ebook img

bab empat laporan kajian kefahaman pemimpin agama islam dan kristian terhadap konsep asas ... PDF

171 Pages·2015·2.15 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview bab empat laporan kajian kefahaman pemimpin agama islam dan kristian terhadap konsep asas ...

BAB EMPAT LAPORAN KAJIAN KEFAHAMAN PEMIMPIN AGAMA ISLAM DAN KRISTIAN TERHADAP KONSEP ASAS DIALOG ANTARA AGAMA DAN KESANNYA TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL 4.0 Pendahuluan Bab Empat akan difokuskan kepada dapatan kajian dan analisa data daripada sampel kajian yang telah diperolehi. Interpretasi data kajian yang digunakan oleh penulis dalan kajian ini adalah menggunakan SPSS Statistics Version 2.0. Pada bahagian pendahuluan ini penulis hanya akan memberi penjelasan tambahan bagi bahagian metodologi kajian yang memerlukan kesahan metodologi yang digunakan. Ini adalah kerana penjelasan berkaitan metodologi kajian yang terperinci telah disentuh oleh penulis dalam Bab Satu. 4.0. (a) Sampel Kajian Sebagaimana yang dihuraikan di bahagian metodologi kajian dalam Bab Satu penulis menggunakan metodologi Persampelan Bertujuan (Purposive Sampling) dalam menentukan responden yang bersesuaian untuk kajian ini iaitu “Pemimpin Agama Islam dan Kristian di Malaysia”. Memandangkan kajian ini difokuskan kepada dua agama iaitu Islam dan Kristian maka kumpulan responden yang diputuskan oleh penulis yang mewakili kumpulan pemimpin agama Islam dan Kristian663 adalah (1) Ahlijawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang terdiri daripada para Mufti setiap negeri, ahli lantikan pakar bidang agama dan bidang terpilih dan (2) Pegawai Agama Bahagian Dakwah Negeri bagi responden Islam. Manakala bagi responden Kristian 663 Maklumat pembentukan kumpulan pemimpin agama di Malaysia yang mewakili Islam dan Kristian telah dihuraikan dengan terperinci oleh penulis dalam Bab Dua dengan berdasarkan konteks dan realiti Malaysia. 289 adalah (1) Ahlijawatankuasa Tertinggi Majlis Gereja-Gereja Se Malaysia (CCM) yang terdiri daripada para Paderi dan (2) Ahli Bersekutu dan Gabungan Majlis Gereja-Gereja Se Malaysia (CCM) juga terdiri daripada para Pederi dan Ketua-ketua organisasi. Majlis Gereja-Gereja Se Malaysia (CCM) juga adalah ahli Persekutuan Kristian Malaysia di mana terdapat Ahli Tertingginya menjadi Ahlijawatankuasa Persekutuan Kristian Malaysia di peringkat nasional. Jadual664 4.1di bawah menunjukkan populasi sampel yang sebenar dan populasi sampel yang diperolehi semasa proses pengumpulan data melalui kaedah soal selidik dijalankan. Jadual 4.1: Jadual Populasi dan Sampel kajian bagi kumpulan pemimpin agama Islam dan Kristian Responden Kategori Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Peratus Responden Populasi Populasi dapatan dapatan dapatan Mengikut Responden sampel sampel sampel Kategori mengikut keseluruhan kategori Responden AJK Fatwa Islam Kebangsaan 22 36 22 100 % Pegawai 36 Agama 14 14 Dakwah Negeri Responden Paderi(AJK Kristian Tertinggi 24 CCM dan 15 76 % Ahli CCM) Ketua, Ahli 37 28 Bersekutu & 13 13 Gabungan CCM JUMLAH 73 64 88 % Sumber: Soal Selidik, 4 Mei 2012 664 Paparan jadual dalam bab ini adalah dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu pengunaan font dalam keseluruhan jadual di dalam bab ini adalah font 11 bagi membolehkan penulis meminimumkan penggunaan ruang dan memaksimumkan maklumat yang ingin dipaparkan di dalam jadual. 290 Merujuk kepada Jadual 4.1 di atas sampel yang diperolehi daripada responden pemimpin agama Islam dan Kristian adalah 36 dan 28 responden dan keseluruhan populasi responden adalah seramai 64. Berdasarkan kepada pengiraan populasi-sampel, Krejcie dan Morgan sebagaimana yang dihuraikan oleh Chua Yan Piaw dalam “Jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970)665”, jika (1) populasi kajian adalah 70 maka sampel yang terbaik adalah 59. Manakala jika populasi seramai 75 maka sampel terbaik adalah 63 responden. Maka dengan jumlah populasi kajian dan sampel yang telah dikumpul oleh penulis dalam kajian ini iaitu 73 – 64 maka ia berada di tengah-tengah jadual penentuan saiz sampel dan jumlah itu mempunyai kesahan yang tinggi dengan 88% (64 responden daripada 73 jumlah populasi) untuk data-data tersebut dianalisa. 4.0 (b) Pengumpulan data soal selidik Sebelum edaran soal selidik dilaksanakan penulis telah mendapat Surat Sokongan daripada Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Untuk Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama(JKMPKA) iaitu Y.Bhg. Dato’ Azman Amin Hasan. Ini adalah kerana hal-hal hubungan antara agama adalah di bawah bidangkuasa Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri.666 665 Rujuk Chua Yan Piaw, Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelididkan, Buku 1, 186-187. 666 Rujuk Lampiran 4.1 iaitu Surat memohon sokongan daripada JPNIN yang bertarikh 19 April 2012 dan Lampiran 4.2 iaitu Surat Sokongan yang bertarikh 30 April 2012 yang telah dikeluarkan oleh JPNIN sebagai tanda menyokong kajian yang sedang dijalankan. Surat Sokongan ini telah diletakkan di bahagian depan borang soal selidik bersama Surat Permohonan Menjawab Soal Selidik daripada penulis yang bertarikh 4 Mei 2012 untuk meningkatkan kerjasama daripada responden sama ada pemimpin agama Islam mahunpun Kristian untuk menjawab dan mengembalikan borang soal selidik tersebut. Rujuk Lampiran 4.3 Borang Soal Selidik asal bagi Pemimpin Agama Islam dan Lampiran 4.4 Borang Soal Selidik bagi Pemimpin Agama Kristian. 291 (i) Data soal selidik pemimpin agama Islam: borang soal selidik diedarkan dengan bantuan Puan Nor Safina bt. Zainal, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Fatwa.667 Dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Fatwa ini penulis telah berjaya mengedarkan borang soal selidik kajian pada 5-6 Mei 2012 semasa responden menghadiri Muzakarah Kali ke 99 di Jakim Putrajaya. Manakala responden Pegawai Agama Bahagian Dakwah Negeri kaedah pos telah digunakan dan disusuli dengan komunikasi telefon untuk menerangkan tujuan borang soal selidik itu diedarkan. (ii) Data soal selidik pemimpin agama Kristian: borang soal selidik telah diedarkan kepada setiap responden dengan kaedah pos kepada alamat responden sebagaimana diperolehi di dalam laman sesawang Majlis Gereja-Gereja Se Malaysia. Sebelum itu penulis juga telah menghantar surat sokongan kepada Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Se Malaysia bagi menyokong pengedaran borang soal selidik tersebut.668 4.1 Dapatan Kajian Bahagian dapatan kajian ini akan dibahagikan kepada dua bahagian. (A) Laporan dapatan kajian Pemimpin Agama Islam, (B) Laporan dapatan kajian Pemimpin Agama Kristian. Bagi laporan dapatan kajian daripada Pemimpin Agama Islam dan Kristian ia 667 Rujuk Lampiran 4.5 iaitu surat memohon kebenaran dan bantuan mengedarkan borang soal selidik kepada responden iaitu Ahlijawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bertarikh 19 April 2012. 668 Rujuk Lampiran 4.6 iaitu surat memohon sokongan bagi pengedaran borang soal selidik kepada responden pemimpin agama Kristian yang terlibat yang bertarikh 19 April 2012. Bantuan juga diperolehi daripada En. Tan Kong Beng, Setiausaha Eksekutif, Persekutuan Kristian Malaysia melalui komunikasi emel terutama dalam proses untuk memohon kebenaran mewawancara Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia. Rujuk Lampiran 3.2) . 292 akan dibahagikan kepada (a) demografi responden, (b) latar belakang responden berkaitan hal-hal dialog antara agama, (c) kefahaman responden terhadap konsep asas dialog antara agama dan (d) kesan hubungan sosial responden. Bahagian A: Pemimpin Agama Islam 4.1.1 Demografi responden. 4.1.1(a) Gender dan Tanggungjawab Jadual 4.2: Gender * Responsibilty Crosstabulation Count Responsibilty Respondents Total AJK Fatwa Kebangsaan Gender Male 21 21 Female 1 1 Total 22 22 Pegawai Agama Dakwah Negeri Gender Male 9 9 Female 5 5 Total 14 14 Sumber: Soal Selidik, 4 Mei 2012 Jadual 4.2 di atas menunjukkan responden-responden iaitu AJK Fatwa Kebangsaan dan Pegawai Agama Dakwah Negeri terdapat seramai 21 orang responden lelaki dan seorang responden wanita yang mewakili AJK Fatwa Kebangsaan manakala terdapat 9 orang responden lelaki dan 5 orang responden wanita yang mewakili Pegawai Agama Dakwah Negeri. 293 4.1.1(b) Umur dan Tanggungjawab. Jadual 4.3 di bawah menunjukkan terdapat dua kumpulan umur bagi jawatan AJK Fatwa Kebangsaan dan Pegawai Agama Dakwah Negeri ini. Bagi kumpulan umur 36 hingga 40 tahun, terdapat 2 orang responden manakala untuk kumpulan umur 41 tahun dan ke atas, terdapat 34 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Bagi jawatan AJK Fatwa Kebangsaan, terdapat 2 orang responden telah memegang jawatan ini sejak tahun 1995, 11 orang responden sejak tahun 2000, 7 orang responden sejak tahun 2005 dan seramai 2 orang responden sejak tahun 2010. Untuk jawatan Pegawai Agama Dakwah Negeri pula, terdapat seorang responden yang telah memegang jawatan tersebut sejak tahun 1995, seorang responden sejak tahun 2000, 8 orang responden sejak tahun 2005 dan 3 orang sejak tahun 2010. Jadual 4.3: Age * How long have you been in this position * Responsibilty Crosstabulation Count Responsibilty How long have you been in this position Since Since Since Since 1995 2000 2005 2010 Total AJK Fatwa Age 36-40 0 0 1 0 1 Kebangsaan 41 and 2 11 6 2 21 above Total 2 11 7 2 22 Pegawai Agama Age 36-40 0 0 1 0 1 Dakwah Negeri 41 and 1 1 7 3 12 above Total 1 1 8 3 13 Sumber: Soal Selidik, 4 Mei 2012 4.1.1(c) Pendapatan dan Sektor Pekerjaan. Jadual 4.4 di bawah menunjukkan terdapat empat kumpulan pendapatan bagi jawatan AJK Fatwa Kebangsaan dan Pegawai Agama Dakwah Negeri. Bagi jawatan AJK 294 Fatwa Kebangsaan, terdapat seorang responden mewakili pendapatan dalam lingkungan RM 3,000 hingga RM 5,000, 17 orang responden mempunyai pendapatan dalam lingkungan RM 5,000 hingga RM 7,000 dan 4 orang responden yang mewakili pendapatan RM 7,000 dan ke atas. Bagi jawatan Pegawai Agama Daerah Negeri pula, terdapat seorang responden mewakili pendapatan dalam lingkungan RM 3,000 hingga RM 5,000, 11 orang responden mewakili pendapatan dalam lingkungan RM 5,000 hingga RM 7,000 dan seorang responden mewakili kategori pendapatan RM 7,000 dan ke atas. Jadual 4.4: Income * Working Sector * Responsibilty Crosstabulation Count Responsibilty Working Sector Government/ Private Self- State Sector Employed Total AJK Fatwa Income RM3000 - 0 0 1 1 Kebangsaan RM5000 RM5000- 15 1 1 17 RM7000 RM7000 & 4 0 0 4 above Total 19 1 2 22 Pegawai Agama Income RM3000 - 1 1 0 0 Dakwah Negeri RM5000 RM5000- 11 11 0 0 RM7000 RM7000 & 1 1 0 0 above Total 13 0 0 13 Sumber: Soal Selidik, 4 Mei 2012 Kajian juga menunjukkan terdapat 2 orang AJK Fatwa Kebangsaan mewakili kategori bekerja sendiri, 19 orang mewakili sektor kerajaan dan seorang responden mewakili sektor swasta. Untuk jawatan Pegawai Agama Dakwah Negeri, terdapat 13 orang 295 responden mewakili sektor kerajaan dan seorang responden tidak menyatakan sektor yang diwakili. Terdapat seorang responden yang tidak menjawab soalan ini. 4.1.1(d) Penganugerahan. Jadual 4.5: Conferment awarded by * Achiever of any conferment * Responsibilty Crosstabulation Count Responsibilty Achiever of any conferment Tan No Sri Dato' Datuk conferment Total AJK Fatwa Conferment Federal 2 5 0 0 7 Kebangsaan awarded by State 1 7 2 0 10 No conferment 0 0 0 5 5 awarded Total 3 12 2 5 22 0 0 0 Pegawai Agama Conferment No conferment 14 14 Dakwah Negeri awarded by awarded Total 0 0 0 14 14 Sumber: Soal Selidik, 4 Mei 2012 Merujuk kepada Jadual 4.5 di atas, bagi jawatan AJK Fatwa Kebangsaan, seramai 2 orang responden telah menerima penganugerahan Tan Sri daripada Kerajaan Pusat dan seorang responden menerima pangkat yang sama daripada Kerajaan Negeri. Bagi penganugerahan pangkat Dato’, seramai 5 orang responden menerimanya daripada Kerajaan Pusat dan 7 orang responden menerima pangkat ini daripada Kerajaan Negeri. Selain itu, bagi penganugerahan pangkat Datuk, seramai 2 orang responden menerimanya daripada Kerajaan Negeri. 296 Walau bagaimanapun, terdapat 5 orang AJK Fatwa Kebangsaan dan 14 orang Pegawai Agama Dakwah Negeri belum menerima sebarang penganugerahan. 4.1.1(e) Tahap Pendidikan Jadual 4.6: Gender * Level of Education * Responsibilty Crosstabulation Count Responsibilty Level of Education Bachelor Post Graduate Degree Total AJK Fatwa Kebangsaan Gender Male 9 12 21 Female 1 0 1 Total 10 12 22 Pegawai Agama Dakwah Gender Male 2 7 9 Negeri Female 0 5 5 Total 2 12 14 Sumber: Soal Selidik, 4 Mei 2012 Berdasarkan Jadual 4.6 di atas, bagi jawatan AJK Fatwa Kebangsaan, seramai 9 orang responden lelaki dan seorang responden wanita yang sudah memiliki Ijazah Pascasiswazah manakala seramai 12 orang responden lelaki yang memiliki Ijazah Sarjana Muda. Bagi jawatan Pegawai Agama Dakwah Negeri, seramai 2 orang responden lelaki yang memiliki Ijazah Pascasiswazah manakala seramai 7 orang responden lelaki dan 5 orang responden wanita yang memiliki Ijazah Sarjana Muda. 4.1.1(f) Bidang Pendidikan. Jadual 4.7 di bawah menunjukkan bahawa bagi jawatan AJK Fatwa Kebangsaan, seramai 10 orang responden lelaki dan seorang responden wanita yang mempunyai kelayakan dalam bidang Syari’ah, 10 orang responden lelaki memiliki kelayakan dalam 297 bidang Usuluddin dan seorang responden lelaki yang mempunyai kelayakan dalam bidang Al-Quran dan Hadith. Bagi jawatan Pegawai Agama Dakwah Negeri pula, seramai 2 orang responden lelaki yang memiliki kelayakan dalam bidang Syari’ah, 7 orang responden lelaki dan 5 orang responden wanita mempunyai kelayakan dalam bidang Usuluddin. Jadual 4.7: Gender * State your qualification in islamic study * Responsibilty Crosstabulation Count Responsibilty State your qualification in islamic study Al-Qur'an & Syari'ah Usuluddin Hadith Total AJK Fatwa Kebangsaan Gender Male 10 10 1 21 Female 1 0 0 1 Total 11 10 1 22 Pegawai Agama Dakwah Gender Male 2 7 0 9 Negeri Female 0 5 0 5 Total 2 12 0 14 Sumber: Soal Selidik, 4 Mei 2012 4.4.1(g) Tahap keagamaan Jadual 4.8: Gender * How regularly do you perform salat bil jamaah * Responsibilty Crosstabulation Count Responsibilty How regularly do you perform salat bil jamaah Somewhat Very Regular regular Seldom Total AJK Fatwa Kebangsaan Gender Male 21 0 0 21 Female 1 0 0 1 Total 22 0 0 22 Pegawai Agama Dakwah Gender Male 9 0 0 9 Negeri Female 0 4 1 5 Total 9 4 1 14 Sumber: Soal Selidik, 4 Mei 2012 298

Description:
dapatan kajian Pemimpin Agama Islam, (B) Laporan dapatan kajian masyarakat Pemimpin Agama Islam dan Bukan Islam (Ketua Organisasi NGO
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.