ebook img

Dengan menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah ... PDF

95 Pages·2017·1.95 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Dengan menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah ...

Isi Kandungan 1. Pengenalan............2 2. Zikir Agung..............5 3. Ayat Lima..............16 4. Ayat Laqadja.........25 5. Zikir Ayat Kursi......34 6. Tahlil......................45 7. Maulid....................70 8. Doa Keselamatan..89 Pengenalan: Zikir agung merupakan satu pakej yangterkandung di dalamnya ayat-ayat Quran, salawat, doa serta syahadat. Ia merupakan satu pakej yang mana susunan ayat-ayatnya berhubung kait di antara satu sama lain. Hikmah: 1. Ia merupakan ibadah tambahan untuk umat Islam di akhir zaman. Mengapa ianya tidak berbentuk himpunan zikir sahaja sedangkan kebanyakan tarekat banyak mengamalkan zikir. Ini adalah kerana di akhir zaman banyak orang yang lalai hatinya. Tetapi kalau membaca Al Quran dan salawat, kalau lalai pun tetap dapat pahala manakala jika khusyuk lagi besarlah pahalanya. Kalau zikir pula jika dihayati dapat pahala manakala yang lalai tidak dapat pahala. Itulah kelebihan ayat Quran dan salawat. Sebabitulah ia sesuai untuk dijadikan amalan tambahan bagi mereka yang sibuk dan aktif . Umat di zaman dahulu tidaklah sesibuksekarang, sebab itulah mereka boleh berwiriddan zikir sambil duduk-duduk , manakala membaca ayat-ayat Al Quran jika sambil berjalan dan tidak khusyuk sekalipun tetap dapat pahala. Itulah hikmahnya Tuhan menghadiahkan ayat- ayat ini bagi umat Islam akhir zaman. 2. Kalau digabungkan semua huraian atau makna ayat-ayat tadi, kehendak-kehendaknya mengandungi keseluruhan tuntutan Al Quran dan hadis. Sengaja Tuhan pilih ayat yang besar- besar. Apabila digabungkan kehendak isinya, itulah merupakan seluruh tuntutan Quran dan Sunnah . Jadi kalau begitulah maksud ayat itu,munasabahlah di akhir zaman ada janji dari Tuhan , Islam akan kembali gemilang, menawan dunia menjadi empire kali ke 2 untukmengamalkan semula seluruh isi Al-Quran dan Sunnah. 3. Sebahagian ayat yang terkandung di dalam zikir agung ini ada hubungan dengan sejarah. terutama sejarah Tholut. Mengapa di ambil sejarah Tholut sedangkan dia bukannya seorang Rasul atau Nabi, mengapa tidak dibaca ayat tentang Nabi Sulaiman atau nabi Nuh yang mana perjuangan mereka lebih hebat. Apakah maksud dan isyarat dari Tuhan? Ia membawa erti bahawa Islam akan menjadi empayar kali ke dua bukan ditegakkan oleh pemimpin bertaraf Rasul dan Nabi tapi pemimpin bertaraf wali seperti Tholut. Tholut ke dua akan lahir di akhir zaman yang akan menjadikan Islam bangun semula bertaraf dunia. Zikir Agung Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Kehadapan paduka Nabi Muhammad al- Musthafa Rasulullah SAW, dan kepada keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekelian, dan kepada sekelian Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan kepada sekelian wali- wali dan orang-orang soleh, dan kepada sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan dan orang muslim lelaki dan perempuan yang masih hidup dan yang telah mati, dan kepada ibu bapaku dan kepada Abuya as- Syeikh al- Imam Ashaari bin Muhammad at- Tamimi, dan kepada Lebai Ibrahim, dan khasnya kepada Saiyidi Syeikh Muhammad as- Suhaimi Imamul Mahdi, moga-moga Allah Taala curahkan rahmat kepada mereka sekelian, al-Fatihah. *(Kita merasa kuat kerana diperjuangkan oleh rangkaian orang-orang rohani. Bagi mereka yang menguasai dan menghayatinya akan mendapat respon daripada orang yang disenaraikan itu.) Dengan menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. (Yaitu) jalan orang-orang yang telah engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai danbukan (pula jalan) orang-orang yang sesat. *(Merupakan sebesar-besar hadiah dan semahal- mahal bekalan kerana kita mendoakan ketaqwaan dan siratul mustaqim kepada para penerimanya). Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Abu Bakar yang sangat kuat membenarkan Islam, Umar yang dapat membezakan diantara baik dan jahat, Uthman yang sangat taat kepada Tuhan yang Maha Penyayang, Ali yang menjadi pendukung agama, Muhammad Imamul Mahdi, kesemuanya khalifah-khalifah Rasulullah SAW *(Menyuntik kekuatan kepada kita apabila mendapat TUJUH pemimpin besar yang sentiasa memantau dan membantu dalam setiap pekerjaan dan keperluan kita) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki arash yang agung. (At Taubah :128-129) *(Mendapat Allah, Rasul dan imam Mahdi untuk bertanggung jawab kepada kita dan menjadi pembela kita. Allah berkata kalau ada masalah katakan cukuplah Allah bagiku.)

Description:
Pengenalan: Zikir agung merupakan satu pakej yang terkandung di dalamnya ayat-ayat Quran, salawat, doa serta syahadat. Ia merupakan satu pakej
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.