ebook img

Koleksi Aktiviti Terpilih 2009 PDF

160 Pages·2010·0.81 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Koleksi Aktiviti Terpilih 2009

MESEJ MESEJ YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) adalah satu usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mentransformasikan pengajian tinggi negara dalam melahirkan modal insan kelas pertama dan boleh memainkan peranan utama dalam menjadikan Malaysia bertaraf sebuah negara maju. Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi Critical Agenda Projects (CAP) PSPTN, pelan tindakan yang jelas dan teratur di institusi pengajian tinggi (IPT) adalah penting untuk memastikan aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan kaedah yang terbaik untuk mencapai objektif yang ditetapkan dalam konteks sesuatu IPT tersebut. Buku ini mengandungi koleksi aktiviti-aktiviti terpilih yang telah dan sedang dilaksanakan di semua IPTA untuk menjayakan CAP dalam pelaksanaan PSPTN. Fokus koleksi ini adalah kepada aktiviti-aktiviti yang boleh dimanfaatkan bersama oleh semua IPT. Justeru itu, saya berharap penerbitan buku ini dapat berfungsi sebagai rujukan dan juga sumber untuk menggerakkan pembudayaan amalan penanda-arasan di kalangan IPT dalam menjayakan pelaksanaan PSPTN. YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin Menteri Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi i MESEJ MESEJ DARI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) adalah satu usaha berterusan yang memerlukan penggemblengan tenaga pelbagai pihak, terutama sekali pihak institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Kerjasama pintar antara pihak-pihak berkaitan di IPTA dalam konteks ini amatlah penting, terutama sekali mengambil kira bahawa kebanyakan proses kerja utama di IPTA dalam pelaksanaan projek-projek agenda kritikal (CAP) bagi PSPTN tidak jauh berbeza. Komitmen yang diberikan oleh IPTA sehingga kini amat memberangsangkan, dan adalah menjadi satu kerugian jika aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sebagai terjemahan kepada komitmen tersebut, samada yang terbukti berkesan, ataupun berpotensi besar untuk berjaya, tidak dikongsi bersama. Sejarah membuktikan bahawa melaksanakan sesuatu perkara berulang kali tanpa membawa kepada hasil yang diharapkan menuntut kita melakukan perubahan. Di sinilah IPTA boleh menjadi sumber maklumat yang penting antara satu dengan lain. Setiap IPTA mempunyai kekuatan tersendiri, dan perkongsian kekuatan akan menjadikan sektor pengajian tinggi Negara lebih teguh dan mantap dalam mencapai transformasi yang digariskan dalam PSPTN. Koleksi aktiviti pelaksanaan PSPTN seperti ini adalah satu permulaan yang amat baik dalam usaha melancarkan proses perkongsian dan untuk memulakan budaya penanda-arasan di kalangan IPTA. Maklumat yang dikongsikan dapat membantu dalam proses pembuatan keputusan berkaitan dengan penambahbaikan yang ingin dilaksanakan. Buku ini seharusnya digunakan dengan minda yang terbuka, dan dengan iltizam untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik melalui pembelajaran berterusan. Pengumpulan aktiviti-aktiviti untuk tujuan dokumentasi ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kerjasama beberapa pihak, terutama sekali pihak iPMO di semua IPTA. Tahniah juga kepada pihak PMO dan AKEPT KPT kerana berjaya dalam usaha kompilasi aktiviti-aktiviti terpilih bagi CAP PSPTN bagi sesi semakan Disember 2009. Saya yakin bahawa buku ini akan menjadi satu dokumen rujukan yang penting dalam pelaksanaan PSPTN oleh IPTA, dalam usaha berterusan KPT untuk merealisasikan hasrat PSPTN dan menyumbang kepada Misi Nasional. Datuk Dr. Zulkefli bin A. Hassan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi ii MESEJ MESEJ DARI PEJABAT PENGURUSAN PROGRAM (PMO) KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Sesi Semakan Keserakanan (Peer Review; PR) bagi pelaksanaan projek-projek agenda kritikal (CAP) Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang melibatkan universiti-universiti awam telah dilaksanakan pada November/ Disember 2009. Sepanjang proses tersebut, sesuatu yang amat ketara ialah proses pembelajaran yang terselit dalam wacana yang berlaku antara wakil IPTA yang disemak dan pihak panel semakan, yang juga dari IPTA. Rentetan dari itu, wujud satu kesedaran akan keperluan mendokumenkan pengalaman dan pengetahuan sesuatu IPTA dalam pelaksanaan agenda PSPTN, untuk memastikan bahawa perkongsian maklumat boleh berlaku dengan selancar yang mungkin. Aktiviti- aktiviti yang didokumenkan adalah yang telah disemak oleh panel penilai PR, dan yang dianggap sebagai sesuatu yang perlu ditonjolkan secara eksplisit untuk tujuan perkongsian di kalangan IPTA dan pihak pemegang taruh yang lain. Aktiviti yang dipilih adalah berasaskan kategori berikut: aktiviti yang telah selesai pelaksanaannya, aktiviti yang masih dalam pelaksanaan, dan aktiviti yang masih pada peringkat perancangan. Pemilihan ketiga-tiga kategori ini mempunyai rasionalnya tersendiri. Bagi aktiviti yang telah selesai pelaksanaannya, ia akan dapat memberikan pengetahuan ‘tahu-buat’ (know-how) kepada IPTA lain tentang bagaimana sesuatu projek dapat dijayakan. Aktiviti yang masih dalam tahap sedang dilaksanakan, dan berpotensi untuk berjaya, memberikan garis panduan untuk pelaksanaan, dengan syarat faktor-faktor kritikal kejayaan diuruskan dan ditangani dengan baik. Aktiviti yang masih pada peringkat perancangan dipilih kerana PMO menyedari bahawa terdapat kes-kes tertentu di mana kekangan utama pelaksanaan adalah pada peringkat perancangan itu sendiri, dan perkongsian pada peringkat ini menjadi tunggak kepada kejayaan pelaksanaan projek berkaitan. Berdasarkan jenis IPTA dan kepelbagian dalam bidang tujahan yang menuntut keperluan yang berbeza di kalangan IPTA, tidak dapat dinafikan bahawa tahap kompleksiti sesuatu aktiviti yang ditonjolkan di sini tentulah berbeza. Namun, perbezaan tersebut harus dimanfaatkan kita bersama dalam pelaksanaan PSPTN. Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kompilasi ini. Bersama kita jayakan PSPTN. At PMO, we facilitate. Prof. Madya Dr Harshita Aini Haroon Pejabat Pengurusan Program (PMO) iii ISI KANDUNGAN AKADEMIA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Mesej dari YB Menteri i 1. Mempromosi Kepakaran Ahli 2 1. Mewujudkan kumpulan 24 Pengajian Tinggi Akademik sebagai Pakar Master Trainers dalam P&P YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Rujuk dalam Bidang Masing- bin Nordin Masing melalui Perancangan Menyediakan kemudahan Strategik Publisiti perkhidmatan perpustakaan Mesej dari Ketua Setiausaha, ii yang menepati piawaian Kementerian Pengajian Tinggi 2. Mengadakan Pelan bagi 5 nasional dan antarabangsa YBhg. Datuk Dr. Zulkefli A. Menghasilkan Ahli Akademik Hassan Bertaraf Nobel Laureate 2. Memantapkan Pengajaran 28 Dan Pembelajaran Melalui Mesej dari Pejabat Pengurusan iii 3. Malam Gemilang UNIMAS 10 Pembangunan Sistem Program (PMO) Kementerian Pengajian Tinggi 4. Melaksanakan Program 12 3. Penekanan Terhadap 32 Y.Brs. Prof. Madya Dr. Harshita Integriti: Kebolehan Berbahasa Aini Haroon Pelan Integriti Nasional (PIN) Inggeris Sewaktu Proses Pemilihan Staf Baru Bukan Kandungan iv 5. Mewujud dan Melaksana 16 Akademik Sistem Ganjaran dan Insentif/ Ringkasan Eksekutif viii Pengiktirafan 4. Mengadakan Pelan Tangga 35 Kerjaya Pensyarah 6. Melaksanakan Pelan Kerjaya 18 Akademik 5. Melaksanakan “Audit 37 Dalaman” bagi Program 7. Memantapkan Ilmu dan 20 Akademik Kemahiran serta Jaringan Industri Akademia 6. Menyediakan Kemudahan 39 Peralatan Fizikal yang Menepati Piawaian Nasional dan Antarabangsa bagi Tujuan Pengajaran dan Pembelajaran Pada Tahap yang Diterima 7. Penempatan Staf dalam 41 Program Industry Attachment 8. Mereka Bentuk dan 43 Melaksanakan Kurikulum Yang Berdaya Saing dan Inovatif iv PENYELIDIKAN DAN KEBOLEHPASARAN KEPIMPINAN PEMBANGUNAN GRADUAN 1. Mewujudkan/Memantapkan 46 1. Menawarkan Program 71 1. Memantapkan Program 79 Kluster Penyelidikan / Pengajian atau Menyemak Kepimpinan Inovasi / CoE Program yang Sedia Ada bagi Memenuhi Kehendak 2. Mewujudkan Unit “Editorial” 47 Pasaran untuk Membantu Penyelidik dalam Menerbitkan Artikel 2. Memantapkan Program 74 “Finishing School” 3. Memberi Insentif 49 kepada Penyelidik yang 3. Menyediakan Kemudahan 76 Menghasilkan Buku Sistem Penempatan Penyelidikan/Jurnal Melalui Pekerjaan Pelajar untuk Penerbit Diiktiraf Bakal Majikan 4. Memberi Insentif 51 Kepada Penyelidik yang Menghasilkan Produk Penyelidikan 5. Mempromosi Pakar Universiti 53 Menjadi Ahli dalam “Editorial Board ”Jurnal Reputasi Tinggi 6. Mewujudkan “Spin Off 55 Companies” 7. Meningkatkan Dana 57 Penyelidikan 8. Mengambil Pakar Luar untuk 60 Meningkatkan Keupayaan Penyelidikan 9. Meningkatkan Bilangan 62 Artikel di dalam Jurnal Berimpak Tinggi 10. Aktiviti Pengkomersilan 64 Produk Penyelidikan 11. Meningkatkan Penyelidikan 66 Pelbagai Displin 12. Meningkatkan Bilangan 68 Harta Intelek (IP) v INDUSTRI - AKADEMIA PENGANTARABANGSAAN PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR 1. Mewujudkan Dana Industri 81 1. Mewujudkan Pejabat 90 1. Menambah Kursus Baru 102 Serantau Universiti Malaya Kokurikulum yang Berkredit 2. Mewujudkan Kerjasama 83 Di Luar Negara Dengan Industri dalam Perundingan 2. Menjalankan Program 92 Pertukaran Pelajar dengan 3. Menempatkan Tokoh Industri 85 Institusi di Luar Negara Di Universiti 3. Menjalankan Program 95 4. Menambahbaik Garis 87 Pertukaran Staf dengan Panduan Latihan Industri Institusi di Luar Negara Pelajar 4. Establishing Networking 97 With Other Countries Through Mutual Recognition Agreement (MRA), Memorandum Of Understanding (MoU) And Other Similar Mechanisms 5. Menyediakan Kemudahan 99 Dan Prasarana Yang Menepati Standard Antarabangsa vi MYBRAIN15 GOVERNAN 1. Menawarkan Insentif Kepada 105 1. Menyemak Semula Yuran 140 1. Sidang Editor 148 Pelajar dan Staf Akademik Pelajar Pasca Siswazah dan yang Menamatkan PhD Pelajar Antarabangsa dalam Tempoh 3-4 Tahun 2. Menjana Pendapatan melalui 142 2. Mewujudkan Pangkalan Data 107 Aktiviti Pelaburan dan Untuk Pemeriksa Luar Simpanan Tetap UMP 3. Memantapkan Penyeliaan 109 3. Menambahbaik Sistem 143 Pelajar PhD Kutipan Pendapatan (Yuran Pengajian, Sewaan dan 4. Menawarkan “Fast Track” 111 Sebagainya) Program untuk Pelajar Cemerlang di Peringkat 4. Menjana Pendapatan 146 Ijazah Pertama melalui Aktiviti Perundingan, Penyelidikan, 5. Menawarkan Pelbagai 117 Pengkomersilan dan Latihan Program - Research Or Coursework 6. Mewujudkan Program 126 Khusus bagi Menggalakkan Staf Akademik yang Tidak Berjaya Menghabiskan Pengajian PhD untuk Menamatkan Pengajian Mereka 7. Melantik Profesor Ternama 128 sebagai Profesor Pelawat 8. Mewujudkan Pelan untuk 130 Mewajibkan Staf Akademik Meningkatkan Kelayakan ke Peringkat PhD 9. Menambahbaik Sistem 132 Lantikan Felo Akademik Berkelayakan PhD 10. Memantapkan Proses 134 Penawaran Biasiswa Peringkat PhD kepada Pelajar Cemerlang 11. Menawarkan Program PhD di 136 Centre of Excellence (COE) vii RINGKASAN PENDAHULUAN EKSEKUTIF Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang dilancarkan pada tahun 2007 dilaksanakan secara berterusan melalui 4 fasa. Fasa pertama iaitu Fasa Peletakan Asas (2007-2010) membolehkan semua pihak berkepentingan termasuk IPTA memahami dengan jelas PSPTN dan menyediakan landasan bagi memastikan kebersamaan mereka dalam pelaksanaan PSPTN ini. Kebersamaan IPTA dalam melaksanakan agenda kritikal PSPTN dapat dilihat melalui semangat saling menyokong antara IPTA sewaktu berlakunya proses Semakan Keserakanan (PR) pada penghujung tahun 2009. Hasil daripada PR tersebut, semua IPTA bersetuju supaya aktiviti yang dilaksanakan dikongsi untuk mewujudkan semangat setiakawan dan kebersamaan demi kecemerlangan pengajian tinggi negara. mia TUJUAN Koleksi Aktiviti ini diterbitkan dengan objektif berikut : cap: (1) Sebagai rujukan dan perkongsian IPTA mengenai aktiviti-aktiviti yang baik dan berkesan bagi mencapai objektif PSPTN kad (2) Sebagai penggerak atau pemula kepada proses menandaaras di kalangan IPTA, akademia dalam mempelajari, mengadaptasi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah mencapai objektif PSPTN (3) Menjadi asas kepada pengembangan keupayaan inovatif (innovative capacity) kalangan warga IPTA (4) Memupuk semangat keserakanan (collegiality) di kalangan warga penggerak 1. Mempromosi Kepakaran Ahli Akademik Sebagai PSPTN Pakar Rujuk dalam Bidang Masing-Masing (UM) KOLEKSI AKTIVITI 2. Mengadakan Pelan Strategik bagi Melahirkan Ahli Akademik Bertaraf Nobel Laureate (UniMAP) Senarai aktiviti yang terkandung dalam buku ini hanyalah sebahagian daripada aktiviti yang dilaksanakan pada peringkat IPTA. Buat permulaan, sebanyak 57 3. Malam Gemilang UNIMAS (UNIMAS) aktiviti berjaya dikumpulkan sebagai koleksi pertama PSPTN hasil dari lawatan PR bagi milestone 1 Tahun 2009. 4. Melaksanakan Program Integriti: Pelan Integriti Nasional (PIN) (USIM) Adalah menjadi harapan PMO supaya koleksi aktiviti seterusnya dapat dibukukan untuk panduan semua pihak berkepentingan dalam PSPTN. 5. Mewujud dan Melaksana Sistem Ganjaran dan Insentif / Pengiktirafan (UMK) Maklumat berkaitan aktiviti yang dilaksanakan (termasuk data) adalah tanggungjawab IPTA berkenaan sepenuhnya. Maklumat lanjut mengenai aktiviti 6. Melaksanakan Pelan Kerjaya Akademik (UKM) yang terdapat di dalam koleksi ini boleh diperolehi dengan merujuk kepada pegawai yang bertanggungjawab di IPTA tersebut. 7. Memantapkan Ilmu dan Kemahiran serta Jaringan Industri Akademia (UiTM) viii

Description:
Buku ini mengandungi koleksi aktiviti-aktiviti terpilih yang telah dan sedang dilaksanakan di semua IPTA .. UM bersama media cetak dan elektronik bagi tahun 2009. (4) ICR UM telah berjaya . elan Strategik. Untuk Menghasilkan.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.