ebook img

kertas cadangan kajian PDF

427 Pages·2017·7.64 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview kertas cadangan kajian

REKA BENTUK MODEL INTEGRITI AKADEMIK BERASASKAN PENGHAYATAN ROHANI RAMLAN BIN MUSTAPHA TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITY MALAYA KUALA LUMPUR 2017 UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: RAMLAN BIN MUSTAPHA (No.K.P/Pasport: No. Pendaftaran/Matrik: PHA140040 Nama Ijazah: DOKTOR FALSAFAH Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”): REKA BENTUK MODEL INTEGRITI AKADEMIK BERASASKAN PENGHAYATAN ROHANI Bidang Penyelidikan: PENDIDIKAN ISLAM Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hak cipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hak cipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hak cipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hak cipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM. Tandatangan Calon Tarikh: Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan, Tandatangan Saksi Tarikh: Nama: Jawatan: ii Abstrak Kajian ini bertujuan membangunkan model integriti akademik berasaskan penghayatan rohani dalam konteks mahasiswa Muslim di Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research) yang di asas kan oleh Richey dan Klien (2007). Objektif kajian adalah untuk meninjau keperluan pembinaan model integriti akademik berteraskan aspek kerohanian, membangunkan model integriti akademik berasaskan aspek penghayatan rohani dan menilai kebolehgunaan model yang dibangunkan. Pembinaan model ini berasaskan Teori Tingkah laku Terancang oleh Ajzen (1991) serta digabungkan dengan Teori Tindakan Beralasan oleh Ajzen dan Fishbein (1975) dan Model Dual Proses oleh Sierra dan Hyman (2006), manakala aspek keagamaan pula berasaskan teori nilai Al-Ghazali. Fasa satu kajian iaitu analisis keperluan melibatkan penggunaan soal selidik yang dijalankan ke atas 380 orang mahasiswa di universiti awam untuk mendapatkan maklumat tentang tahap ketidakjujuran akademik manakala temu bual terhadap lima orang pakar dijalankan untuk mendapat pandangan dan persetujuan pakar terhadap rasionalisasi pembinaan model. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) menggunakan IBM Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 21.0. Manakala analisis temu bual pakar dianalisis berdasarkan tema. Fasa kedua kajian merangkumi fasa pembangunan model kajian dengan menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM). Fasa ini melibatkan pandangan 12 orang pakar pelbagai bidang terutamanya Pendidikan Islam. Fasa terakhir kajian iaitu fasa penilaian terhadap model. Instrumen Fasa ini melibatkan penggunaan soal selidik terhadap 480 orang mahasiswa universiti awam dan data dianalisis menggunakan PLS- SEM (Partial Least Squares-Structural Equation Modeling). Dapatan keseluruhan fasa pertama menunjukkan bahawa tahap ketidak jujuran akademik dalam kalangan iii mahasiswa adalah tinggi iaitu 62% mahasiswa mengaku melakukan ketidak jujuran akademik. Hasil temu bual pakar pula menunjukkan kesemua pakar bersetuju dengan aspek kerohanian dan keperluan kepada pembinaan model. Dapatan Fasa kedua iaitu pembinaan model kajian menunjukkan kesemua panel pakar mencapai kesepakatan dan konsensus. Dapatan konsensus pakar menunjukkan kesemua konstruk model mencapai konsensus pakar iaitu melebihi 75% kesepakatan pakar, nilai “d” adalah kurang daripada < 0.2 dan defuzzication (A ) melebihi > 0.5 seperti yang telah max ditetapkan. Dapatan ini menunjukkan terdapat kesepakatan yang baik antara panel pakar dalam pembinaan item model kajian. Dapatan fasa ketiga kajian menunjukkan bahawa analisis faktor (CFA) konvergen dan diskriminan melepasi nilai threshold yang ditetapkan iaitu AVE melebihi 0.5, Kebolehpercayaan komposit melebihi 0.7 dan nilai muatan individu melebihi 0.7. Akhir sekali, hasil pengujian hipotesis kajian menunjukkan konstruk model iaitu penghayatan agama, kecerdasan rohani, sikap, tahu kawal kelakuan didapati signifikan dengan niat melakukan ketidakjujuran akademik manakala konstruk norma subjektif didapati tidak signifikan. Dapatan fasa kajian juga menunjukkan bahawa model yang dibangunkan dapat menjelaskan fenomena ketidak jujuran akademik dan pengaruh aspek penghayatan rohani dalam konteks mahasiswa Muslim dengan baik dengan mencatatkan nilai R2 = 0.673 serta memenuhi kriteria keboleh ramalan dan kesahan. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa model integriti akademik berasakan penghayatan rohani berupaya menggambarkan fenomena ketidakjujuran akademik dalam konteks mahasiswa Muslim di Malaysia. iv DEVELOPMENT OF AN ACADEMIC INTEGRITY MODEL BASED ON ISLAMIC SPIRITUAL APPRECIATION Abstract This study aimed at developing a model of academic integrity based on spiritual appreciation in the context of Muslim students in Malaysia. This study employed the Design and Development Research approach (DDR) pioneered by Richey and Klein (2007) in model development study. The objectives of this study were to review the needs of the academic integrity model development, develop a model of academic integrity based on spiritual appreciation and evaluate usability of the developed model. Development of this model was based on the Theory of Planned Behavior by Ajzen (1991) combined with the Theory of Reasoned Action by Ajzen and Fishbein (1975) and the Dual Process Model by Sierra and Hyman (2006), while the religious aspect based on the Values Theory of Imam Al-Ghazali. The first phase of this study, including needs analysis phase which involves the use of a questionnaire conducted on 380 students at public universities to obtain information on academic dishonesty, while unstructured interviews with five experts were also conducted to gain insights and expert agreement to the rationalization of the model development. The data obtained were analyzed by descriptive statistics using IBM Statistical Packages For The Social Sciences (SPSS) version 21.0. While the analysis of expert interviews were analyzed based on predefined themes. The second phase of the study included the development phase using Fuzzy Delphi method. This phase involved the views of 12 experts in various fields, especially Islamic Education. The assessment based on responses to an expert questionnaire consisting of 7 linguistic Likert scale. The final phase of the study was the model evaluation phase. This phase involved administering a questionnaire (survey) to 480 students of public universities and analyzing the data using PLS-SEM (Partial Least Squares-Structural Equation Modeling). The overall v findings of the first phase indicated that the level of academic dishonesty is high with 62% of the students admitting having committed academic dishonesty. While the expert interviews also revealed that all experts agreed with the spiritual aspects and the need to build the model. The findings of the second phase of the model development showed all members of the expert panel reached agreement and consensus. The results showed that all model constructs reached expert consensus, which is over 75% agreement, with the value of "d" less than 0.2 and defuzzication (A ) exceeding > 0.5 as specified. This finding shows there is good agreement among max the expert panel in developing the model items. The findings of the third phase showed that the factor analysis (CFA), (convergent and discriminant) beyond the stipulated threshold value in which the AVE (average variance extracted) exceeded 0.5, composite reliability exceeded 0.7 and the individual loading exceeded 0.7. Finally, the results of hypothesis testing showed that religiosity, spiritual intelligence, attitude and perceived behavior control show significant relationship with intention to commit academic dishonesty, meanwhile subjective norms were found to have insignificant relationship with intention to commit academic dishonesty. The findings also showed that the phase of the developed model can explain the academic dishonesty phenomenon and appreciation of spirituality context influenced the Muslim students with a recorded value of R2 = 0.673 and met the criteria of reliability and validity of the prediction. The implication of the study proposes that the academic integrity model is capable of describing the phenomenon of spiritual appreciation that affects academic integrity within the scope of higher education in Malaysia. vi Penghargaan DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI Segala puji bagi Allah Tuhan Yang maha pengasih lagi maha penyayang. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya kesihatan, kecerdasan dan pertolongan yang baik dan masa yang cukup untuk menyiapkan tesis doktor falsafah ini. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih dan syukur kerana diberikan peluang untuk menyambung pengajian di peringkat PhD ini di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Jutaan terima kasih yang tidak mampu saya balas kepada penyelia saya Prof. Madya. Dr. Zaharah binti Hussin dan Profesor Dr. Saedah Siraj yang tidak jemu memberi tunjuk ajar, bimbingan dan teguran sehingga saya berjaya menyiapkan tesis ini. Tidak ketinggalan pensyarah khususnya Dr Ghazali Darusalam, rakan sekerja Dr Abd Shattar dan Dr Khairuddin, mentor Prof Ramayah Thurasamy dan Dr Othman Talib serta pegawai sokongan dan rakan-rakan seperjuangan di Fakulti Pendidikan UM Khususnya rakan-rakan rapat seperti En Fahmi Zaidi, Ustaz Zainal, Muhammad Nizam, Mohd Muqsith, Nik Asilah dan Ridwan yang banyak membantu dan memberi sokongan seterusnya menguatkan semangat saya untuk menyiapkan penyelidikan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menyiapkan penyelidikan ini yang bertindak sebagai sampel kajian saya seperti Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dekan Fakulti Pendidikan UITM, pegawai-pegawai dan mahasiswa UM, UiTM Jengka, UiTM Puncak Alam, guru pelatih IPG kampus Kuala Lipis dan mahasiswa USIM yang vii memberikan kerjasama kepada saya dalam melicinkan proses kutipan data. Seterusnya pakar-pakar kajian yang telah membantu memperkemaskan hasil kajian saya. Akhir sekali, insan yang sentiasa bersama-sama mengharungi suka duka, sentiasa bersama ketika senang dan susah dan sentiasa memberikan kekuatan dan inspirasi ialah isteri tersayang dan dicintai Wan Masmariani binti Wan Roslan. Buat ibunda tercinta doa mu tidak terhingga. Buat anak-anak yang menjadi penyejuk hati seterusnya memberikan kegembiraan ketika hati dalam keresahan Nurul Fatihah, Muhammad Muhaimin dan Ain Madihah. Tidak lupa juga yang sentiasa memberikan sokongan dan memahami kesukaran saya melakukan penyelidikan ialah ayah dan emak serta keluarga mertua. Sesungguhnya doa kalian amat saya hargai dan hanya Allah yang mampu membalasnya. Amin Ya Rab al-‘alamin JAZAKALLAH KULLUKUM viii Senarai Kandungan Tajuk ......................................................................................................................................... i Perakuan Keaslian Penulisan ................................................................................................... ii Abstrak .................................................................................................................................... iii Abstract .....................................................................................................................................v Penghargaan ........................................................................................................................... vii Senarai Kandungan ................................................................................................................. ix Senarai Rajah ........................................................................................................................ xiv Senarai Jadual .........................................................................................................................xv Senarai Singkatan .................................................................................................................. xix Senarai Lampiran ....................................................................................................................xx Bab 1 Pengenalan Pendahuluan ............................................................................................................. 1 Latar Belakang Kajian .............................................................................................. 4 Penyataan Masalah ................................................................................................... 5 Tujuan dan Objektif Kajian .................................................................................... 12 Tujuan kajian. ..................................................................................................... 12 Objektif kajian. ................................................................................................... 12 Persoalan Kajian ..................................................................................................... 13 Fasa Satu: Fasa analisis keperluan. ..................................................................... 13 Fasa dua: Reka bentuk dan pembangunan Model .............................................. 13 Fasa Ketiga: Penilaian model ............................................................................. 14 Rangka Teori .......................................................................................................... 14 Teori Tingkah Laku Terancang ............................................................................. 15 Teori Tindakan Beralasan ...................................................................................... 16 Model Dual Proses ................................................................................................. 17 Teori Nilai Al-Ghazali ........................................................................................... 17 Kerangka Teoretikal Kajian .................................................................................. 19 Kerangka Konseptual Kajian .................................................................................. 20 Rasional Kajian ...................................................................................................... 22 Definisi Operasional ............................................................................................... 23 ix Penghayatan Rohani: .......................................................................................... 23 Ketidak jujuran akademik. .................................................................................. 24 Mahasiswa. ......................................................................................................... 25 Niat...................................................................................................................... 25 Sikap. .................................................................................................................. 26 Norma subjektif. ................................................................................................. 26 Tahu kawal kelakuan. ......................................................................................... 26 Integriti Akademik .............................................................................................. 26 Kepentingan Kajian ................................................................................................ 26 Sumbangan Kajian. ................................................................................................ 27 Sumbangan kepada teori dan pembinaan model................................................. 27 Sumbangan kepada institusi................................................................................ 27 Batasan Kajian ........................................................................................................ 28 Rumusan dan Pengorganisasian Kajian ................................................................. 30 Bab 2 Sorotan Kajian Pendahuluan ........................................................................................................... 31 Integriti dan Ketidak Jujuran Akademik ................................................................ 31 Konsep Ketidak Jujuran Akademik ........................................................................ 32 Pandangan Islam Terhadap Ketidak Jujuran Akademik. ....................................... 34 Penghayatan Kerohanian dan Kaitannya dengan Kelakuan Manusia .................... 40 Konsep Penghayatan Agama .................................................................................. 42 Penghayatan agama dari sudut pandangan Islam. .............................................. 43 Aspek kerohanian dalam konsep penghayatan agama. ....................................... 44 Asas pengukuran penghayatan agama dalam Islam. .......................................... 45 Model penghayatan agama. ................................................................................ 49 Dimensi penghayatan agama mengikut Perspektif masyarakat barat. ................ 51 Rumusan. ............................................................................................................ 53 Konsep Kecerdasan Rohani .................................................................................... 54 Kecerdasan Rohani dari perspektif Islam. .......................................................... 54 Kecerdasan rohani (Spiritual) dari perspektif Al Quran. .................................... 54 Asas kecerdasan rohani (spiritual) Islam. ........................................................... 57 Kecerdasan rohani (spiritual) dari perspektif barat............................................. 59 x

Description:
iii. Abstrak. Kajian ini bertujuan membangunkan model integriti akademik berasaskan penghayatan rohani dalam konteks mahasiswa Muslim di Malaysia. Metodologi (Seaman, 2010; Moten, 2014). Selain itu penghayatan agama (religiositi) merangkumi aspek akidah, ibadah, akhlak dan syariah.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.