ebook img

kitab hidayah al-sibyan. karangan abu abdullah husein bin muhammad nasir bin muhammad ... PDF

23 Pages·2013·0.69 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview kitab hidayah al-sibyan. karangan abu abdullah husein bin muhammad nasir bin muhammad ...

KITAB HIDAYAH AL-SIBYAN. KARANGAN ABU ABDULLAH HUSEIN BIN MUHAMMAD NASIR BIN MUHAMMAD THAYYIB AL-MAS’UDI AL-BANJARI : KAJIAN TAHQIQ DAN ANALISIS Tesis dikemukakan kepada Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia sebagai memenuhi keperluan penganugerahan Ijazah sarjana Pengajian Islam Oleh Mohamad Akhyar bin Ismail al-Tantawi 2012, Akhyar Kebenaran Penggunaan Tesis Tesis ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan ijazah tinggi daripada Universiti Utara Malaysia. Saya bersetuju bahawa Perpustakaan Universiti membenarkan tesis ini dibaca. Saya juga bersetuju bahawa kebenaran untuk menyalin tesis ini dalam apa jua bentuk, sama ada secara keseluruhannya atau bahagian-bahagian tertentu untuk tujuan ilmiah, diberikan oleh mana-mana penyelia saya atau Dekan Penyelidikan dan Inovasi. Adalah difahami bahawa sebarang penyalinan, penerbitan atau mana-mana bahagiannya untuk tujuan mendapatkan keuntungan kewangan tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada saya. Adalah juga difahami bahawa peniktirafan diberikan kepada asalnya dan Universiti Utara Malaysia di atas penggunaan bahagian-bahagian daripada tesis ini sebagai bahan ilmiah. Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian dalam tesis ini tidak boleh diterbitkan, disimpan dalam cara boleh dipergunakan lagi, dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara sekalipun, baik dengan elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada: Dekan Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences UUM College of Arts and Sciences Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman, Malaysia. i Abstrak Kajian ini bertujuan menjelaskan tentang perkara akidah dan ibadah yang terkandung dalam kitab Hidayah al-Sibyan bagi memudahkan pemahaman dan amalan orang ramai. Huraian kitab adalah satu daripada cara untuk memudahkan orang ramai memahami tentang akidah dan ibadah. Kajian ini berdasarkan kajian teks kitab Hidayah al-Sibyan yang telah dihasilkan oleh ulama terkenal iaitu Husein bin Muhammad Nasir dari wilayah Kepulauan Nusantara pada kurun ke-20 Masihi. Kajian ini juga bertujuan untuk meneliti dan menganalisis teks kitab berdasarkan bab akidah dan ibadah yang diungkapkan dalam bahasa Melayu klasik. Selain itu, kajian ini turut menghuraikan struktur ayat berdasarkan pendekatan kontemporari dan menjelaskan permasalahan berkaitan ilmu yang terkandung dalam kitab tersebut. Di samping itu, kajian ini melakukan takhrij hadis dan menentukan surah serta menganalisis secara kritis beberapa isu semasa yang dikenal pasti dalam aspek ibadah dengan menggunakan pandangan para ulama. Kajian ini berbentuk kualitatif. Data-data yang diperolehi daripada pihak-pihak yang berautoriti dalam bidang akidah dan ibadah di negeri Kedah. Data dan maklumat dianalisis dengan kaedah deduktif dan deskriptif. Sementara itu, perbincangan tentang perkara akidah menjelaskan tentang sifat 20 dan sifat yang wajib, sifat mustahil dan sifat harus kepada para rasul a.s. Selain itu, kitab ini juga membincangkan perkara yang berkaitan dengan ibadah, seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Hasil kajian ini mendapati bahawa akidah dan ibadah dilakukan menurut pendapat mazhab ahli Sunnah Wa al-Jama’ah dan mazhab Syafii. Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa kitab Hidayah al-Sibyan telah berjaya memberi pengaruh yang besar terhadap pandangan intelektual di alam Melayu. ii Kata Kunci : Kitab jawi, Tahqiq kitab, Husein Nasir. iii Abstract This study aims to clarify the matter of faith and worship contained in the book Hidayah al-Sibyan in order to facilitate public understanding and practice. One of the methods used to achieve this is by describing the content of a text. The book was written by the famous scholar, Muhammad Nasir Husein who lived in the Nusantara Archipelago region around the 20th century. Specifically, the study examined and analysed the chapters on faith and worship expressed in classical Malay language. In addition, it also described the sentence structure using the contemporary approach and explained the problems related to the knowledge contained in the book .Furthermore, this study conducted a takhrij on the hadith and determined the surah and critically analysed several current issues identified in the aspect of worship based on the views of the ulama. This is qualitative study. The data was obtained from people who have the authority in the field of faith and worship in the state of Kedah. Data and information were analyzed using the descriptive and deductive methods. Meanwhile, discussions related to faith explained the 20 mandatory nature of Allah and the compulsory nature, the impossible nature, and the possible (harus) nature of the prophet A.S. The book also discussed issues related to ibadah such as prayers, fasting, zakat and hajj. The findings showed that the faith and worship were performed in the opinion of the Sunni sect Wa al-Jama'ah and Shafi'i sect. Therefore, this study found that the book Hidayah al-Sibyan has a big influence on the Malay intellectual outlook. Keyword: Book of jawi, Tahqiq book, Nasir Husein. iv Penghargaan Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberi kekuatan untuk meneruskan usaha mempelajari dan memahami sebahagian daripada ilmu yang Allah s.w.t berikan sebagai panduan dan kesinambungan syariat ini. Kajian yang saya lakukan ini adalah suatu penyelidikan terhadap sebuah kitab Jawi lama yang disebut sebagai tahqiq. Ia memerlukan penelitian dan menguasai topik kajian dengan menyeluruh. Ini sudah tentu memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada mereka yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang tersebut. Oleh itu pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Shukri Bin Ahmad selaku penyelia yang banyak membantu dan membimbing saya dalam usaha menyiapkan kajian ini. Dengan ilmu dan kepakaran yang dimilikinya, maka dapatlah saya mempelajari dan berkongsi pengalaman dengan beliau terutama dari aspek ternik-teknik kajian dan penulisan. Saya amat menghargai apa yang telah dicurahkan oleh beliau berupa pandangan, nasihat dan teguran sepanjang tempoh kajian ini. Saya berharap kajian ini akan menjadi dorongan dan semangat kepada saya untuk meneruskan kajian-kajian yang lain. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada para guru agama seperti : - Tuan Guru Hj. Ali bin Ahmad (bekas guru Maktab Mahmud) - Ustaz Aminuddin bin Abdul Rahim v (pensyarah Kolej Universiti Insaniah) - Ustaz Wan Hafiz bin Wan Sallah (anak murid Tuan Guru Hj. Chik bin Ahmad al-Kedahi) Semangat serta dorongan dari rakan-rakan juga tidak dilupakan. Semoga ilmu dan kerjasama yang diberikan mereka dapat membantu meningkatkan lagi tahap keilmuan dan ketaqwaan. Hanya Allah s.w.t sahajalah yang dapat membalas jasa baik mereka. Tidak ketinggalan, sekalung penghargaan dan sekudus kasih untuk ayah dan ibu yang sentiasa meniringi dengan doa ikhlas dan atas segala kesusahan untuk membesarkan dan memberi pendidikan kepada penulis. Tidak dilupakan juga kepada isteri tersayang, Farahdina binti Mat Isa yang setiasa di sisi memberi semangat dan dorongan serta anak-anak Mohamad Zoreef, Mohamad Azhad dan Mohamad Syafi yang menjadi sumber inspirasi dalam menyiapkan disertasi ini. Diucapkan juga jutaan terima kasih buat semua ahli keluarga dan sahabat seperjuangan di atas segala bantuan dan ihsan yang diberikan. Semoga Allah s.w.t memberi kepada kita kerahmatan di dunia dan di akhirat, amin. vi Senarai Kandungan Kebenaran Penggunaan Tesis i vii Abstrak ii Abstract iv Penghargaan v Senarai Kandungan vii Senarai Singkatan xi Jadual Transliterasi xii BAB SATU - PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Pernyataan masalah 5 1.3 Persoalan kajian 6 1.4 Objektif kajian 7 1.5 Kepentingan kajian 7 1.6 Skop kajian 8 1.7 Ulasan karya 10 1.8 Metodologi kajian 12 1.8.1 Rekabentuk kajian 12 1.8.2 Pengumpulan data 13 1.8.3 Penganalisisan data 14 1.8.4 Metodologi tahqiq 15 1.8.5 Metodologi Takhrij 16 1.8.6 Skop kajian 18 1.9 Penutup 19 BAB DUA – RIWAYAT HIDUP TUAN HUSEIN KEDAH 2.1 Pendahuluan 21 2.2 Nama dan susurgalur keturunan Tuan Husein Kedah 22 2.3 Tarikh dan tempat lahir Tuan Husein Kedah 23 2.4 Pedidikan Tuan Husein Kedah 24 2.5 Membuka pondok pengajian 26 2.6 Guru-guru Tuan Husein Kedah 27 2.7 Murid-murid Tuan Husein Kedah 29 2.8 Hasil karya Tuan Husein Kedah 32 2.9 Penutup 37 BAB TIGA – TAHQIQ DAN TRANSLITERASI BAB AKIDAH 3.1 Bahagian akidah, muqaddimah Iman dan Islam 38 3.2 Makna Iman 41 3.3 Makna Islam 43 3.4 Rukun Iman 43 3.5 Rukun Islam 44 vii 3.6 Hakikat makrifat 45 3.7 Sifat wajib bagi Allah 50 3.8 Sifat wajib bagi Rasul 78 3.9 Penutup 86 BAB EMPAT - TAHQIQ DAN TRANSLITERASI BAB IBADAH 4.1 Bahagian ibadah, bab sembahyang 87 4.2 Syarat wajib sembahyang 87 4.3 Syarat sah sembahyang 88 4.4 Hadas kecil dan fardu wuduk 90 4.4.1 Sebab-sebab berlakunya hadas kecil 90 4.4.2 Fardu wuduk 92 4.5 Hadas besar dan fardu mandi 95 4.5.1 Perkara-perkara yang mewajibkan seseorang itu mandi 95 4.5.2 Datang darah haid 97 4.5.3 Datang darah nifas 98 4.6 Fardu mandi 100 4.7 Wuduk, mandi dan tayammum 103 4.7.1 Syarat wuduk dan mandi 103 4.7.2 Wuduk orang yang darurah 106 4.8 Air mutlak 107 4.9 Sebab-sebab yang menghilangkan sifat air mutlak 108 4.10 Tayammum 110 4.11 Hadas kecil dan hadas besar 112 4.11.1 Perkara-perkara yang ditegah bagi orang yang berhadas kecil 112 4.11.2 Perkara-perkara yang ditegah bagi orang yang berjunub 113 4.11.3 Perkara-perkara yang ditegah bagi orang yang kedatangan haid dan nifas 114 4.12 Istinja’ 116 4.13 Syarat sah istinja’ 118 4.14 ‘Ain najis serta kaifiat untuk menghilangkannya 120 4.15 Pembahagian najis 122 4.16 Kaifiat membasuh najis ‘aini 124 4.17 Najis itu adakalanya darah dan seumpamanya, dan adakala selain daripada darah 125 4.18 Mengetahui masuk waktu sembahyang 128 4.19 ‘Ain kiblat 131 4.20 Menutup ‘aurat, kaifiat dan tempat sembahyang 133 4.20.1 Munutup ‘aurat 134 4.20.2 Kaifiat sembahyang 136 4.20.3 Tempat sembahyang 137 4.21 Perkara-perkara yang membatalkan sembahyang 138 4.22 Sembahyang fardu lima waktu 149 4.23 Bang dan qamat 150 4.24 Rukun-rukun sembahyang 159 4.24.1 Niat sembahyang 161 4.24.2 TakbiratuIihram 166 4.24.3 Qiyam 174 4.24.4 Membaca al-fatihah 177 viii 4.24.5 Rukuk 181 4.24.6 Iktidal 183 4.24.7 Sujud 187 4.24.8 Duduk antara dua sujud 190 4.24.9 Membaca tahiyyat awal 192 4.24.10 Membaca tahiyyat akhir 194 4.24.11 Selawat ke atas Nabi di dalam tahiyyat akhir 197 4.24.12 Duduk tawarruk 198 4.24.13 Memberi salam 199 4.25 Perkara-perkara yang disunatkan selepas memberi salam 202 4.25.1 Sunat melatakan tapak tangan kanan atas ubun kepala sambil menyapu mukanya 202 4.25.2 Membaca wirid 203 4.25.3 Membaca doa 209 4.25.4 Selawat dan salam ke atas Rasulullah 209 4.26 Doa-doa yang ma’thur 210 4.27 Sujud sahwi 212 4.28 Sembahyang sunat 216 4.29` Sembahyang qasar dan jamak 225 4.30 Sembahyang berjamaah 234 4.31 Sembahyang jumaat 246 4.31.1 Syarat wajib jumaat 246 4.31.2 Syarat sah jumaat 247 4.31.3 Rukun dua khutbah 252 4.31.4 Syarat dua khutbah 254 4.31.5 Perkara sunat bagi khatib 257 4.31.6 Amalan selepas memberi salam 259 4.31.7 Amalan yang disunatkan melakukannya pada hari jumaat 261 4.31.8 Hukum meninggalkan sembahyang jumaat 262 4.32 Penutup 265 4.32.1 Beberapa peringatan bagi orang yang sedang sakit 265 4.32.2 Setelah meninggal dunia 270 4.32.3 Memandikan mayat 275 4.32.4 Rukun sembahyang mayat 280 4.32.5 Menziarahi kubur orang Islam 288 4.33 Bab zakat 289 4.33.1 Dalil al-Quran tentang zakat 289 4.33.2 Dalil daripada hadis nabi tentang zakat 291 4.33.3 Pembahagian zakat 296 4.33.3.1 Zakat binatang 296 4.33.3.2 Zakat perbelanjaan 297 4.33.3.3 Zakat buah-buahan 298 4.33.3.4 Zakat biji-bijian 298 4.33.3.5 Zakat perniagaan 299 4.33.3.6 Zakat fitrah 300 4.34 Beberapa masaalah tentang perihal zakat 301 4.34.1 Wajib berniat 301 4.34.2 Wajib bersegera memberi zakat 303 4.34.3 Orang yang berhak menerima zakat 304 4.34.4 Masalah pertama 305 ix

Description:
dalam kitab Hidayah al-Sibyan bagi memudahkan pemahaman dan amalan orang ramai. Al-Jazairi, Abu Bakar bin Jabir (t.th). Minhaj al-Muslim. Madinah
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.