ebook img

bahaya syiah kepada aqidah, syariah, akhlak, ummah dan negara PDF

48 Pages·2012·0.47 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview bahaya syiah kepada aqidah, syariah, akhlak, ummah dan negara

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA Ahmad Nasim bin Abdul Rauf 1.0 MUQADDIMAH Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam. Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidah, syariah dan umat Islam, perlu kita merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam ketiga, ketika mana gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan umat di setiap wilayah yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan begitu hebat sehingga akhirnya terkorban syahid Khalifah Uthman bin Affan yang telah dikahwinkan oleh Rasulullah S.A.W. dengan dua orang cahaya matanya, seorang yang berkali-kali dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai ahli syurga kerana besar jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Uthman dengan mencurahkan harta bendanya yang banyak untuk melengkapkan `Jaisyu al „Usrah. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud : “Selepas hari ini tiada amalan lagi boleh merosakkan Uthman.”1 Perancangan untuk memecahbelahkan umat Islam dari dalam itu dengan cara penyusupan masuk ajaran yang bukan Islam ke dalam masyarakat Islam yang dikenali dengan gerakan Ibnu Saba‟ telah berjaya memecahbelahkan perpaduan Umat Islam selama ini. Umat Islam setelah itu tidak lagi dapat menumpukan perhatian mereka kepada musuh Islam dan pedang mereka tidak lagi terhunus ke muka musuh-musuh yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya tetapi sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri. Pedang dan lembing mereka mula bergemerencang di medan perang saudara sehingga beberapa lama. Jika di zaman masyarakat Islam yang sebilangan besarnya terdiri daripada orang- orang yang dididik oleh Rasulullah S.A.W. sendiri dan masih ramai orang yang 1 Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad dan beliau telah menilai hadis ini sebagai hadis hasan sahih. 1 Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor imannya teguh dan keyakinan tentang Islam begitu mendalam, racun-racun yang disemburkan oleh mereka itu telah dapat juga melemahkan sebahagian anggota masyarakat Islam sehingga menimbulkan huru-hara yang berpanjangan, bayangkanlah bagaimana agaknya jika racun yang begitu berbisa itu disemburkan ke tubuh masyarakat Islam hari ini yang mana anggotanya terdiri daripada orang- orang yang lemah aqidahnya, cetek pengetahuannya tentang selok belok ajaran Islam dan tidak pula mendapat pendidikan Islam yang sempurna, tentu sekali dalam masa yang singkat wajah masyarakat Islam akan berubah kepada rupa yang sungguh menakutkan. Apakah intisari ajaran Syiah permulaan yang dikepalai oleh Ibnu Saba‟ itu? Apakah fahaman-fahaman tajaan Syiah permulaan yang telah berjaya menggugat Islam dari dalam dan telah melemahkan ikatan persaudaraan Islam pada ketika itu? Jawapannya akan kita temui dalam ajaran dan fahaman Syiah hari ini. Umat Islam hari ini perlu menjadikan sejarah yang lampau sebagai pengajaran dan iktibar, jika tidak sejarah akan berulang lagi. Tidak mungkin umat Islam yang berpegang dengan al-Qur‟an dan as-Sunnah boleh terperangkap dengan jerangkap- jerangkap yang dipasang oleh musuh-musuh yang telah tercatat dalam sejarah muram mereka. Mukmin sejati mustahil akan terjebak ke dalam fahaman-fahaman salah yang dikemukakan oleh musuh-musuh yang pernah menikam nenek moyang mereka dahulu kerana Rasulullah S.A.W. telah bersabda : رٍ حْ جُ نْ مِ نُ مِ إْمُ لْا غُ دَ لٌُْ لََ لَ اقَ مَ َّلسَ وَ هِ ٌَْلعَ ُاللََّّ ىَّلصَ ًِّ ِبنَّلا نْ عَ ةَ رَ ٌْرَ هُ ًِبَأ نْ عَ 2 نِ ٌْتَرَّ مَ دٍ حِ اوَ Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah R.A. daripada Nabi S.A.W. Sabdanya : Orang mukmin tidak disengat dua kali di lubang yang sama.” 2 Sahih Muslim, Kitab Zuhdi wa al-raqaa‟iq, bab La yuldaghu al-mukminu min hujrin waahidin maratain, no hadith : 2998. 2 Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor Walaupun golongan Syiah hari ini menafikan hubungannya dengan ajaran yang dibawa oleh Ibnu Saba‟ dan rakan-rakannya namun penafian itu tidaklah membawa apa-apa erti jika persamaan di antara kedua-duanya diketahui dan diakui oleh umum termasuk pengikut Syiah sendiri. Lihatlah kepada at-Thusi, seorang tokoh ulama‟ mutaqaddimin Syiah, beliau dianggap sebagai tokoh yang mendalam ilmunya tentang riwayat dan rijal menuliskan di dalam kitabnya yang dianggap sebagai kitab yang terpenting tentang Rijal Syiah yang dikenali dengan `Rijal Kasyi‟. Sebahagian ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba‟ adalah seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali A.S. Semasa beragama Yahudi dia berpendapat Yusya‟ bin Nun merupakan Washi bagi Nabi Musa secara ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman yang sama dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah S.A.W. sepeninggalan Baginda S.A.W. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajiban melantik Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh- musuh Ali dan berlepas diri dari mereka bahkan mengkafirkan mereka. Dari sinilah orang yang menentang Syiah mengatakan punca ajaran Syiah dan Rafidhah ialah Agama Yahudi. 3 Di antara tokoh-tokoh Syiah yang juga telah menyebutkan perkara yang sama ialah an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syiah” (hal. 43-44), al-Hulli dalam “Kitab al-Rijal” (hal. 469), Mamaqami seorang tokoh ulamak mutaakhir Syiah tentang Rijal dalam kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2 hal. 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju al- Maqal” (hal. 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam “Syarah Mahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal. 309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal. 184) dan lain- lain. (lihat lampiran no.1) Di kalangan tokoh-tokoh ahli Sunnah pula yang menyebutkan ajaran Ibnu Saba‟ dan peranannya dalam memecahbelahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari dalam “Maqalat al-Islamiyin” (Jilid 1 hal. 50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam “al-Farqu Baina al-Firaq” (hal. 233-235), al-Isfiraini dalam “at-Tabsir fi ad-Din” (hal. 108-109), Syahrastani dalam “al-Milal wa an-Nihal” (Jilid 2 hal. 11), at-Tabari dalam “Tarikh al- Umam wa al-Muluk” (Jilid 5 hal. 90), Ibnu Kathir dalam “al-Bidayah wa an-Nihayah” 3 Kitab Rijal al-Kasyi, hlm.108. 3 Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor (Jilid 7 hal. 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam “Lisan al-Mizan” (Jilid 3 hal. 289) dan lain- lain. (lihat lampiran no. 2) Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti dan kita mengkaji ajaran Syiah dari semua aspek aqidah, syariah, akhlak dan lain-lain maka kita akan dapati ajaran- ajaran itu telah dirancang sebegitu rupa untuk mengambil alih agama Islam yang sedia ada supaya umat Islam secara tidak sedar menganut dan mengamalkan ajaran-ajaran yang bukan berasal dari Islam sama sekali. Pada ketika itu Islam yang dianuti pada hakikatnya hanya nama semata-mata atau Islam yang palsu dan Islam yang palsu itu tentu sekali tidak membimbangkan atau menggugat kedudukan agama-agama dan fahaman-fahaman lain yang terdapat di dunia. Segala-galanya disusun dan direncanakan sehingga umat Islam sendiri yang pengetahuannya tidak begitu mendalam tentang Islam dapat menerima ajaran yang dikemukakan mereka sebagai ajaran Islam. Di sini kita akan mendedahkan kepalsuan ajaran Syiah, percanggahannya dengan agama Islam yang suci dan bahayanya kepada umat Islam di setiap tempat supaya agama yang mereka mahu hapuskan dan lenyapkan dari muka bumi (Islam) ini tetap akan mengibarkan bendera kemenangannya sesuai dengan firman Allah : وَْلوَ هِ ِّلكُ نِ ٌدِّ لا ىلَعَ ُهرَ هِ ظْ ٌُِل قِّ حَ لْا نِ ٌدِ وَ ىدَ هُ لْاِب هُ َلوسُ رَ لَ سَ رْ َأ يذِ َّلا وَ هُ 4 نَ وكُ رِ شْ مُ لْا هَ رِ كَ Maksudnya : “Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (al-Qur’an) dan agama yang benar untuk dimenangnya atas segala agama walaupun orang- orang musyrikin tidak menyukainya”. Di antara bahaya dan percanggahan ajaran Syiah dengan Islam yang akan dikemukakan di sini ialah : 1. Bahaya kepada aqidah 4Al-Qur‟an, Surah at-Taubah: 33. 4 Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor 2. Bahaya kepada syariat 3. Bahaya kepada akhlak 4. Bahaya kepada ummat 5. Bahaya kepada negara 2.0 BAHAYA KEPADA AQIDAH 2.1 Aqidah Syirik Dengan Allah 2.1.1 Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan dalam “Ushul Kahfi” dari Abi Abdillah, kata beliau “Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.”5 (lihat lampiran no. 3) Sedangkan Allah telah berfirman di dalam al-Qur‟an yang berbunyi : 6"هدابع نم ءآشٌ نم اهرثوٌ لله ضرلأا نإ" Maksudnya : “Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah. Diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba- hambanya”. Allah berfirman lagi : 7"ضرلأاو تاومسلا كلم لله" Maksudnya : 5 al-Kafi, Bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, jilid 1, hlm. 409 6 Al-Qur‟an, Surah al-„Araf: 128. 7 Al-Qur‟an, Surah al-Hadid: 2. 5 Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor “Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi…..” 2.1.2 Allah menyatakan sifatnya dalam al-Qur‟an sebagai yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana firman-Nya : 8"نطابلاو رهاظلاو رخلأاو لولأا وه" Maksudnya : “Dialah yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin” Tetapi Syiah meriwayatkan kononnya Saidina Ali R.A. berkata : 9"ضرلأا ثراو اناو نطابلا اناو رهاظلا اناو رخلأا اناو لولأا انا " Maksudnya : “Akulah yang awal dan yang akhir, akulah yang zahir dan akulah yang batin, akulah pewaris bumi….” Sedangkan Allah berfirman : 10"اهٌلع نمو ضرلأا ثرن نحن انا " Maksudnya : “Kamilah pewaris bumi dan sekelian makhluk yang ada di atasnya”. 2.1.3 Al-Kulaini menyebut dalam Usul Kafi bahawa Imam Muhammad al- Baqir berkata : “Kami adalah wajah Allah, Kami adalah mata Allah di kalangan makhlukNya dan Kami adalah tanganNya yang terhampar menghulurkan rahmat kepada hambaNya.”11. Begitu juga diriwayatkan dari Abi Abdillah (Ja‟far 8 Al-Qur‟an, Surah al-Hadid: 3. 9 Kitab Rijal al-Kasyi, hlm. 211 10 Al-Qur‟an, Surah Maryam: 40. 11 Al-Kulayni, Abu Ja‟far Muhammad bin Ya‟qub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p. Jilid 1: Intisyarat „ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 83. 6 Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor as-Sadiq) bahawa Amirul Mukminin Ali a.s selalu berkata : “Akulah pembahagi syurga dan neraka bagi pihak Allah……aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah dikurniakan kepada sesiapa pun sebelumku, aku mengetahui kematian dan bencana yang menimpa manusia, keturunan mereka dan kemampuan memutuskan perkara yang tepat. Sesuatu yang telah berlaku tidak terlepas dari pengetahuanku dan tidak tersembunyi dari pengetahuanku apa yang tidak ada di hadapanku.” 12 Seorang ahli tafsir Syiah yang terkenal bernama Maqbul Ahmad dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat berbunyi : 13"ههجو لَا كلاه ءىش لك " “Segala sesuatu akan binasa kecuali wajah-Nya…” meriwayatkan bahawa Ja’far as-Sadiq mentafsirkan ayat ini dengan: “Kamilah wajah Allah itu.” (lihat lampiran no. 4) 2.1.4 Al-Kulaini mengadakan satu bab bertajuk : “Para Imam mengetahui perkara yang lalu dan yang akan datang dan tidak tersembunyi daripada pengetahuan mereka sesuatu pun”. Di dalam bab ini beliau mengemukakan satu riwayat dari Ja‟afar as-Sadiq bahawa beliau berkata : “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka. Aku mengetahui perkara yang berlalu dan perkara yang akan datang.” 14 2.1.5 Di dalam kitab yang sama menyebut bahawa para Imam boleh menghalalkan dan mengharamkan apa yang mereka kehendaki dan mereka 12 Kitab al-Hujjah min al-kafi, hlm. 197. 13 Al-Qur‟an, Surah al-Qashash: 88. 14 Ibid, hlm. 261. 7 Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor sekali-kali tidak menghendaki melainkan apa yang dikehendaki Allah.15 Sedangkan Allah berfirman di dalam al-Qur‟an: 16 كَ َل ُاللََّّ لَّ حَ َأ امَ مُ رِّ حَ تُ مَ ِل ًُّ بِ نَّلا اهَ ٌَُّأ اٌَ Maksudnya : “Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu”. Ini bermakna Syiah menyekutukan Allah dengan para Imam mereka dalam mengharamkan dan menghalalkan sesuatu, di dalam kitab itu juga al-Kulaini meriwayatkan bahawa as-Sadiq berkata : “Mana-mana Imam yang tidak mengetahui sesuatu yang akan menimpanya dan ke mana mereka akan pergi maka ia bukanlah hujah dari pihak Allah kepada makhluk-Nya.” 17 Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud : 18ُاللَّ َّ َّ لَِإ بَ ٌْؽَ لْا ضِ رْ َلَ ْاوَ تِ اوَ امَ سَّ لا ًِف نْ مَ مُ َلعْ ٌَ َلَ لْ ُق Maksudnya : “Katakan tiada siapa pun mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah”. Di sinilah Syiah menyekutukan Allah dengan Imam-Imam mereka dalam mengetahui perkara ghaib. 15 Al-Kulayni, Abu Ja‟far Muhammad bin Ya‟qub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p. Jilid 1 : Intisyarat „ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 441. 16Al-Qur‟an, Surah at-Tahrim: 1. 17 Op.cit, hlm. 285. 18 Al-Qur‟an, Surah al-Naml:65. 8 Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor 2.2 Di antara Aqidah Syiah yang sungguh menyesatkan ialah Aqidah Bada‟. Aqidah ini juga telah dipopularkan oleh Ibn Saba‟. 2.2.1 Bada‟ bermakna : (a) Nyata atau jelas sesuatu setelah tersembunyi seperti yang terpakai dalam firman Allah yang berbunyi : 19 نَ وبُ سِ تَحْ ٌَ اونُ وكُ ٌَ مْ َل امَ ِاللََّّ نَ مِ مْ هُ َل ادَ بَوَ Maksudnya : “Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang tidak pernah terfikir oleh mereka”. (b) Timbul fikiran baru tentang sesuatu setelah melihat keadaan yang berlainan dari apa yang ada dalam pengetahuan seseorang sebelumnya. Ini terpakai dalam firman Allah yang berbunyi : 20 نٍ ٌحِ ىتَّحَ هُ نَّنُ جُ سْ ٌََل تِ اٌَ َلا اوُ َأرَ امَ دِ عْ بَ نْ مِ مْ هُ َل ادَ بَ مَّ ثُ Maksudnya : “Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda- tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka mesti memenjarakannya hingga ke suatu masa”. Kesimpulannya Bada‟ bererti jahil tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Golongan Syiah mempercayai Allah bersifat dengan sifat al-Bada‟. Di dalam al-Kafi terdapat satu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini dari ar- Rayyan Bin as-Salt, dia berkata: “Aku mendengar ar-Ridha A.S. berkata : “Tidak ada seorang pun nabi yang diutus Allah melainkan ia membawa ajaran 19 Al-Qur‟an, Surah az-zumar: 47. 20 Al-Qur‟an, Surah Yusuf: 35. 9 Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor tentang haramnya arak dan ajaran yang memperakui Allah bersifat dengan al- Bada‟.” 21 Hakikat Bada‟ ini dihuraikan oleh satu riwayat lain dengan lebih jelas lagi, iaitu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini juga dari Abi Hasyim al-Ja‟afari katanya : “Pernah aku berada di samping Abi al-Hassan A.S. sepeninggalan anaknya Abu Ja‟afar. Ketika itu aku berfikir di dalam diriku dan mahu menceritakan kepadanya apa yang terlintas di hatiku. Seolah-olah Abu Ja‟afar dan Abu Muhammad dalam keadaan ini seperti Abu al-Hassan bin Musa dan Ismail bin Ja‟afar bin Muhammad. Kisah kedua-duanya sama kerana Abu Muhammad yang diharapkan (menjadi Imam sepeninggalan Abu Ja‟afar). Tiba- tiba Abu al-Hassan menghadap ke arahku sebelum lagi aku menceritakan isi hatiku kepadanya, terus dia berkata : “Ya, Wahai Abu Hasyim memang telah berlaku kepada Allah berhubung dengan Abu Muhammad sepeninggalan Abu Ja‟afar apa yang Ia (Allah) tidak mengetahui sebelumnya seperti mana telah berlaku kepada Allah tentang Musa sepeninggalan Ismail. Perkara ini memang seperti apa yang terlintas di hatimu walaupun tidak disenangi oleh orang-orang yang sesat. Abu Musa adalah anakku yang menjadi pengganti sesudahku kerana padanya ada pengetahuan yang diperlukan dan bersamanya ada alat Imamah.” 22 An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja‟afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja‟afar pun berkata : “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada‟) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” 23 2.2.2 Untuk menguatkan lagi aqidah al-Bada‟ ini golongan Syiah mengemukakan riwayat yang kononnya berasal daripada Muhammad al-Baqir bahawa Nabi Luth A.S. juga bimbang akan berlaku Bada‟ pada Allah sehingga 21 Al-kulayni, Abu Ja‟far Muhammad bin Ya‟qub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p. Jilid 1 : Intisyarat „ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 148. 22 Ibid, hlm. 327. 23 Firaq as-Syiah hlm. 84. 11

Description:
Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan .. Hakikat Bada‟ ini dihuraikan oleh satu riwayat lain dengan lebih jelas lagi, . Kepercayaan bahawa Imam-Imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.