ebook img

golongan anti hadis PDF

21 Pages·2016·0.58 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview golongan anti hadis

GOLONGAN ANTI HADIS: ISU DAN CABARAN Abur Hamdi Usman, Rosni Wazir, Mohd Norzi Nasir, Suriani Sudi, Zanariah Ismail, Sakinah Salleh, Azman Abdul Rahman Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Putra Malaysia, Al-Ikhsan Training and Motivation, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected] ABSTRAK Cetusan pemikiran golongan anti hadis membuktikan terbatasnya akal manusia untuk mentafsirkan agama mengikut akal yang lemah dan terbatas. Ini menunjukkan bahawa tidak mungkin ilmu wahyu agama itu ditafsir mengikut kehendak akal dan nafsu yang mana akibatnya boleh mengakibatkan kecelaruan dan porak peranda di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Dengan menggunakan analisis dokemen, kajian ini mendapati golongan anti hadis adalah satu agenda tipu daya daripada musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam melalui dalaman. Ini menunjukkan ia adalah satu pemikiran yang sudah semestinya perlu ditolak dan wajar mengambil tindakan di atas cetusan pemikiran dan pemahaman yang sangat merbahaya ini. Kerana, Islam tidak mengambil hujah dari Al-Quran semata-mata, hujah-hujah daripada Al-Quran itulah yang akan diterangkan oleh Hadis Nabi ﷺ bagi menerangkan apa yang tidak terang dari Al- Quran. Kata kunci: Anti hadis, Akal, Kassim Ahmad, Orientalis, Sesat 2 PENGENALAN Anti Hadis merupakan antara ajaran sesat yang menular dalam masyarakat Islam sejak beberapa tahun yang lalu. Pengaruh anti Hadis ini semakin luas apabila wujudnya pihak-pihak tertentu yang mendukung kepercayaan dan kefahaman mereka di samping wujudnya buku-buku, artikel-artikel dan seminar yang berkaitan. Fahaman anti Hadis ini sebenarnya mempunyai pegangan yang tidak mempercayai Hadis sebagai sumber epistemologi Islam selepas al-Qur’an. Penghujahan golongan yang berfahaman ini bahawa al-Qur’an sebagai kitab yang lengkap dan sempurna telah menolak sumber-sumber lain sebagai sumber perundangan Islam. Untuk menguatkan hujah mereka, beberapa ayat al-Qur’an cuba diselewengkan tafsirannya. Kebanyakan penyelewengan mereka melibatkan soal akidah, politik, dan feqah. Dalam soal akidah, golongan ini meletakkan kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. sekadar pengikut Nabi Ibrahim AS. Menurut mereka Nabi Ibrahim AS adalah pesuruh Allah SWT bukannya Nabi Muhammad s.a.w. Sehubungan itu, mereka mendakwa solat, puasa, zakat, dan amalan-amalan ibadah lain harus mengikut Nabi Ibrahim AS. Golongan anti Hadis juga menyelewengkan ayat-ayat al-Quran berkaitan politik, terutamanya yang berkaitan dengan kepimpinan ulama. Mereka mendakwa ulama dahulu dan kini semuanya palsu, menyelewengkan ajaran Allah SWT, bertopengkan amalan Rasul serta telah mereka-reka hukum. Mereka mendakwa ulama mencipta hukum halal-haram, sesat, undang-undang kekeluargaan Islam, dan sebagainya walhal semua itu tiada dalam al-Qur’an. Bagi mereka ulama sekutu Allah SWT. Jelas di sini Golongan Anti Hadis ini cuba mentafsirkan ayat al-Qur’an mengikut seleranya sendiri berdasarkan terjemahan yang lemah. Mereka sebenarnya tidak mempunyai kepakaran dalam bahasa al- Qur’an, tidak memahami uslub ayat dan balaghahnya. Jadi, memahami al-Qur’an berdasarkan terjemahan yang sedia ada mengakibatkan fahaman mereka tersasar daripada maksud sebenar (Abdul Halim El Muhammady, 1997: 10). E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith- INHAD) 3 GOLONGAN ANTI HADIS: LATAR BELAKANG SEJARAH Pada zaman Rasulullah s.a.w, bibit-bibit kemunculan golongan ini dapat ditinjau di kalangan kaum Quraisy yang telah mendustakan ajaran Baginda serta melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Namun, mereka ini tidaklah dikategorikan sebagai anti hadis kerana telah nyata akidah mereka yang tidak beriman terhadap ajaran Islam itu sendiri. Semasa zaman Sahabat RA, terdapat seorang yang bernama Umaiyah bin Khalid yang cuba mencari penyelesaian terhadap seluruh permasalahan dengan hanya merujuk kepada al-Quran sahaja. Dia telah membincangkan hal tersebut dengan Abdullah bin Umar RA. Namun, Ibnu Umar RA telah mengingatkannya agar menerima dan melaksanakan apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Sungguhpun begitu, ia hanyalah dalam ruang lingkup pandangan peribadi seseorang dan tidaklah berkembang dalam bentuk kumpulan atau gerakan. Al- Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar hadis, terdapat seorang yang meminta agar tidak perlu mengajar hadis, memadai dengan al-Quran sahaja. Imran menjawab, "Engkau dan sahabat-sahabat engkau boleh membaca al-Quran. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu menjawab, "Terima kasih, aku baru sedar." Pada kemudian harinya, orang itu menjadi seorang ahli fikah. Seterusnya, golongan ini telah muncul secara berkelompok dalam kurun kedua Hijrah. Mereka ini berorientasikan kepada dua perkara iaitu penolakan terhadapa hadis yang bersifat bukan Mutawatir seperti Hadis Ahad, seterusnya mereka yang mendakwa bahawa hadis bukanlah penerang atau penguat kepada al-Quran bahkan dianggap sebagai hukum yang terpisah daripada al- Quran (Muhammad Ali Rahibin, 2012: 20). Pada zaman berkenaan, orang yang mula-mula berdebat dengan golongan berkenaan ialah al-Imam al-Syafie RA. Beliau telah berjaya mematahkan idea-idea palsu yang dikemukakan oleh anti hadis sehingga mereka kembali bersetuju dengan hujah-hujah beliau seterusnya berpegang kepada hadis Rasulullah s.a.w. Selepas kurun ke 11 Hijrah, muncul semula fahaman ini yang dipelopori oleh segolongan Orientalis di Iraq dengan slogan menolak hadis. Situasi yang sama turut berlaku di Mesir pada zaman Sheikh Muhammad Abduh (1849-1905). Hal ini muncul ekoran rancaknya keraguan yang ditimbulkan oleh E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith- INHAD) 4 penjajah Barat di hati sebahagian umat Islam ketika mana mereka menjajah negara mereka. Tujuan utamanya ialah untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam yang ketika itu berada dalam keadaan lemah. Bertitik tolak daripada itu, Tawfiq Sidqi telah menulis dua makalah di dalam majalah al-Manar bilangan 7 dan 12 yang bertajuk Ajaran Islam ialah al-Quran sahaja. Beliau telah mengemukakan dalil-dalil dari al- Quran dengan motif agar tidak berpegang kepada hadis. Dalam artikel tersebut beliau menyatakan bahawa perilaku Nabi Muhammad s.a.w tidak dimaksudkan untuk ditiru secara keseluruhan oleh umat Islam. Umat Islam semestinya berpegang pada al-Qur’ān sahaja (Darussamin, 2016). Pada tahun 1929, Ahmad Amin telah menulis di dalam bukunya yang bertajuk Fajr al-Islam yang menyentuh berkenaan hadis dan percampuran antara yang hak dan yang batil mengenainya. Pendapat tersebut kekal sehinggalah beliau meninggal dunia. Perihal berkenaan keraguan terhadap hadis ini telah disebarkan pula oleh seorang yang bernama Ismail Adham di dalam risalahnya yang bertajuk Tarikh al- Sunnah pada tahun 1934. Beliau menyebut bahawa hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab-kitab hadis itu bukanlah ada asasnya bahkan boleh diragui bahawa terdapat padanya unsur-unsur pemalsuan hadis (Ghazali, Yusof & Sawari, 2016). Sehubungan dengan itu, terdapat di kalangan cendekiawan Islam yang menuntut di Eropah yang telah terpengaruh dengan ajaran anti hadis ini. Sebagai contoh, Rashad Khalifa yang berkelulusan biokimia dari Amerika Syarikat dan berasal dari Mesir telah memperkenalkan kod 19 yang merupakan satu penyelewengan besar dalam pentafsiran al- Quran. Beliau merupakan orang yang mendakwa sebagai pencipta suatu teori baru yang dikenali sebagai Kod 19. Dengan Kod 19 kononnya, kandungan Qur’an dapat dibuktikan datang dari Allah dan bukan ciptaan manusi, kerana sangat banyak perhitungan huruf, ayat dan surah dalam Qur’an, yang jumlahnya 19 atau boleh dibahagi dengan 19 tepat. Ada orang menamakan angka seperti itu sebagai angka canggih. Sebarang angka yang boleh dibahagi tepat dengan 19 dipanggil canggihan19. Oleh kerana canggihan 19 terdapat disana sini didalam Qur’an, maka ia dianggap sebagai mu’jizat Qur’an. Berikutan dengan penemuannya yang dinaggap luarbiasa itu, Rashad Khalifa menulis beberapa buah buku yang menghuraikan sistem canggih 19. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat penambahan kepada al-Quran pada surah al-Taubah iaitu pada dua ayat yang terakhir. Hal ini kerana menurutnya E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith- INHAD) 5 ayat-ayat tersebut tidak dapat diselaraskan melalui kod 19 itu. Menurut beliau lagi, hadis bukan sahaja dianggap palsu malah ia merupakan ciptaan Iblis. Maka, sesiapa yang mempercayai hadis bermakna mempercayai ajaran Iblis. Pendapat-pendapat beliau yang menyeleweng terhadap hadis itu dapat dilihat melalui buku- buku tulisannya seperti: Miracle of the Quran: Significance of the Mysterious Alphabets, The Computer Speaks: God's Message to the World, Qur'an: The Final Scripture, Qur'an: Visual Presentation of the Miracle, and “Islam dan Qur'an: The Final Testament” (Ishak Hj. Sulaiman, 2001: 50). Kesemua tulisan Rashad Khalifa tadi bukan hanya berkisar perihal keajaiban Kod 19, tetapi meramalkan juga tarikh kiamat dengan tepat dan menolak Hadith-Sunnah. Antara rumusan mengenai teori Kod 19 yang ditonjolkan oleh Rashad Khalifa yang didakwanya sebagai mukjizat al-Qur’an sebagai alasan untuk menolak Hadith, meramal hari kiamat dan akhirnya menjadi mu’jizat dirinya sendiri sebagai seorang rasul. Antara perkara yang perlu diambil kira berkaitan isu ini adalah (Hafiz Firdaus Abdullah, 2010: 38): 1) Menyalah-Tafsir Qur’an Salah satu dasar hujjah beliau mengenai Kod 19 adalah ayat 30 dalam surah al-Muddathir merujuk kepada mu’jizat 19. Beliau mendakwa Kod 19 akan membuktikan kepalsuan tuduhan orang yang mengatakan bahawa Qur’an adalah ciptaan Muhammad. Dakwaan Rashad Khalifa adalah palsu kerana ayat 30 surah al-Muddathir merujuk kepada jumlah para malaikat yang mengawal neraka saqar. Penjelasan tentang jumlah 19 malaikat itu diberi oleh tuhan dalam ayat 31 berikutnya.Tafsiran bagi ayat 31 itu sengaja disembunyikan oleh beliau untuk menyesatkan orang ramai dan melakukan pendustaan besar terhadap firman Allah. 2) Kaedah Mengira Bercelaru Rashad Khalifa tidak berpegang pada satu perkiraan yang konsisten. Di setengah tempat beliau mengira huruf ‘hamzah’ sebagai ‘alif’ tetapi ditempat lain beliau tidak mengira ‘hamzah’ sebagai ‘alif’ bila ia tidak terletak di atas ‘alif’. Ada kala beliau mengira huruf yang sebenarnya tidak wujud, tetapi dikala lain huruf yang ada tidak dikiranya. Malah, kadang-kadang beliau menambah huruf dalam sesuatu ayat, tetapi kadang-kadang dibuang huruf tertentu di dalam ayat. E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith- INHAD) 6 3) Kalimah Dalam Basmalah Didakwanya setiap kalimah dalam basmallah berulang dalam Qur’an samada19 kali atau sebarang angka canggihan 19. Tetapi hakikat dakwaannya hanya benar pada satu kalimah Basmalah, iaitu (نحمرلا). Pada tiga kalimah lagi iaitu )للها(, )مسب( dan (ميحرلا) kiraanya salah. 4) Petikan Daripada Bible Dalam beberapa bahagian dari tulisan Rashad Khalifa, beliau telah memtik ayat-ayat dari kitab-kitab agama Yahudi, Nasrani (Old dan New Testement). Ini bererti beliau mengakui sahnya kitab-kitab ciptaan manusia itu. Sedangkan didalam Qur’andengan tegas telah menyatakan bahawa kitab-kitab sebelum Qur’an telah diubah-ubah dan tidak lagi merupakan kitab suci dari wahyu Allah. Manakala di Indonesia, golongan anti Hadis telah muncul secara senyap pada tahun 1978 dengan membuat pelbagai keresahan pada masyarakat kerana ajaran-ajaranya yang dianggap berbeza daripada ajaran Islam yang semestinya yang menerima hadis sebagai sumber hukum kedua setelah Al-Qur’an. Justeru kumpulan ini telah pun mendapat larangan dari pihak pemerintah Republik Indonesia (Nurfajriyani, 2015). MATLAMAT DAN FAKTOR PENUBUHAN GOLONGAN ANTI HADIS Matlamat utama golongan anti hadis ini adalah untuk melemahkan ajaran Islam dari dalam. Ini terbukti dengan merujuk kepada perkembangan anti hadis pada zaman mutakkhir iaitu apabila seorang Yahudi bernama Goldziher telah dibiayai dengan biasiswa Zionis International Jerman untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al- Azhar pada tahun 1873 dalam bidang Sunnah. Pada tahun 1976, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Zionis Antarabangsa cawangan Budapest. Kemudian dia mengajar di Maktab Zionis Budapest selama 15 tahun untuk melahirkan graduan-graduan zionis yang akan bertebaran di seluruh dunia mengembangkan ajaran mengingkari Sunnah. Ini bertujuan melemahkan Islam dari dalam. Kebanyakan E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith- INHAD) 7 cedekiawan Islam yang menuntut di Eropah telah terpengaruh dengan ajaran Goldziher ini. Di antara murid-murid Goldziher termasyhur dari Mesir ialah Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Ahmad Amin, Rasyad Khalifa dan Muhammad Abu Rayyah. Golongan anti hadis yang menggelarkan diri mereka Al-Quraniyyun (Jemaah al-Quran) yang kononnya menyeru supaya kembali kepada ajaran al-Quran, tetapi pada masa yang sama mengajak supaya meninggalkan hadis melalui syubhat yang sengaja direka oleh mereka bagi mengelirukan orang ramai (Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2014: 36). Antara faktor terpenting yang mempengaruhi perkembangan fahaman ini ialah terpengaruh dengan idea-idea yang yang dikemukakan oleh orientalis Barat. Sebagai contoh, Rashad Khalifa yang bukan berlatarbelakangkan Pengajian Islam telah cuba untuk membahas isu- isu yang berkaitan dengan sumber perundangan hukum Islam yang ternyata hanyalah berasaskan kajian saintifik beliau serta penaakulan akal semata-mata. Walhal, hukum Islam bukanlah boleh diukur keberkesanannya berdasarkan anggapan atau pemikiran yang bersifat terhad malah ia merupakan wahyu daripada Allah SWT yang tidak boleh dikritik apatah lagi untuk menafikannya secara mutlak. Malah, terdapat beberapa orientalis sebelum beliau seperti Ignaz Goldziher dan Joseph Schacht yang telah mengkritik keautoritian hadis sebagai sumber hukum dengan menyatakan bahawa hadis merupakan ajaran ﷺ palsu yang muncul antara 200-250 tahun selepas kewafatan Nabi dan kemudian dikaitkan dengan Baginda. Mereka juga mendakwa kitab-kitab hadis sahih tidak mengandungi kata-kata atau perbuatan Nabi s.a.w, bahkan ia mengandungi anggapan atau tekaan pengumpul-pengumpul hadis seperti al-Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam al-Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam al-Nasa’i dan Imam Ibnu Majah sebagai hadis sahih atau riwayat-riwayat sahih mengenai kata-kata dan perbuatan Nabi s.a.w. Jelas di sini bahawa mereka cuba mengaitkan kebenaran fakta dengan akal pemikiran dalam membuktikan bahawa sesuatu kebenaran yang tersimpan dan muncul semula selepas beberapa ketika boleh terdedah dengan unsur-unsur kekurangan atau penyelewengan. Dalam erti kata yang mudah, mereka mengatakan kebenaran itu tidak semestinya bersifat kekal malah perlu dikaji semula akan kesahihannya agar bersesuaian dengan keperluan akal dan keadaan kehidupan semasa (Ishak Hj. Sulaiman, 2001: 83). E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith- INHAD) 8 HUJAH YANG DIGUNA PAKAI OLEH GOLONGAN ANTI HADIS i. Mereka menganggap hadis merupakan satu penyelewengan daripada ajaran-ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan tidak boleh diterima sebagai sumber perundangan Islam. Malahan, ia dianggap muncul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w lalu dikaitkan dengan Baginda. ii. Mereka mengatakan Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Malaikat Jibril serta dianggap telah lengkap, sempurna dan terperinci. Oleh itu, al- Quran tidak memerlukan sebarang bentuk penghuraian mahupun pentafsiran. iii. Beranggapan bahawa umat Islam telah menyeleweng dari ajaran Tuhan yang sebenar. Ajaran Tuhan yang sebenar adalah semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi terakhir serta yang dibawa oleh Baginda ialah al-Quran dan tidak ada yang lain daripada itu. iv. Menganggap hadis sebagai satu catatan sejarah yang boleh dan perlu dikaji oleh para penyelidik untuk memahami dan menilai zaman itu. v. Lafaz dua kalimah syahadah yang diucapkan oleh umat Islam kini adalah dilarang oleh al-Quran kerana syahadah yang diwajibkan hanyalah للها لاا هلإ لا. vi. Menolak kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar yang merupakan salah satu perkara terpenting dalam Rukun Iman. Hanya kerana ia dinyatakan melalui hadis lalu dianggap bertentangan dengan apa yang terdapat di dalam al-Quran. vii. Tafsiran berkenaan kalimah al-hikmah dalam surah al-Baqarah ayat 2 yang ditafsirkan oleh al-Imam al-Syafie sebagai sunnah atau hadis adalah tidak munasabah. Mereka telah merujuk tafsiran oleh Maulana Muhammad Ali yang menyatakan bahawa kalimah al-hikmah adalah salah satu nama al-Quran Seterusnya menghuraikan maksud ayat al-Quran dalam surah al- Nisa’ ayat 59 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah” dengan menyatakan bahawa kita disuruh mentaati Rasul ialah mentaati perutusannya dan bukan mentaati Nabi Muhammad s.a.w. E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith- INHAD) 9 viii. Dengan merujuk surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksudnya, “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik”. Mereka menyatakan bahawa ayat ini tidak bermaksud untuk merujuk kepada gerak geri dan kelakuan Nabi Muhammad SAW seperti cara beliau makan, pakai, tidur dan sebagainya. Ia sebenarnya merujuk kepada keyakinan, pegangan, pendirian dan perjuangan. Malahan, semua kelakuan dan gerak geri seseorang itu ditentukan oleh faktor-faktor seperti kebudayaan, pendidikan, semasa, tempat dan perbuatan (Ishak Hj. Sulaiman, 2001: 59). Antara ayat yang diselewengkan oleh golongan Anti Hadis ialah firman Allah dalam Surah al-Haj ayat 78 yang bermaksud: “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim” Mereka mentafsirkan ayat ini sebagai satu arahan Allah SWT agar mengikut agama Nabi Ibrahim AS. Padahal yang sebenarnya ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT tidak menyusahkan dan menyempitkan manusia dalam persoalan agama. Allah SWT menyebut agama bapa kamu Nabi Ibrahim AS sebagai menunjukkan contoh kesukaran yang pernah berlaku dalam agama itu. Ayat 78 daripada Surah al-Hajj ini sepatutnya diterjemahkan begini: “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar- benarnya, Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya), dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama seperti agama bapa kamu Ibrahim.” Golongan anti Hadis juga menyelewengkan ayat-ayat al-Quran berkaitan politik, terutamanya yang berkaitan dengan kepimpinan ulama. Mereka mendakwa ulama dahulu dan kini semuanya palsu, menyelewengkan ajaran Allah SWT, bertopengkan amalan Rasul serta telah mereka-reka hukum. Mereka mendakwa ulama mencipta hukum halal-haram, sesat, undang-undang kekeluargaan Islam, dan sebagainya walhal semua itu tiada dalam al-Qur’an. Bagi mereka ulama sekutu E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith- INHAD) 10 Allah SWT. Sikap buruk sangka dan kebencian golongan ini terhadap para ulama amat menebal. Hal ini menyebabkan mereka sanggup memfitnah para sahabat dengan cerita daripada sumber yang tidak berasas. Mereka berhujah dengan firman Allah SWT dalam Surah al- Syura ayat 21 yang bermaksud: Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tiada ketetapan yang menentukan (daripada Allah) tentulah mereka telah dibinasakan dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih”. Sembahan yang dimaksudkan oleh mereka ialah ulama dan para sahabat kerana memandai-mandai dalam membuat hukum. Sebenarnya ayat itu telah diselewengkan terjemahan dan tafsirannya. Ayat 21 daripada Surah al-Syura ini sepatutnya diterjemahkan: “Bahkan mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana- mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (daripada Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” “Mereka mempunyai sekutu-sekutu” dalam ayat itu ialah orang kafir Mekah. Sekutu di sini bukan sekutu Allah SWT tetapi sekutu golongan kafir. Merekalah yang sering mengandaikan persoalan agama untuk mengelirukan orang ramai. Dalam ayat ini juga Allah SWT menyatakan yang Dia akan mengenakan azab seksa serta merta mungkin untuk memberi peluang kepada mereka supaya bertaubat. Seterusnya mereka selewengkan ayat tentang masalah aurat wanita. Mereka menafikan aurat wanita termasuk rambut ataupun kepala. Malah mendakwa Islam sebenarnya tidak mewajibkan wanita bertudung kepada. Golongan ini percaya bahawa perintah pertama yang berkaitan etika pakaian wanita dalam al-Qur’an ada disebut dalam ayat 26 Surah al-A‘raf. Mereka menyelewengkan maksud ayat tersebut dengan tafsiran “Allah telah menyatakan bahawa Dia telah menurunkan E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith- INHAD)

Description:
Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith- Dalam soal akidah, golongan ini meletakkan kedudukan Nabi .. sebagai JAM di Universiti Malaya, Kuala Lumpur Sunnah Nabi Realiti Dan Cabaran Semasa.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.