ebook img

Koleksi Aktiviti Terpilih 2011 (Siri 2) - Universiti Malaysia Pahang PDF

177 Pages·2011·14.45 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Koleksi Aktiviti Terpilih 2011 (Siri 2) - Universiti Malaysia Pahang

PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA KOLEKSI AKTIVITI TERPILIH SIRI 2 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA 2011 Cetakan Pertama First Printing, 2011 Hak Cipta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Copyright Ministry of Higher Education 2011 Hak cipta terpelihara. Tiada sebahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terlebih dahulu. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Ministry of Higher Education. Diterbitkan di Malaysia oleh/Published in Malaysia by Kementerian Pengajian Tinggi, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya. Tel : 03-8870 5050 Laman web : www.mohe.gov.my Dicetak di Malaysia oleh/Printed in Malaysia by Nur Niaga Sdn. Bhd. 3260, Jalan 18/37, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Cataloguing-in-Publication Data Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Koleksi Aktiviti Terpilih Siri 2 Kementerian Pengajian Tinggi ISBN 978-983-3663-90-3 Kandungan Kata Alu-Aluan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin i Menteri Pengajian Tinggi Kata Alu-Aluan YBhg. Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor ii Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Prakata Prof. Madya Dr. Harshita Aini Haroon Pengarah, Pejabat Pengurusan Program (PMO) Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iii Kementerian Pengajian Tinggi 1 Pengenalan Akademia 3 Anugerah Pengajaran Putra (UPM) 5 Latihan Pembangunan Kendiri dan Profesionalisme di Kalangan Staf Akademik (UiTM) 9 High Impact Visit Programme (UTM) 11 Pelaksanaan Academic Performance Target (SAPT) (UM) 14 e-Pembelajaran 17 e-Learn@USM (USM) 19 Sistem Pembelajaran Elektronik (MyGuru2) (UPSI) 22 Pelaksanaan e-Pembelajaran (UKM) 25 Industri-Akademia 29 Creating Sustainable Income From Perpetual Endowment Property Fund (Azman Hashim 31 Complex) (IIUM) Hari Terbuka Bersama Pakar Pertanian (HTBPP) UPM (UPM) 33 Meningkatkan Nilai Projek Perundingan Daripada Industri (UiTM) 36 Meningkatkan Pembangunan Industri dan Akademia (UTM) 40 Projek Akuaponik di Kampung Telaga Batin, Kuala Terengganu (UMT) 42 Kebolehpasaran Siswazah 47 Job Camp UniMAP dan Industri (UniMAP) 49 The Alumni Mentorship Program dan Alumni Mentoring Network UPM (AluMNet UPM) (UPM) 52 Alumni Lecture Series (UPM) 55 Kajian Pengesanan Graduan dan Program Kebolehpasaran Graduan (USM) 58 Kepemimpinan 61 Membentuk Pangkalan Data Bakal Pemimpin (UiTM) 63 Keusahawanan 65 Bengkel Enterpris Sosial untuk Pembangunan Ekonomi (UMK) 67 Menawarkan Kursus Keusahawanan Berstruktur Kepada Pelajar (UiTM) 70 Program Keusahawanan Siswa (UUM) 73 MyBrain15 77 Menawarkan Insentif Kepada Pelajar Yang Menamatkan PhD Dalam Tempoh 3-4 Tahun (UM) 79 Pencarian Calon Tenaga Akademik Berpotensi Melalui Program Bright Sparks (UM) 82 Pemantauan Pengajian di Bawah Hadiah Latihan Cuti Belajar (HLCB)/Skim Latihan Akademik 84 Bumiputera (SLAB)/ Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI) (UM) Mengenal Pasti Dan Menawarkan Jawatan Fellow SLAB/SLAI dan Anugerah Kecemerlangan. 87 (UniMAP) Inisiatif MyBrain15 di USM (USM) 89 Meningkatkan Bilangan Staf dan Pelajar UTM Untuk Mendaftar PhD Dengan Pengurangan 93 Birokrasi Proses Kemasukan dan Penyediaan Pembiayaan Pengajian (UTM) Pembangunan Holistik Pelajar 97 The Offering of Credited Co-curricular Courses Under the Volunteerism Thrust (IIUM) 99 Program Pembangunan Kursus Kokurikulum Berkredit di Universiti Utara Malaysia (UUM) 102 Hari Tunas Wira (UPNM) 105 Pemantapan Pembangunan Sahsiah Pelajar Melalui Ekuestrian (UniSZA) 109 Pembelajaran dan Pengajaran 113 Pelaksanaan Student Centred Learning (UKM) 115 Program Diploma Pasca-Siswazah (UNIMAS) 117 Pelaksanaan OBE-SCL di Seluruh Sistem UiTM (UiTM) 120 Menginstitusikan Pembelajaran dan Pengajaran Berteraskan Kaedah SCL (UTHM) 123 Sistem MyCPD (Continuous Professional Development) Sebagai Inovasi Dalam Membangun 126 Kompetensi Modal Insan Universiti (USM) Pengantarabangsaan 129 Increasing The Number of International Students Enrolment Via Appointment of Recruitment 131 Agents (IIUM) Pengiktirafan Badan Profesional Antarabangsa Terhadap Program Profesional di Fakulti 133 Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) Program Around The World In 1 Day (UMP) 135 Projek Outbound (USIM) 138 Menggalakkan Pengiktirafan Antarabangsa Terhadap Program-Program Yang Ditawarkan di 141 UiTM (UiTM) UTM Global Outreach Programme (UTM) 144 Pengiktirafan Program Akademik di Peringkat Antarabangsa Bagi Meningkatkan Bilangan 147 Kemasukan Pelajar Antarabangsa ke UTeM (UTeM) Penyelidikan dan Pembangunan 151 Mewujudkan/Memantapkan Jaringan Kolaborasi Penyelidikan dan Promosi Hasil 153 Penyelidikan Dengan Pihak Industri dan Antarabangsa (UPM) Program Perkongsian Bestari (UUM) 156 Menyemarakkan Budaya Penyelidikan Menerusi Ekologi Penyelidikan Yang Kondusif (USM) 158 Kecemerlangan Pengkomersilan Melalui Pengurusan Harta Intelek Yang Inovatif (UTM) 160 Sidang Editor 165 Sidang Editor 167 Kata Alu-Aluan YB Menteri Pengajian Tinggi Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memikul tanggungjawab memastikan bahawa Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSTPN) dilaksanakan dengan berkesan. Dirangka untuk menterjemah teras kedua Misi Nasional, iaitu melahirkan modal insan kelas pertama bagi menghadapi cabaran pembangunan ekonomi berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi, PSPTN juga selari dengan inisiatif untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dan hab pengajian tinggi serantau dan antarabangsa. Aktiviti- aktiviti yang dirancang bagi setiap Projek Agenda Kritikal (CAP) PSPTN, berpandukan pelan tindakan yang teratur dan jelas di institusi pengajian tinggi (IPT), adalah penting untuk memastikan pengajian tinggi mencapai hasrat yang digariskan dalam PSPTN. Buku Koleksi Aktiviti Terpilih PSPTN Siri 2 ini mengandungi koleksi aktiviti-aktiviti terpilih yang telah dilaksanakan di IPTA dalam menjayakan pelaksanaan dan pencapaian projek-projek pada tahun 2010. Syabas saya ucapkan kepada pasukan-pasukan pelaksana yang begitu komited dalam memastikan objektif dan hasrat PSPTN dapat dicapai. Memandangkan semangat perkongsian ilmu dan pengetahuan menjadi salah satu prasyarat kepada kejayaan PSPTN, adalah diharapkan semua IPT memanfaatkan penerbitan buku ini. Saya berharap buku ini akan terus menjadi bahan rujukan dan penggerak budaya perkongsian amalan-amalan terbaik dalam usaha kita untuk memperkasa pengajian tinggi ke arah mencapai misi dan visi Wawasan 2020, dan seterusnya membawa kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara. Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin Menteri Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi i Kata Alu-Aluan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Penggemblengan tenaga pelbagai pihak dan sifat dedikasi dan kerjasama dalam kalangan pelaksana aktiviti-aktiviti PSPTN adalah antara penyumbang utama kepada kelancaran pelaksanaan Fasa 1 bagi transformasi pelan ini. Semua IPT mempunyai kekuatan tertentu dalam bidang-bidang yang ditumpukan. Namun begitu, terdapat juga ruang di mana sesuatu IPT itu dapat belajar dari IPT yang lain. Dalam konteks hasrat perkongsian ilmu melalui pelaksanaan PSPTN, adalah menjadi satu pembaziran jika ilmu dan pengajaran yang diperoleh tidak dikongsi bersama dengan IPT lain. Perkongsian juga akan membawa kepada proses penandaarasan yang akan memanfaatkan semua IPT melalui peningkatan dan pemerkasaan usaha-usaha ke arah keberhasilan PSPTN yang positif. Justeru, koleksi aktiviti pelaksanaan PSPTN ini diharap dapat menyemarakkan lagi budaya perkongsian ilmu selaras dengan budaya pembelajaran berterusan. Buku koleksi aktiviti- aktiviti terpilih PSPTN ini telah dapat diterbitkan dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak, terutamanya pihak iPMO di semua IPTA. Syabas saya ucapkan kepada PMO dan AKEPT KPT kerana berjaya menerbitkan Buku Koleksi Aktiviti Terpilih PSPTN Siri 2. Saya harap buku ini akan dimanfaatkan sebagai bahan rujukan dalam pelaksanaan fasa-fasa PSPTN seterusnya di semua IPT, ke arah kecemerlangan pengajian tinggi negara. Datuk Ab. Rahim Bin Md. Noor Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi ii Prakata Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pelaksanaan Fasa 1 (2007-2010) Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) telah memberi fokus kepada peletakan asas bagi membolehkan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) meningkatkan kualiti modal insan bagi menghadapi cabaran pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi. Semua aktiviti-aktiviti yang digariskan untuk melaksanakan Projek Agenda Kritikal (CAP) PSPTN pula telah dapat berjalan dengan lancar melalui komitmen yang tinggi dari pelaksana dan pemegang taruh. Tahun 2010 merupakan titik permulaan dalam usaha perkongsian ilmu aktiviti-aktiviti pelaksanaan CAP dengan penerbitan Buku Koleksi Aktiviti Terpilih PSPTN Siri 1. Buku ini mendokumenkan pengalaman IPTA dalam melaksanakan agenda PSPTN serta menggalakkan perkongsian ilmu di kalangan IPTA dan pihak pemegang taruh yang lain dalam usaha mempercepatkan proses pembelajaran dalam pelaksanaan PSPTN di IPTA. Perkongsian ini juga diharapkan dapat mewujudkan semangat setiakawan dan kebersamaan demi kecemerlangan pengajian tinggi. Buku Koleksi Aktiviti Terpilih PSPTN Siri 2 ini merupakan kesinambungan usaha bagi mengukuhkan budaya perkongsian ilmu dan memastikan aktiviti-aktiviti baik boleh disebar luas untuk dijadikan sumber rujukan kepada semua IPTA dan pihak pelaksana lain seperti Politeknik dan Kolej Komuniti. Objektif utama penerbitan buku ini adalah untuk menyediakan platform bagi menggalakkan perkongsian amalan baik dalam pelaksanaan CAP PSPTN yang boleh dijadikan sumber rujukan, dan menyediakan asas untuk IPTA mengadakan penandaarasan ke arah peningkatan tahap prestasi yang cemerlang. Aktiviti yang dipilih pula berdasarkan pencapaian KPI terbaik dalam pelaksanaan CAP PSPTN pada tahun 2010, dan pemerhatian serta penemuan semasa semakan keserakanan yang telah dijalankan. Ciri-ciri lain yang juga diambil kira ialah kelainan dengan amalan-amalan yang lazim dilakukan, mempunyai impak tinggi ke atas keberhasilan projek, berupaya melonjakkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi dan telah selesai kitaran pelaksanaan dan ada penghasilan/keberhasilan. Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kompilasi dan penerbitan buku ini. Marilah bersama-sama kita berganding bahu menjayakan PSPTN. Prof. Madya Dr. Harshita Aini Haroon Pengarah Pejabat Pengurusan Program (PMO) Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Kementerian Pengajian Tinggi iii

Description:
Buku Koleksi Aktiviti Terpilih PSPTN Siri 2 ini mengandungi koleksi aktiviti-aktiviti terpilih yang .. turut menyumbang kepada perancangan dan hala tuju Universiti . seperti sains, kemanusiaan, sains sosial, pengurusan perniagaan,
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.