ebook img

Dr. Roshayati Bt Abd Hamid (Ketua Jaminan Kualiti ) PDF

181 Pages·2017·0.82 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Dr. Roshayati Bt Abd Hamid (Ketua Jaminan Kualiti )

PENTADBIR FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN Berdiri Dari Kiri : Dr. Roshayati Bt Abd Hamid (Ketua Jaminan Kualiti ), Cik Nur Syahidah Binti Shahabuddin (Pegawai Penyelidik Sosial), Encik Firdaus Mohd Shahir (Eksekutif), Prof Madya Dr. Md Daud ( Pengerusi Pusat Pengurusan), Puan Syazriza Zulkapli (Eksekutif Kanan), Puan Rafidah Abdul Aziz (Eksekutif), Dr Norlin Bt Khalid (Ketua HESA) Duduk Dari Kiri : Dr. Rubayah bt Yakob (Ketua Pegawai Risiko), Prof Madya Dr. Shahida Binti Shahimi (Ketua Program Siswazah), Prof Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi (Timbalan Dekan HEPIJI), Prof Dr. Norman bin Mohd Salleh (Dekan), Prof Dr. Mohamat Sabri Hassan (Timbalan Dekan HEPAA), Prof Madya Dr. Tamat Sarmidi (Pengerusi Pusat Ekonomi)Prof Dr. Madya Sofiah Md Auzair (Pengerusi Pusat Perakaunan) TIADA DALAM GAMBAR: Datin Dr.Zaini Embong (Ketua HEJIM), Encik Rajan Munusamy (Eksekutif Kanan PANDUAN PRASISWAZAH Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Sesi Akademik 2016-2017 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi http://www.fep.ukm.my Cetakan / Printing Hak Cipta / Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016 Pihak Pengurusan Universiti telah sedaya upaya memastikan bahawa Buku Panduan ini adalah tepat pada masa diterbitkan. Buku ini bermaksud untuk memberikan panduan kepada pemilihan program dan khusus pengajian serta kemudahan yang Universiti tawarkan dan bukan pula dimaksudkan sebagai satu ikatan kontrak. Pengurusan Universiti berhak meminda atau menarik balik tawaran program dan khusus pengajian serta kemudahan tanpa sebarang notis. Diterbitkan di Malayia oleh / Published in Malaysia by FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by KAFE FOTOSTAT FEP Kiosk 2, Teres Eko Niaga, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Semua pertanyaan hendaklah diajukan kepada Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Tel : 03-89255360 Faks : 03-89251821 Emel : [email protected] Buku Panduan Fakulti Sesi Akademik 2016-2017 Universiti Kebangsaan ini merupakan puncak dari usaha kita ke arah memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat yang ingin melihat bahasa ibunda mempunyai kedaulatan dan kedudukan yang sewajarnya di dalam usaha memenuhi keperibadian nasional. (Ucapan Tun Abdul Razak di Konvokesyen Pertama UKM, 1973) Maksud Logo UKM Logo UKM ialah sebuah perisai yang berpetak empat. Tiap-tiap petak mengandungi gambar dan membawa maksud-maksud tertentu. Buku Buku melambangkan ilmu pengetahuan iaitu peranan utama UKM sebagai pusat pengajian tinggi dan penyelidikan. Perisai Perisai bererti keteguhan. Keteguhan yang dimaksudkan ialah kemampuan UKM memainkan peranan sebagai pusat pengajian tinggi di negara ini. Harimau Harimau melambangkan keberanian dan kegagahan. Harimau mencerminkan masyarakat Malaysia yang berteraskan kebudayaan Melayu. Harimau garang menggambarkan kesediaan dan keupayaan UKM mara memerangi kejahilan, kejahatan dan kepalsuan. Atom dan Teknologi Simbol-simbol atom dan teknologi melambangkan konsep pembangunan negara yang berlandaskan sains dan teknologi moden. UKM sebagai ilmu bertanggungjawab mengeluarkan tenaga-tenaga mahir dalam semua bidang untuk memenuhi keperluan pembangunan negara. Bunga Raya Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Lima helai ranggi malambangkan lima prinsip Rukun Negara yang diamalkan dan sentiasa dipelihara oleh rakyat Malaysia. KANDUNGAN Ucapan Canselor Pertama 5 (Allahyarham Tun Abdul Razak) Maksud Logo UKM 6 Kata Alu-aluan Naib Canselor 9 Tarikh Sesi Akademik 2016-2017 10 Pihak Berkuasa dan Pegawai UKM 11 Lembaga Pengarah Universiti 12 Pegawai Pengurusan Utama 14 Falsafah, Wawasan, Misi dan Matlamat UKM 23 Latar Belakang Universiti 24 Pentadbiran Fakulti 27 Ahli Akademik Fakulti 32 Latar Belakang Fakulti Ekonomi & Pengurusan 49 -Wawasan -Misi -Matlamat -Struktur Kursus -Sinopsis Kursus Pusat Pengajian Ekonomi 59 -Misi -Matlamat -Hasil Pembelajaran -Program yang ditawarkan -Senarai kursus yang ditawarkan -Kursus Teras Pusat -Kursus Wajib Modul Pusat Pengajian Perakaunan 93 -Misi -Matlamat -Hasil Pembelajaran -Program yang ditawarkan -Senarai kursus yang ditawarkan -Kursus Teras Pusat -Kursus Wajib Modul -Kursus Elektif -Kursus untuk Program Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan Pusat Pengajian Pengurusan 112 -Misi -Matlamat -Hasil Pembelajaran -Program yang ditawarkan -Senarai kursus yang ditawarkan -Kursus Teras Pusat -Kursus Wajib Modul -Program Ijazah Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi -Senarai kursus yang ditawarkan -Kursus Teras Program -Kursus Elektif Akta Universiti Kebangsaan Malaysia 155 (Pengajian Sarjanamuda) 1990 Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) Kata Alu-aluan Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera Saya mengalu-alukan kehadiran para pelajar baharu ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saudara saudari merupakan antara yang terpilih dapat melanjutkan pengajian di sebuah universiti kebangsaan yang ditubuhkan hasil perjuangan rakyat yang ingin melihat bahasa kebangsaan dimartabatkan sebagai bahasa ilmu tinggi. Sepanjang berada di UKM, saudara-saudari disediakan peluang dan inisiatif untuk memperkayakan ilmu pengetahuan dengan memberikan sumbangan terhadap misi UKM untuk muncul sebagai universiti penyelidikan terkemuka dunia. Saya amat mengalakkan saudara-saudari untuk menyertai secara aktif dalam pelbagai aktiviti keilmuan, kokurikulum, kebudayaan, sukan dan sebagainya bagi memantapkan pengetahuan dan mematangkan pengalaman masing-masing. Saya berdoa semoga saudara saudari mencapai kejayaan cemerlang dalam pengajian yang diikuti dan terus meneroka pelbagai ilmu baru yang boleh menyumbang kepada pembangunan diri, masyarakat dan negara selaras dengan peranan UKM sebagai pendaulat amanah negara. Sekian. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Description:
ingin melihat bahasa ibunda mempunyai kedaulatan dan kedudukan yang sewajarnya di .. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 19 IBM SPSS Statistics 23 Step by Step: A Simple Guide and Reference. 14th Edition. New York. Routledge. IBM Corp. 2014. IBM SPSS Statistics Base 23. New York: IBM
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.