ebook img

Kajian Analisis Kandungan Foto Hitam Putih Masyarakat Melayu Abad Ke-19 Karya Gustav ... PDF

25 Pages·2015·0.58 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Kajian Analisis Kandungan Foto Hitam Putih Masyarakat Melayu Abad Ke-19 Karya Gustav ...

Kajian Analisis Kandungan Foto Hitam Putih Masyarakat Melayu Abad Ke-19 Karya Gustav Richard Lambert oleh Wan Lokman Bin Wan Ahmad Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat memperolehi Ijazah Sarjana Sastera Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2015 PENGESAHAN TESIS Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau Institusi. TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh). SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam talian (teks penuh ) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah. Dari tarikh hingga . SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)* TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan)* Saya mengaku bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut. 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian. Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama 820824-03-5673 Dr. Iwan Zahar Tarikh : Tarikh : i PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, dengan segala izin dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan penyelidikan ini dengan bantuan pelbagai pihak. Terlebih dahulu jutaan terima kasih kepada penyelia iaitu Dr. Iwan Zahar yang selalu memberikan tunjuk ajar di dalam menyiapkan penyelidikan akademik ini. Segala ilmu yang dicurahkan oleh beliau sangat bermanfaat untuk saya gunakan selama tiga tahun yang penuh dengan liku dan rintangan. Juga sekalung budi kepada Prof. Madya Ab. Aziz Bin Shuaib, selaku Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan yang telah memberikan bimbingan berkesan ke arah menjadi graduan yang holistik. Tidak lupa kepada para pensyarah yang telah banyak memberikan input yang berguna sepanjang menyiapkan penyelidikan ini. Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM (Shah Alam), Prof. Dr. Mustaffa Halabi Bin Azahari dan Profesor Kunjungan UniMAP (Perlis), Prof. Dr. Ismail Bin Abdullah yang telah sudi memberikan kerjasama di sepanjang penyelidikan ini. Berkat doa dari ayahanda Hj. Wan Ahmad dan bonda Hjh. Aminah, anakanda telah berjaya menempuhi segalanya dengan tenang. Dedikasi khas kepada isteri dan anak-anak yang menjadi sumber ilham dan inspirasi, terima kasih kerana pengorbanan yang tiada penghujungnya. Akhir sekali, terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam perjalanan penyelidikan ini. Semoga Allah membalas jasa kalian. Wassalam. ii ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGESAHAN TESIS i PENGHARGAAN ii ISI KANDUNGAN iii SENARAI JADUAL vi SENARAI GAMBAR vii ABSTRAK ix ABSTRACT x BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 5 1.2.1 Sejarah Awal Fotografi 5 1.2.2 Sejarah Fotografi di Tanah Melayu 6 1.2.3 Kritikan Seni 11 1.3 Pernyataan Masalah 12 1.4 Objektif Kajian 15 1.5 Persoalan Kajian 16 1.6 Hipotesis 16 1.7 Skop Kajian 17 1.8 Batasan Kajian 17 1.9 Kerangka Teori 18 1.10 Kepentingan Kajian 19 1.11 Definisi Operasional 21 iii BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 24 2.2 Isu Fotografi 25 2.2.1 Fotografi dan Kepentingannya 26 2.3 Model Kritikan Seni 33 2.3.1 Model Feldman 35 2.3.2 Model Barrett 35 2.4 Kajian Terdahulu Berkaitan Analisis Foto 38 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 40 3.2 Reka Bentuk Kajian 41 3.3 Responden 41 3.4 Instrumen 42 3.4.1 Temubual 42 3.4.2 Resensi Keperpustakaan 43 3.5 Prosedur Pengumpulan Data 44 3.6 Prosedur Analisis Data 46 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 47 4.2 Hasil Pengekodan Data 48 4.3 Hasil Analisis Foto 51 BAB 5 PERBINCANGAN 5.1 Pengenalan 131 5.1.1 Subjek 132 5.1.2 Alatan, Teknik dan Format 133 5.1.3 Ciri Formalistik dalam Karya 134 5.1.4 Pengaruh dan Gaya 135 5.1.5 Denotasi dan Konotasi 137 iv 5.1.6 Konteks Sejarah dan Budaya 139 BAB 6 KESIMPULAN DAN PENUTUP 6.1 Pengenalan 143 6.2 Kesimpulan 144 6.3 Penutup 146 RUJUKAN 148 LAMPIRAN 154 v SENARAI JADUAL NO. MUKA SURAT 1.1 Kerangka teori 18 3.1 Kaedah kajian 40 3.2 Model Barrett 45 4.1 Aktiviti sosial dan budaya 48 4.2 Aktiviti ekonomi 49 4.3 Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu 50 vi SENARAI GAMBAR NO. MUKA SURAT 1.1 The Migrant Mother oleh Dorathea Lange (1936) 3 1.2 Street Scene oleh G.R. Lambert (1900) 9 4.1 Malay Women oleh G.R. Lambert (1890) 51 4.2 Malay Woman oleh G.R. Lambert (1890) 55 4.3 Malay Huntsmen oleh G.R. Lambert (1890) 59 4.4 Malay Ship Builder oleh G.R. Lambert (1890) 63 4.5 Malay Gamelan oleh G.R. Lambert (1890) 67 4.6 Malay Girl and Ayah oleh G.R. Lambert (1890) 71 4.7 Malay Hadjee oleh G.R. Lambert (1894) 75 4.8 Malay Woman oleh G.R. Lambert (1895) 79 4.9 Malay Man and Child oleh G.R. Lambert (1900) 83 4.10 Kampong Kallang oleh G.R. Lambert (1900) 87 4.11 Malay Houses in Johore oleh G.R. Lambert (1910) 91 4.12 Buffalo in the Paddy Field oleh G.R. Lambert (1885) 95 4.13 Chinese Hawker oleh G.R. Lambert (1885) 99 4.14 Malay Ladies oleh G.R. Lambert (1890) 103 4.15 Rattan Factory oleh G.R. Lambert (1890) 107 4.16 Coffee Plantation oleh G.R. Lambert (1890) 111 4.17 Pepper Plantation oleh G.R. Lambert (1909) 115 4.18 Malay Guards oleh G.R. Lambert (1900) 119 vii 4.19 Woman of the Malay Aristocracy oleh G.R. Lambert (1900) 123 4.20 Members of the Johore Royal Family oleh G.R. Lambert (1905) 127 viii Kajian Analisis Kandungan Foto Hitam Putih Masyarakat Melayu Abad ke- 19 Karya Gustav Richard Lambert ABSTRAK Kajian analisis kandungan ini bertujuan untuk mentafsir imej-imej foto hitam putih masyarakat Melayu pada awal abad ke-19 yang telah dirakamkan oleh Gustav Richard Lambert di Tanah Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk: 1) mengenalpasti imej-imej foto hitam putih yang berkaitan dengan masyarakat Melayu karya G.R. Lambert, 2) menganalisis kandungan imej foto hitam putih masyarakat Melayu dengan menggunakan Model Barrett, dan 3) mengetahui konteks sejarah dan budaya masyarakat Melayu dari tahun 1850 hingga 1910 melalui imej foto. Sehubungan itu, kajian ini memfokuskan kepada imej foto berkaitan aktiviti masyarakat Melayu dari tahun 1850 sehingga 1910. Sebanyak 20 keping imej foto dipilih untuk dianalisa isi kandungannya dengan pendekatan kualitatif menggunakan metodologi analisis kandungan berdasarkan Model Barrett serta sesi temu bual dengan dua orang tokoh akademik. Hasil kajian ini mendapati bahawa imej foto yang dianalisa memaparkan tiga kategori utama iaitu; 1) aktiviti sosial dan budaya seperti kegiatan harian masyarakat Melayu, pemakaian busana tradisional, permainan alat muzik gamelan, rumah-rumah Melayu dan penggunaan alatan tradisional, 2) aktiviti ekonomi seperti penanaman padi, kopi, lada hitam, rotan dan perusahaan tenunan, dan 3) sistem pemerintahan Kesultanan Melayu termasuk golongan bangsawan serta hulubalang. Imej foto ini merupakan warisan yang sangat berharga untuk rujukan generasi masa kini dan akan datang. Walaupun G.R. Lambert bukan berbangsa Melayu, tetapi karya fotonya memberikan satu signifikasi yang unik dan membawa satu anjakan dalam pengenalan fotografi sebagai salah satu alat dan perantara dalam proses dokumentasi di Tanah Melayu. ix

Description:
foto hitam putih yang berkaitan dengan masyarakat Melayu karya G.R. foto berkaitan aktiviti masyarakat Melayu dari tahun 1850 sehingga 1910.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.