ebook img

INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal PDF

117 Pages·2014·0.52 MB·English
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal

INVENTORI PERSONALITI SIDEK Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret- tret personaliti individu. Ujian personaliti ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS misalnya mempunyai 15 skala yang mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut, iaitu; Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian. Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Pentadbiran Inventori Personaliti Sidek Bagi menjawab Inventori Personaliti Sidek ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 20 hingga 30 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling dan berkesan meskipun jangka masa yang sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan. Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil IPS Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian boleh dibuat secara manual atau mengutamakan program komputer yang khusus. Sekiranya pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti dilakukan secara manual adalah sangat perlu agar ianya dibuat dengan teliti dan 1 hati-hati. Umumnya, borang jawapan IPS mengandungi 16 baris dan 10 lajur. Bilangan baris menjelaskan bahawa alat ini mengukur 16 faktor iaitu 15 tret personaliti dan 1 skala penipuan. Sementara, 10 lajur menjelaskan bahawa setiap tret atau skala diwakili oleh 10 item. Untuk tujuan pengiraan skor mentah, fokus hanya diberikan kepada jawapan ‘Ya’ yang perlu dibuat baris demi baris. Oleh kerana setiap tret diwakili oleh 10 item, maka kadar skor maksimum yang boleh diperolehi individu ialah 10. kadar skor mentah ini kemudiannya ditukarkan kepada peratus dengan didarabkannya dengan 10. Untuk 0/10 tukar markah kepada 1% dan 10/10 tukar kepada 99%. Hal ini kerana, tiada manusia yang tiada tret personaliti tersebut dan tiada manusia yang sempurna personalitinya. Andaian Asas Pentafsiran Profil IPS Menurut Profesor Madya Dr. Sidek Mohd Noah, dalam erti kata sebenar, personaliti sesorang itu tiada yang gagal. Selain itu, tiada individu yang sempurna personalitinya ata yang kosong/sifar pada personalitinya. Tambahnya lagi, personaliti dalah kualiti intrisik manusia yang boleh berubah. 2 Pentafsiran Profil IPS Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut; Agresif Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah seorang individu yang agresif. Anda suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai. Menunjukkan anda adalah Skor Sederhana (40-70%) seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama hati dan perasaan orang lain anda jaga. Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal, anda membenarkan orang lain memanipulasi diri dan perasaan anda. Analitikal Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah seorang yang sensitif kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Anda suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis. Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah sederhana. Minat anda untuk menganalisis adalah di tahap sederhana. 3 Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau tidak berminat dengan perkara-perkara yang memerlukan anda membuat analisis. Anda adalah individu yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat. Autonomi Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian. Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri autonomi anda adalah di tahap sederhana Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran. Bersandar Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda suka bergantung kepada orang lain. Dalam membuat sesuatu keputusan, anda selalunya mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang lain terutama yang individu mempunyai autoriti. Anda selalu meminta orang lain menunjukkan arah yang harus anda tuju. Skor Sederhana (40-70%) Menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap sederhana. Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan yang anda adalah individu yang suka berdikari. Dalam membuat sesuatu keputusan dan 4 melakukan sesuatu aktiviti, anda selalunya tidak bergantung kepada orang lain. Ekstrovert Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang sosial. Anda suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak selesa duduk bersendirian. Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak sosial. Umumnya, tahap sosial anda adalah sederhana. Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda adalah individu yang kurang atau tidak sosial. Anda selalu mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih selesa berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada situasi kerja bersendirian atau satu sama satu. Intelektual Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual. Anda merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang. Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri intelektual anda berada di tahap sederhana. Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda tidak merasa selesa denga perkara- perkara yang bersifat teoritikal. Anda lebih berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur, 5 praktikal, dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran. Introvert Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang tidak sosial dan suka mengelak situasi-situasi yang memaksa anda berkomunikasi. Anda lebih selesa dengan setting kerja bersendirian atau satu sama satu. Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri sosial anda adalah di tahap sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda adalah individu yang suka melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah seorang yang sosial. Kepelbagaian Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi yang dapat memberikan peluang-peluang untuk pengalaman-pengalaman baru. Anda suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Anda adalah seorang yang adventures. Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian anda adalah di tahap sederhana. Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda lebih sukakan situasi-situasi pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa 6 dengan situasi-situasi dan pengalaman-pengalaman baru. Ketahanan Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu. Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri ketahanan anda adalah di tahap sederhana. Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari fizikal, mental dan emosi. Anda mudah mengenepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai, cepat bosan dan lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja kreatif atau yang berkaitan dengan orang ramai. Kritik Diri Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang tinggi ini selalunya dikaitkan dengan individu selalu merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang telah dilakukan atau tidak percaya yang ia telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Individu yang mendapat skor antara 60% hingga 70% dikatakan mendapat faedah daripada kaunseling individu. Sementara, individu yang mendapat skor lebih 7 daripada 70% dikatakan sangat memerlukan Skor Sederhana (40-70%) kaunseling individu. Dikaitkan dengan individu yang stabil dari segi emosi Skor Rendah (1-40%) dan psikologinya Biasanya menganggap diri mereka sentiasa betul dan yang bersalah adalah orang lain. Mengawal Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang suka mengawal dan memimpin orang lain. Anda lebih suka memimpin daripada dipimpin. Selalunya memilih kerjaya yang berkaitan dengan kepemimpinan seperti Pengurus, Pentadbir awam, Peguam, Pegawai tentera, Ahli politik dan lain-lain. Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinan anda adalah di tahap sederhana. Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada Skor Rendah (1-40%) memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan lain-lain. Menolong Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan lain-lain. 8 Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri menolong anda adalah di tahap sederhana Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi dengan orang lain. Individu lebih memfokuskan kepada diri sendiri. Sokongan Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Kombinasi dengan skor rendah untuk trait personaliti menolong menunjukkan anda adalah individu yang sangat mementingkan diri. Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri sokongan anda berada di tahap sederhana. Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda tidak suka bergantung secara emosi kepada orang lain Struktur Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada perkara-perkara berstruktur, rutin, dan terperinci. Lebih gemarkan kepada kerjaya-kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang. Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur anda beradadi tahap sederhana. Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang. 9 Pencapaian Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang sangat bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat. Skor Sederhana (40-70%) Menunjukkan motivasi anda berada di tahap sederhana. Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu kisah tentang peranan status dan kuasa dalam kerjayanya. Kejujuran Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung untuk tidak jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu, profil yang diperolehi adalah tidak boleh dipercayai. Skala ini merupakan skala validiti dan telah dimasukkan ke dalam alat ukuran IPS pada tahun 1998. 10

See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.