APLIKASI METODE PEMIKIRAN SISTEM DALAM ISU POLEMIK ANTARA NAS DAN MASLAHAH: KAJIAN MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH AHMAD BADRI ABDULLAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2017 APLIKASI METODE PEMIKIRAN SISTEM DALAM ISU POLEMIK ANTARA NAS DAN MASLAHAH: KAJIAN MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH AHMAD BADRI ABDULLAH TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2017 UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: AHMAD BADRI ABDULLAH No. Matrik: IHA090040 Nama Ijazah: DOKTOR FALSAFAH Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”): APLIKASI METODE PEMIKIRAN SISTEM DALAM ISU POLEMIK ANTARA NAS DAN MASLAHAH: KAJIAN MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH Bidang Penyelidikan: FIQH KONTEMPORARI Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana- mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM. Tandatangan Calon Tarikh: Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan, Tandatangan Saksi Tarikh: Nama: Jawatan: Pensyarah/ Penyelia APLIKASI METODE PEMIKIRAN SISTEM DALAM ISU POLEMIK ANTARA NAS DAN MASLAHAH: KAJIAN MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH ABSTRAK Penelitian terhadap wacana hukum Islam dewasa ini memperlihatkan berkembangnya kecenderungan mendahulukan elemen maṣlaḥah ke atas naṣṣ Syarak. Pendekatan ini hakikatnya merupakan adaptasi pendekatan sebahagian ulamak uṣūl al-fiqh klasik namun ditampilkan dalam bentuk yang semasa, antaranya melalui tindakan menilai semula autoriti naṣṣ Syarak oleh sesetengah pemikir Muslim yang dikategorikan sebagai golongan modenis dan posmodenis. Fenomena ini telah menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat Islam kerana tokoh-tokoh pemikir ini mempertikaikan hukum-hukum yang telah disimpulkan dari sumber-sumber wahyu yang bersifat qaṭʿī. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menilai polemik yang ditimbulkan oleh aliran modenis dan posmodenis khususnya dalam isu-isu hukum yang melibatkan hubungan timbal-balik naṣṣ dan maṣlaḥah melalui kerangka maqāṣid al-sharīʿah dan pemikiran sistem. Justeru itu, kajian ini memilih metode pemikiran sistem yang muncul dalam bidang kajian saintifik kontemporari bagi mendepani aliran modenis dan posmodenis khususnya dalam rangka menangani polemik berkaitan hubungan maṣlaḥah dengan naṣṣ. Metode ini dilihat mampu menghuraikan interaksi hubungan antara naṣṣ, maṣlaḥah, dan maqāṣid al-sharīʿah dengan berkesan dan memberi perspektif yang bersifat holistik. Selain itu, metode-metode pemikiran sistem turut digunakan untuk menganalisa pendekatan ulama uṣūl al-fiqh klasik dan membandingkannya dengan kecenderungan para pemikir modenis serta posmodenis dalam menangani beberapa iii persoalan hukum yang melibatkan polemik maṣlaḥah dengan naṣṣ. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data-data perpustakaan melalui penelitian terhadap karya-karya klasik dan kontemporari yang kemudiannya dianalisa melalui metode induktif, deduktif, dan komparatif. Hasil kajian ini mendapati bahawa perspektif ulama’ uṣūl al-fiqh klasik bersifat sistemik dalam menangani isu seperti kesaksian wanita, pembahagian harta perwarisan, dan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam berbanding para pemikir modenis dan posmodenis yang lebih cenderung kepada pendekatan yang tidak menyeluruh cakupannya. Ini kerana para ulama’ berkenaan sentiasa berusaha mencari keseimbangan dalam rangka untuk mencapai kemaslahatan awam tanpa mengabaikan ajaran asasi di dalam teks wahyu. Selain itu, kajian ini juga mendapati terdapatnya persamaan sifat dan fokus dalam disiplin ilmu maqāṣid al sharīʿah dan pemikiran sistem yang membolehkan berlakunya simbiosis antara keduanya dalam rangka menawarkan solusi yang berkesan dalam menangani persoalan hubungan antara naṣṣ dengan maṣlahah. iv APLIKASI METODE PEMIKIRAN SISTEM DALAM ISU POLEMIK ANTARA NAS DAN MASLAHAH: KAJIAN MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH ABSTRACT A survey on the contemporary Islamic legal discourse identifies the establishment of a tendency which attemps to grant preponderances on the element of benefits (maṣlaḥah) over Islamic legal texts (naṣṣ). Such an approach owes its inspiration and origin from classical discourse, depicted however in new forms, among others by the attempt to reevaluating the authority of divine textual sources among specific categories of Muslims scholars namely the modernists and postmodernists. Such a phenomenon somehow has triggered confusions among Muslims communities since the abovementioned thinkers daringly criticise normative legal rulings which are formulated from the categorical textual sources. Therefore, this research aims to evaluate polemics instigated by the modernists and postmodernists particularly in issues pertaining to the dialectical relation between benefits (maṣlaḥah) and (naṣṣ) from the framework of maqāṣid al-sharīʿah and systems thinking. Hence, it adopts systems thinking methods that emerged in the contemporary scientific fields in the way to face the modernist and postmodernists tendencies particularly to cater polemics emanated from the dialectical relation. These methods are suitable to effectively explicate the overarching relation between texts (naṣṣ), benefits (maṣlaḥah) and the higher Shari’ah objectives (maqāṣid al-sharīʿah) as well as in offering a holistic view on the three elements in term of their functional roles. Moreover this research employs systems thinking tools in the pursuit of analysing approaches taken by classical scholars in comparison to that of the modernists and postmodernists in dealing with issues which involve the dialectical polemic between benefits (maṣlaḥah) and texts (naṣṣ). In doing so, this research applies a library research in collecting relevent data from both classical and contemporary v literatures which are analysed through inductive, deductive as well as comparative methods. The result shows that the classical scholars’ approaches are commendably systemic in handling legal issues such as women testimony, rights of inheritence, and the implementation of Islamic criminal punishments compared to that of the modernists and postmodernists which are rather atomistic. This is due to the fact that, in resolving the issues, those scholars attempt to find a correct balance between attaining societal benefits and safeguarding the original teachings in the texts. Furthermore, the research also identifies parallel characteristics and concerns in both maqāṣid al-sharīʿah and systems thinking by which the symbiosis of both is elementary in the pursuit of managing the relation between religious texts and benefits. vi PENGHARGAAN Alhamdulillah, segala puji-pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kekuatan yang diberikan untuk mengharungi segala ujian bagi menyempurnakan kajian ini. Penyelidik ingin merakamkan ribuan penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang proses kajian ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Ridzwan bin Ahmad selaku penyelia bagi kajian ini yang telah memberi panduan, bimbingan dan perkongsian mutiara ilmu sepanjang kajian ini dilakukan. Penghargaan ditujukan juga buat kakitangan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM), khususnya para pensyarah, penyelidik dan kakitangan sokongan di Jabatan Fiqh & Usul, APIUM. Ucapan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada pihak pentadbir, rakan-rakan penyelidik, serta kakitangan di IAIS Malaysia yang sentiasa memberi sokongan, cadangan dan kritikan kepada penyelidik dalam rangka untuk menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga ditujukan kepada ketiga-tiga pemeriksa tesis ini iaitu Prof. Dr. Amir Hussin Mohd Nor, Prof. Madya Dr. Basri Ibrahim, dan juga Dr. Mohd Anuar Ramli yang telah memberikan kritikan, komentar, dan cadangan yang amat bernilai dalam memperbaiki kualiti kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ayahanda dan ibunda dan kesemua ahli keluarga yang sentiasa memberi dokongan dengan doa dan kata-kata semangat. Akhir sekali yang teristimewa buat isteri tercinta, Siti Faridah binti Abdul Samad bersama dua orang puteri kami, Arisyah Wafiyah dan Nufhah Solehah yang telah setia menemani dan banyak berkorban di sepanjang perjalanan menempuh perjuangan menyiapkan kajian ilmiah ini. Sekian, terima kasih. vii ISI KANDUNGAN ABSTRAK III ABSTRACT V PENGHARGAAN VII ISI KANDUNGAN VIII SENARAH RAJAH XV SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN XIII PANDUAN TRANSLITERASI XIV BAB 1: PENDAHULUAN 1 1.1 Latarbelakang Masalah Kajian 1 1.2 Masalah Kajian 3 1.3 Persoalan Kajian 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Kepentingan Kajian 7 1.6 Skop Kajian 9 1.7 Ulasan Karya 9 1.8 Metodologi Kajian 18 1.8.1 Metode Pengumpulan Data dan Maklumat 18 1.8.2 Metode Dokumentasi 19 1.8.3 Metode Penganalisaan Data 19 BAB 2: KONSEP PEMIKIRAN SISTEM, SEJARAH PERKEMBANGAN, PRINSIP SERTA METODE-METODE ASASNYA 22 2.1 Pendahuluan 22 2.2 Definisi dan Konsep Pemikiran Sistem 23 viii 2.2.1 Definisi Sistem 23 2.2.2 Definisi Pemikiran Sistem 24 2.2.3 Perbezaan Pemikiran Sistem dan Sistematik 26 2.2.4 Perbezaan Pemikiran Sistem Dan Pemikiran Analitikal 26 2.3 Sejarah Ringkas Mengenai Perkembangan Sains dan Hubungannya dengan Kemunculan Pemikiran Sistem 31 2.3.1 Dari Sains Klasik kepada Sains Moden 31 2.3.2 Berakhirnya Perkembangan Sains Moden dan Permulaan Era Sistem 35 2.3.4 Perkembangan Pendekatan Sistem (Systems Approach) dalam Pelbagai Bidang Kajian 43 2.4 Prinsip-prinsip Asas Pemikiran Sistem 47 2.5 Sifat-sifat Sistem (System Features) 53 2.6 Metode-metode Asas Bagi Pemikiran Sistem 63 2.6.1 Model Kawalan (The Control Model) 63 2.6.2 Maklumbalas (Feedback) Dalam Sistem 69 2.6.3 Maklum Jangkaan (Feedforward) 77 2.6.4 Masa Lengah (Time Delay) 78 2.6.5 Kesan Sampingan (Side Effects) 80 2.7 Kritikan Pemikiran Sistem Terhadap Asas Pemikiran Moden Berhubung Konsep Sebab dan Kesan (Causality) 81 2.8 Kritikan Pemikiran Sistem Terhadap Aliran Pemikiran Posmodenisme 83 2.8.1 Respon Pemikiran Sistem Terhadap Metod Historisisme 89 2.9 Kesimpulan 92 BAB 3: ANALISIS HUBUNGKAIT PENDEKATAN PEMIKIRAN SISTEM DAN TRADISI HUKUM ISLAM DARI ASPEK MAQĀṢID AL-SHARĪʿAH 93 3.1 Pendahuluan 93 3.2 Saranan Mengintegrasikan Teori Sistem Dalam Memahami Teologi Islam 93 3.3 Aplikasi Analisis Sistem Terhadap Dasar-dasar Hukum Islam 97 ix
Description: