ebook img

Jaiton Bee @ Zaitun Bee Bt Mohd Yaacob lwn Mohd Taha Bin Wan Ahmad PDF

36 Pages·2015·0.69 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Jaiton Bee @ Zaitun Bee Bt Mohd Yaacob lwn Mohd Taha Bin Wan Ahmad

Jaiton Bee @ Zaitun Bee Bt Mohd Yaacob lwn Mohd Taha Bin Wan Ahmad [Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil : 10200-016-0001-2003 (Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS)] [11 Ramadhan 1435H bersamaan 9 Julai 2014] Undang - Undang Keluarga Islam - Tuntutan Mut’ah – Penentuan Mahkamah Berkaitan Kadar Mutaah - Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Fakta Kes [1] Kes ini telah difailkan oleh Plaintif, Jaiton Bee @ Zaitun Bee Binti Mohd Yaacob terhadap Defendan yang bernama Mohd Taha Bin Wan Ahmad, iaitu bekas suami Plaintif di bawah peruntukan Seksyen 56 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 1984 yang mana selepas pindaan, kini adalah peruntukan 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [EUUKIS 2003]. [2] Tuntutan dibuat oleh Plaintif melalui Saman bertarikh 1hb. Mac 2005 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 27hb Disember 2002. Sementara penyampaian Saman kes ini kepada Defendan telah dibuat oleh Plaintif secara kediri pada 25hb. April 2005 sebagaimana Afidavit Penyampaian yang telah diikrarkan oleh Plaintif bertarikh 11hb Oktober 2005, Defendan tidak menfailkan apa-apa pembelaan bagi menjawab tuntutan Plaintif dalam kes ini sehinggalah ke tarikh keputusan kes ini dibacakan. 1 [3] Tuntutan yang dibuat oleh Plaintif di dalam Mahkamah ini adalah seperti berikut : a. Pihak Defendan difardhukan membayar mut'ah sebanyak RM 420,000.00 berdasarkan peruntukan Seksyen 56 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 1984. b. Apa-apa relief yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia Ini. c. Kos tindakan ini ditanggung oleh Pihak Defendan. [4] Kes ini telah dibicarakan dengan keterangan lisan Plaintif, Defendan, saksi-saksi Plaintif dan saksi-saksi Defendan. Mahkamah telah menetapkan satu tarikh iaitu pada 21hb. April 2014 untuk pihak Peguam Syarie Plaintif dan Defendan memfailkan Hujahan Bertulis. Plaintif melalui Peguam Syarienya telah memfailkan sesalinan hujah pada 27hb. Mac 2014. Manakala, Peguam Syarie pihak Defendan pula telah memfailkan hujah balas secara bertulis pada 21hb. Mei 2014. Diputuskan Setelah Mahkamah meneliti Saman bertarikh 1hb. Mac 2005 dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 27hb Disember 2002 serta mendengar keterangan lisan Plaintif, Defendan, saksi-saksi serta setelah meneliti Hujahan Bertulis Peguam Plaintif bertarikh 27hb. Mac 2014 bersama Hujahan Balas bertulis Peguam Syarie Defendan bertarikh 21hb. Mei 2014 serta setelah Defendan bersumpah Yamin Nafi, maka dengan ini Mahkamah memutuskan dan memerintahkan seperti berikut : 1) Mahkamah meluluskan tuntutan mut’ah Plaintif berdasarkan peruntukan seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. 2 2) Mahkamah memerintah Defendan membayar sebanyak RM 2,000.00 sebagai bayaran mut’ah dan saguhati perceraian kepada Plaintif. 3) Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh dua (2) bulan mulai dari tarikh hari ini. 4) Kos bagi kes ini ditanggung oleh masing-masing. Peguam Syarie Plaintif : diwakili oleh Encik Mohd Nooraizan Bin Md Idros dari Tetuan Noor Aizan & Partners. Defendan : diwakili oleh Encik Ab Kadir Bin Ismail dari Tetuan Ab Kadir Ismail. Surah al-Quran yang dirujuk 1. Surah al-Ahzab : ayat 28. 2. Surah al-Baqarah : ayat 236 dan 241. Kitab - kitab yang dirujuk 1. Abi Bakr Uthman Bin Muhamad Syatta Al-Dimyati Al-Bakri, 1995, I’anah Al- Talibin. Juzu’ 3 dan 4, Beirut, Lubnan : Dar Kutub al-‘Ilmiyah. 2. Sheikh Shamsuddin Bin Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, Mughni Al-Muhtaj, Jilid 4, Dar Al-Kitab Al-Ilmiah. 3. Imam Taqiyuddin Abu Bakar Bin Muhammad Al-Husaini, Kifayatul Ahyar, Juzu’ 2, Dar Al-Khair. 3 4. Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaily, 1997, Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh, Jilid 7, Beirut Lubnan : Dar Al-Fikr. 5. Syeikh Syihabuddin Al-Qalyubi dan Syeikh Umairah, Qalyubi Wa Umairah, Juzu’ 3, Beirut : Dar Al-Kutub Al-Ilmiah. 6. As-Sayyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad Ibnu Al-Husain, 1998, Bughyah Al- Mustarsyidin, Beirut, Lubnan : Dar al-Kutub. 7. Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugha & Ali Asy-Syarbaji, 2000, Al-Fiqh Al-Manhaji ‘Ala Mazhab Al-Imam Al-Syafi’e, Jilid 2, Dar Al-Syamiyyah. 8. Mahmud Saedon A. Othman. 2003. Undang-Undang Keterangan Islam. Cet. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Undang - undang yang dirujuk 1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 61 (3) (b) (iv) . 2. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - s. 121 (1) (b). 3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 - s. 2, s. 4, s. 58. 4. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 - s. 72, s. 73. Kes - kes yang dirujuk 1. Faridah Binti Sulaiman lwn. Mohd. Noh Bin Othman, JH 19 (1). 2. Noorbee lwn. Ahmad Sanusi, JH 1 (2). 3. Piah Binti Said lwn. Che Lah Bin Awang, JH 3 (2). 4. Bukhary Mohd Noor lwn Aisyah Ismail [2004] 18 JH 245. 5. Zawiyah lwn. Ruslan, JH 1 (2). 6. Yang Chik Binti Hashim lwn. Abdul Jamal Bin Abdul Rahim, JH 6 (1). 7. Rusiah Binti. Ismail lwn. Mohd Rafi Heinges Bin Abdullah, JH 13 (2). 8. Ida Hidayati Binti Taufiq lwn. Ahmad Shukri Bin Kassim, JH 18 (2). 9. Normaidiah lwn. Azhari, JH 1 (2). 4 10. Nooraini Binti Rashid lwn. Hamzah Bin Zainudin, JH XVIII (2). 11. Norma @ Normek Binti Ghazali lwn. Mohd Zain Bin Abdullah, JH XIX (1). 12. Norizam Binti Mohd Lazim lwn. Halim Azman Bin Hj. Sulaiman, JH 10 (1). 13. Jinah Binti Ahmad lwn. Abdul Aziz, JH 6 (2). 14. Ismail lwn. Norsiah, JH 2 (1). 15. Tengku Anum Zaharah Binti Tengku Abdul Hamid lwn. Dato’ Dr. Hussein Bin Mohamed Yusof, JH 3 (1). 16. Timah lwn. Abdul Rahman, JH 14 (2). 17. Safiyya lwn. Ruzainee, JH 16 (1). 18. Suraiya Binti M.Shafie lwn. Abd Shukor Bin Mohd Hashim, JH 27 (2). Penghakiman Y.A Tuan Salehan Bin Haji Yatim, HMTS. [5] Terdapat tiga (3) isu utama yang Mahkamah perlu beri ulasan di dalam membuat keputusan bagi kes ini iaitu : a. Sama ada Mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar, membicara dan memutuskan kes ini. b. Sama ada Plaintif berhak atau tidak untuk membuat tuntutan mut’ah. c. Berapakah penentuan kadar mut’ah tersebut? 5 Isu Pertama : Bidangkuasa Mahkamah [6] Tuntutan di dalam kes ini adalah untuk mendapatkan hak terhadap mut’ah di bawah peruntukan seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [EUUKIS 2003] yang memperuntukkan seperti berikut : “Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak” [7] Bidangkuasa Mahkamah ini terhadap tuntutan yang dibuat oleh Plaintif adalah tertakluk kepada peruntukkan sub seksyen 62 (2) (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (EPAINS 2003) yang dibaca bersama dengan sub-seksyen 61(3) (b) (i) Enakmen yang sama. Sub seksyen 62 (2) (b) EPAINS 2003 memperuntukan : Mahkamah Rendah Syariah- (a) .... (b) dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian) 6 [8] Manakala peruntukan sub-seksyen 61 (3) (b) (i) enakmen yang sama dibaca bersama untuk menjelaskan mengenai kuasa yang sama diberikan kepada Mahkamah Tinggi : Mahkamah Tinggi hendaklah- (a) ... (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan- i- pertunangan, perkahwinan, ruju’, penceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri. [9] Mengenai pemastautinan, Plaintif telah memenuhi syarat yang diberikan di bawah kehendak peruntukan seksyen 2 dan 4 EUUKIS 2003 berdasarkan Kad Pengenalan Plaintif yang dilampirkan di dalam Pernyataan Tuntutan yang jelas menunjukkan beliau merupakan pemastautin yang tinggal dalam Negeri Selangor yang beralamat di Lot 287, Jalan Indah 14, Selayang Indah, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. [10] Oleh itu, berdasarkan peruntukan seksyen 61 (3) (b) (iv) EPAINS 2003, seksyen 2, 4 dan 58 EUUKIS 2003, maka Mahkamah berpuashati bahawa Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar, membicara dan memutuskan kes ini. 7 Isu Kedua : Sama ada Plaintif berhak atau tidak untuk membuat tuntutan mut’ah [11] Dalam mengulas isu kedua ini, pertamanya Mahkamah akan menilai kelayakkan Plaintif dalam membuat tuntutan mut’ah tersebut. Jika Mahkamah mendapati bahawa Plaintif sememangnya layak dan berhak untuk membuat tuntutan mut’ah ini, maka Mahkamah akan menentukan pula suatu kadar atau jumlah yang mut’ah munasabah yang patut diterima oleh pihak Plaintif. [12] Berdasarkan keterangan utama Plaintif, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau dan Defendan telah bernikah pada 21hb. Mei 1967 dan telah bercerai pada 14hb Oktober 2002. Perceraian pasangan ini adalah perceraian secara baik sebagaimana keputusan perbicaraan kes mal bil. : 10008-014-13/2002 yang ditanda sebagai ”P-2” yang jelas menyatakan bahawa penceraian pihak-pihak adalah di bawah peruntukan seksyen 47 EUUKIS. [13] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguam Syarie Plaintif bahawa Plaintif adalah berhak untuk mendapat bayaran saguhati mut’ah daripada Defendan kerana pihak Defendan dalam kes ini tidak mencabar hak Plaintif untuk mendapat mut’ah melalui tindakan pihak Defendan sendiri yang tidak menfailkan Pembelaan serta di dalam Afidavit Keterangannya juga Defendan tidak menyatakan bahawa Plaintif adalah seorang yang tidak berhak untuk mendapat mut’ah walaupun Defendan tidak memberikan apa-apa tawaran kepada Plaintif tentang jumlah mut’ah yang beliau mampu untuk diberikan kepada Plaintif. . [14] Mahkamah juga ingin menjelaskan di sini bahawa mut’ah adalah suatu pemberian dari bekas suami kepada bekas isterinya yang diceraikan. Ia adalah wajib bagi seorang bekas suami yang telah menceraikan isteri samada isterinya telah disetubuhi ataupun tidak, sama ada telah ditentukan mahar (maskahwin) ataupun 8 tidak. Hal ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Ahzab, ayat 28 iaitu : $ygtFt^(cid:131)˛(cid:151)ur $u(cid:139)(cid:247)R(cid:145)(cid:137)9$# no4qu(cid:138)ysł9$# (cid:154)c(cid:247)(cid:138)˛(cid:141)Ł? £‘(cid:231)FZ(cid:228). b˛) y7¯_”urł(cid:151)X{ @Ł% (cid:144)(cid:211)(cid:201)<¤Z9$# $pk(cid:154)(cid:137)r’fl»t(cid:131) ˙¸(cid:209)¨ Wx(cid:138)ˇHsd %[n#u(cid:142)|(cid:160) (cid:160)˘(cid:228)3(cid:244)m˛h(cid:142)|(cid:160)Ø&ur £‘(cid:228)3(cid:247)ŁˇnGtBØ& (cid:154)œ(cid:247)(cid:252)s9$yŁtFsø Bermaksud : “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya Aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (saguhati), dan Aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya” [15] Juga di dalam firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah, ayat 241 yang berbunyi : ˙¸˝˚¨ (cid:154)œ(cid:252)(cid:201))›G(cid:223)Jł9$# (cid:146)n?tª $(cid:136))ym (¯$r(cid:226)(cid:144)(cid:247)ŒyJł9$$˛/ 7(cid:236)»tFtB ˇM»s)fl=s(cid:220)(cid:223)Jø=ˇ9ur Bermaksud : “Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut’ah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut sebagai cara tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa”. [16] Hak seseorang perempuan yang diceraikan untuk memohon mut’ah telah diulas melalui nas atau pendapat muktabar, antaranya dinyatakan oleh Imam Taqiyuddin Abu Bakar Bin Muhammad Al-Husaini di dalam kitab Kifayatul Akhyar, Juzu’ 2, hlm. 42 menyatakan : 9 ﺎﻫﺎﻳإ ﻪﺘﻗرﺎﻔﳌ ﻪﺗأﺮﻣا ﱃإ ﻞﺟﺮﻟا ﻪﻌﻓﺪﻳ ىﺪﻟا لﺎﻤﻠﻟ ﻢﺳا ﻰﻫو ﻪﻌﺘﳌا Bermaksud : “Mut’ah ialah nama bagi harta yang dibayar atau diberikan oleh seseorang lelaki kepada isteri disebabkan oleh perpisahan dengan perempuan itu” [17] Manakala menurut peruntukan seksyen 2 EUUKIS 2003 pula menafsirkan maksud mut’ah seperti berikut : “Mut’ah” ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang ‘diceraikan. [18] Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaily pula telah menjelaskan pengertian mut’ah di dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, Jilid 7, hlm. 316 iaitu : …طوﺮﺸﺑ ﻩﺎﻨﻌﻣ ﰲ ﺎﻣو قﻼﻄﺑ ةﺎﻴﳊا ﰲ ﺔﻗرﺎﻔﳌا ﻪﺗأﺮﻣﻻ ﻪﻌﻓد جوﺰﻟا ﻰﻠﻋ ﺐﳚ لﺎﻣ ﺎ(cid:31)ﺄﺑ... Bermaksud : “…harta yang wajib ke atas lelaki membayar kepada isterinya yang diceraikan pada masa hidup denga talaq dengan beberapa syarat yang tertentu…” [19] Mahkamah selain itu merujuk kepada kitab Qalyubi Wa Umairah, Juzu’ 3, hlm. 290-292 menyatakan pengertian mut’ah dari segi syarak adalah seperti berikut : ﻻ ﺔﻗﺮﻓو...... ﺎﻨﺨﻴﺷ ﺔﻴﺷﺎﺣ ﰱو طوﺮﺸﺑ ﺔﻗرﺎﻔﳌ جوﺰﻟا ﻰﻠﻋ ﺐﳚ لﺎﻣ ﺎﻋﺮﺷو ...... ﻰﻠﻋ داﺰﺗ نأو ﺎﳘرد ﲔﺛﻼﺛ ﻦﻋ ﻪﻌﺘﳌا ﺺﻘﻨﺗ ﻵ نأ ﺐﺤﺘﺴﻳو.... ﻪﻣﻼﺳإو ﻩةدﺮﻛ ﺎﻬﺒﺒﺴﺑ 10

Description:
terhadap Defendan yang bernama Mohd Taha Bin Wan Ahmad, iaitu bekas suami. Plaintif di . pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau .. disokong oleh ”SD-1” yang merupakan isteri ketiga Defendan yang pada ketika.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.