ebook img

kami, masyarakat putrajaya akan mengembling tenaga dan secara bersepakat menjadikan PDF

56 Pages·2010·1.94 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview kami, masyarakat putrajaya akan mengembling tenaga dan secara bersepakat menjadikan

Perbadanan Putrajaya “KAMI, MASYARAKAT PUTRAJAYA AKAN MENGEMBLING TENAGA DAN SECARA BERSEPAKAT MENJADIKAN PUTRAJAYA BANDARAYA CERIA, MESRA ALAM, SELAMAT, BERIDENTITI DAN MEMPUNYAI PENDUDUK YANG BERILMU DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI DEMI KESEJAHTERAAN PENDUDUK MASA KINI DAN GENERASI MASA HADAPAN”. 1 Laporan Hasil Bengkel LA 21 Putrajaya 2 Perbadanan Putrajaya Kandungan KATA ALUAN Perutusan Y.Bhg Tan Sri Presiden ii Perutusan Pengarah Perancangan Bandar iii PENGENALAN 1 PETIKAN UCAPAN 2 Petikan Ucapan Perasmian oleh Y.Bhg Tan Sri Presiden Perbadanan Putrajaya 2 Petikan ucapan Timbalan Pengarah Perancangan Bandar 4 Perbadanan Putrajaya RINGKASAN KERTAS KERJA PEMBENTANGAN BENGKEL 6 Kertas Kerja 1 – Pengenalan LA 21 : Dasar & Pelaksanaan 6 Kertas Kerja 2 – Pelaksanaan LA 21 Shah Alam 7 Kertas Kerja 3 – Pelaksanaan LA 21 Petaling Jaya 9 LATAR BELAKANG BENGKEL 10 Tajuk Bengkel 10 Objektif Bengkel 10 Program Bengkel 11 Perjalanan Bengkel 11 Senarai Nama Pemudahcara dan Moderator 13 PERNYATAAN MASYARAKAT LA 21 PUTRAJAYA 14 RUMUSAN ISU-ISU UTAMA YANG DIPENTINGKAN 14 PROSES TINDAKAN SELEPAS BENGKEL 16 Lampiran A - Senarai Jawatankuasa Kerja Bengkel 17 Lampiran B - Catatan Perbincangan Kumpulan Bengkel 22 Lampiran C - Gambarfoto Semasa Bengkel 39 3 Laporan Hasil Bengkel LA 21 Putrajaya 4 Perbadanan Putrajaya Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Pertama-tama kali saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, Perbadanan dengan sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat dapat mengadakan Bengkel Perdana Wawasan Masyarakat LA 21 Putrajaya. Setelah hampir 13 tahun dibangunkan dan bilangan penduduk kian bertambah maka sudah sampai masanya tumpuan diberikan kepada peningkatan pengisian dan penyertaan komuniti bagi menjadikan Putrajaya Bandaraya Sejahtera. Ia adalah satu cabaran yang perlu diharungi bersama. Satu bentuk kerjasama yang erat antara Perbadanan PRESIDEN Putrajaya dengan penduduk Putrajaya dan stakeholders lain perlulah PERBADANAN disemai dan digiatkan secara berterusan. PUTRAJAYA (Merangkap Pengerusi Justeru Bengkel Perdana Wawasan Masyarakat Local Agenda Jawatankuasa Induk LA 21 21 Putrajaya ini telah diadakan bagi membolehkan penduduk dan Putrajaya) stakeholders lebih memahami konsep Local Agenda 21, mengenal pasti isu-isu setempat dan seterusnya merangka Wawasan Masyarakat Local Agenda 21 Putrajaya. Hasil daripada Bengkel ini diharapkan dapat memantapkan lagi perlaksanaan program Local Agenda 21 Putrajaya. Kerjasama erat antara 3 pihak iaitu Komuniti, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak swasta. Iltizam dan kesanggupan penduduk memberikan komitment yang berterusan adalah perkara penting untuk menjamin kejayaan pelaksanaan program Local Agenda 21 Putrajaya. Dengan terbentuknya Wawasan Masyarakat LA 21 Putrajaya program- program yang dirancang selepas ini perlulah mengarahkan kepada pencapaian Wawasan tersebut. Tahniah dan setinggi penghargaan kepada urus setia dan semua yang terlibat di dalam menjayakan Bengkel Perdana Wawasan Masyarakat LA 21 Putrajaya. Sekian. Wassalam. TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMAN 5 Laporan Hasil Bengkel LA 21 Putrajaya 6 Perbadanan Putrajaya Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Syukur Alhamdulillah setelah beberapa bulan membuat persiapan maka Perbadanan telah dapat menganjurkan Bengkel Perdana Wawasan Masyarakat Local Agenda 21 Putrajaya dan seterusnya menerbitkan Laporan Hasil Bengkel Perdana Wawasan Masyarakat LA 21 Putrajaya ini. Ucapan terima kasih tidak terhingga di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terutamanya wakil-wakil persatuan PENGARAH penduduk yang dapat hadir dan berada bersama-sama menjayakan PERANCANGAN BANDAR Bengkel ini. Menerusi penganjuran Bengkel ini penduduk Putrajaya telah PERBADANAN terlibat secara langsung untuk menentukan pelan tindakan bagi kawasan PUTRAJAYA mereka sendiri. (Merangkap Setiausaha Jawatankuasa Induk LA 21 Pendekatan asas Local Agenda 21 ialah ‘bottom-up’, atau dari akar umbi Putrajaya) ke atas. Ini bermakna, penduduk Putrajaya mempunyai kemampuan dan kapasiti menentukan pelan tindakan dan menggerakkan program mereka sendiri. Perbadanan Putrajaya hanya menjadi pemudah cara. Penduduk sendirilah yang akan menentukan apa yang mereka inginkan secara persetujuan bersama dan mengusahakannya secara gotong royong menerusi kerjasama dengan pihak swasta dan Perbadanan. Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan Laporan Hasil Bengkel Perdana Wawasan Masyarakat LA 21 Putrajaya dengan jayanya. Marilah kita bermuafakat, bersatu hati, membulatkan tekad dan mempertingkatkan komitmen kita ke arah kejayaan pelaksanaan Local Agenda 21 Putrajaya. Sekian, terima kasih. OMAIRI BIN HASHIM 7 Laporan Hasil Bengkel LA 21 Putrajaya 8 Perbadanan Putrajaya Pengenalan Jawatankuasa Local Agenda 21 ( LA 21 ) telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Perbadanan Putrajaya Bil. 6/2008 bertarikh 18 Disember 2008. Pada 22 April 2009, Mesyuarat Penyelarasan Pra-Jawatankuasa Induk Local Agenda 21 telah diadakan di mana cadangan senarai keahlian Jawatankuasa Induk serta Jawatankuasa Kerja, cadangan senarai Program LA21 yang akan dilaksanakan oleh setiap Jawatankuasa Kerja serta cadangan senarai rakan kongsi telah dipersetujui oleh Jawatankuasa. Bagi memantapkan fungsi LA 21 Putrajaya dan melancarkan penyelarasan serta pemantauan semua program / projek yang telah direncanakan, pelbagai usaha telah dijalankan. Diantaranya adalah penganjuran Forum Perbandaran bertajuk ”Pengenalan LA 21 : Perkongsian Pengalaman KPKT, MBPJ dan DBKL” pada 15 April 2009, yang mana telah dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi, pegawai serta anggota kumpulan sokongan Perbadanan Putrajaya yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam Pelaksanaan LA 21 Putrajaya. Berdasarkan kepada Garis Panduan Pelaksanaan LA21 yang telah disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2002), sesebuah PBT yang ingin memulakan LA21, perlu melaksanakan Bengkel Wawasan untuk membentuk Wawasan Masyarakat dan Pelan Tindakan. Justeru, Perbadanan telah mengambil langkah menganjurkan Bengkel Perdana Wawasan Masyarakat ini dengan beberapa tujuan sepertimana berikut: • Memberi penerangan kepada masyarakat mengenai konsep Local Agenda 21 dan mekanisme pelaksanaanya • Mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak mengenai isu dan masalah pembangunan mampan setempat • Membentuk kerjasama (partnership) di dalam masyarakat ke arah mencapai pembangunan mampan. • Menyatukan aspirasi dan harapan semua pihak berkepentingan secara bersama dalam bentuk pernyataan Wawasan Masyarakat. 9 Laporan Hasil Bengkel LA 21 Putrajaya Petikan Ucapan Beberapa petikan ucapan yang disampaikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk LA 21 Putrajaya dan disusuli dengan ucapan oleh Timabalan Pengarah Perancangan Bandar selaku wakil Setiausaha Jawatankuasa Induk LA 21 Putrajaya semasa majlis perasmian bengkel ini. Berikut merupakan rumusan ucapan yang telah disamapaikan : Petikan Ucapan Perasmian oleh Y.Bhg Tan Sri Presiden Perbadanan Putrajaya Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh Y.Bhg Tan Sri Samsudin bin Osman, Presiden Perbadanan Putrajaya antara lain telah menyentuh perkara-perkara berikut : i. Y.Bhg. Tan Sri mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, Perbadanan Putrajaya dengan sokongan padu semua maka Bengkel Perdana Wawasan Masyarakat Local Agenda 21 Putrajaya dapat diadakan. ii. Setelah hampir 13 tahun menjalani proses pembangunan, dan kini dengan bilangan penduduk mencecah 70,000 orang, maka sudah sampai masanya tumpuan diberikan kepada aspek pengisian dan bekerjasama dengan komuniti bagi membawa Putrajaya ke arah menjadi sebuah bandaraya yang sejahtera dan bertenaga, serta pada masa yang sama, dapat membangun secara mampan serta mesra alam sekitar. iii. Di dalam program LA 21, komuniti setempat digalakkan untuk mengambil inisiatif dalam merancang dan membangunkan persekitaran mereka mengikut aspirasi dan hasrat masyarakat setempat bersama-sama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), pihak swasta dan lain-lain agensi kerajaan setempat. Tujuan utama kerjasama ini adalah ke arah mewujudkan persekitaran dan pembangunan yang mampan demi kesejahteraan bukan sahaja penduduk masa kini, tetapi juga penduduk dan generasi akan datang. iv. Bagi menyahut cabaran tersebut, pada awal tahun 2009, Perbadanan telah menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja bagi Local Agenda 21 Putrajaya. Ini tidak lain adalah bertujuan untuk menggerakkan program LA 21 ini sepertimana yang telah sedia wujud dan bergerak di PBT lain seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan sebagainya. v. Beliau juga mengucapkan alhamdullillah oleh kerana program Local Agenda 21 Putrajaya kini sudah bertapak dan mula membuahkan hasil. Pada masa ini terdapat beberapa projek-projek perintis yang sudahpun dilaksanakan iaitu seperti projek place making Surau Presint 9B, projek tree-planting Eco-Rangers, serta projek pengasingan sisa pepejal di punca dan pengkomposan. vi. Beliau berharap agar melalui Bengkel ini semua pihak yang terlibat akan mendapat pendedahan untuk memahami lebih mendalam lagi konsep Local Agenda 21, malah yang lebih penting lagi tuan-tuan dan puan-puan akan dapat memanfaatkan masa untuk berbincang mengenal pasti isu-isu setempat untuk ditangani menerusi LA 21 dan seterusnya merangka Wawasan Masyarakat Local Agenda 21 Putrajaya. 10

Description:
BANDARAYA CERIA, MESRA ALAM, SELAMAT, BERIDENTITI DAN Penggunaan kemudahan-kemudahan (Tasik Putrajaya, Pusat Kejiranan
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.