ebook img

aplikasi ilmu perbandingan agama dalam pendekatan dakwah non muslim PDF

13 Pages·2012·0.26 MB·Indonesian
by  
Save to my drive
Quick download
Download
Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.

Preview aplikasi ilmu perbandingan agama dalam pendekatan dakwah non muslim

APLIKASI ILMU PERBANDINGAN AGAMA DALAM PENDEKATAN DAKWAH NON MUSLIM: KAJIAN TERHADAP PROGRAM ISLAMIC OUTREACH ABIM MOHD YAZID BIN SAAD JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2012 APLIKASI ILMU PERBANDINGAN AGAMA DALAM PENDEKATAN DAKWAH NON MUSLIM: KAJIAN TERHADAP PROGRAM ISLAMIC OUTREACH ABIM MOHD YAZID BIN SAAD DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA USULUDDIN BAHAGIAN II (SECARA BERKURSUS DAN DISERTASI) JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2012 ABSTRAK Kajian ini membincangkan Aplikasi Ilmu Perbandingan Agama Dalam Pendekatan Dakwah Non-Muslim dengan memfokuskan kepada pelaksanaan program-program dakwah yang dilaksanakan oleh Islamic Outreach ABIM yang beroperasi di Ampang Hilir 2, Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana pengaplikasian Ilmu Perbandingan Agama dalam pendekatan dakwah non-Muslim di Islamic Outreach ABIM. Untuk mencapai tujuan tersebut kajian ini menggunakan metode penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif digunakan untuk mengumpulkan data-data melalui intrumen soal-selidik. Metode kualitatif pula memfokuskan temubual yang bertujuan melihat fakta-fakta yang membuktikan bahawa Islamic Outreach ABIM telah mengaplikasikan Ilmu Perbandingan Agama dalam pendekatan dakwah non-Muslim. Hasil kajian mendapati antara program yang dilaksanakan oleh Islamic Outreach ABIM dalam menarik minat masyarakat non- Muslim memahami Islam ialah Program Pengajian Islam, Program Pemandu Pelancong Masjid Negara, Program Ziarah Hospital, Program Khidmat Orang Asli, Program Kaunseling dan Program Dialog Antara Agama. Program-program ini merupakan pendekatan dakwah terhadap non-Muslim yang mengandungi aspek-aspek Ilmu Perbandingan Agama dan terbukti mempengaruhi non-Muslim untuk memahami serta memeluk agama Islam. Tuntasnya, Islamic Outreach ABIM telah mengaplikasikan Ilmu Perbandingan Agama dalam pendekatan dakwah non-Muslim melalui program-program teras (seperti dinyatakan) dan telah dirancang sepanjang tahun untuk memastikan non- Muslim yang telah memeluk Islam tetap kekal dalam iman dan Islam. ABSTRACT This study presents the Application of Comparative Study of Religion in Non-Muslim Da’wah approach by Islamic Outreach ABIM which concentrates on the implementation of Da’wah programs by the Islamic Outreach ABIM located in Ampang Hilir 2, Kuala Lumpur. The main aim of this study was to identify the effectiveness of the application of Comparative Religion in Non-Muslim Da’wah implemented in Islamic Outreach ABIM. In order to reach out the study, the researcher used Quantitative and Qualitative Method. The Quantitative via questionnaires method was used to collect the data. The Qualitative via interview several participants to seek inputs and feedbacks in identifying the facts and evidences that the Islamic Outreach ABIM used Comparative Study of Religion in Non-Muslim Da’wah in their approach for non-Muslim. The studies shown; the programs to attract the interest of Non-Muslim implemented by Islamic Outreach ABIM are Islamic Study, Mosque Tour Guide Program, Hospital Visits, Orang Asli Services Program, Counseling Program and Inter Religious Dialogue. These programs are da’wah approaches of non-Muslim which contain the aspects of Comparative Study of Religion and had played a big role for non- Muslim to understand and eventually embrace Islam. Obviously, Islamic Outreach ABIM had applied the Comparative Study of Religion in Non-Muslim Da’wah Approach through the core programs planned throughout the year to make sure they will embrace the religion and stay as a muslim in iman. PENGHARGAAN Alhamdulillah penulis merafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi Rabbi Tuhan semesta alam di atas limpah kurnianNya dan keizinanNya dapat menyiapkan disertasi yang bertajuk Aplikasi Ilmu Perbandingan Agama Dalam Pendekatan Dakwah Non- Muslim: Kajian Terhadap Program Outreach ABIM. Sesungguhnya hanya pada Tuhan yang bernama Allah, penulis bertawakkal dan berserah diri dalam melaksanakan tugas sebagai hambaNya yang sentiasa mempunyai kelemahan dan kekurangan. Seterusnya selawat dan salam ke atas Murabbi Agong, jujungan Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi sumber inspirasi paling utama kepada seluruh umatnya dalam mengembangkan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Pengorbanan kedua ibu-bapa dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada penulis adalah tidak dilupakan sehingga ke akhir hayat. Semoga Allah s.w.t. sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh kedua ibu-bapa penulis yang telah meninggal dunia. Amin ya Rab al- ‘alamin. Dalam menyiapkan disertasi ini, penulis sentiasa mengharapkan tunjuk ajar dan bimbingan yang berterusan. Alhamdulillah penulis telah dibimbing dan diberi tunjuk oleh Prof. Madya Dr. Khadijah binti Mohd. Khambali @ Hambali sehingga dapat menyiapkan kajian di peringkat disertasi sebagai syarat memperolehi sarjana Usuluddin. Ribuan terima kasih yang tak terhingga di atas keikhlasan dan kesungguhan yang telah diberikan. Allah s.w.t. jualah yang membalas segala jasa dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Amin. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Universiti Malaya terutamanya kakitangan pustakawan dan seluruh kakitangan Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam yang telah membantu dan memberi sokongan moral sehingga penulis dapat menyiapkan disertasi ini. Dikesempatan ini juga penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak JPA dan JAKIM yang telah memberi peluang kepada penulis untuk menyambungkan pelajaran di peringkat sarjana. Sesungguhnya peluang yang berupa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) merupakan komiten pihak kerajaan untuk melahirkan kakitangan awam yang berilmu pengetahuan tinggi dalam segenap aspek kehidupan. Justeru, ilmu pengetahuan yang penulis perolehi di peringkat sarjana ini akan dimanfaatkan untuk memertabatkan agama, bangsa dan negara. InsyaAllah. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada seluruh kakitangan Islamic Outreach ABIM kerana telah memberi kerjasama yang baik kepada penulis dalam mengumpul data-data berkaitan pendekatan dakwah non-Muslim melalui temu bual, soal-selidik dan bahan-bahan bercetak. Akhir kata penulis berharap kajian ini dapat dijadikan panduan kepada mahasiswa yang ingin mengembangkan disiplin Ilmu Perbandingan Agama sesuai dengan ajaran Islam. Di atas teguran dan nasihat dalam memperbaiki kesalahan dan kelemahan dalam mempersembahkan kajian ini amatlah dialu-alukan. Sekian. (MOHD. YAZID BIN SAAD) Kampung Bukit Jambul, 06720 Pendang, Kedah. 019-4549625 DAFTAR ISI KANDUNGAN ABSTRAK ....................................................................................................................... iv PENGHARGAAN ........................................................................................................... vi DAFTAR ISI KANDUNGAN ....................................................................................... viii SENARAI KEPENDEKAN............................................................................................. xi TRANSLITERASI .......................................................................................................... xii SENARAI JADUAL DAN LAMPIRAN ...................................................................... xiii BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang kajian .............................................................................................. 1 1.2 Permasalahan Kajian ............................................................................................... 6 1.3 Objektif Kajian ........................................................................................................ 8 1.4 Kepentingan Kajian ................................................................................................. 8 1.5 Skop Kajian. ............................................................................................................ 9 1.6 Sorotan Kajian ....................................................................................................... 10 1.7 Metodologi Penyelidikan ...................................................................................... 16 1.7.1 Teknik Pengumpulan Data ............................................................................. 16 1.7.2 Teknik Menganalisis Data............................................................................... 19 1.8 Susunan Penulisan ................................................................................................. 19 BAB DUA ILMU PERBANDINGAN AGAMA DAN KEPENTINGANNYA DALAM KONTEKS DAKWAH NON-MUSLIM 2.1 Pendahuluan .......................................................................................................... 21 2.2 Pengertian Ilmu Perbandingan Agama .................................................................. 21 2.3 Latar Belakang Ilmu Perbandingan Agama .......................................................... 25 2.3.1 Dunia Timur ................................................................................................... 25 2.3.2 Dunia Barat .................................................................................................... 31 2.4 Tujuan Mempelajari Ilmu Perbandingan Agama ..................................................... 34 2.5 Metode Dalam Ilmu Perbandingan Agama ……………………………………… 35 2.6 Kepentingan Ilmu Perbandingan Agama Dalam Konteks Dakwah Non- Muslim…40 2.6.1 Dalil Mempelajari Ilmu Perbandingan Agama .............................................. 40 2.6.2 Persamaan Dan Perbezaan Fenomena Di antara Agama ............................... 44 2.6.3 Penilaian Kekuatan Sesuatu Agama............................................................... 46 2.6.4 Kekuatan Islam Menghadapi Apologi Agama Lain....................................... 48 BAB TIGA LATAR-BELAKANG DAN PROGRAM DAKWAH ISLAMIC OUTREACH ABIM TERHADAP MASYARAKAT NON-MUSLIM 3.1 Pendahuluan .......................................................................................................... 52 3.2 Latar Belakang Sejarah Penubuhan ABIM ........................................................... 52 3.3 Objektif Penubuhan ABIM ................................................................................... 56 3.4 Pendekatan Dakwah ABIM ................................................................................... 57 3.5 Pendekatan Dakwah Non-Muslim ......................................................................... 60 3.5.1 Penubuhan Dan Objektif Islamic Outreach ABIM ........................................ 60 3.5.2 Struktur Organisasi Islamic Outreach ABIM ................................................. 62 3.5.3 Program Kaunseling ....................................................................................... 64 3.5.4 Program Pengajian Saudara Baru................................................................... 65 3.5.5 Program Pemandu Pelancong. ....................................................................... 66 3.5.6 Program Ziarah Hospital ................................................................................ 69 3.5.7 Program Khidmat Orang Asli ........................................................................ 71 3.5.8 Program Dialog Antara Agama ...................................................................... 74 BAB EMPAT ANALISIS APLIKASI ILMU PERBANDINGAN AGAMA DALAM PENDEKATAN DAKWAH NON-MUSLIM A. Kajian Soal Selidik 4.1 Pendahuluan……………………………………………… ……………………..78 4.2 Latar Belakang Responden .................................................................................... 78 4.2.1 Jantina dan Umur ........................................................................................... 79 4.2.2 Warganegara Dan Tempoh Memeluk Islam .................................................. 80 4.2.3 Taraf Perkahwinan ......................................................................................... 81 4.2.4 Bangsa Dan Agama Asal ............................................................................... 82 4.2.5 Tahap Pendidikan ........................................................................................... 83 4.2.6 Pendorong Responden Memeluk Islam ......................................................... 84 4.3 Faktor Minat Terhadap Islam ............................................................................... 86 4.3.1 Islam Dianggap Agama Yang Sempurna Serta Adil. .................................... 86 4.3.2 Islam Bertoleransi, Adil Dan Bersesuaian Dengan Fitrah Kehidupan. .......... 88 4.3.3 Ajaran Islam Relevan Sepanjang Zaman ....................................................... 89 4.3.4 Al-Qur’an Kitab Suci Yang Asal, Tidak Berubah Dan Kekal Sepanjang Zaman.. ....................................................................................................................... 91 4.3.5 Nabi Muhammad saw. Adalah Nabi dan Rasul Akhir Zaman ....................... 92 4.3.6 Para Pendakwah Mengaplikasikan Ilmu Perbandingan Agama ..................... 93 4.4 Maklum balas Responden Sebelum Memeluk Islam. ........................................... 95 4.4.1 Suka Membandingkan antara agama-agama di dunia .................................... 96 4.4.2 Kepentingan Kajian Mengenai Agama .......................................................... 97 4.4.3 Mempelajari Kehidupan Masyarakat Beragama ............................................ 98 4.4.4 Memilih Islam Setelah Membuat Perbandingan ............................................ 99 4.4.5 Kefahaman Dan Minat Terhadap Islam ....................................................... 100 4.5 Maklum Balas Terhadap Pengajian Islam Di IOA .............................................. 101 4.5.1 Peratusan suka mengikuti kelas di IOA ....................................................... 102 4.5.2 Komitmen IOA ............................................................................................ 103 4.5.3 Keberkesanan Dan Manfaat Kelas Pengajian Islam Di IOA ....................... 104 4.5.4 Kesan Terhadap Kefahaman Responden ..................................................... 105 4.5.5 Keberkesanan Terhadap Keyakinan Responden .......................................... 106 4.5.6 Aplikasi Ilmu Perbandingan Agama Sebagai Faktor Pendorong ................. 107 4.5.7 Aplikasi Ilmu Perbandingan Agama Dalam Pengajian Islam di IOA.......... 109 B.Kajian Temu Bual 4.6 Perbincangan Mengenai Aplikasi Ilmu Perbandingan Agama Dalam Pendekatan Dakwah Non-Muslim di IOA…………………. ............................ 111 4.6.1 Responden 1 .................................................................................................... 111 4.6.2 Responden 2( R2) .......................................................................................... 113 4.6.3 Responden 3 (R3) ........................................................................................... 115 BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pendahuluan ........................................................................................................ 117 5.2 Kesimpulan ......................................................................................................... 117 5.3 Cadangan dan Saranan ........................................................................................ 120 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN SENARAI KEPENDEKAN ABIM : Angkatan Belia Islam Malaysia ACCIN : Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs AKK : Akademi Kajian Ketamadunan FIRE : Fostering Interreligious Encounters IAIN : Institut Agama Islam Negeri IBID : Ibidem (digunakan untuk rujukkan yang berturut) IIS : Islamic Information and Servis Foundation IKIM : Institut Kefahaman Islam Malaysia ILIM : Institut Latihan Islam Malaysia INFAD : Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia INSaf : Inter-Faith Spritual Fellowship IOA : Islamic Outreach ABIM JUST : International Movement For Just World M : Masihi MACMA : Malaysian Chinese Muslim Association MCCBCHST : Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao MIN : Malaysian Interfaith Network NGO : Badan-badan bukan Kerajaan OP.CIT : Opera Citato (digunakan untuk rujukan yang berselang) PDP : Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya PERKIM : Persatuan Kebajikan Islam Malaysia R : Responden RUJ : Rujukan SEMI : Sekolah Menengah Islam SERI : Sekolah Rendah Islam SM : Sebelum Masihi UKM : Universiti Kebangsaan Malaysia UM : Universiti Malaya WCNIR : World Council of Muslim Inter-faith Relation

Description:
pendekatan dakwah terhadap non-Muslim yang mengandungi implementation of Da'wah programs by the Islamic Outreach ABIM located in.
See more

The list of books you might like

Most books are stored in the elastic cloud where traffic is expensive. For this reason, we have a limit on daily download.