ebook img

Kitab Tauhid Az-Zindani PDF

94 Pages·2015·3.54 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Kitab Tauhid Az-Zindani

Siri Rujukan Cepat Tarbiyah Diringkas & disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani AKIDAH Siri #1 Penyusun: EbookTarbiyah.Com AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD) [email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT.  Tarbiyah Made Easy!! 2 KATA PENGANTAR ﻢﻴﺣﺮﻟا ﻦﻤﺣﺮﻟا ﷲا ﻢﺴﺑ Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian. Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-Nya jua ebook “Ilmu Tauhid & Ma’rifatullah” ini berpeluang untuk dizahirkan dihadapan pembaca. Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Pertama daripada beberapa lagi siri ringkasan terhadap Kitab Tauhid az-Zindani. Kitab Tauhid Az-Zindani Kitab Tauhid yang ditulis oleh Syeikh Abdul Majid az-Zindani ini memang sesuai dijadikan bahan asas dalam memahami ilmu tauhid (merangkumi akidah dan Rukun Iman) di tahap pemulaan Tarbiyah Islamiyah Tarbiyah Made Easy!! 3 Kitab Tauhid az-Zindani dibahagikan kepada 3 jilid: • Jilid 1 terdapat 16 Fasal • Jilid 2 terdapat 17 Fasal • Jilid 3 terdapat 14 Fasal Pendekatan Kitab ini. Syeikh Abdul Majid menggunakan beberapa pendekatan dalam mengarang Kitab ini: • Berinteraksi dengan pembaca secara soal jawab dalam membahaskan topik-topiknya. • Soalan-soalan dijawab dengan ringkas, menggunakan contoh-contoh berupa analogi, mengajak berfikir dan merenung penciptaan alam dan diri manusia (dalil ‘aqli), serta dilandasi dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah (dalil naqli). • Melebihkan takwin (pembentukan) daripada taalim (pengajaran). Ini dilihat apabila fakta-fakta tidak terus diberikan, sebaliknya pembaca dibimbing untuk memahami kaedah-kaedah ke arah kesimpulan tersebut. Contoh;Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ was Shifaat Allah SWT, dibentuk melalui jalan berfikir tentang penciptaan alam dan diri manusia. Setelah itu, barulah disimpulkan dengan ayat-ayat Al-Quran atau Hadis. Tarbiyah Made Easy!! 4 Ini dilihat selari dengan firman Allah SWT: Ç Æ Å Ä Ã Â Á À Ò Ñ Ð Ï Î Í Ì ËÊ É È ÔÓ “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Fushilat 41: 53) Kenapa Ebook ini Ditulis? Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Tauhid yang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak sama dengan membaca ringkasan. Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti di sekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukan tambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagai rujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada. Tarbiyah Made Easy!! 5 Konsep Istimewa Ebook Ini Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini: • Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada di komputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Ini memudahkan proses ulangkaji dan penyampaian pada bila-bila masa sahaja. • Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkin agak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkan konsep ini agar pembaca berpuas hati dengan kandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuas hati, barulah anda membuat pembayaran. • Meletakkan Tema. Dalam buku asal, tidak dijelaskan tema bagi fasal-fasalnya. Sehingga mungkin agak sukar untuk menentukan tema bagi setiap fasal. Oleh itu, kami cuba menyusun dan menghimpun semula fasal- fasal tersebut mengikut tema tertentu, walaupun daripada Jilid yang berbeza. Contoh tema: Ilmu Tauhid, Ma’rifatullah dll. • Menggabungkan fasal-fasal yang hampir sama topik perbahasannya. Di dalam Kitab Tauhid, terdapat pengulangan topik yang sama dalam beberapa fasal. Maka, kami gabungkan fasal-fasal tersebut dalam satu tajuk sahaja. Contoh; fasal “Bagaimana Kita Mengenal Allah” digabungkan dengan fasal “Makhluk Allah: Cerminan Kekuasaan dan Sifat-sifatNya.” Tarbiyah Made Easy!! 6 • Objektif Khusus. Diawal setiap tema, dijelaskan objektif-objektif khusus (biasanya aspek kognitif) bagi setiap tajuk. • Diskusi Tarbawi & Dakwi. Di akhir setiap tajuk, kami letakkan soalan-soalan diskusi. Diskusi ini sedikit sebanyak dirangka untuk mencapai objektif-objektif daripada aspek afektif dan psikomotor. • Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warna untuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil, soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dan sebagainya. • Bergambar. Antara kelebihan Kitab Tauhid az-Zindani adalah banyaknya contoh, analogi dan tadabbur alam. Oleh itu, kami cuba membantu penghayatan anda dengan gambar-gambar yang sesuai. Begitulah konsep yang kami gariskan dalam menghasilkan ebook di tangan anda ini. Percubaan ini sudah pasti jauh daripada kesempurnaan. Oleh itu, kami mengalu-alukan sebarang kritikan dan saranan yang membina daripada pembaca. Semoga Allah redha. Wallahua’lam. EbookTarbiyah.Com Disember 2014 Tarbiyah Made Easy!! 7 ISI KANDUNGAN Akad Pembelian (#2) Kata Pengantar (#3) Isi Kandungan (#8) ILMU TAUHID: (#9) 1. Pengenalan Ilmu Tauhid (#11) 2. Kedudukan Ilmu Tauhid dalam Islam (#21) 3. Kedudukan Ilmu Tauhid dalam Kehidupan Manusia (#34) MA’RIFATULLAH: (#44) 1. Kepentingan Mengenal Allah & Beriman kepada-Nya (#46) 2. Bagaimana Kita Mengenal Allah? (#56) 3. Manusia Dipermudahkan Menerima Ilmu Pengetahuan (#69) 4. Boleh Dilihat Bukan Syarat untuk Beriman (#84) Sekian (#93) Akad Pembelian (#94) p/s: # ialah mukasurat Tarbiyah Made Easy!! 8 ILMU TAUHID TAJUK-TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS: 1. PENGENALAN ILMU TAUHID Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i. Menyatakan definisi iIlmu Tauhid ii. Menjelaskan bidang perbahasan Ilmu Tauhid iii. Menentukan kedudukan Ilmu Tauhid di antara ilmu- ilmu lain iv. Menjelaskan hukum mempelajari iIlmu Tauhid v. Menggambarkan keperihatinan Al-Quran kepada Ilmu Tauhid vi. Menjelaskan kesan penumpuan dan pengabaian umat Islam terhadap Ilmu Tauhid 2. KEDUDUKAN ILMU TAUHID DALAM ISLAM Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i. Menjelaskan hubungan di antara Iman dan penerimaan amal oleh Allah Taala ii. Mengeluarkan dalil-dalil penolakan amalan orang Kafir oleh Allah Taala iii. Menjelaskan erti Dua Kalimah Syahadah sebagai Rukun Islam pertama iv. Mengaitkan di antara Syahadah dengan tuntutan Tauhid TarbiyahMade Easy!! 9 3. KEDUDUKAN ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i. Menjelaskan kesan buruk kejahilan umat Islam terhadap ilmu Tauhid. ii. Menjelaskan implikasi ilmu Tauhid dalam memperbaiki kehidupan manusia. TarbiyahMade Easy!! 10

Description:
Siri Rujukan Cepat Tarbiyah. Diringkas & disaring daripada. Kitab Tauhid az-Zindani. Penyusun: EbookTarbiyah.Com. AKIDAH. Siri #1
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.