3:28) Maksudnya: “…dan Allah memberi amaran supaya kamu tidak mengenal ZatNya…” Permasalahan Ayat-Ayat Mutasyabihat Firman Allah: نَّ ُه تٌ مََٰكَ حأ مُّ تٞ َيَٰاءَ ُهۡأمِ بَ َتَٰكِ لأٱ كَ يأَُعَ لَ زَ نَأ يٓ ذِ َّلٱ وَ ُه غٞ يأزَ مأُِ ِبوُُُق يِف نَ يذِ َّلٱ امَّ َأَف تٞۖٞ ََُٰ ِبشََٰ َتمُ رُ خَ ُأوَ بِ َتَٰكِ لأٱ مُُّأ ۦهِٞۖ ُِيوِ أأَت ءَ ٓاغَ ِتبأٱوَ ةِ َۡتأِفلأٱ ءَ ٓاغَ ِتبأٱ ُهۡأمِ َهَبشََٰ َت امَ نَ وعُ ِبَّتَيَف مُِأعِ لأٱ يِف نَ وخُ سِ رََّٰ لٱوَ ُللََّّۗ ٱ َِّٗإ ُۥهٓ َُيوِ أأَت مُ َُعأَي امَ وَ ٗٓ َِّإ رُ كَّ ذَّ َي امَ وَ اَِّۗۡبََ دِ ۡعِ نأ مِّ ل ٞ كُ ۦهِ ِب اَّۡمَ اءَ نَ وُلوُقَي ٧ بِ َبَٰلأَلۡأٱ اْوُلوْ ُأ (Ali Imran 3:8) Maksudnya: “ Dialah (Allah) yang telah menurunkan al-Quran; sebahagian dari al-Quran itu adalah ayat-ayat muhkamat (ayat-ayat yang terang dan jelas maknanya) ; ayat-ayat muhkkamat itulah merupakan kandungan al-Quran yang 7 GhazzÉlÊ, Imam AbË ×Émid MuÍammad bin MuÍammad al-IljÉm al-‘AwwÉm an ‘Ilm al-KalÉm, dlm. Majmu‘at RasÉ’il. Beirut: DÉr al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.. 52 Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah”, Jurnal Qalbu 4.3 (Dis 2017): 44-81 asas , banyaak dan penting; dan sebahagian yang lain ayat mutasyabihat; Adapun mereka yang dalam hati mereka ada penyakit penyimpangan dari kebenaran , sentiasa suka mengikuti ayat mutasyabihat itu untuk menimbulkan fitnah dan mahukan takwilannya mengikut sesuka hati mereka; dan tidak ada sesipa yang mengetahui takwilannya, kecuaali Allah; adapun orang yang benar dan teguh ilmu mereka berksta : “kami beriman dengan ayat- ayat itu; semuanya dari sisi Tuhan kami (Allah); dan tidak ada yang mampu taadhakkur kecuali golongaan ulul- albab” Mengenai ayat-ayat mutasyabihat ulama’ tasawuf berpegang kepada akidah ASWJ iaitu tidak menggunakan pengertian makna zahir perkataan atau makna hakiki, tetapi menerima ayat mutasyabihat tersebut dengan makna yang Allah kehendaki yang Allah sendiri tahu; atau ditakwilkan dengan takwilan yang sesuai dengan sifat-sifat Allah dan tidak ditentukan dengan hanya satu takwilan sahaja. Lebih jauh lagi tasawuf mengajarkan pengamalnya supaya membersihkan diri zahir dan batin dari unsur syirik jali dan khafi. Kedua-dua syirik ini dianggap oleh golongan sufiyyah sebagai sama sahaja dan mesti dijauhkan. Menurut sufiyyah, syirik jali disebabkan waham pada akal, maka waham tersebut boleh dihapuskan demgan ilmu tauhid yang benar. Sebab itu para salik diwajibkan menuntut ilmu tauhid selain dari ilmu fekah dan tasawuf. Syirik khafi pula disebabkan waham di dalam hati atau roh . Ianya hanya akan hilang Allah limpahkan nur al-wisal ke dalam hati. Ibn ‘Ata’illah menyebutkan: ىلإ كدوجو نجس نم كجرخيل دَاولأ كيُغ دَوأ دوُش ءاضف Maksudnya; “Allah melimpahkan (dalam hati) tanda nur warid al-wisal 53

Description:
mencapai makrifatullah yang sebenar-benarnya. Penyimpangan .. yaqazah kerana Allah telah limpahkan ke dalam hati nur al- intibah. Dengan
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.