ebook img

Bahasa Melayu. Tahun 4. Sekolah Kebangsaan PDF

200 Pages·2019·69.303 MB·Malay
by  coll.
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview Bahasa Melayu. Tahun 4. Sekolah Kebangsaan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) TAHUN SEKOLAH KEBANGSAAN PENULIS Rana binti Hamzah Hasdi bin Daud Aiman bin Hamidon PEREKA BENTUK Nur Fazilah binti Azmi EDITOR Zaidah binti Ahmad Rosly Noor Roza binti Hassan ILUSTRATOR Asparizal bin Mohamed Sudin Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2019 No. Siri Buku: 0001 PENGHARGAAN KK 499-221-0102011-49-2470-20101 ISBN 978-983-49-2470-6 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan Cetakan Pertama 2019 terima kasih ditujukan kepada semua pihak © Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 yang terlibat: • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam Sedia Kamera, Bahagian Sumber dan buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Teknologi Pendidikan, Kementerian disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan Pendidikan Malaysia lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara bahan • Pegawai-pegawai Bahagian Sumber elektronik, mekanik, penggambaran semula dan Teknologi Pendidikan dan Bahagian mahupun dengan cara perakaman tanpa Pembangunan Kurikulum, Kementerian kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pendidikan Malaysia Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian • Pakar Rujuk Bahasa, Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah kepada perkiraan royalti atau honorarium. binti Abdul Karim • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Diterbitkan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, • Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Jalan Dewan Bahasa, (APM) 50460 Kuala Lumpur. • Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) Terengganu No. Faksimile: 03-21479643 Laman Web: http://www.dbp.gov.my • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Reka Letak dan Atur Huruf: ZGB Media Sdn. Bhd., • Nazeka Kanasidena A-1-9 Aras 1, Blok A, Jalan PJU 1A/3A, • Perbadanan Kemajuan Kraftangan Taipan 2, Ara Damansara, Malaysia 47301 Petaling Jaya, • SJK(C) Sin Chone, Dungun, Terengganu Selangor Darul Ehsan. • SK IPG Kampus Datuk Razali Ismail, Kuala Muka Taip Teks: Azim Terengganu, Terengganu Saiz Muka Taip Teks: 14 poin • SK Merlimau Dua, Merlimau, Melaka Dicetak oleh: Percetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd., • SK Pengkalan Rinting, Tampoi, Johor Bahru No. 1,2,4 & 6 Tingkat Kilang, • Pihak-pihak yang memberikan maklumat, Kawasan Perindustrian Ringan Jelapang, pendapat dan cadangan dalam usaha 30100 Ipoh, untuk menerbitkan buku teks ini. Perak Darul Ridzuan. iii Buku teks ini dibina berpandukan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Semakan 2017. Kandungan buku ini ditulis berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah (DSKP) Semakan 2017 dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang dibina oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap tema dibahagikan kepada tiga unit yang menjadikan jumlahnya sebanyak 27 unit. Setiap unit mengandungi Standard Pembelajaran (SP) yang telah disusun bermula daripada Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis diikuti Aspek Seni Bahasa serta Aspek Tatabahasa. SP disusun secara ansur maju daripada aras mudah kepada aras yang lebih sukar. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Elemen Merentas Standard Kurikulum (EMK) dinyatakan bagi memudahkan Halaman Pembelajaran guru membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran. Bimbing murid memahami dan membina ayat 179 tanya dan ayat penyata mengikut konteks. 5.3.2 Bimbing murid menjalankan aktiviti PAK21 (i) (ii) Kerusi Panas. Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) Panduan kepada guru dinyatakan diselitkan bagi mewujudkan aktiviti secara jelas agar guru dapat pengajaran dan pembelajaran yang memahami kehendak SP tersebut. memenuhi keperluan masa kini. Antara elemen PAK-21 yang diterapkan dalam buku ini termasuklah penggunaan peta i-Think. Peta ini diharapkan dapat menjanakan kemahiran berfikir murid melalui kerangka-kerangka idea yang dicatat. Peta Bulatan Peta Buih Peta Buih Berganda Peta Alir A C B D FP: Faktor Penghubung Peta Pelbagai Alir Peta Dakap Peta Pokok Peta Titi iv Mendidik murid untuk menghargai bahasa yang indah serta seni tulisan Jawi. T TMK Munsyi Kamus Info Cilik Poket v d i f Jit a H W e n a Mi ar n L Z e e a lini a j i v h R S AFANI Cikgu Rizal Cikgu Afani vi TEMA 1 Berbual-bual tentang gambar. UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Situasi 1 Encik Gobi dan Encik Lim tinggal berjiran. Mereka tinggal di Taman Impian. Encik Husin pula baru sahaja berpindah. Pada hari pertama, Encik Husin telah dikunjungi Encik Gobi dan Encik Lim. Mereka berbual-bual sambil berkenalan. Selamat sejahtera. Saya Husin. Saya baru berpindah ke rumah ini. Selamat sejahtera. Nama saya Lim Jun Seng. Rumah saya di hadapan rumah Encik Husin. Saya jurutera. Saya bekerja di Syarikat Bina Jaya Sdn. Bhd. Selamat sejahtera. Saya Gobi. Rumah saya di sebelah rumah Encik Husin. Saya guru. Saya mengajar di SK Seri Pertiwi. Situasi 2 Adakah Hadif kenal jiran di sebelah rumah kita ini? Ya, saya kenal, ayah. Siapakah pula Beliau ____________. jiran di hadapan rumah kita, ayah? _______ _______. Mendengar dan menyebut maklumat yang diperlukan. Bimbing murid mendengar, mengecam sebutan, Strategi P&P: Kecerdasan Pelbagai 2 dan menyebut sesuatu yang diujarkan semula KBAT: Mengaplikasi 1.1.1 dalam situasi tidak formal. EMK: Nilai Murni - Kerjasama Membaca Encik Husin membawa keluarganya ke taman rekreasi. Di taman tersebut berlangsungnya sambutan Hari Keluarga Taman Impian. “Wah, ramainya jiran kita yang hadir! Mesti seronok apabila kita menyertai acara seperti ini,” kata Hadif. “Betul, Hadif. Sambutan hari keluarga ini memang menyeronokkan. Selain itu, sambutan ini dapat mengeratkan hubungan sesama jiran. Semangat kemasyarakatan juga dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat,” kata Encik Husin kepada anggota keluarganya. “Ibu, mengapakah kita perlu hadir ke majlis seperti ini?” tanya Aina. “Aina, Hadif dan Hajar, kita perlu hadir ke majlis seperti ini supaya dapat mengenali jiran kita. Apabila kita saling mengenali, semangat perpaduan akan dapat dipupuk. Seterusnya, kita dapat hidup dengan aman dan makmur. Keharmonian negara kita akan terus terpelihara,” jelas Puan Nurul. “Selepas mendaftar, kami hendak ke khemah di sana untuk bersarapan. Kemudian, kami ingin menyertai pertandingan melukis, mencari harta karun dan tulisan berangkai. Bolehkah, ayah?” tanya Hadif. “Boleh. Nanti kita ke sana bersama-sama,” jawab Encik Husin. ______________ ______________ ______________ ______________ ______________ ______________ Membaca dan melengkapkan Peta Alir berdasarkan aktiviti yang dilakukan oleh Hadif dan keluarganya. Bimbing murid membaca dan memahami Strategi P&P: Belajar Cara Belajar 3 petikan dengan sebutan yang betul dan KBAT: Menganalisis 2.1.1 intonasi yang sesuai. EMK: Kreativiti dan Inovasi Menulis Hadif telah muncul sebagai pemenang dalam pertandingan tulisan berangkai semasa Hari Keluarga Taman Impian. Rakan-rakan Hadif, Jit Wen, Jimi dan Rajiv berasa gembira atas kejayaan Hadif. Mereka telah memberikan kad ucapan tahniah kepada Hadif. Terima kasih, warga Taman Impian. Hari Keluarga Taman Impian dapat mengeratkan hubungan sesama kita. Aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk taman. JUARA Menulis ayat berdasarkan kad ucapan dalam bentuk tulisan berangkai. Bimbing murid menulis secara mekanis Strategi P&P: Belajar Cara Belajar 4 menggunakan tulisan berangkai dalam KBAT: Mengaplikasi bentuk ayat. 3.1.1 EMK: Kreativiti dan Inovasi

See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.